Jumlah Pengunjung

Showing posts with label ibu remaja oku. Show all posts
Showing posts with label ibu remaja oku. Show all posts

Thursday, 26 June 2014

ALHAMDULILLAH... AKAUN TABUNG HAJI UNTUK REMAJA OKU MUHAMMAD FIRDAUS !!!




Satu akaun Tabung Haji akan dibuka untuk Muhammad Firdaus Dullah, 15, bagi membolehkan wang sumbangan dan bantuan yang diterima kanak-kanak itu disalurkan dengan lebih mudah.
 

Pembukaan akaun tersebut merupakan cadangan Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dalam usaha membela nasib kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu.

Isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pembukaan akaun itu akan diuruskan Tabung Haji manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dipertanggungjawabkan untuk menguruskan akaun tersebut.

(SUMBER)





Monday, 23 June 2014

TERKINI... IBU OKU BARU TERIMA SEDIKIT BALASAN DI DUNIA !!!



Polis hari ini mengesahkan pihaknya telah menahan seorang wanita dipercayai ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditinggalkan keseorangan dalam keadaan menyayat hati di Flat Taman Semarak, Nilai di sini awal pagi semalam.


 
Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Abdullah Roning berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditahan ketika dipanggil ke balai polis petang semalam untuk memberi keterangan berhubung kejadian berkenaan.

"Polis sedang menjalankan siasatan terperinci meliputi segenap aspek bagi mengetahui punca sebenar kanak-kanak malang itu ditinggalkan keseorangan di dalam flat berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.











Member BSK