Jumlah Pengunjung

Showing posts with label KHAIRUL FAHMI MAT SOM. Show all posts
Showing posts with label KHAIRUL FAHMI MAT SOM. Show all posts

Tuesday, 2 April 2013

KHAIRUL FAHMI Juga Akan Masuk Syurga !!!




Bekas pemimpin Pas menyifatkan sebagai tidak wajar tindakan Penolong Setiusaha I Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som mengeluarkan kenyataan mengenai ‘video seks Nabi’ melalui akaun twitternya pada 27 Mac lalu.
Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hassan Ali berkata, sebagai sebuah parti Islam dan pemimpin muda Islam, menyamakan sesuatu dengan Nabi Muhammad SAW adalah tidak patut sama sekali.
“Nabi maksudnya tidak boleh dikait dengan kelakuan manusia biasa dan kita mesti semak dulu dengan ulama berkenaan hukum kenyataan itu,” katanya ketika semalam.
Menurutnya, jika beliau masih berada dalam kepimpinan Pas, Khairul Fahmi pasti akan dipanggil terus untuk beri keterangan kerana ini soal serius iaitu berkaitan dengan akidah, perjuangan parti Islam dan Pilihan Raya ke-13 (PRU13).



Bekas Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Norman Toha pula berkata, beliau tidak dapat membayangkan apa yang dilakukan oleh antara aktivis Pas yang pernah dilatih ketika di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

“Dengan tarbiyah gerakan Islam yang pernah diberikan dulu, saya terperanjat dengan apa terjadi. Harap beliau dapat perbaiki sifat dan sikap seperti waktu ditarbiyah dulu. Beliau tidak sepatutnya keluarkan kenyataan seperti itu walau dalam keadaan marah sekalipun," katanya.




Monday, 1 April 2013

NIK AZIZ RESTU PEMUDA PAS HINA NABI MUHAMMAD S.A.W !!!




Tindakan seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat bertindak biadab membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi laman Twitter baru-baru in dikatakan mendapat restu daripada Presiden Pas Hadi Awang.

Perbuatan pemimpin politik itu yang merupakan ahli kepada parti PAS yang kononnya berasaskan Islam tidak boleh diterima sama sekali.

Menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh, apatah lagi contoh yang buruk, memperlihatkan kecetekan ilmu agama pemimpin muda parti yang kononnya berasaskan Islam itu.

Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som menerusi akaun Twitter@fahmipkg yang menyebut: 

"Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ini, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan...jahanam UMNO."

Kenyataan di laman Twitter itu dikeluarkan Khairul Fahmi pukul 11.58 pagi Rabu lalu.Tetapi jika ada pemimpin mereka yang melakukan keburukan, Haji Hadi tetap  pertahankan asalkan dapat bersama DAP dan Anwar Ibrahim ke Putrajaya.





Friday, 29 March 2013

ASTARAFILLULLAH...PEMUDA PAS PUSAT HINA NABI MUHAMMAD S.A.W !!!






