Jumlah Pengunjung

Showing posts with label Pembunuh pegawai bank. Show all posts
Showing posts with label Pembunuh pegawai bank. Show all posts

Monday, 11 November 2013

GAMBAR DAN VIDEO SENJATA BUNUH PEGAWAI AMBANK TELAH DI JUMPAI !!!




Polis menemui senjata yang digunakan suspek dalam kejadian rompakan dan pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank, Norzita Abu Talib, di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu.
 
Senjata jenis pump gun itu ditemui di dalam longkang di Jalan Subang Persiaran Penaga, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada pukul 11 pagi tadi.


SEORANG pegawai polis membawa senjata 'pump gun' yang digunakan suspek dalam kejadian rompakan dan pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank, Norzita Abu Talib selepas ditemui di dalam longkang di Jalan Subang Persiaran Penaga, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian di Subang Jaya, hari ini.



Sunday, 10 November 2013

SI BANGSAT PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK TELAH BERJAYA DI TANGKAP !!! TAHNIAH PDRM...



Pengawal keselamatan yang juga suspek menembak mati seorang pegawai operasi AmBank dalam kejadian rompakan di bank itu bulan lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Dia direman bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Perintah reman itu dikeluarkan pada pukul 3.40 petang ini oleh Majistret Nazri Omran di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

PENGAWAL keselamatan yang juga suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Subang Jaya bulan lalu dikawal ketat anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi mendapatkan tahanan reman, hari ini.





Tuesday, 29 October 2013

PEMBUNUH PEGAWAI BANK BERI PETUNJUK DIMANA DIRINYA BERSEMBUNYI !!!



Polis yakin gerakan memburu suspek kes tembak seorang pegawai operasi AmBank, Rabu lalu semakin cerah berikutan penemuan beberapa petunjuk baharu termasuk laman sosial Facebook menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela yang disahkan milik lelaki itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya juga yakin suspek masih berada di dalam negara bersama selaras raifal pump-gun yang digunakan dalam kejadian itu.

Pada sesiapa yang nak lihat akaun Facebook haramjadah ni SILA KLIK SINI...


Member BSK