Jumlah Pengunjung

Showing posts with label maksiat pas. Show all posts
Showing posts with label maksiat pas. Show all posts

Saturday, 9 February 2013

Nik Aziz Ajar Pemimpin PAS tido Dengan Isteri Ahli PAS ???



Itu gambar Nik Aziz yang tidor waktu kerja. Kali ini kantoi. Lama kita dengar dia tinggalkan mesyuarat untuk sembahyang, rupanya lepas tu tidor. Itu yang akhirnya banyak skandal kewangan dan penyelewengan yang berlaku.

Sementara Nik Aziz kaki tidor waktu kerja, Terengganu Ku SINI melaporkan cerita panas mengenai lagi KISAH WAKIL RAKYAT PAS melakukan maksiat mengikut jejak langkah Presiden PAS yang banyak bini dan Timbalan PAS yang sapu bini orang.

Kepimpiinan melalui tauladan ala PAS ... :




ADUN Pas Ladang, Kuala Terengganu, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menjadi punca perceraian antara Mohd Apandi Abdullah dengan isterinya, Aida Tengah.
Apandi mula curiga dengan kelakuan isterinya apabila dia kerap kali berkunjung ke rumah wakil rakyat Pas itu di Padang Negara, Kuala Terengganu walaupun selepas kematian isteri wakil rakyat Pas itu.
Tujuannya untuk mengurut! Rakaman suara bersama Apandi menceritakan, pernah satu ketika dia tertidur kerana menunggu isterinya yang mengurut Dato’ Tengku Hassan.
Mengurut apa lama sangat? Sampai si suami yang tunggu si isteri tertidur… Itulah titik-titik hitam yang menjadi punca perceraian antara Apandi dan Aida. ikuti pendedahan seterusnya bermula esok.


Nak lagi detail, baca Flying Kick SINI yang lebih cekap dalam hal buka kain wanita hehehe ...



Wednesday, 23 January 2013

Lagi PEMIMPIN PAS puaskan NAFSU bersama isteri Ahli PAS !!!



Malang bagi seorang penyokong tegar PAS di Terengganu apabila dia menceritakan bahawa dia telah di khianati oleh YB Adun Ladang, malahan menjadi mangsa dengan keadaan yang teramat sedih & menderita apabila isterinya telah dirampas oleh YB PAS tersebut.

Apa berlaku kepada penyokong tegar PAS ini apabila isterinya telah ditawarkan untuk bekerja kepada YB PAS Adun Ladang ini bagi menjaga isteri adun tersebut yang sedang Sakit ketika itu kerana komplikasi penyakit darah tinggi pada September 2011.

Selama 6 bulan isteri kepada penyokong tegar PAS ini berulang alik ke rumah YB PAS adun Ladang tersebut bagi menjaga isteri YB, tetapi apa yang menghairankan penyokong tegar PAS ini apabila isterinya sanggup ke rumah YB tersebut walaupun pada waktu malam dengan alasan YB panggil untuk melihat isteri YB yang memerlukan khidmatnya.

Apa yang lebih sedih & kejam apabila dia diberitahu YB PAS adun tersebut pernah dilihat berada di rumahnya bersama isterinya ketika dia tiada di rumah & dikatakan mempunyai hubungan sulit.

Nasib yang lebih malang bagi pengikut tegar ini apabila isteri YB PAS adun ladang tersebut meninggal dunia, tetapi isterinya masih lagi berulang alik ke rumah YB PAS adun ladang beracap kali tanpa memberitahu suaminya, menyebabkan penyokong tegar PAS ini bergaduh dengan isterinya.



cerita penuh DISINI... 

Member BSK