Jumlah Pengunjung

Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Saturday, 9 January 2016

AMARAN ZAMBRY PADA SEMUA KONTRAKTOR PERAK !!!



Pemaju perumahan di kawasan baharu di sini diminta menitik beratkan faktor keluasan jalan sebelum membuat sebarang projek pembangunan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
 
Beliau berkata perkara berkenaan penting bagi mengelak masalah kesesakan trafik di bandar raya itu bertambah teruk.
"Sekarang masalah baharu yang perlu diatasi adalah kesesakan di Ipoh akibat pertambahan kenderaan khususnya semasa cuti hujung minggu atau ketika cuti sekolah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek Mh Pinnacle di sini hari ini.

Zambry berharap pemaju dapat berbincang dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebelum membangunkan sesuatu projek selain mencari pendekatan terbaik bagi mengatasi kesesakan trafik.

"Bagi pembangunan baharu misalnya di tepi lebuh raya, kita minta pemaju lihat bagaimana kereta boleh terus masuk ke kawasan itu dengan membina susur jalan tanpa perlu memasuki kawasan bandar," katanya.  

Menjelas lanjut Zambry berkata, pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang antara lain dianggotai Datuk Bandar MBI Datuk Zamri Man dan Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong bagi meneliti masalah itu.

Menurut Zambry, Keretapi Tanah Melayu Bhd juga telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri beberapa bulan lalu bagi kemungkinan menyediakan perkhidmatan untuk perjalanan jarak dekat di Ipoh.



Wednesday, 13 February 2013

Terkini Di Pentas Ceramah ANWAR & UMI HAFILDA Pengkalan Pegoh IPOH !!!



Berita terkini yang diperolehi oleh orang dalam Pas sendiri mengatakan bahawa , Anwar Ibrahim telah menghantar sms kepada Lee Bon Chye kemudian Lee Bon Chye fowardkan kepada Anuar Ayam berbunyi " pindahkan dengan segera daripada Ummi Hafilda atau saya akan batalkan ceramah ini".

Lee Boon Chye yang menjadi main sponsor malam ini berbincang dengan Anuar Ayam tentang perkara ini dan mengambil keputusan bahawa mereka perlu lari daripada ceramah bertentang mata dengan Ummi Hafilda kerana Anwar paling fobia dengan suara Ummi Hafilda.

Kini hanya tinggal satu sahaja khemah yang menjadi sebagai gimik kononnya mereka/Anwar  tidak takut dengan Ummi Hafilda.

Menurut sumber dalaman Pas sendiri, Anuar meminta semua YDP Pas menghantar penyokong ke ceramah Anwar pada malam ini termasuk Pas Parit, Pas Pasir panjang, Pas Lenggong, Pas Batu Gajah supaya ceramah Anwar ini mendapat sokongan kuat daripada Pas.

Tetapi banyak YDP Pas tidak mahu terlibat dalam isu Anwar kerana bagi mereka Anwar sudah jatuh kufur merelakan penganut Agama Kristian menggunakan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu mereka. Kenapa orang yang sudah kufur boleh dibiarkan berceramah di hadapan umat Islam.





Member BSK