Jumlah Pengunjung

Showing posts with label politik tun mahadhir. Show all posts
Showing posts with label politik tun mahadhir. Show all posts

Wednesday, 30 January 2013

TUN MAHADHIR kesiankan Nasib Pejuang Islam Sebenar !!!



Pas perlu melihat penyertaan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura Pas.

Katanya ia seharusnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat umat Islam Malaysia walaupun pembangkang tetapi boleh bekerjasama dengan kerajaan demi membawa mesej keamanan sejagat.

"Sebaliknya Pas tak suka lihat ada orang Pas bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di sini, hari ini.

Ditanya jika Nasharudin perlu mengubah platform perjuangan iaitu keluar daripada Pas, Mahathir berkata: "Itu terpulang kepada dia."

Ahad lepas, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Monday, 28 January 2013

Serupa Tu Juga...!!!



Hujung minggu lepas secara kebetulan saya berada di Kota Bharu juga secara kebetulan saya hinggap di hotel yang sama dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak, tetapi tidak pula terserempak atau berlaku chance meeting. Apa pun saya membaca tentang sideshow Barisan Nasional, tujuh ikrar Najib kepada negeri kelahiran saya.
Sayang. Kalau kelulusan serta-merta seperti lazimnya dilakukan oleh Najib dibuat pada hari itu tentang lebuh raya Kuala Krai ke Kota Baru melalui Kok Lanas dan pembinaan stadium bola sepak baru dan
canggih lebih besar impaknya daripada janji bersyarat.

Salah hisab politik dan Najib under estimates keinginan orang Kelantan pada highway dan stadium. Orang Kelantan gila bola sepak dan lebuh raya untuk menyelesakan perjalanan ulang-alik antara Kuala Lumpur dan Kota Baru terutamanya semasa cuti sekolah, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.

Dalam kehidupan seperti dalam politik, pilihan raya, kerjaya dan bisnes ada destini, ada takdir; kuasa ghaib yang mengawal peristiwa.

Kalau destini Najib baik, kapalnya akan belayar masuk pelabuhan dengan licin, yakin diiringi awan yang berarak di langit. Kata bijak bestari, kita tidak boleh pilih takdir tapi kita bisa memberi “input” atau sumbangan kepadanya. ALLAH SWT tidak akan menolong sesuatu kaum (individu) tanpa kaum (individu) itu berusah terlebih dahulu. Suka atau tidak suka Najib, kita mesti akur dari segi bekerja dan berkempen dia tidak berat tulang!

Tengoklah tu, dalam perkembangan politik yang berubah berterusan atau tegas Speaking, “in a state of flux” ada juga yang berani membuat ramalan BN akan menang mudah, Pakatan akan menang tipis! Apa pun PRU13 adalah peluang terbaik dalam sejarah bagi pembangkang.

Kalau mereka gagal juga merebut peluang seperti ini, saya kira sukar peluang ini berulang lagi. Kalau BN menang mudah kali ini ia akan menang dengan lebih senang lagi pada masa akan datang.

Ada yang meramalkan tidak mustahil BN menawan Kelantan kerana kekuatan Umno, jenteranya dan Pas seimbang.

Sebenarnya - dulu dan sekarang pun - jentera pilihan raya, bajet perang dan dana tunai Umno lebih besar daripada Pas. Kekuatan Pas terletak pada semangat mubaligh - mengubah, memesong pandangan, kepercayaan rakyat kepadanya melalui agama Islam.

Kerana Islam (sebenarnya untuk mencapai matlamat politik) ahli Pas tidak merceneri – yakni bukan mata duitan atau kurang mata duitan – berbanding dengan ahli Umno. Umno gagah tetapi masalah besar pemimpinnya tidak sekata dan tidak sehati, berbudaya cah keting. Musuh utama Umno adalah Umno sendiri! Lihat apa sudah terjadi pada Umno Pasir Gudang, di kubu terkuat Umno, yakni Johor.

