Jumlah Pengunjung

Showing posts with label bubar parlimen. Show all posts
Showing posts with label bubar parlimen. Show all posts

Thursday, 4 April 2013

PENDIRIAN TERBARU ANWAR SEMPERNA PEMBUBARAN PARLIMEN !!!





Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibenarkan, seperti dipersetujui parti-parti pembangkang pada 8 Januari lepas.

Malah beliau berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyiapkan draf berhubung perkara itu pada Januari lepas yang antara lain menyatakan orang Islam tidak boleh mempertikai kalimah Allah daripada digunakan orang bukan Islam dan mereka tidak boleh menghina kalimah itu.
"Seperti contoh apabila saya memaklumkan kepada Naib Presiden Parti, Tian Chua mengenai mesyuarat esok dan dijawab Tian Chua "insya-Allah". Ini bukanlah satu yang menghina," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Ketetapan pakatan pembangkang itu bertentangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, yang memutuskan pada 2008 bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci bagi agama dan umat Islam.

Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lepas juga memutuskan keputusan yang sama.
Isu itu timbul apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu dalam perutusan Krismas tahun lepas.

Ekoran keputusan Majlis Syura Ulama Pas, ditambah dengan kecaman daripada mufti-mufti dan cendekiawan Islam, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz, yang sebelum itu bersetuju dengan DAP akhirnya akur dan menarik balik kenyataan mereka.

Malah Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebelum ini berkata, haram bagi umat Islam membuka ruang untuk orang bukan Islam mempersenda kebesaran Allah.

Mohamad Shukri berkata, Kelantan menguatkuasakan Seksyen 9 Bahagian 1 dan 2 Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) 1981 melarang perkataan dikaitkan dengan agama bukan Islam.
Katanya, kalimah Allahuakbar antara 10 kalimah yang dinyatakan dalam Seksyen 9 Bahagian 2 iaitu perbahasan (bahasa) yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Enakmen sama turut dikuatkuasakan di sembilan negeri iaitu Terengganu sejak 1980, manakala Kedah, Melaka, Perak dan Selangor sejak 1988, diikuti Pahang (1989), Negeri Sembilan dan Johor pada 1991.


WAJIB BACA... NIK AZIZ GELABAH DENGAN KENYATAAN NI !!!




4 Tahun Yang Gemilang

Hari ini genaplah 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.   4 tahun sebenarnya, adalah masa yang singkat bagi kita menilai seseorang pemimpin, namun tidak bagi pemimpin seperti Dato’ Seri Najib Tun Razak.   

Dalam hanya 4 tahun, Dato’ Seri Najib telah berjaya membuktikan kredibiliti dan kebijaksanaannya mentadbir negara, dan angka-angka ekonomi serta kepuasan hati rakyat adalah buktinya.  

Lihat saja di media-media massa yang terpaksa menyediakan ruang yang agak besar untuk menyenaraikan segala pencapaian Dato’ Seri Najib bermula dari memperkenalkan konsep 1Malaysia sehinggalah kepada GTP, ETP dan pemberian-pemberian tunai kepada rakyat.  Begitu juga dengan pencapaian dari segi GDP dan juga indeks keyakinan pelabur, pembentarasan rasuah dan berbagai-bagai lagi yang mana tidak mungkin tercapai jika Dato’ Seri Najib bukan seorang pemimpin yang benar-benar berkesan. 

Walau apapun yang dituduh dan diperkatakan tentang beliau, namun Dato’ Seri Najib ternyata seorang yang sukar untuk digoyah.  Sifat tenang beliau membolehkan beliau mengendali setiap situasi dan cabaran dengan baik.  Jika dahulu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dijadikan sasaran fitnah hebat serta kutukan dan cemuhan pembangkang yang masih berterusan sehingga kini, namun tidak keterlaluan dikatakan bahawa apa yang perlu dilalui oleh Dato’ Seri Najib adalah lebih hebat lagi.  

Fitnah yang melanda Dato’ Seri Najib begitu dahsyat, iaitu termasuk terlibat dalam pembunuhan.  Malah isteri dan anak menantu beliau juga menjadi sasaran fitnah yang bukan-bukan sehingga kepada tuduhan mengamalkan ilmu hitam.  Beliau juga difitnah memakai tangkal di Mekah serta memakai rantai emas.  