Kalau bab kurang ajar dan biadap, para pengikut dan penjilat Pakatan merupakan agen yang paling kreatif dan efektif. Mereka boleh melakukan apa-apa sahaja untuk menghalalkan perbuatan mereka dan menggambarkan UMNO dan Barisan Nasional dengan seburuk-buruk gambaran. Walaupun mereka sendiri merupakan makhluk terhina yang menolak Allah Taala dan menghina Rasulullah s.a.w dalam semua ajaran Islam, namun kerap kali mereka menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional atas perbuatan yang mereka sendiri lakukan. 
Perhatikan kenyataan dalam TWITTER yang dikeluarkan oleh Khairul Fahmi Mat Som yang berjawatan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS Pusat. Kemaruknya dia untuk menyatakan bahawa klip-klip video lucah yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan Sabaruddin Abdul Hamid, telah dibikin dan dilakonkan semula dengan pembiayaan UMNO, membuatkan dia sengaja menghina Rasulullah s.a.w. 
Penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w bukanlah perkara baru dalam PAS. Justeru apabila Khairul Fahmi Mat Som menyatakan, kalau Rasulullah s.a.w masih hidup, UMNO akan membikin video seks baginda, dia sebenarnya sudah melampaui batasan, baik sebagai manusia, apatah lagi sebagai seorang penganut ajaran Islam. 
Islam diturunkan menerusi Rasulullah s.a.w. Di alam semesta ini, tiada yang lebih mulia berbanding Muhammad bin Abdullah s.a.w, Junjungan Mulia umat Islam di seluruh dunia atau mereka yang mengucapkan dan memahami kalimah Thoiyibbah dari semua sudut dan makna. 
Apa kena-mengena Rasulullah s.a.w dengan video-video seks yang melibatkan para pemimpin Pakatan Rakyat? Tidakkah Khairul Fahmi ingin menyatakan, kalau Rasulullah s.a.w masih hidup, maka UMNO akan membawa anggota-anggota penguatkuasaan agama untuk menangkap khalwat baginda memandangkan terdapat dua kes besar melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang iaitu Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dan Badrul Amin Baharom, pemimpin kanan PKR?
Langsung tidak ada batas dan langsung tidak ada pantang larang!
Kalau Rasulullah s.a.w masih hidup, pastinya PAS dan para penyokong serta pengikut dan para pemimpinnya akan diperangi kerana mereka telah MENYENGUTUKAN ALLAH TAALA dengan segala macam Tuhan yang lain. Bukankah para pemimpin PAS terutama sekali Mursyidul Am dan Presiden PAS bersama-sama sebahagian daripada pemimpin PAS yang berkiblatkan Guan Eng dan Anwar Ibrahim sangat menyokong penggunaan KALIMAH ALLAH untuk disekutukan dengan segala macam Tuhan sehinggalah PAS diberitahu bahawa keputusan tersebut menggugat undi Melayu-Islam kepada mereka?
Bukankah juga, para pemimpin PAS langsung tidak beriman kepada ayat-ayat al Quran dan hadis Rasulullah s.a.w yang banyak mengajar tentang HABLUMMINANNAS sebaliknya mereka dengan bangganya memperkenalkan konsep yang dipelopori oleh Mursyidul Am PAS, 'KALAU SYAITAN TOLONG PUN, KITA TERIMA' semata-mata untuk mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya. 
Sikap munafiq dan tentangan PAS terhadap Islam, amat jelas dapat dilihat menerusi pentadbiran dan pengurusan yang dilakukan oleh PAS di Kedah dan Kelantan. Walaupun diberikan kuasa dan peluang untuk membuktikan dasar-dasar Islam mereka kononnya, jauh lebih baik berbanding dasar-dasar sekular UMNO dan Barisan Nasional, hakikatnya PAS langsung tidak menunaikan tanggungjawab tersebut. Sebaliknya mereka bertukar menjadi PENCURI, PEROMPAK, PEROGOL dan PENJARAH. 
Perhatikan sahajalah bagaimana PAS mentadbir Kelantan selama lebih dua dekad tetapi tidak berbuat sesuatu apa pun kesejahteraan rakyat, sebaliknya merekalah pencuri terulung, penganiaya rakyat dengan menyekat bekalan air bersih, tidak memberikan peluang kerja, menyekat rakyat daripada mendapat rumah yang lebih baik dan sebagainya. Bahkan prasarana di Kelantan, langsung tidak terjaga. Tanpa campurtangan daripada Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh UMNO, Kelantan besar kemungkinan tidak ubah seperti Myanmar!
Begitu juga di Kedah. Apa yang telah dibuat oleh PAS Kedah untuk membangunkan negeri itu sekalipun kerajaan negeri terdahulu telah menyediakan segala prasarana yang terbaik untuk negeri itu maju dan setanding dengan negeri-negeri lain? Sedangkan suatu ketika dahulu, Kedah yang menjadi tempattumpuan para pencari kerja yang jumlahnya puluhan ribu orang setiap hari, sekarang ini, tidak ubah seperti sebuah negeri yang ditarik rahmat dan seringkali ditimpa bala bencana.
Barangkali memikirkan kepiah putih di atas kepala dan dia pula merupakan ahli PAS, maka bebaslah dia bercakap apa-apa sahaja kerana percaya PAS adalah rahmat untuk orang Melayu dan keahlian dalam PAS akan menjamin syurga serta mampu memberi syafaat?
Kesesatan itulah yang sedang dikembang-biakkan oleh para pemimpin PAS sehinggakan terhadap Rasulullah s.a.w pun mereka sanggup berkurang ajar, sepertimana yang dinyatakan oleh Mursyidul Am PAS bahawa Muhammad bin Abdullah s.a.w itu bukanlah sesiapa bahkan hanyalah MAMAT-MAMAT KAMPUNG BIASA kecuali kerana jawatan Rasulullah dan wahyu yang diturunkan kepadanya!
Nampak sangatlah kaum PAS ini merupakan golongan munafiq yang perlu direjam sampai mati kerana semakin dibiarkan, mereka semakin merbahaya kepada awam!!!

Member BSK