Jumlah Pengunjung

Thursday 10 November 2016

WANGGEI JANJI TAK NAIK HARGA!!! #KPDNKK #CaringMinistry


PUTRAJAYA: Pengusaha restoran memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menaikkan harga makanan susulan pemansuhan subsidi minyak masak sejak awal bulan ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata jika terdapat ahlinya yang melanggar jaminan berkenaan, mereka patut dihukum kerana mengaut keuntungan berlebihan.

“Terdapat khabar angin bahawa kedai mamak telah menaikkan harga makanan selepas pemansuhan subsidi minyak masak. Saya berharap orang ramai tidak percaya kepada khabar angin ini.

“Ahli-ahli kami berjanji tidak akan menaikkan harga. Kami akan bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk melaporkan jika terdapat pengendali restoran yang tidak mematuhi perkara ini,” kata Noorul Hassan kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan ke-13 Presma pada Khamis.

Noorul Hassan berkata pengusaha restoran tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga kerana subsidi minyak masak hanya terpakai kepada isi rumah.

“Subsidi ini sejak dari dahulu dikhususkan untuk isi rumah dan bukan perniagaan. Oleh itu kita tak boleh terima jika pemilik perniagaan mengatakan mereka terkesan dengan pemansuhan subsidi itu,” katanya.-MS

No comments:

Post a Comment

Member BSK