Jumlah Pengunjung

Showing posts with label KOMUNIS. Show all posts
Showing posts with label KOMUNIS. Show all posts

Friday, 4 August 2017

PCM DAN PEMUDA UMNO GEMPUR SPRM PULAU PINANG!!!


Bertempat di tingkat bawah Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang bersama Parti Cinta Malaysia serta beberapa NGO hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Memorandum berkenaan bertujuan menggesa SPRM mempercepatkan siasatan terhadap isu-isu rasuah yang dilaporkan berlaku di Pulau Pinang. Selain itu, Pemuda UMNO juga mahu isu-isu rasuah yang membabitkan kerajaan DAP negeri diselesaikan dengan secepat mungkin bagi menghilangkan kerisauan rakyat terhadap pentadbiran negeri.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim, rakyat Pulau Pinang kini berasa bimbang dengan peningkatan dakwaan rasuah yang berlaku di negeri ini khususnya yang membabitkan pemimpin-pemimpin tempatan.

Selain dari dakwaan rasuah yang dilapor membabitkan agensi kerajaan negeri, khabar angin mengenai penyelewengan yang berlaku terhadap projek-projek pembangunan di negeri ini juga meresahkan semua pihak.

Justeru itu, beliau mewakili seluruh anggota Pergerakan UMNO negeri Pulau Pinang serta rakyat yang mahukan pentadbiran negeri yang telus serta amanah, merayu agar pihak SPRM segera membersihkan negeri ini dari unsur-unsur rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam satu kenyataan kepada media pula menyatakan, beliau mengambil berat terhadap tindakan kerajaan negeri berhubung IBR, berikutan Pulau Pinang adalah negeri kelahirannya.

“Mengapa saya terlalu ambil berat terhadap Pulau Pinang adalah kerana saya dilahirkan di sini. Malu kalau negeri saya sendiri tidak mahu tandatangani IBR yang diusahakan oleh saya sendiri,” katanya.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan ketika ditemui pula menegaskan pihaknya akan terus berjuang untuk memastikan pentadbiran negeri Pulau Pinang bebas dari gejala rasuah.

Beliau juga berjanji akan menyokong semua inisiatif SPRM yang dibuat untuk mengekang unsur-unsur rasuah didalam pentadbiran kerajaan khususnya di negeri Pulau Pinang. 

– Utaranews.com





Tuesday, 18 April 2017

RARA SOKONG AWANG NEGRO BERNIAGA UPTOWN DI KAJANG!!!


Sedia maklum, tentang kekecohan pada baru-baru ini ditapak Uptown baru yang akan dibuka di Kajang yang telah dibantah sekerasnya oleh penduduk-penduduk berhampiran.

Dalam kekecohan tersebut mungkin ramai yang tidak tahu, bahawasanya Rara yang merupakan seorang perempuan melayu bertudung yang sedang hebat berceramah ketika ini menghasut anak muda melayu menjatuhkan UMNO rupa-rupanya adalah salah seorang Ahli Majlis Perbandaran Kajang.  (sila rujuk senarai nama Ahli Majlis dibawah)
Maka terfikir juga, sekiranya Rara benar-benar mahu anak muda bersamanya menyelamatkan negara, mengapa dia selaku Ahli Majlis boleh membiarkan tapak baru Uptown di Kajang yang akan dibuka khas untuk peniaga-peniaga warga asing?
Dimana laungan kata-kata Rara didalam ceramah yang mahu membantu anak muda negara?

Adakah retorik semata-mata demi mahu memuaskan nafsu sendiri disebalik agenda peribadi?

Cerita ini akan bersambung lagi bersama dengan bukti-bukti pendedahan yang lain..

Tunggu...



Thursday, 5 June 2014

DAP HINA PAS SEHINA-HINANYA !!!



DAP menyalahkan Pas kerana berkeras untuk melaksanakan hudud di Kelantan sehingga menyebabkan calon parti itu, Dyana Sofya Mohd. Daud kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu lalu.
 
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, Gobind Singh Deo berkata, pendirian Pas itu telah mengakibatkan berlaku protes secara senyap terhadap pembangkang.
Beliau memberitahu, kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud malah mereka berpandangan Malaysia adalah sebuah negara sekular.

