Jumlah Pengunjung

Showing posts with label taib mahmud. Show all posts
Showing posts with label taib mahmud. Show all posts

Tuesday, 26 March 2013

APA KAITAN SEPUPU TAIB MAHMUD DENGAN ANWAR ??? #rempuh243 #jomsokongbn




Suami Kepada Sepupu Taib Mahmud Orang Anwar

Setelah terdedah pendalangan pembangkang dalam insiden Lahad Datu, tentulah pelik sekali jika masih ada rakyat Sabah yang memilih pembangkang dalam Pilihanraya kali ini.   Di tambah lagi apabila semua orang boleh melihat sendiri bagaimana pembangkang, terutamanya Anwar Ibrahim langsung tidak mengecam pihak Sulu setiap kali merujuk kepada insiden tersebut, tetapi hanya mengutuk kerajaan dan pasukan keselamatan negara.   Nampak jelas, yang Anwar cuba menjaga hati pihak Sulu dan juga MNLF.  

Tetapi, di masa yang sama, pembangkang langsung tidak menjaga hati anggota-anggota keselamatan negara mahupun keluarga mereka-mereka yang terkorban.  Malah, pembangkang menuduh semuanya sebagai sandiwara, mempertikai kedudukan syahid mereka, malah tidak kurang juga penyokong pembangkang yang mentertawa dan menghina wira-wira negara itu.  

Sikap tidak sensitif, tidak patriotik dan pengkhianatan pembangkang terhadap Sabah, dan Malaysia khasnya, menyebabkan peluang mereka untuk bertapak di negeri itu hancur sama sekali.  

Maka, tumpuan pembangkang pantas beralih kepada Sarawak pula.  

Justeru, terbitlah sebuah ‘filem pendek’ baru di Youtube, lakonan sepupu Taib Mahmud, Norlia dan Fatimah Rahman yang telah lama menyimpan dendam terhadap Ketua Menteri itu.  

Video tersebut berkisar perbincangan antara kedua mereka dengan ‘pelabur’ dan ‘peguam’ mengenai cadangan pelaburan melalui ‘jalan belakang’ iaitu secara tidak telus, tanpa mengikut prosedur tetapi hanya melalui ahli keluarga Taib Mahmud terus kepada Taib Mahmud.  Kononnya untuk memperlihatkan kepada dunia, betapa korupnya Taib Mahmud.  

Melihat dari gerak laku, skrip, tempat dan watak-watak terbabit, kesahehan video tersebut yang kononnya diambil secara ‘candid’ atau tidak disedari, amatlah meragukan.   Malah, jelas sekali bahawa ianya telah dirakam dengan sengaja dan semua pihak yang terbabit di dalamnya sedia maklum mengenai rakaman tersebut.  

Ini tentulah tidak mengejutkan kerana seperti yang dikatakan tadi, sepupu Taib Mahmud itu mempunyai dendam lama yang belum berbalas terhadap Taib Mahmud.  Dendam bermula apabila 30% dari konsesi balak bapa mereka, Rahman Yakub, telah dibatalkan sejurus selepas Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri pada 1981.  Alasan Taib Mahmud, bapa mereka telah mengamalkan nepotisme secara kronik di mana lesen pembalakan telah dianugerahkan kepada diri sendiri dan sanak keluarga terdekatnya sahaja.  

Perbalahan dalam keluarga ini menjadi parah apabila Rahman Yaakub disingkirkan dari jawatan Yang diPertua Negeri pada tahun 1985.   Beliau kemudian melancarkan serangan balas terhadap Taib Mahmud pada tahun 1987 melalui apa yang dipanggil ‘Ming Court Affair 1987’ dengan mengumpul tandatangan bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap anak saudaranya.  Namun, beliau gagal apabila Taib Mahmud mengadakan pilihanraya secara tiba-tiba dan menang.  Walaupun kerusi yang dimenangi Taib Mahmud adalah tipis iaitu 28 daripada 48, tetapi ia bertambah kemudiannya apabila 8 lagi ADUN menyertainya.  

Justeru, dendam keluarga Rahman terhadap Taib Mahmud terus membara dan diwarisi oleh anak-anaknya.  

Jika ini belum cukup untuk membuktikan bahawa video tersebut merupakan lakonan semata-mata, maka suami Norlia iaitu, Justin Jinggut mungkin mampu menjelaskan segala-galanya.  Ini kerana Justin Jinggut adalah seorang yang akrab dengan Anwar Ibrahim dan sedang melobi sakan untuk tempat yang tinggi di dalam PKR sempena PRU ini.  

