Jumlah Pengunjung

Showing posts with label pas pening. Show all posts
Showing posts with label pas pening. Show all posts

Wednesday, 6 February 2013

Nik Aziz Terkejut BERUK !!!



Barisan Nasional Terengganu kini goyang kerana tempat bagi mengisi jumlah mereka yang telah sedar bahawa perjuangan mereka selama ini bersama pembangkang adalah satu kerja sia-sia.Kerana terlalu ramai sampaikan tempat untuk berhimpun pun bergoyang segala tiang khemah semua.Hehehe saja bikin panazzz sikit !!

Penyertaan beramai-ramai bekas penyokong pembangkang menyertai Barisan Nasional memberikan tamparan yang cukup hebat buat pasukan pembangkang apatah lagi dengan tempoh pilihanraya yang semakin dekat.

Barangkali inilah natijahnya apabila peluang dan ujian yang Allah SWT berikan kepada barisan pembangkang khususnya parti PAS untuk memikul tanggungjawab diabaikan.Kerana sikap bongkak dan angkuh apabila berkuasa telah menjadikan barisan pembangkang besar kepala sehinggakan nasib rakyat diabaikan.

Apa pun rakyat kini sedar dan tahu siapa sebenarnya yang mampu berkhidmat untuk mereka.





Hadi Awang Pening Kerana Ulama Semakin Jauh Dari PAS !!!



PRESIDEN PAS HAIRAN ULAMA DAN GURU AGAMA SOKONG UMNO
BARU BARU INI SAYA PULANG KE KEDAH DAN MENDAPAT MAKLUMAT BAHAWA SEMUA PONDOK DAN GURU GURUNYA DI KEDAH TELAH MENINGGALKAN PAS KECUALI SEBUAH DUA. 


BERITA AIDSCNEWS INI MENGESAHKAN CERITA INI YANG SAYA ANGGAP HANYA PORPAGANDA BN. ALHAMDULILLAH IA DISAHKAN OLEH PRESIDEN PAS SENDIRI. LIHAT JUGA AIDC TV ANWAR SALAHKAN HADI. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kehairanan dengan sokongan ramai ulama dan guru agama terhadap Umno sedangkan partinya pula mendapat sokongan daripada golongan artis.


“Malam tadi seorang artis bercakap, saya tidak hairan kalau artis sokong PAS, yang saya hairan kalau ustaz dan mufti sokong Umno."
“Ustaz dan Mufti sokong Umno, artis sokong PAS…mengapa selalu jadi macam ini, itu saya tidak faham,” kata Hadi yang memetik rintihan artis itu ketika menyampaikan ucaptama Konvensyen Antarabangsa Pendidikan (KAP) 2013 di Universiti Selangor (Unisel) cawangan Shah Alam, 4 Februari.
Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman dalam kenyataannya baru-baru ini berkata PAS mungkin akan hilang identiti sebagai peneraju kepimpinan Islam sekiranya mereka dilihat tunduk kepada DAP dan PKR.
Ustaz Hazizi berkata, PAS mesti berani membuat keputusan yang besar dan bukan sekadar mengejar sokongan demi kepentingan politik semata-mata.
“Parti-parti yang lain berpegang pada ideologi barat dan mekanisme mereka (DAP dan PKR) untuk membuat keputusan tidak perlu merujuk kepada ahli agama.
“PAS berada dalam PR yang bertentangan ideologi, mereka nak Islam tetapi DAP dan PKR tak nak,” ujarnya.







Member BSK