Jumlah Pengunjung

Showing posts with label P.BALASUBRAMANIAM. Show all posts
Showing posts with label P.BALASUBRAMANIAM. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

PANAS...KEMATIAN BALASUBRAMANIAM & KAITANNYA DENGAN ANWAR IBRAHIM !!!





Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal (PI Bala) yang baru sahaja meninggal dunia beberapa hari lepas disebabkan serangan penyakit jantung,  pastinya akan kekal diingati ramai kerana mencipta rekod membuat dua akuan bersumpah (SD) yang berbeza untuk satu isu yang sama.

PR tentunya sedikit sebanyak mempunyai saham dalam menyebabkan kematian PI Bala kerana masih mendesak penyiasat persendirian itu berkempen untuk mereka di Damansara sekalipun mengetahui PI Bala belum sihat sepenuhnya selepas terjatuh ketika berceramah untuk PR di Kota Bharu.

Ia satu bentuk kezaliman, tapi bagi PR soal kesihatan PI Bala yang kurang baik tentunya bukan perkiraan mereka, yang penting ialah memanipulasi sepenuhnya mendiang untuk kepentingan politik supaya berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan.

Lagi pun sejarah hitam PI Bala yang pernah menggelapkan wang RM50,000 milik Razak Baginda yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya Shariibuu selain mempunyai rekod buruk terlibat dalam penculikan semasa berkhidmat dengan PDRM, tentunya memaksa PR bertegas memaksa PI Bala memenuhi setiap aktiviti ceramah mereka.

Dalam pada itu, PI Bala juga akan diingati kerana tindakannya bersumpah dengan kitab Hindu, Bhagawad Gita sebaik tiba di KLIA dari persembunyian hampir 5 tahun di luar negara, yang menurutnya bertujuan untuk membuktikan SD2 adalah pengakuan palsu manakala SD1 adalah yang sebenar-benarnya.

Ini bermakna dalam tempoh hampir 5 tahun lalu sehingga saat kematiannya, PI Bala telah tiga kali flip flop dalam melakukan sumpah, ini menimbulkan andaian berkemungkinan besar sampai ajalnya disebabkan dimakan sumpah. 

Tidak ada agama dalam dunia ini yang membenarkan penganutnya bermain-main dengan sumpah, malah dalam Islam sendiri amat menegah umatnya bersumpah palsu apatah lagi dua tiga kali mengangkat sumpah dengan isi pengakuan yang berbeza-beza.

Malah orang yang gemar bermain-main dengan sumpah dan tidak tetap pendiriannya juga sukar untuk mendapat kepercayaan ramai. Tak mustahil saban hari mendapat celaan dan disumpah seranah pula oleh anggota masyarakat.

Mungkin andaian PI Bala dimakan sumpah tidak betul, tapi satu kenyataan yang pasti roh Altantuya yang dikatakan sedang melindungi PI Bala hanyalah ilusi atau pun sebenarnya sengaja mungkir janji dek kerana amarahnya yang masih menyala terhadap PI Bala barangkali.




Saturday, 16 March 2013

ABBY DAH LIHAT VIDEO SEKS NAJIB ???



Artis yang kini menyokong Pas, Abby Abadi dilihat cuba mencari populariti murahan apabila mempersoalkan kematian P Balasubramaniam serta cuba mengaitkan kematian penyiasat persendirian itu dengan Najib Razak dan Barisan Nasional.


Abby yang kini bergiat berceramah diatas pentas Pas, mempertikaikan cara kematian P.Bala dengan meminta Perdana Menteri Malaysia memberikan penjelasan. Abby juga seolah-olah tidak percaya bahawa penyiasat persendirian tersebut mati secara biasa dan bertanya sama ada Bala dibunuh.


Kenyataan Abby didalam laman Twitternya itu mendapat respon yang pelbagai dari pelayar laman sosial berkenaan. Ramai yang menolak kenyataan Abby sambil menasihati bekas artis tersebut supaya jangan melakukan fitnah.


Sebelum ini Abby juga menimbulkan kekecohan apabila beliau mengutuk artis yang pergi memberi bantuan kemanusiaan di Gaza. Abby ketika itu menyifatkan artis yang menyokong kerajaan melakukan kerja sia-sia selagi mereka belum menyokong Pas.





PESANAN TERAKHIR P.BALASUBRAMANIAM BUAT ANWAR IBRAHIM MENGAMUK !!!




Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam sempat bercakap buat kali terakhir dengan Utusan Malaysia semalam, sebelum meninggal dunia hari ini.
Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Sebelum itu, dia dikatakan mengalami sesak nafas ketika sedang makan di sebuah restoran berdekatan rumahnya di Rawang, Selangor.
Dalam wawancara itu, beliau meluahkan berasa 'sangat letih' menjadi alat politik pihak tertentu dan ingin berehat bersama keluarganya.

