Jumlah Pengunjung

Showing posts with label saman. Show all posts
Showing posts with label saman. Show all posts

Saturday, 6 April 2013

NYAWA HUSAM MUSA DI HUJUNG TANDUK !!! 5 Individu telah muncul...




Husam Musa yang gila menyaman orang lain, khususnya blogger, kini bakal berhadapan dengan lima saman daripada individu berprofil tinggi kerana melakukan fitnah. Antara yang akan menyamannya adalah Dato' Seri Mustapha Mohammad serta seorang bekas pemimpin tertinggi PAS.

Seperti yang diketahui dan dimaklumi oleh semua orang, nama Husam Musa berada dalam senarai calon-calon PAS Kelantan untuk bertanding dalam PRU-13. Walaupun sebelum ini, diberitakan yang Husam Musa bercita-cita untuk bertanding di Putrajaya, namun berdasarkan kepada senario, Husam Musa tidak akan berani keluar dari sarangnya.

Bahkan, keberanian Husam Musa juga sebenarnya sedang tercalar dengan teruk sehinggakan dia perlu menyaman mana-mana blogger pro-UMNO yang dirasakannya menggugat kredibilitinya.

Pun begitu, Husam Musa akan melahirkan perasaan gundah-gulananya apabila kes samannya dibawa keluar dari Kota Bharu dan hakim yang digemarinya, ditukarkan kepada hakim lain!


Husam Musa tidak pernah berhadapan dengan realiti semasa. Sebaliknya dia lebih banyak syok sendiri dan berasakan orang lain semua akan terpedaya dengan tipu helah dan kenyataannya.

Hanya kerana sekeping gambar yang menunjukkan dia berjalan bersama-sama seorang wanita Cina yang dikatakannya sebagai PENTERJEMAH, Husam Musa cuba menunjukkan bahawa gambar-gambar berkenaan sebagai fitnah.

Fitnahkah atau sebenarnya Husam Musa cuba nak tutup mulut dan cerita tentang AMOI berbaju merah itu tidak lagi diperkatakan oleh sesiapa pun kerana ADA RAHSIA YANG CUBA DISEMBUNYIKAN?

TERLALU BANYAK PEMBOHONGAN dan PENDUSTAAN yang telah dilakukan oleh Husam Musa kepada rakyat Kelantan. Kalaulah Husam Musa itu seorang pemimpin UMNO, barangkali sekarang ini UMNO telah dikaitkan dengan pembohongan dan pendustaan oleh para pengikut PAS. Malangnya, Husam Musa adalah pemimpin dan ahli PAS. Justeru, para pengikut PAS yang lain, cuba menutup mulut daripada bercerita tentang pembohongan dan pendustaan Husam Musa yang telah menjadi darah dagingnya, sebagaimana dia menyebat duit rakyat Kelantan yang kemudian 'diamanahkan' kepada orang lain untuk menjaganya, sedangkan dia sendiri kelihatan seperti seorang yang 'bersih'.

Apa projek di bawah Husam Musa yang berjalan lancar atau disiapkan?

LANGSUNG TIDAK ADA!

Kerana itulah, Husam Musa beria-ia nak menyaman sesiapa sahaja yang bercakap tentangnya dan penipuan-penipuan yang dilakukannya.

Nah, sekarang giliran dia pula berhadapan dengan saman.

Diharapkan Mustapha Mohammad tidak sekadar menerima permohonan maafnya tetapi menuntut agar Husam Musa membayar lebih dari RM100 juta. Tidak perlu risau kerana KEKAYAAN KELANTAN YANG ADA DALAM SIMPANAN HUSAM MUSA, bernilai lebih tinggi dari itu. Sesiapa pun yang menyaman Husam Musa dengan nilai tinggi, Husam Musa tidak akan hairan sama sekali!!!


Saturday, 23 March 2013

AMARAN KEPADA SEMUA BLOGGER !!!




Tindakan menyaman media atau penulis blog tertentu terutamanya oleh parti-parti pembangkang boleh memberikan petanda buruk terhadap kebebasan media di negara ini.

Malahan ia juga dianggap sebagai satu usaha mengheret institusi kehakiman dalam menimbulkan keraguan terhadap pihak berkuasa sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seorang peguam, Hasnal Rezua Merican menyatakan, tindakan menyaman akhbar atau penulis blog kini menjadi trend untuk menyempitkan kebebasan bersuara dan media.

"Kalau tidak boleh beri peluang untuk akhbar atau blogger untuk mengkritik, maka jangan bercakap mengenai kebebasan media," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Beliau mengulas demikian berhubung trend pihak-pihak tertentu terutama parti pembangkan yang mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan penulis blog tertentu konon melemparkan fitnah terhadap mereka.

Hasnal Rezua berkata, selain itu adalah benar dari segi undang-undang, sesiapa yang menyebar fitnah tidak kira penulis asal atau pencetak dan sebagainya boleh disaman dan dikenakan tindakan.

