Jumlah Pengunjung
Showing posts with label oku. Show all posts
Showing posts with label oku. Show all posts
Wednesday, 11 January 2017
KAKITANGAN BANK FITNAH WANITA BUTA TIPU JUAL TISU !!!
JOHOR BAHRU: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) menafikan dakwaan kononnya menipu menjadi buta dengan menjual tisu seperti tersebar dalam laman sosial.
Noraslina Rajoni, 43, menghadapi masalah penglihatan tahap kedua sejak lahir dan mempunyai kad OKU bagi membuktikan keadaannya.
Mata kanannya buta sepenuhnya manakala mata kirinya hanya boleh mengesan warna terang.
Beliau mewarisi penyakit Allahyarham ibu bapanya, Rajuni @ Rajimin Moin, 70, dan Asiah Mahmod, 67, yang mempunyai masalah penglihatan.
Noraslina berkata, kecaman terhadapnya timbul selepas kakitangan bank memuat naik gambar di Facebook (FB) yang mendakwa beliau menipu orang ramai dengan menyamar sebagai buta dan menjual tisu.
"Memang saya masukkan wang RM14,000 ke dalam akaun milik saya di sebuah bank di Bandar Baru Uda, di sini, tapi bukan semuanya duit saya.
"Duit saya cuma RM3,000, selebihnya duit anak kedua saya yang juga menjual tisu serta duit beberapa kawan OKU yang lain.
"Mereka kerap menumpang menyimpan duit dalam akaun saya dan ini adalah hasil jualan kami selepas beberapa bulan.
"Kalau nak kata saya menipu buta itu memang fitnah kerana saya ada kad OKU sah.
"Saya buta dan saya tidak menipu orang ramai dengan meminta sedekah, sebaliknya menjual tisu yang dibeli dengan modal kira-kira RM500," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sejak beberapa tahun lalu, Noraslina membeli tisu secara pukal dan akan menambah stok sebelum kehabisan.
Beliau menyimpan hasil jualan dalam akaun berserta wang anak-anaknya dan ada masanya beberapa rakan OKU yang tidak mempunyai akaun bank, turut menumpang hasil jualan mereka.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan (PERKUM) Malaysia, Mohammad Faiz Asangku Abdullah, berkata pihaknya kesal dengan tindakan kakitangan bank berkenaan mengambil gambar dan mendedahkan butiran peribadi mangsa.
Katanya, pihaknya akan meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kakitangan bank berkenaan.
Baru-baru ini, gambar seorang wanita mengutip derma di Dataran Bandaraya dekat sini, dan memasukkan sejumlah wang tunai didakwa hasil kutipan meminta sedekah, menjadi viral di laman sosial hingga menimbulkan kemarahan netizen.
Thursday, 26 June 2014
ALHAMDULILLAH... AKAUN TABUNG HAJI UNTUK REMAJA OKU MUHAMMAD FIRDAUS !!!
Satu akaun Tabung Haji akan dibuka untuk Muhammad Firdaus Dullah, 15, bagi membolehkan wang sumbangan dan bantuan yang diterima kanak-kanak itu disalurkan dengan lebih mudah.
Pembukaan akaun tersebut merupakan cadangan Badan Amal Kebajikan
Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dalam usaha
membela nasib kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu.
Isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Bakti, Datin Seri
Rosmah Mansor berkata, pembukaan akaun itu akan diuruskan Tabung Haji
manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dipertanggungjawabkan untuk
menguruskan akaun tersebut.
Tuesday, 24 June 2014
HANYA TIGA PERKATAAN YANG MAMPU MUHAMMAD FIRDAUS SEBUTKAN !!!
"Emak, makan, minum," inilah tiga perkataan yang diungkap dalam nada
tidak jelas oleh remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus
Dullah, 15, di atas katil wad kanak-kanak, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ)
di sini.
Ternyata apa yang diluahkan oleh remaja itu cukup menyentuh
perasaan dan dia benar-benar amat merindui belaian kasih seorang ibu
yang suatu ketika dahulu menyuapkan makan dan minumnya, apatah lagi
semasa remaja itu duduk di atas kerusi roda.
Ungkapan itu didedahkan oleh Pengarah HTJ, Datuk Dr. Jaafar Che
Mat tentang reaksi remaja itu semasa meninjau keadaannya sambil
memberitahu bahawa Muhammad Firdaus hanya diberikan makan makanan lembut
seperti roti dan air susu.
