Jumlah Pengunjung

Showing posts with label muktamar pas 2015. Show all posts
Showing posts with label muktamar pas 2015. Show all posts

Thursday, 28 May 2015

DIAMLAH DAP LAKNATULLAH !!!



KUALA LUMPUR 27 Mei - Sekiranya DAP terus menyerang Pas ketika ini, nescaya pakatan pembangkang akan berpecah selepas ini, sekali gus menjadikan parti cauvinis itu sebagai punca perpecahan tersebut.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, DAP perlu menghentikan polemik serangan terhadap Pas bagi mengekalkan pakatan pembangkang. “Kalau Pas itu main rentak DAP, makin jadi pecahlah. Saya tidak hendak tulis pelik-pelik kerana pemilihan (Muktamar Pas) ini saya nak puasa banyak,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini. 

Nik Mohamad Abduh memberitahu, beliau dan ahli-ahli Pas sememangnya tidak berpuas hati dengan tindakan DAP terus menyerang peribadi kepimpinan ulama termasuk Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. “Bagi saya, kalau semakin DAP serang ulama seperti Presiden (Abdul Hadi), semakin orang (anggota parti) simpati kerana hendak mengundi bukan DAP, tetapi ahli Pas. Tak tahulah kalau DAP mahu Abdul Hadi kekal (presiden) senang hendak keluar pakatan pembangkang,” katanya. 

Mengenai provokasi DAP untuk Pas bertindak keluar pakatan pembangkang dan membentuk Kerajaan Perpaduan (UG) dengan Barisan Nasional (BN), beliau menyifatkan ini sebagai ‘muslihat politik’ dan yakin parti tidak akan mengambil tindakan sedemikian. “Saya tak suka isu yang dibangkitkan DAP diperbesarkan. DAP banyak merujuk kepada isu hudud dan isu Pas nak ‘join’ BN (UG), sedangkan bagi kita, Presiden saya sendiri yang saya faham, isu ini tiada dan tidak berbangkit. 

“Pertama sekali, saya sebut isu hudud ini bukan sepatutnya isu yang boleh memecahkan pakatan pembangkang. Saya harap pimpinan tertinggi Pas mempunyai langkah untuk meredakan keadaan ini,” katanya. Krisis antara Pas dengan DAP timbul apabila wujud pertikai­an membabitkan keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. 

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa, hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan, sebaliknya hati Presiden Pas itu bersama UMNO. Guan Eng turut mengkritik Abdul Hadi bukan saja tidak turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, malah turut tidak menyatakan so­kongan secara terbuka kepada Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Semalam, Abdul Hadi berkata, pada ketika ini, beliau mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam konflik hubungan antara DAP dengan parti itu. 

Katanya, fokus utama beliau kini adalah terhadap pemilihan par­ti kerana apa juga keputusan akan ditentukan selepas tamat muktamar kelak. 


SUMBER

Wednesday, 20 May 2015

MUKTAMAR PAS.. USAHA MENGHALAU SEGALA BANGSAT DI PERHEBAT !!!



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Muktamar Pas Ke-61 pada Jun ini bakal menjadi medan perhitu­ngan bagi membersihkan parti berkenaan daripada kumpulan sekular yang tidak mahu menerima dasar parti itu dalam memperjuangkan Islam.

Abdul Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu memberitahu, pertelingkahan dan perbalahan pendapat dalam kalangan ahli Pas sudah lama berlaku seawal tahun 1960.

“Sejak saya aktif dalam Pas pada 1964, saya sudah melihat perbezaan pendapat ini berlaku apabila orang yang berhimpun dalam Pas terdiri daripada golongan pemikirannya yang maju, ada yang sederhana dan ada pula kumpulan yang menzalimi diri sendiri iaitu kumpulan yang suka mengambil kesempatan.

“Oleh itu apa juga berkaitan dasar, kita tidak berganjak manakala perbezaan pendapat kita akan bermesyuarat, maka keputusan mesyuarat akan kita terima, kepada ahli yang berpecah (tidak menerima keputusan) mereka perlu keluar daripada parti ini.

“Kita tidak bersetuju untuk menjadikan Pas parti sekular, ada dalam kalangan kita hendak buang perkataan Islam, tidak boleh bercakap pasal Islam, itu kita tidak boleh terima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jalan penyelesaian Pas untuk menamatkan krisis dalaman parti berkenaan dalam sesi bicara di MyHarakah Bazar, di sini hari ini.