Namun, ujar Hasnal Rezua, tindakan menyaman hanya mereka yang mencetak semula dakwaan dikatakan fitnah itu tanpa memanggil penulis asal sebenarnya boleh dikira sebagai usaha untuk menyempitkan pembelaan pihak yang disaman.

"Akhbar-akhbar propembangkang juga ada menyiarkan fitnah atau perkara-perkara yang meragukan tetapi tidak disaman oleh kerajaan kerana kerajaan sedia ada lebih percaya kepada kebebasan media di samping mengambil pendekatan menjelaskan perkara yang sebenarnya.

"Tapi yang ada sekarang, baru ditanya soalan, sudah nak saman. Baru ditanya soalan, sudah ugut hendak panggil pengawal keselamatan. Kalau tidak bersedia untuk menghadapi media, memberikan jawapan atau penjelasan terhadap soalan yang akan diberikan, jangan dipanggil sidang media,’’ katanya.
Tindakan saman media dan penulis blog ini juga, kata Hasnal Rezua, merupakan usaha untuk menutup mulut tidak kira dari media atau pun penyokongnya sesebuah parti itu sendiri.

Seorang lagi peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) menyatakan, tindakan saman-menyaman itu juga berkemungkinan adalah untuk menakut-nakutkan media mahupun penulis blog agar kebenaran sesuatu isu tidak didedahkan.

Beliau turut memberitahu bahawa saman-saman tersebut bersifat 'memilih’ kerana tidak semua disaman.
Memberi contoh dalam kes saman fitnah oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk 'Tolak Anwar - Hasan', syarikat penerbitan itu disaman ekoran penyiaran transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang juga Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) di akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari tahun lalu.

"Bagaimanapun sehingga hari ini, Anwar tidak pernah memfailkan saman terhadap Hasan di atas kenyataan yang dikeluarkan itu," katanya.






Thursday, 14 March 2013

Mahfuz Omar Terkejut Bukti Fitnah KBS & Hasan Ali Di Dedahkan Dalam MAHKAMAH !!!





Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar gagal dalam percubaannya untuk membatalkan saman fitnah yang dikemukakan oleh Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali terhadap beliau, berikutan permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hasan menyaman Mahfuz berhubung kenyataannya yang mendakwa segala aktiviti dan jelajah ceramah Jati mendapat dana daripada tajaan syarikat-syarikat tertentu dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjumlah RM30 juta.

Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Hasan memberitahu pemberita, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menolak permohonan Mahfuz setelah mendapati anak guamnya yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu mempunyai kausa tindakan terhadap Mahfuz.


Menurut Hasnal, Mahfuz sebelum ini memohon untuk membatalkan saman dan pernyataan tuntutan Hasan atas alasan plaintif tersebut tiada kuasa tindakan untuk mengemukakan saman terhadapnya.

Ini kerana Mahfuz mendakwa, kata-kata dalam sidang akhbar tersebut bukanlah libel (fitnah bertulis) sekiranya Hasan tidak menyaman pihak media yang menerbitkan pernyataan tersebut, kata Hasnal.

Justeru itu menurut Hasnal, Mahfuz yang diwakili peguam Saufi Putra berpendapat, Hasan tidak boleh menyamannya atas libel tersebut.
Selepas menolak permohonan Mahfuz, Hakim Nor Bee menetapkan perbicaraan kes saman itu didengar selama tiga hari bermula 28 Oktober depan.
Dalam saman yang difailkan pada 12 April tahun lalu, Hasan mendakwa, Mahfuz yang dinamakan sebagai defendan pada 2 Mac 2012 telah memanggil sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas di sini.

Dalam sidang akhbar tersebut, wartawan dan jurugambar portal berita dalam talian, KL Pos News Portal telah merakamkan audio visual sidang akhbar itu.
KL Pos News Portal kemudiannya menurut plaintif, telah menyunting dan memuat naik edisi rakaman tersebut ke laman web mereka dan juga di laman Youtube di Internet.



Ekoran daripada sidang akhbar tersebut, plaintif menyatakan, akhbar Sinar Harian telah menyiarkan artikel bertajuk 'Pas dakwa KBS taja 2,000 ceramah Hasan Ali' pada 2 Mac 2012.
The Malaysian Insider pula pada hari yang sama telah menerbitkan artikel 'Pas dakwa KBS taja ceramah Hasan Ali untuk belia'.

Pengendali portal berita propembangkang Malaysiakini.com pula menyiarkan artikel, 'Mahfuz wants probe into ministry project for Hasan Ali' (Mahfuz desak siasatan ke atas projek kementerian untuk Hasan Ali).

Pernyataan itu bagi plaintif, dalam maksud semula jadi dan lazim antaranya membawa maksud, beliau merelakan dirinya dipergunakan sebagai perkakas dan alat untuk mencapai agenda politik UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Selain itu, menurut Hasan, perkataan tersebut membawa maksud beliau merelakan program-program yang dijalankannya dibiayai oleh dana yang didakwa diselewengkan sehingga menjejaskan reputasi, imej dan nama baik beliau.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi keterlaluan yang tidak dinyatakan jumlahnya serta perintah injunksi.

Member BSK