Justin Jinggut adalah bekas Timbalan Presiden SNAP dan pernah bertanding atas tiket BN pada tahun 1990 tetapi tewas kepada Billy Abbit dari Bebas.   Ditubuhkan pada 1961, SNAP pernah menjadi parti komponen Barisan Nasional Sarawak.  Pendaftaran parti tersebut bagaimanapun, telah dibatalkan pada 2002 berikutan gagal mematuhi notis ROS.

Sebagai Timbalan Presiden, Justin Jinggut telah bertindak memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS, bagaimanapun ia ditolak Mahkamah Tinggi pada 15 September 2006.  Pada 23 Jun 2010, Mahkamah Rayuan mengekalkan pendaftaran parti itu selepas membenarkan rayuan Justin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 21 Februari 2012 Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran ROS untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.  Bagaimanapun, keputusan kekal bahawa pendaftaran SNAP terbatal.  

Maka, tidak hairan jika Justin sanggup melakukan apa saja untuk bertapak kembali di dalam politik dan isterinya pula sudah tentu lebih dari bersedia untuk membantu apatah lagi dengan peluang untuk membalas dendam yang telah lama membara terhadap sepupunya, Taib Mahmud.  

Walaubagaimanapun, nampaknya dendam tetap tidak terbalas kerana video berkenaan ternyata terlalu dangkal dan lemah lakonannya.   



Monday, 25 March 2013

SIAPA NORLIA DI HATI NIK AZIZ ??? #rempuh243 #jomsokongbn





Satu perkara yang harus dicernakan bagi memahami pembangkang Malaysia ialah apa saja yang dilihat salah bagi Barisan Nasional akan menjadi tidak apa sekiranya dilakukan oleh pemimpin mereka.  Antaranya, tidak apa bagi Nik Aziz untuk berkuasa sehingga mati, tetapi adalah menjadi satu kesalahan besar untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih lama, atau untuk Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk terus menerajui Sarawak iaitu melangkaui 30 tahun.   

Kini, Tun Mahathir telah pun bersara dengan meninggalkan Malaysia di puncak, dihormati dan dikagumi di seluruh dunia.  Taib Mahmud pula belum bersara tetapi telah membuktikan komitmen yang berterusan, cekap dan berkebolehan membangunkan Sarawak di samping memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.  

Tetapi, Nik Aziz pula langsung tidak ingin bersara walaupun langsung tidak menjalankan tugas, melainkan berpolitik, berceramah, bertazkirah mengutuk dan menghukum orang sahaja kerjanya selama lebih 20 tahun sudah.     

Pun begitu, pembangkang tidak pula mempersoalkan Nik Aziz, tentang kenapa lebih 10,000 ekar tanah diberi kepada DAP, tentang kenapa Kelantan terus mundur, apa jadi dengan hasil pembalakan, atau kenapa masalah air tidak dapat diselesaikan atau kenapa masalah moral semakin parah?   Sebaliknya, mereka mencari-cari jalan untuk memburukkan Tan Sri Taib Mahmud walaupun rakyat Sarawak hidup dalam keadaan makmur dan sejahtera.  

Jelas, masalah pembangkang bukanlah berkenaan nasib atau kehidupan rakyat, tetapi berkenaan kuasa yang ada pada Taib Mahmud yang ingin direbut mereka.  Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Taib Mahmud merupakan benteng Barisan Nasional yang cukup ampuh menahan berbagai bentuk serangan selama bertahun-tahun.  

Memandangkan Pilihanraya semakin hampir, maka tidak hairanlah apabila tembakan untuk merobohkan benteng tersebut kembali kedengaran.  Kali ini, bukan dari luar, tetapi dari dalam, iaitu dari sepupu Taib Mahmud sendiri, Norlia Rahman, dengan menyebarkan video yang memaparkan perbincangan mengenai projek yang melibatkan pelaburan langsung asing di mana kononnya terdapat unsur-unsur korupsi yang jelas di pihak Taib.  Kononnya juga video tersebut adalah diambil secara sulit, tanpa disedari oleh watak-watak di dalamnya. 

Apa yang pembikin video ini tidak tahu ialah, video ini mudah ditangkis hanya dengan melihat kepada latarbelakang Norlia dan memahami motifnya.   Norlia adalah anak kepada Rahman Yakub, iaitu bapa saudara kepada Taib Mahmud yang juga merupakan bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sarawak.  