SHAHRIZAT Abdul Jalil menitiskan air mata sebak melihat keadaan
Muhammad Firdaus Dullah ketika melawat kanak-kanak itu di Hospital Tunku
Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, semalam. Turut kelihatan Raja
Salbiah Tengku Nujumuddin (kanan). - UTUSAN/Abd. Razak Aid
"Daripada pengamatan pihak hospital, kita dapat melihat cara
Muhammad Firdaus makan sangat cepat (rakus), seolah-olah dia sudah lama
tidak menikmati makanan. Pihak hospital memberikan makanan yang lembut
kerana dibimbangi cara pemakanan itu boleh mengakibatkan masalah lain
termasuklah sesak nafas andainya kuantiti yang diberikan berlebihan.
Saya tidak dapat pastikan pada waktu ini sama ada dia diberikan makanan
semasa ditinggalkan atau yang tidak berzat.
"Apa yang dapat saya jelaskan, remaja ini mungkin dapat bertahan
disebabkan pergerakan yang terhad dan berhibernasi semasa ditinggalkan
bersendirian di dalam rumah itu,'' katanya di sini hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas lawatan Yang Dipertua
Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti), Raja
Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin yang juga isteri Menteri Besar di
sini hari ini.
Jaafar juga menjelaskan, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan
terhadap remaja berkenaan, tiada sebarang kecederaan dan hanya luka
disebabkan digaru sendiri tetapi tidak menolak Muhammad Firdaus telah
didera dari segi emosinya.
Tambah beliau, pihaknya juga telah menghantar laporan awal kepada polis untuk menjalankan siasatan.
"Laporan penuh hanya akan dikemukakan selepas rawatan terhadap
remaja malang itu selesai. Kita jangkakan berkemungkinan besar dia akan
menerima rawatan sekurang-kurangnya lebih sebulan dan bergantung
terhadap keupayaan remaja berkenaan kerana banyak lagi proses pemulihan
akan dilakukan termasuklah dari segi fizikal dan emosi.
"Dari segi aspek kesihatan tubuh remaja itu, pihak hospital akan
memberikan antibiotik, makanan berprotein, rawatan fisioterapi dan
pemberian lemak memandangkan remaja berkenaan hanya mempunyai berat 15
kilogram ketika mula-mula dirawat di sini,'' katanya.
Jaafar juga menjelaskan Muhammad Firdaus ditempatkan di bilik
berasingan untuk keselesaannya bersama-sama adik tirinya, Muhammad Haziq
Jali, 7, selepas ibunya ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.
Monday, 23 June 2014
TERKINI... IBU OKU BARU TERIMA SEDIKIT BALASAN DI DUNIA !!!
Polis hari ini mengesahkan pihaknya telah menahan seorang wanita
dipercayai ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditinggalkan
keseorangan dalam keadaan menyayat hati di Flat Taman Semarak, Nilai di
sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Abdullah Roning berkata, wanita
berusia 40 tahun itu ditahan ketika dipanggil ke balai polis petang
semalam untuk memberi keterangan berhubung kejadian berkenaan.
"Polis sedang menjalankan siasatan terperinci meliputi segenap aspek
bagi mengetahui punca sebenar kanak-kanak malang itu ditinggalkan
keseorangan di dalam flat berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini
hari ini.
Friday, 20 September 2013
PAS PATUT MALU DENGAN PEREMPUAN CACAT INI !!!
Walaupun pernah dinafikan peluang untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di peringkat awal kerana kecacatan fizikal namun ia bukanlah penghalang buat seorang insan kurang upaya (OKU) untuk mencapai impian.
GRADUAN UIAM, Nik Nor Ermiza Rozana Mustaffa yang mengalami kerapuhan tulang berdiri untuk menunjukkan Ijazah Undang-Undang dan Syariah yang berjaya diperolehinya daripada pengajian di UIAM pada tahun 2010 sambil diperhatikan oleh ibu bapa dan adik lelakinya ketika ditemui di rumahnya hari ini. - BERNAMA
Dengan kegigihan dan keazaman yang kental, Nik Nor Ermiza Rozana Mustaffa, 32, akhirnya menggenggam segulung ijazah undang-undang dan syariah dalam tempoh enam tahun apabila diberikan peluang kedua belajar di UIAM dari tahun 2005 hingga 2010.
Anak sulung daripada enam adik beradik ini yang menghidap penyakit kerapuhan tulang sejak dilahirkan dapat membuktikan kecacatan bukan satu penghalang.
Ketika mengimbau liku-liku yang dilalui semasa ditemui di rumah ibu bapanya di Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, dekat sini, beliau berkata, semasa mula-mula melapor diri pada 4 Julai, beliau agak terkejut apabila diberitahu yang pihak universiti belum bersedia untuk menerima beliau memandangkan kecacatannya yang boleh mengganggu pengajian kelak.
Menurutnya, ketika itu, UIAM tidak dapat memberi jaminan beliau meneruskan pengajian setelah melihat keadaan fizikal dan ketinggiannya yang hanya 94 sentimeter ketika itu, serta tiada kemudahan untuk belajar bagi orang sepertinya sebelum pulang dengan hampa.