Menurutnya, sejak terjebak dalam kontroversi politik beliau seolah-olah hidup seperti pelarian di negara sendiri selain melalui penderitaan yang panjang beberapa tahun kebelakangan ini.

Tambahnya, beliau juga sudah tidak berminat berceramah kerana faktor kesihatannya yang tidak lagi mengizinkan.

"Lagipun saya bukan orang politik, saya tidak minat berpolitik.

"Keluarga saya juga turut menjadi mangsa, kini tumpuan saya hanya untuk kesihatan dan keluarga saya. Itu lebih penting, cukuplah (berpolitik)," katanya.

Balasubramaniam sebelum ini juga pernah menafikan disihir seperti didakwa portal propembangkang, KeadilanDaily.com.

"Mengarut sahaja perkara itu, saya kuat meditasi. Saya rasa ini mengarut," katanya.


P.BALASUBRAMANIAM MATI DI BUNUH ???



Hilang sekejap kehangatan cerita Lahad Datu dan lanun-lanun Sulu. Terlupalah sekejap kehebatan anggota komando Malaysia yang berjaya menggertak Jamalul Kiram III dengan sekeping duit lima puluh sen yang diberikan kepada seorang anak kecil selepas merakamkan gambar-gambar rumah Jamalul Kiram III di sarangnya sendiri.

Kematian P.I Bala yang cukup terkenal dengan cerita kosongnya, benar-benar mengejutkan. Lebih mengejutkan lagi ialah apabila kematian tersebut berlaku ketika Anwar Ibrahim benar-benar memerlukan satu kekuatan untuk meneruskan usahanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sama ada ianya disebabkan TEORI KONSPIRASI sepertimana yang cuba dikarang dan dipopularkan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, atau kerana mautnya datang sebagai hikmah di atas pembohongan dan pendustaannya demi mendapatkan duit, atau sebagai pengajaran dan petunjuk kepada manusia yang mahu mencari kebenaran dalam hal ini, Balasubramaniam a/l Perumal telah membawa segala rahsianya ke liang lahad. Dia tidak boleh lagi berceramah, berbohong, menipu dan mereka-reka cerita. Dia juga tidak boleh lagi disoalsiasat, disaman mahupun digertak. Bahkan dia juga tidak dapat melarikan diri ke luar negara sepertimana yang dilakukannya selepas mengeluarkan Akuan Bersumpah kedua dahulu.

Namun ada sesuatu yang sangat menarik tentang kematiannya!!!

Balasubramaniam dikatakan tidak bersetuju dan tidak mahu meneruskan cerita-cerita fitnahnya terhadap Perdana Menteri dan isterinya. Bagaimanapun, desakan daripada Anwar Ibrahim serta tekanan daripada konco-konco Anwar Ibrahim, membuatkan Bala terpaksa meneruskan lakonan dan siri pembohongan berkenaan.

Tekanan itulah yang membuatkan Bala berada dalam keadaan stress dan tidak tenang. Penyakit jantung dan tekanan darah tingginya pula begitu memuncak apabila dia sudah terdengar tentang KORBAN yang perlu dilakukan demi untuk menarik simpati masyarakat.

Bala dikatakan sangat sedar, dia merupakan liabiliti terbesar dalam PKR. Dia terhutang budi dan telah mendapat banyak laba daripada perbuatannya. Dia tidak boleh lari dan terpaksa meneruskan siri lakonan walaupun di luar kehendaknya.

Sumber dalaman memberitahu, beberapa hari selepas dia keluar dari Pusat Perubatan Subang akibat serangan jantung pada 5 Mac, dia telah bertengkar dengan beberapa orang konco Anwar Ibrahim yang mahu memaksanya meneruskan kerja-kerja jahat menfitnah Najib dan Rosmah.

Chegu Bard dan R.Sivarasa Rasaiah dikaitkan dengan insiden berkenaan!

Bagaimanapun, sumber tidak menjelaskan tentang butir perbincangan antara Chegu Bard dan R.Sivarasa dengan Balasubramaniam. Yang pasti, menurutnya ada pertengkaran yang didengar dan ada nada mengancam terhadap Bala!

Barangkali juga, kerana itulah kut terdapat kesan lebam pada leher mayat Bala?

Dah macam cerita Teoh Beng Hock dan seorang Ahli Majlis Kajang yang juga merupakan pemimpin DAP ler plak yang kemudian dialihkan kesalahan tersebut kepada PDRM dan SPRM serta UMNO-BN. Apakah kali ini, UMNO-BN akan dipalitkan dengan kesalahan yang serupa sekalipun semua orang tahu, Balasubramaniam a/l Perumal berada dalam JAGAAN PKR SEPANJANG MASA?

Sehingga setakat ini, punca kematian Balasubramaniam adalah SERANGAN JANTUNG!


(SUMBER)

Member BSK