Apa yang menarik ialah, ketika pembangkang giat memfitnah beliau, Dato’ Seri Najib meneruskan tugasnya memimpin negara seperti biasa.   Akibat keengganan beliau untuk melayan karenah pembangkang, maka pembangkang terpaksa menggiatkan lagi usaha fitnah sehingga akhirnya pembohongan mereka menjadi terlalu besar dan tidak terkawal.  

Pendek kata, fitnah-fitnah yang ditujukan kepada beliau lama-kelamaan menjadi begitu melampau-lampau lalu menyerlahkan betapa bobrok, buruk atau jahatnya puak pembangkang.  

Hari ini, setelah 4 tahun berlalu, kita menyaksikan bagaimana satu demi satu fitnah yang melanda beliau terbongkar sendirinya sebagai pembohongan pembangkang tanpa perlu beliau membalas atau melatah pun.   

Tidak cukup dengan cabaran fitnah, usaha berterusan pembangkang untuk menimbulkan huru-hara akhirnya tercapai sedikit di saat-saat pilihanraya semakin hampir.  Ia berlaku di Lahad Datu, Sabah di mana pembangkang telah dikenalpasti sebagai dalang yang mengundangnya.  

Namun, keganasan itu juga berjaya ditangani oleh Dato’ Seri Najib dengan tenang.  Malah keprihatinan beliau terhadap rakyat dan wira-wira negara juga terserlah melalui episod ini, sekali gus memberi peluang rakyat untuk menilai sendiri siapa pemimpin kita dan siapa atau apa jenis pembangkang yang kita ada.  

Dato’ Seri Najib ternyata berjaya mengembalikan Malaysia ke kedudukannya yang istimewa di persada dunia seperti ketika berada di bawah pemerintahan Tun Mahathir.   Jika nama Malaysia dikhuatiri ‘pudar’ sedikit sebelum ini, nama itu kini kembali gah sebagai pembawa keamanan dan penyebar kasih sayang demi sebuah dunia yang lebih baik.  

Jika dulu kita disanjung kerana kesungguhan membantu rakyat di negara yang berkrisis seperti Bosnia atau mangsa-mangsa kekejaman PolPot di Kemboja serta lantang membela Palestine, maka kini Dato’ Seri Najib menerus dan meningkatkan lagi ‘tugas keamanan’ itu.  Akhir-akhir ini beliau telah pun berjaya membantu mengamankan selatan Filipina di samping membantu Selatan Thai dan memberi ikrar kepada rakyat Palestine.  

Walaupun dunia menyaksikan angka ekonomi yang tidak stabil, tetapi rakyat Malaysia kekal hidup dalam keadaan sejahtera tanpa merasai sedikit pun dari ‘gegaran’ ekonomi itu.   

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara, andainya bukan Dato’ Seri Najib dan bukan Barisan Nasional yang menjadi peneraju di kala semua cabaran ini melanda.  

Oleh itu, menjelang Pilihanraya-13 ini, rakyat Malaysia wajar mengambil kira segala pencapaian dan segala perkembangan yang berlaku dalam negara dalam membuat pilihan.  Ketepikan emosi dan pilihlah dengan minda yang waras.  

Di kala dunia sedang bergelora dengan ancaman kuasa besar yang ingin menakluk dunia serta melalui ketidak-tentuan ekonomi, maka memilih sebuah kepimpinan yang bijak, kukuh, kuat, ikhlas dan prihatin amatlah penting.  Janganlah kita mengabaikan kapal yang cukup teguh dengan terjun ke dalam laut yang bergelora semata-mata percaya adanya sebuah kapal lain yang akan menyelamatkan kita.  Padahal kapal itu belum pun siap dibina, dan nakhodanya juga belum tentu siapa.  

Justeru, berdasarkan apa yang berlaku selama 4 tahun ini, kita yakin bahawa tiada yang lebih baik untuk menakhoda Malaysia, melainkan Dato’ Seri Najib.   Apa yang penting ialah, kapal kita, iaitu BN yang telah sedia kukuh, perlu dikukuhkan lagi dengan memberi sepenuh kepercayaan kepada nakhodanya demi masa depan yang lebih cerah.  



Wednesday, 3 April 2013

ANWAR PON BUBAR PARLIMEN JUGAKKK...!!!




Hari ni dengan rasminya Perdana Menteri DS Najib Razak membubarkan parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke 13..