Pemilihan Jawatankuasa Pusat pada Muktamar Pas Ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor bakal menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan iaitu Anwarinas dan golongan ulama dalam perebutan jawatan tertinggi parti itu.

Sebelum ini, ahli di peringkat akar umbi juga telah memberi isyarat awal untuk membebaskan Pas daripada cengkaman puak Anwarinas apabila jumlah pencalonan dalam kalangan pemimpin ulama jauh lebih tinggi berbanding calon-calon yang berada dalam kem Anwarinas.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, apa yang lebih penting ialah perjuangan Pas perlu konsisten berteraskan disiplin, adab, akhlak dan roh melalui perhitungan dosa dan pahala.

“Cuma kita tidak menafikan ada orang di luar sana yang tidak beradab, dalam keluarga juga ada yang tidak beradab apatah lagi dalam parti,” katanya.
Tegasnya, antara cabaran utama politik hari ini adalah kewujudan fahaman sekular yang tidak menempatkan Islam dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Ketika ditanya mengenai cadangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk mewujudkan semula Kabinet bayangan pembangkang, Abdul Hadi berkata, kemenangan pada pilihan raya umum adalah lebih penting.

“Kalau tidak masuk nama saya pun tidak mengapa tetapi apa yang lebih penting adalah untuk menang, bagaimana kita mahu merealisasikan kemenangan, siapa menjadi menteri pun tidak mengapa,” katanya.




Tuesday, 3 March 2015

SELAMATKAH HADI AWANG SEKARANG NI ???



 - Seluruh kepemimpinan Pas akan mempertahankan ke­dudukan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada digulingkan dalam muktamar parti itu Jun ini.
Penegasan itu dinyatakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sambil memberi jaminan bahawa tidak akan ada mana-mana pemimpin dalam kalangan parti itu sanggup mencabar Abdul Hadi untuk jawatan Presiden pada pemilihan kelak.

Mustafa berkata, desas-desus kononya Abdul Hadi bakal digulingkan tidak mungkin menjadi kenyataan sebaliknya, beliau yakin Presiden Pas itu akan terus mendapat sokongan penuh bagi mengekalkan jawatan tersebut.
“Saya yakin tidak ada calon akan lawan presiden. Selepas tahun 2015 kita akan saksikan Abdul Hadi terus kekal menerajui Pas,” katanya kepada pemberita selepas majlis kutipan dana pasca banjir di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Datuk Hassan Mahmood.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus bahawa jawatan Abdul Hadi sebagai Presiden bakal dicabar dalam Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat yang akan diadakan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-61, Jun depan.
Kepemimpinan Abdul Hadi kini berada dalam keadaan goyah berikutan gerakan tersusun kumpulan-kumpulan tertentu di dalam Pas yang ingin menjatuhkannya termasuk dalam kala­ngan pemimpin parti itu yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden, Mohamad Sabu untuk bertanding jawatan Presiden.
Abdul Hadi bagaimanapun, masih mendapat sokongan padu kumpulan ulama dan perkara itu dinyatakan pada Multaqa Ulama SeMalaysia II baru-baru ini sehingga wujud desakan mahu Mohamad dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli dipecat.
Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim mendedahkan terdapat komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanan Pas dengan matlamat menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama.
Sementara itu ketika ditanya kemungkinan jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Mohamad akan dicabar sekali lagi pada pemilihan nanti, Mustafa berkata, jawatan tersebut dijangka bakal ada pertandingan.
“Saya yakin Abdul Hadi akan kekal sebagai presiden lagi, timbalan saya tidak tahu. Jawatan timbalan sentiasa berlawan, saya jangka memang ada pertandingan seperti biasa,” katanya.
Dalam pada itu ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap dakwaan Mohamad dan Mohd. Hatta yang menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan presiden, Mustafa berkata, setakat ini, kedua-kedua pemimpin itu masih belum dipanggil untuk memberi penjelasan.
“Kita belum lagi panggil kerana masing-masing sibuk. Kita akan panggil dalam masa terdekat. Yang buat tuduhan kita panggil, yang kena tuduh kita panggil,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

(SUMBER)

Member BSK