Jumlah Pengunjung

Showing posts with label fbp15. Show all posts
Showing posts with label fbp15. Show all posts

Thursday, 21 May 2015

BELIA BERMUNAJAT DI FESTIVAL BELIA !!!

Bertempat di pentas utama Festival Belia Putrajaya 2015, akan berlangsung sebuah persembahan khas "MALAM INDAHNYA BERMUNAJAT" pada malam ini untuk belia-belia bagi pembukaan Festival Belia pada kali ini. 

Bermula pada pukul 05.30 petang sehingga pukul 06.45 petang akan di mulakan dengan persembahan Nasyid dari artis-artis tanahair malaysia. 07.30 petang sehingga pukul 09.00 malam pula akan disusuli Solat Maghrib, Tazkirah Perdana dan Solat Isyak di hadapan pentas utama. 09.00 malam pula akan disusuli oleh majlis Selawat dan Tausiah sehingga pukul 11.00 malam.

Terdapat banyak kelainan pada persembahan kali ini yang telah dijanjikan oleh pihak penganjur demi untuk memberi lebih kepuasan pada belia-belia yang akan hadir membanjiri Putrajaya pada tahun ini. 

Didoakan agar penganjuran pada tahun ini akan menjadi lebih bermakna dan lebih memberi pengalaman yang lebih unik untuk setiap belia yang akan hadir.












Wednesday, 20 May 2015

KONSERT PERCUMA SEARCH DI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA !!!


SEACRH, siapa yang tidak kenal dengan band otai ni ? Sememangnya persembahan kumpulan lagenda malaysia ini sentiasa di nantikan oleh semua peminatnya di seluruh tanah air. Kemunculan mereka amat jarang sekali kerana persembahan pentas mereka sentiasa akan memukau setiap penonton yang telah hadir menyaksikan persembahan mereka. 

Sememangnya tindakan berani mati penganjur Festival Belia Putrajaya 2015 yang telah menjemput kumpulan Search membuat persembahan di malam terakhir festival amat mengejutkan ramai peminatnya. Ditambah pula dengan tiada dikenakan tiket terhadap peminat-peminat Search untuk menyaksikan persembahan sememangnya akan menjadikan bandar Putrajaya akan dilimpahi dengan mat rock mat rock berbaju hitam.

Search pernah membuat persembahan paling bersejarah di stadium merdeka pada tahun 2004 dengan kehadiran peminat hampir 200ribu peminat dari seluruh negara. 
Dan kini, Search kembali lagi di dalam Festival Belia Putrajaya 2015 untuk menghiburkan belia-belia malaysia semperna festival yang akan berlangsung selama 3 hari 4 malam dan mampukah penganjur menyediakan tempat untuk peminat Search dari seluruh negara berkumpul di festival belia putrajaya nanti ?

Tidak kira sama ada anda belia atau pun tidak, sekiranya anda adalah peminat tegar kumpulan Search, anda wajib hadir di konsert paling gila dalam sejarah kumpulan Search ini nanti.

sama-sama kita hadir untuk menyaksikannya...




Pelan diatas merupakan arah tempat setiap acara difestival belia 2015.



Sunday, 26 April 2015

PENGUNJUNG LARI YOUTH DRUM FESTIVAL BELIA PERAK 2015 BERMANDIKAN API !!!



Youth Drum Festival telah memecah kesunyian malam ini apabila gendangan bunyi drum mereka telah dimeriahkan lagi dengan tarian api dan percikan api dihadapan pentas oleh kumpulan Lost World Of Tambun.

Penyertaan persembahan dari pelbagai kumpulan telah membuatkan pengunjung semua terhibur pada malam ini. Tepat pada pukul 9.00 malam telah dimulakan dengan persembahan oleh kumpulan Perkusigatra dengan mendendangkan beberapa buah lagu, diikuti oleh kumpulan gendang cina dari Persatuan Choy Lee Fat Perak, Gendang Bangra oleh Greentown Indian Culture, Rebana Perak oleh kumpulan Rebana Warisan, Gendang India oleh Greentown Indian Culture, Gendang Panjang Krong Jao oleh kumpulan Gendang Panjang Krong, persembahan oleh Lost World Of Tambun dan persembahan oleh Trivia De Rimba / Battle (Improvisation).

Tepat pukul 10.30 malam kehadiran dua tetamu VIP memeriahkan lagi persembahan ini. Dato Zainol Fadzi dan Datuk Shahrul Yahya mewakili exco kerajaan negeri perak telah sudi bersama-sama anak muda menyaksikan persembahan Youth Drum sehingga tamat dan telah sudi juga menyampaikan cenderamata kepada semua kumpulan yang terlibat dalam persembahan malam ini.

Rata-rata pengunjung amat terhibur sepanjang persembahan ini sehinggakan ramai penonton yang menjerit mahukan persembahan di teruskan lagi, namun memandangkan masa tidak mengizinkan segalanya, penganjur terpaksa jua menghentikan persembahan mengikut masa yang telah dirancangkan.

Adalah diharapkan agar persembahan sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang memandangkan sambutan dari penontonterutamanya belia amat-amatlah menggalakkan.

Semoga Majlis Belia Negeri Perak akan terus maju dan jaya dalam menganjurkan program sebegini pada masa akan datang untuk seluruh belia negeri perak.


















































Member BSK