Dalam mesyuarat perhubungan Umno Kelantan di Hotel Renaissance, Najib memberi taklimat dan mendengar taklimat balas tentang peluang Umno Kelantan dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

Jurucakap bahagian Ketereh, Annuar Musa; Machang, Jazlan Yaakub dan Tanah Merah, Ikmal Hisham - saya dimaklumkan - telah berbicara kerana ketiga-tiga bahagian itu mempunyai harapan cerah selain dari kawasan tradisi Umno di Gua Musang dan Jeli. Kesimpulan wujud optimisim yang berhati-hati atau cautious optimism.

Maknanya (barangkali) kalaupun tidak menang negeri, kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan bertambah - Parlimen dari 2 kepada 5 dan kerusi negeri dari 6 ke 15. Ada yang mendakwa jumlah kemenangan lebih besar lagi!

Berapa banyak kawasan Umno menang atau kalah bergantung pada siapa calon. Kalau mereka yang berwibawa, berakhlak tinggi, berintegriti, berpendidikan, tidak sombong, belum cemar lagi dan dilihat molek – bukan muka lama yang telah ditolak sekali dua kali sebelumnya - peluang Umno Kelantan membuat progres, membaiki kedudukannya cerah.
Beranikah Najib melakukannya – membariskan muka baru, segar, bersih lebih ramai dari yang tidak laku tetapi mesti dicalonkan juga walau apa sebab pun?

Saya setuju tidak mustahil Umno/BN Kelantan membuat kejutan walaupun ramai tidak mempercayainya. Apa pun, jangan apa yang dikejar tidak dapat dan yang dalam tangan hilang.

Kelantan, sepanjang sejarahnya, sebelum merdeka dan selepas merdeka dan kini pun senantiasa dianggap mundur berbanding dengan negeri di pantai barat Semenanjung - baik taraf hidup, infrastruktur, ekonomi dan pendidikan, sosial dan kecanggihan, tetapi Kelantan hampir homogen, lebih berbudaya, mempunyai karakter dan personalitinya tersendiri; penduduknya rajin, bersemangat berdikari. Dari dahulu kala lagi orang Kelantan gemar berhijrah. Ramai diaspora Melayu dari Kelantan didapati terutama di Makkah, Kemboja, Thailand, Vietnam apa lagilah di Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Tiada sesuatu yang baru tentang penghijrahan rakyat Kelantan, tiada sesuatu yang ganjil rakyat Kelantan keluar cari rezeki di luar negeri. Itu suatu tradisi dan tabii orang Kelantan suka mengembara dan menetap di luar negeri kelahiran mereka di dalam negara, hatta di luar negara Malaysia pun yang cocok dengan mereka bagi kesinambungan hidup dan zuriat.

Sama ada rakyat Kelantan sudah bersedia atau sebaliknya untuk mengubahkan pendirian politik mereka bergantung pada banyak faktor. Apa pun pada pendapat tanpa bias agak sukar Pas ditumbangkan seperti juga Pulau Pinang dan Selangor. Madah seorang pemimpin tertinggi Umno pada saya: “Kelantan tak bisa tumbang.

Mungkin dapat menambah kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri. Itu pun terpulang siapa Najib pilih sebagai calon.” Tambahnya lagi, “ Najib salah perhitungan. Kalaulah dia umum peruntukan serta-merta bagi highway dan stadium baru impaknya luar biasa, satu kejutan mungkin berlaku di negeri Kelantan dalam PRU13”. Tak terlambat lagi untuk Najib berbuat demikian!

Sama ada pengundi Kelantan undi atau tidak mengundi BN, apa salahnya Kerajaan Pusat membangunkan negeri Melayu tulen itu seperti dilakukannya pada Pulau Pinang? Kenapa dwistandards? Oh Kelantan, nasibmu: pi mai pi mai tang tu juga.



Thursday, 24 January 2013

POLITIK NIK AZIZ Sampai ke Lobang Kubur !!!



POLITIK AWET MUDA DR. MAHATHIR DAN NIK AZIZ


Walaupun usianya sudah mencecah 88 tahun, tetapi beliau ditakuti kerana berdaya untuk mengembalikan kuasa 2/3 BN dalam pilihan raya ke 13.



