Jumlah Pengunjung

Tuesday, 1 April 2014

BERITA BAIK UNTUK PEMBELI RUMAH..Insentif RM30,000 #MyHome Untuk Beli Rumah #1Malaysia @NajibRazak @mpkotabelud @GoTeamRD




Melalui pembentangan Bajet 2014 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat 2013. Sebanyak RM30,000 insentif ditawarkan kepada pembeli² dan pemaju swasta melalui skim MyHome yang dikelolakan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Program MyHome ini sebenarnya untuk menggalakkan syarikat pemaju swasta membina lebih banyak rumah mampu milik di seluruh malaysia berdasarkan keperluan dan lokasi yang dikenalpasti. Lokasi pembinaan akan dinilai oleh sebuah Jawatankuasa sebelum kelulusan diberikan oleh KPKT.

Menurut Menteri KPKT, Dato' Abdul Rahman Dahlan ketika berucap melancarkan program ini, Kementerian yakin program ini akan menggalakkan penambahan jumlah rumah mampu milik dalam pasaran dan pemilikan rumah oleh rakyat.



"Program ini menawarkan insentif RM30,000 seunit kepada pemaju swasta untuk membina 10,000 unit rumah mampu milik dengan keluasan minima 800 kaki persegi pada tahun 2014 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta" katanya.

Skim MyHome dilaksanakan dengan pembayaran insentif RM30,000 daripada harga rumah akan dibayar terus kepada pemaju secara upfront dan baki dibayar sendiri oleh pembeli.

Kalau pembaca tak paham, meh saya terangkan lagi details sikit.

Contoh :
Ali mendaftarkan nama di bawah skim MyHome. Beliau ingin beli rumah berharga RM100,000. Insentif RM30,000 akan dibayar secara terus oleh kerajaan kepada pemaju perumahan (upfront). Insentif tersebut juga meliputi bayaran deposit 10% kepada pembeli apabila surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani. Baki RM70,000 akan dilangsaikan sendiri oleh Ali sama ada cash ataupun pinjaman dari bank.

Terdapat 2 jenis rumah MyHome tawarkan ;
1. Kos Rendah
2. Kos Sederhana

Lihat jadual seperti di bawah.


Apakah kriteria yang melayakkan pembeli menyertai skim MyHome ini?
1. Warganegara Malaysia
2. Berusia 18 tahun ke atas
3. Pembelian rumah pertama
4. Permohonan 1 unit rumah kepada setiap isi rumah (kalau suami isteri, hanya satu nama saja boleh apply)
5. Pendapatan isi rumah untuk MyHome 1 : RM3,000 - RM4,000 / MyHome 2 : RM4,000 - RM6,000.

Tempoh moratorium (tak boleh jual / tukar hak milik) selama 10 tahun dikenakan kepada pembeli mulai surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

Jika pembaca merasakan diri anda cukup layak dengan syarat² di atas, boleh terus membuat permohonan secara online ataupun mendownload borang di laman web KPKT. Kliksini mulai 1 April 2014 lah.

Sabaq na~


No comments:

Post a comment

Member BSK