Aku dimaklumkan, Anuwar dah mengarahkan seluruh jenteranya bertempur habis-habisan bagi menawan Putrajaya dan juga memastikan dirinya ditabalkan sebagai PM selepas keputusan pengundian diumumkan..

Antara negeri yang difokuskan oleh Anuwar ialah Sabah, Selangor, Johor, Perak, Penang dan juga N.Sembilan.

Menerusi amanat Anwar yang disampaikan menerusi sms sebentar tadi, beliau amat yakin negeri-negeri tersebut akan mudah ditawan oleh Pakatan.

Anwar juga menyifatkan Kedah dan Kelantan akan berjaya dikekalkan tanpa sebarang tentangan hebat dari Umno/BN.

Apapun, gelanggang pertarungan dah dibuka.. Kita tunggu je sapa yang menang dan sapa yang tumbang..

Aku yakin kempen mengundi kali ni merupakan kempen pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah negara.. Tak percaya?? Kita tengok je lah nanti..



Thursday, 21 March 2013

TERKINI...SAH Parlimen Di Bubar Tengahari Ini ???




Yeah dengar khabar daripada sumber-sumber yang percaya dapat daripada orang besar atau orang kuat Bukit Aman dikatakan Parlimen telah dibubarkan selepas mendapat perkenan daripada yang DiPertuan Agong oleh Perdana Menteri Malaysia. 

Adakah berita ini memang benar selepas kita disajikan dengan kisah yang sama sejak minggu lalu selepas kenderaan rasmi Datuk Seri Najib Razak dilihat berada di perkarangan Istana Negara atau propaganjil semata-mata lagi? Hari ini kita diberitahu benda yang sama sejak pagi tadi. Malah ada yang menyebarkan berita palsu kononnya press release pembubaran sudah ada walaupun?? sebenarnya itu press release zaman Pak Lah.

Adoiiyaiiii.....

Ramai dah bersorak sakan dekat Twitter. Malah ustazah paling fames dekat sana pun gembira excited sungguh..hewhew

Sama ada benar atau tidak, mari kita tunggu pengumuman daripada PM kita kononnya tengah hari atau petang ini. Kalau tiada jugak Parlimen bubar, kita humban orang yang menyampaikan tu buat bubur! Heh.

Lambat laun akan dibubarkan juga tapi korang yang dah boleh mengundi tu dah ada pilihan tetap ke? Nak bagi mandat dekat siapa. Bang Jib ke Pak Nuor? hehehe

Singkirkan saja wakil rakyat yang cuma mewakili poket sendiri n family. Ubah apa yang xcukup. Tapi elakkan yang memecah belah n menabur janji kosong semata-mata :)



Friday, 15 March 2013

Anwar Nak Bunuh Ahli DAP Ini !!!




Seorang ahli DAP hari ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya memimpin negara dengan begitu cemerlang dan aman selama ini.

Lee Chee Cheng yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Taman Megah, Cheras dekat sini berkata beliau tidak akan mensia-siakan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan datang.

"Saya waras dan matang untuk menilai kerajaan yang telah bertungkus-lumus bangunkan Malaysia sehingga berjaya pada tahap hari ini.
"Saya cintakan Malaysia. Saya juga cintakan DAP. Tapi saya cintakan DAP yang bersih. Saya tidak akan taat kepada mana-mana pemimpin yang angkuh dan penuh tipu muslihat," katanya dalam satu sidang akhbar di sebuah kafe di Bandar Sungai Long di sini.

Biarpun menghadapi kesukarann untuk bertutur dengan jelas kerana sakit angin ahmar, beliau ketika membaca teks kenyataan media berharap Perdana Menteri terus maju dan jaya memacu Malaysia ke arah kecemerlangan dan keamanan.

Dalam sidang media yang sama Lee mahukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengambil tindakan ke atas DAP termasuk menggantung atau membatalkan pendaftaran parti pembangkang berkenaan.
Ini ekoran DAP mendakwa berlaku masalah teknikal pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) 15 Disember lalu yang hanya diumumkan tiga minggu selepas itu.

"Kami di akar umbi mahukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhenti berdolak-dalih dalam isu pengiraan undi. Kami mahukan pemilihan semula CEC," jelasnya.

Lee menambah beliau tidak menolak kemungkinan akan keluar dari DAP jika tidak ada tindakan diambil oleh pemimpin parti pembangkang berkenaan berhubung rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi selepas pemilihan CEC DAP. - BERNAMA


Member BSK