Maka itu seluruh kekuatan pembangkang menjadikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai sasaran utama serangan mereka.



Media pembangkang mensifatkan Dr. Mahathir sebagai biadap, buta sejarah, pengkhianat negara, penjual negara dan lebih buruk lagi sebuah akhbar Cina menuduhnya "berfikiran pengganas."



Ini dapat dilihat apabila Dr. Mahathir semakin ke hadapan, semakin keras suara tentangan parti-parti Pakatan Rakyat dengan disertai bersama penulis-penulis dari akhbar-akhbar Cina untuk mengecamnya dengan membuat tohmahan, kritikan dan sebagainya.



Ini samalah juga kedudukannya dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menjadi sasaran utama UMNO dan BN. Tetapi akhbar Cina tidak mengecam Nik Aziz sebagaimana mereka mengecam Dr. Mahathir kerana mereka sekata dalam usaha untuk membantu menggambarkan perpaduan Pakatan Rakyat kepada pembaca mereka.



Dr. Mahathir dan Nik Aziz berada pada usia tua, tetapi berawet muda dalam politik.



Bezanya politik Nik Aziz Nik Mat, berpusat di Kelantan dan di kalangan Melayu sahaja, tetapi Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri terbilang kepada semua kaum di peringkat nasional dan antarabangsa.



Pengaruh Nik Aziz tidak sehebat Dr. Mahathir, tetapi terbilang sebagai benteng kukuh pertahanan negeri Kelantan.sama-sama tegar dalam keyakinan kepada fahaman dan ideologi parti masing-masing.



Ucapan, tulisan dan berita mereka masih dibaca oleh rakyat, kerana mereka tahu, untuk mengeluarkan sesuatu yang mempunyai nilai berita, sama ada secara di perhetongkan atau secara spontan, kedua-dua mereka walau bagaimana marah sekalipun kepada wartawan, tetapi tidak memusuhi para wartawan.



Hal ini berbeza jauh dengan uncivilized politician Anwar Ibrahim yang senantiasa berkonfrantasi dengan wartawan, mengecam, menuduh , mengugut dan membohongi mereka di dalam sidang akhbar.



Oleh kerana telah mengetahui sikapnya, maka wartawan-wartawan menjadi semakin berani untuk mencabarnya dan sekarang dia pula takut menghadapi wartawan dan membataskan kehadiran hanya kepada wartawan-wartawan yang terpilih sahaja ke sidang akhbarnya.



Dr. Mahathir tidak takut untuk berkonfrantasi dengan mana-mana wartawan dan senantiasa bersedia menghadapinya sama ada wartawan tempatan atau wartawan dari luar negara.



Inilah perbezaan antara street actor, seniman jalanan atau penjual ubat dengan pemimpin politik sejati dan terhormat



Perlu disebutkan, Kerajaan Kelantan juga tidak memulaukan wartawan atau mencegah wartawan dari hadir ke majlis-majlisnya sebagaimana sikap di Selangor dan Pulau Pinang yang membenarkan hanya wartawan tertentu sahaja dan kerana itulah Nik Aziz tetap mempunyai hubungan yang baik dengan wartawan-wartawan akhbar arus perdana (akhbar UMNO atau BN) yang menampakkan beliau memahami dan menghormati tugas mereka.



Yang memberikan kesihatan dan kekuatan kepada mereka, adalah kebijaksaan dan keterbukaan politik, melihat politik tidak mengekalkan musuh atau lawan . Hari ini Pas berkawan dengan PKR, tetapi selepas pilihan raya mungkin berkawan dengan UMNO.



Bagi Dr. Mahathir dan Nik Aziz, dalam berpolitik biarlah seperti menyeluk pekasam hingga sampai ke pangkal lengan, alang-alang berpolitik biar sampai ke mati. Politiklah yang menjadikan awet muda kepada kedua-dua tokoh dan jaguh tua ini.




Member BSK