Jumlah Pengunjung

Friday, 27 October 2017

#Bajet2018 walaupun dimaki hamun pemimpin pembangkang, YAB Perdana Menteri tetap tidak melupakan negeri - negeri mereka!!!


1. Sebentar tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah selesai membentangkan Bajet 2018 pihak kerajaan Barisan Nasional. Bajet pada tahun ini diberi tema *_ “memakmur ekonomi yang inklusif, mengimbang keunggulan duniawi dan ukhrawi, demi mensejahtera kehidupan rakyat, menuju aspirasi tn50”_*

2. Melihat kepada Bajet 2018 yang diumumkan sebentar tadi, ianya menunjukkan komitmen YAB Perdana Menteri dan kerajaan untuk menangani beberapa permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di negara ini secara keseluruhanya termasuk di negeri - negeri pembangkang walaupun pemimpin mereka dengan jelas dan konsisten selalu memaki - hamun serta memfitnah YAB Perdana Menteri dan pemimpin Barisan Nasional.

3. Antara pengumuman penting yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi adalah pemansuhan dua tol di negeri Selangor yang di kuasai oleh pemimpin pembangkang iaitu Tol Batu Tiga dan Tol Sungai Rasau. Pengumuman YAB Perdana Menteri ini juga sekaligus membuktikan kenyataan pemimpin pembangkang, terutama di Selangor bahawa kerajaan BN menganak - tirikan mereka adalah merupakan satu fitnah yang jahat.

4. Di Pulau Pinang pula, kerajaan BN telah mengumumkan bajet sebanyak puluhan juta ringgit untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Ini menunjukkan YAB Perdana Menteri mempunyai hati dan jiwa yang besar dengan tetap menunaikan permintaan kerajaan negeri DAP walaupun mereka berterusan melemparkan tuduhan dan fitnah terhadap pemimpin Barisan Nasional.

5. Pengumuman yang dilakukan untuk negeri pembangkang memberikan gambaran bahawa YAB PM dan Kerajaan tidak pernah mengamalkan dasar diskriminasi terhadap negeri - negeri pembangkang.  Ini jelas menunjukkan keprihatinan  Barisan Nasional kepada semua rakyat di negara ini. Apa yang YAB Perdana Menteri mahukan adalah rakyat di negeri - negeri pembangkang juga menikmati laba yang diraih oleh kerajaan.

6. Sikap jiwa besar yang ditunjukkan oleh YAB Perdana Menteri ini berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh pihak pembangkang. Ini jelas di negeri - negeri yag dikuasai mereka pemimpin politik dan masyarakat pro - BN sentiasa ditindas. Pembangkang jelas mengamalkan politik tidak matang dan mempunyai sikap dendam terhadap mereka yang Pro - BN. Ini berbeza dengan sikap YAB Perdana Menteri.

7. Konklusinya, saya berharap Bajet 2018 yang diumumkan sebentar tadi disambut baik oleh rakyat di negara ini khususnya di negeri - negeri pembangkang. Ini kerana bajet ini telah terbukti direka khas untuk kesejahteraan rakyat dengan mengambil kira maklum balas yang diterima oleh kerajaan. Secara ringkasnya, ini merupakan satu bajet dari idea rakyat sendiri yang direalisasikan oleh YAB Perdana Menteri bagi kesenangan semua pihak, termasuk mereka yang berada di negeri - negeri dikuasai pihak pembangkang.

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia


No comments:

Post a comment

Member BSK