Jumlah Pengunjung
Showing posts with label naik gaji. Show all posts
Showing posts with label naik gaji. Show all posts
Tuesday, 25 October 2016
KENAIKAN GAJI MINIMUM AKAN MUFLISKAN NEGARA - TUN MAHADHIR!!!
Gaji minimum sebanyak RM1,500 telah dicadangkan oleh Pakatan Harapan dalam bajet alternatif 2017 yang diumumkan minggu lepas. Namun pelaksanaan gaji minimum ini, jika diperhalusi adalah tidak praktikal kerana pembayaran gaji dilaksanakan mengikut produktiviti, bukannya pihak ketiga.
Malah kenaikan gaji ini mungkin boleh memufliskan Malaysia apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.
Mungkin yang tertanya-tanya siapa yang membuat kenyataan berkenaan. Tidak lain adalah pemimpin pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu telah melihat mengenai perkara ini empat tahun lepas dan pernah menulis mengenainya dalam blog beliau, berjudul `Minimum Pay’ pada 2 Mac 2012.
Dalam tulisannya itu, Dr Mahathir melahirkan kebimbangan dengan dasar gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza dapat dikekalkan.
“Jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.
“Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita .Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah,” katanya.
Ternyata pendirian Dr. Mahathir mengenai gaji minimum telah diluahkannya sejak empat tahun lalu dan ia berbeza dengan pendirian pembangkang yang mencadangkan gaji minimum RM1,500 tanpa mengambil kira kemampuan majikan.
Ia juga menunjukkan Dr. Mahathir tidak sependapat dengan rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan. Semua tahu pembangkang telah lama mencadangkan gaji minimum ini sementara Dr. Mahathir pula diketahui membantah pelaksanaan gaji minimum.
Gara-gara pendirian Dr. Mahathir mengenai gaji minimum ini juga, beliau pernah dibidas oleh pembangkang ketika itu dengan Anwar Ibrahim merupakan pemimpin pembangkang yang paling lantang mengecamnya sehinggakan Anwar mendakwa Mahathir hanya mahu mengkayakan kroni semata-mata.
Bagi Pakatan Harapan pula, memandangkan mereka sudah menguasai dua negeri, Pulau Pinang dan Selangor, jadi moleklah sekiranya negeri-negeri terbabit melaksanakan dulu gaji minimum ini.
Tidak guna jika mereka sekadar bercakap mengenai pelaksaan gaji minimum sebanyak RM1,500 tetapi tidak mampu melaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang.
http://www.malaysiakini.com/news/190933
http://chedet.cc/?p=712
Thursday, 28 November 2013
BUKTI PEMIMPIN PAKATAN ANIAYA PENDUDUK MISKIN TEGAR !!!
Memang lah selangor kaya tapi rakyat selangor apa yg dapat selama 2 penggal PR pegang..Parlimen Malaysia bila nak naik Gaji Ahli Parlimen...ada dikalangan Parlimen PR menentang sekeras kerasnya...potong gaji menteri lah.Kan bangang namanya sedangkan MB PR sendiri naik...APa cerita..cer cerita puak PR?
Lu orang pemimpin pakatan memang sembang kasi orang bimbang, kalau pemimpin UMNO habis korang kata macam2, phuiii.... terbukalah mata rakyat malaysia terhadap penipuan mereka selama ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)