"Ramai yang secara terbuka menyuarakan kebimbangan terhadap hasrat Pas untuk melaksanakan hudud walaupun ia bukan sebahagian daripada dasar bersama pembangkang.

"Mereka rasa terpedaya kerana menyangka Pas tidak lagi bercadang untuk menubuhkan sebuah negara Islam apabila memberi sokongan terhadap parti itu dalam dua pilihan raya umum yang lalu," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan Dyana Sofya tewas kepada calon BN, Datuk Mah Siew Kiong dengan majoriti 238 undi.
Pada 13 April lalu, Kerajaan Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Tambah Gobind, strategi politik yang berkesan termasuk dari aspek calon dan visi parti tidak berupaya mengetepikan keperluan untuk menyatakan pendirian yang jelas tentang isu berkaitan kepentingan orang ramai seperti hudud.
"Kesan negatif akibat isu-isu seperti hudud perlu dihayati dan difahami melalui kekalahan ini," katanya.

Walau bagaimanapun, pada ruangan komen Facebook milik Go­bind itu, pemilik akaun 'Abu Ihsan Izziddeen' menempelak Ahli Parlimen Puchong tersebut kerana menyalahkan pihak lain di atas kekalahan DAP.

"Adakah ia kerana kesalahan agama Islam atau kerana kelemahan DAP memberi penjelasan bahawa hudud adalah hak umat Islam yang tiada kaitan dengan orang bukan Islam?" katanya.




Thursday, 19 September 2013

MUBARAK KUTUK MAYAT CHIN PENG KAW KAW !!!



Langkah kerajaan mengharamkan jasad pemimpin komunis Chin Peng disemadikan di negara ini merupakan tindakan yang tepat dan harus diterima rakyat Malaysia, kata Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

"Saya harap kerajaan tegas dengan keputusan itu. Mubarak sepakat mengutuk cadangan sesetengah pihak yang ingin membawa jasad Chin Peng ke negara ini kerana Chin Peng bukanlah wira yang perlu diagung-agungkan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, desakan seperti itu tidak perlu dilayan kerana dosa Chin Peng kepada rakyat Malaysia terlalu besar untuk dimaafkan.
Mengulas tindakan segelintir pihak yang dilihat mengagung-agungkan Chin Peng, beliau berkata ia lebih bermotifkan politik, untuk meraih sokongan.
Katanya tindakan sebegitu menggambarkan seolah-olah mereka buta sejarah dan tidak memahami fakta sebenar.

Abdul Rahman menarik perhatian bahawa Chin Peng tidak pulang ke tanah air semasa hayatnya kerana tidak mematuhi terma perjanjian damai setelah dokumen itu ditandatangani antara Malaysia, Parti Komunis Malaya (PKM) dan Thailand pada 1989.

Beliau percaya Chin Peng tidak mahu menghadapi risiko dikenakan tindakan undang-undang selain keperluan menjalani program pemulihan daripada ideologi komunis.

Tindakan Chin Peng yang memilih untuk hidup dalam buangan menunjukkan beliau tidak berani berhadapan dengan rakyat dan anggota keselamatan yang pernah dizalimi komunis, katanya.

"Ini menjadikan beliau tidak layak disanjung atau diangkat sebagai wira oleh masyarakat sekarang," tegas beliau.

Abdul Rahman lebih maklum mengenai perjanjian damai di Hatyai pada 2 Dis 1989 itu kerana ketika itu beliau antara editor yang ditugaskan mengeluarkan artikel bagi ’memujuk’ rakyat agar menerima tindakan kerajaan menandatangani perjanjian berkenaan.

"Saya masih ingat pada waktu itu, rakyat marah apabila kerajaan bersetuju melakukan rundingan damai dengan PKM, kerana ada rakyat yang masih tidak melupakan kekejaman yang dilakukan komunis, membunuh penduduk tidak berdosa," katanya.

Abdul Rahman turut berpendapat kerelaan Chin Peng untuk menyertai rundingan damai pada waktu itu adalah disebabkan keruntuhan beberapa empayar komunis lain seperti di Eropah Timur.

Faktor itu dilihat mendorong Chin Peng untuk menandatangani perjanjian damai tersebut kerana merasakan PKM sudah kehilangan taring, katanya.
- BERNAMA






Wednesday, 18 September 2013

POLIS MALAYSIA HARAMKAN TANAM CHIN PENG DI TANAH MELAYU !!! TAHNIAH...



Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas tidak akan membenarkan mayat pemimpin pasukan gerila Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa pulang ke negara ini hatta abu bekas setiausaha agung parti itu sekalipun.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, mahkamah sebelum ini telah memutuskan Chin Peng bukan lagi warganegara Malaysia selepas dia menyertai pasukan gerila, PKM.

"Susahlah kalau hendak membenarkan semua bukan warganegara yang telah mati ditanam di sini (Malaysia). Saya percaya Chin Peng gembira jika disemadikan di negara yang paling lama dihuni," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan pihak tertentu supaya kerajaan membenarkan Chin Peng disemadikan di negara ini.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pukul 6.20 pagi hari ini akibat sakit tua.

Sepanjang mengetuai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.









Tuesday, 12 February 2013

Mat Sabu Tipu Kubur Sebenar Mat Indera !!!



Ya Allah... kesian sungguh aku bila bila tahu cerita sebenar...  tengahari semalam aku berkesempatan pergi ke taiping bersama kawan2 aku, barulah aku tahu cerita sebenar..  tergamak Mat Sabu menipu seluruh ahli PAS dan seluruh rakyat malaysia tentang kubur mat sabu, kubur yg ahli PAS melawat selama ni bukannya kubur mat indera, agaknya kubur atok mat sabu kot...  mungkin mat sabu malu nk tunjuk kubur sebenar kerana di kubur sebenar tertera lambang komunis di kubur mat indera. Punya lah berlambak bas ahli PAS dtg melawat kubur mat sabu yg tipu selama ni...  selepas ni klu ada ahli2 PAS yg nak melawat kubur mat indera sebenar boleh la lihat sendiri. memang ada lambang komunis pada kubur mat indera. nak bukti lagi sahih korang lihat video kt bawah ni...






selepas ni ada banyak lagi bukti yg akan aku bongkarkan...  nantikan bersama....


Thursday, 24 January 2013

NAMA PULAU PINANG adalah Hak Milik LIM GUAN ENG !!!



PENGGUNAAN NAMA "PENANG" - TOKONG GUAN ENG MELAMPAU

Kerajaan Pulau Pinang sekali lagi mengulangi ketegasan berhubung penggunaan nama 'Penang' dan tindakan itu menerima kritikan keras.

Ketua Menterinya, Joseph Lim Guan Eng berkata, apa jua acara yang ingin menggunakan perkataan 'Penang' perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri.

Dengan angkuh dan sombong Joseph Lim Guan Eng mengatakan, "Penganjur acara tidak boleh suka-suka menggunakan nama 'Penang' tanpa kelulusan daripada kerajaan Pulau Pinang. Sekiranya anda menganjurkan acara baru, kemudian anda perlu mendapatkan kelulusan kami. Jika perkataan itu digunakan sebelum ini, ia berbeza kerana anda akan meneruskan tradisi itu. Tetapi jika ia acara baru, anda memerlukan kelulusan,". 

Hal ini berikutan apabila segelintir pihak membidas penganjur yang mengadakan acara Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam.

Sepatutnya Joseph Lim tak perlu bersikap angkuh dan sombong sebegitu rupa. Memang patut dan wajar apa jua acara atau sambutan di adakan di negeri itu berhak menggunakan nama 'Penang'. Kenapa perlu minta kebenaran??

Tiada alasan undang-undang bagi Lim untuk menghalang penggunaan perkataan itu atau tiada keperluan bagi penganjur mendapatkan kelulusan sekiranya acara diadakan di Penang.

Joseph Lim yang dilahirkan di Johor, tinggal di Melaka dan kemudiannya berhijrah ke Pulau Pinang tiada hak untuk menyekat penggunaan perkataan tersebut.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohd Idris berkata, kerajaan negeri tiada hak untuk menghalang penduduk di negeri ini untuk menggunakan nama 'Penang' dalam acara mereka melainkan sekiranya penganjur menggunakan logo kerajaan negeri.

Jika acara berkaitan dengan kerajaan negeri dan logo digunakan, maka barulah mereka perlu mendapat kelulusan.

Ia milik rakyat dan Lim tiada hak untuk menguasai negeri dengan memaksa penganjur mendapatkan kelulusan sebelum dibenarkan menggunakan perkataan 'Penang' dalam acara mereka.





Member BSK