Bagaimanapun, beliau agak terkejut apabila didatangi sekumpulan pegawai diketuai Pengarah Pejabat Perhubungan Awam UIAM, Shamsul Azhar Mohd Yusof seminggu kemudian di rumahnya bagi membawa berita gembira yang beliau dibenarkan belajar.
"Saya amat berterima kasih kepada Rektor UIAM ketika itu, Profesor Datuk Dr. Mohd Kamal Hassan yang membuat keputusan hingga membolehkan saya menyambung pengajian dan dapat duduk selesa di bilik yang diubah suai untuk orang seperti saya," kata anak kepada seorang petani Mustaffa Ibrahim, 55, dan Raja Rosnawati Raja Mamat, 50.
Nik Nor Ermiza Rozana berkata, apa yang penting ialah tidak mudah jemu selain sering dibantu para pensyarah termasuk rakan-rakan di UIAM terutamanya untuk bergerak dengan kereta sorongnya.
Dengan kegigihannya, beliau menerima anugerah khas Abdullah Ibnu Umm Maktum pada Majlis Konvokesyen ke-25 kerana kejayaannya dalam pengajiannya.
Namun begitu sejak menamatkan pengajiannya di UIAM pada tahun 2010, Nik Nor Ermiza Rozana masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan berharap diterima bekerja supaya dapat membantu ibu bapanya yang banyak berjasa dan berkorban untuk kejayaannya sejak di bangku sekolah rendah.
Katanya, beliau terpaksa menolak tawaran kerja dari Celcom dan Telekom Malaysia sebagai operator di Kuala Lumpur kerana ingin bekerja di Terengganu.
Namun begitu, beliau masih berharap ada pihak yang sanggup menerimanya untuk bekerja di Terengganu bagi memudahkannya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dan berharap dapat bekerja sebagai Pegawai Syariah dengan kerajaan negeri Terengganu selepas menjalani temu duga bulan lalu.
- BERNAMA
Psstt.... Lain pula dengan perangai parti PAS, 24 jam asyik nak menipu rakyat mintak derma jer... duit tu entah di belanje kemana entah la...
Sunday, 20 January 2013
PAS kena tampar dengan OKU lagi !!!
Karpal Singh beri amaran kepada presiden Pas agar beri arahan kepada dewan ulama pas supaya menarik balik larangan penggunaan kalimah Allah dalam bible. Jika amaran ini tidak diendahkan pas akan ditendang keluar dari pakatan rakyat
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh telah meminta agar Majlis Syura PAS membuat keputusan yang selari dengan kehendak serta pendirian Pakatan Rakyat, terutama sekali yang membabitkan KALIMAH ALLAH. Secara tidak langsung, Karpal Singh kembali mengulangi pendiriannya, PAS perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu jikalau hendak memperjuangkan Islam, Negara Islam atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam.
Majlis Syura PAS pada 14 Januari lalu telah membuat keputusan bahawa KALIMAH ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam untuk sebarang tujuan kerana ia bertentangan dengan maksud sebenar KALIMAH ALLAH yang tidak boleh diterjemahkan dalam mana-mana bahasa di dunia ini.
Pada malam Tahun Baru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah membuat perutusan di blognya, mendesak agar Kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan KALIMAH ALLAH untuk Bible versi Bahasa Melayu. Bible versi bahasa lain selain daripada Bahasa Melayu, tidak pula menukarkan perkataan GOD dan LORD kepada ALLAH, malah DAP secara tegas berpendirian bahawa KALIMAH ALLAH hanya sesuai untuk Bible berbahasa Melayu sahaja.
PAS dari tahun 2008 lagi telah bersetuju agar KALIMAH ALLAH dibenarkan guna kepada orang bukan Islam, terutama untuk tujuan penyebaran agama mereka. Konon-kononnya dengan cara itu, Islam dapat didakwahkan kepada mereka.
Bagaimanapun, berdasarkan kepada keadaan semasa dan sejarah, KALIMAH ALLAH yang digunakan di dalam Bible versi Bahasa Melayu hanya digunakan untuk memurtadkan umat Islam, sepertimana yang digunakan dalam Bible versi Bahasa Arab. Bible dalam Bahasa Latin yang menjadi Bible utama dan diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain, tidak langsung mempunyai sebarang kalimah ALLAH.
‘Arahan’ daripada Karpal Singh itu, sebenarnya mempunyai signifikan yang cukup besar kepada PAS. Walaupun bunyinya cukup lunak dan bersopan santun, Karpal Singh telah meminta agar Presiden PAS menggunakan kuasanya untuk memansuhkan keputusan Majlis Syura,
Subscribe to:
Posts (Atom)


