Dendam keluarga Norlia terhadap Taib Mahmud bermula sejurus selepas Taib Mahmud menggantikan bapanya sebagai Ketua Menteri pada 1981.  Pada ketika itu, Rahman Yakub dicatatkan sebagai memiliki 70% dari lesen pembalakan Lembahan Mewah melalui anak-anak perempuannya, manakala 30% lagi dimiliki oleh Datuk Tajang Laing, ADUN Belaga.   Taib Mahmud kemudiannya telah membatalkan 30 dari lesen pembalakan yang berkaitan dengan Abdul Rahman dan menuduh bapa saudaranya itu menganugerahkan 1.25 juta hektar konsesi balak bernilai RM22.5 billion kepada diri sendiri, keluarga dan sanak-saudaranya. 

Bermula dari situ, perbalahan keluarga ini menjadi semakin besar di mana pada tahun 1985, Taib sekali lagi menyinggung Rahman dengan menyingkirkan beliau dari jawatan Yang diPertua Negeri.   

Rahman berpeluang melancarkan serang balas pada 1987 yang dikenali sebagai ‘Ming Court Affairs 1987’ dengan  mengumpulkan tandatangan ADUN dan mengetuai sekumpulan ahli politik Sarawak yang kecewa dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PBDS untuk berkumpul di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur bagi mendesak usul  hilang keyakinan terhadap kepimpinan Taib. Bagaimanapun, Taib dapat menghidu konspirasi ini lebih awal dan mengadakan pilihanraya tergempar lalu menang tipis iaitu 28 daripada 48 kerusi dan kemudiannya bertambah 8 kerusi lagi dari ADUN yang berpaling tadah.   

Jika Taib Mahmud tidak yakin bahawa tindakannya yang telah menyinggung bapa saudara sendiri sebagai tepat, tidak mungkin beliau berani menyelesaikan perkara ini melalui pilihanraya.    

Nampaknya, sepupu Taib Mahmud, Norlia tidak mempunyai keberanian yang sama untuk bersemuka dan ‘beradu tenaga’ dengan sepupunya mengikut jalan yang benar.   Tetapi, beliau telah memilih untuk berlakon memburukkan Taib kepada orang ramai.    

Sedangkan jika benar beliau bercakap benar, apa perlunya lakonan itu?  

Seolah-olah melengkapi dendam Norlia terhadap Taib, Norliz juga merupakan isteri kepada Datuk Justin Jinggut, bekas Timbalan Presiden SNAP yang sedang giat mempromosi diri untuk mendaki tangga tertinggi dalam PKR Sarawak.  Datuk Justin juga diketahui mempunyai hubungan yang akrab dengan Anwar Ibrahim.  

Nah, bukankah telah dikatakan bahawa video tersebut mudah ditangkis?  

Walaubagaimanapun, sekiranya kita seorang yang rasional, kita tidak perlu pun pergi sejauh itu untuk menilai ketulenan video tersebut.  Ini kerana lakonan dan situasi di dalam rakaman video tersebut kelihatan amat tidak masuk akal.  Mana mungkin perbincangan berkenaan urusniaga yang begitu besar dan kontroversi dilakukan di antara orang asing dalam keadaan mesra dan santai di bilik hotel kecil.   Perhatikan juga bagaimana skrip para pelakon yang tampak begitu  sengaja menyebut secara terperinci hubungan orang itu dengan orang ini termasuk masalah dalaman keluarga Taib.  

Pendek kata(PANJANG TAK KATA APA2), gerak badan, skrip, tempat, watak dan segala-galanya mengenai video tersebut adalah terlalu amat jelas merupakan satu penipuan terancang dan bukannya dirakam tanpa sedar.   

Oleh itu, pesan kita kepada pembangkang, apa kata untuk sekali sahaja, carilah isu yang benar-benar asli untuk berhadapan dengan BN.  Cukup-cukuplah lakonan yang tidak masuk akal kerana ia sudah mula membuat kita merasa mual.   

Untuk kesekian kalinya, berhadapanlah dengan BN secara anak jantan, bukan secara homoseksual, biseksual atau pondan!  



Tuesday, 19 February 2013

HUSAM MUSA BANGSATKAN diri Sendiri Di Hadapan TAIB MAHMUD !!!


Cerita Yang baru  aku terima, Husam Musa perhi ke Sarawak untuk bermesyuarat dengan Taib Mahmud. Apa tujuan dia kesana sampai sanggup bermesyuarat dengan Kerajaan BARISAN NASIONAL Sarawak,  berani sungguh Husam Musa ni, khabarnya mesyuarat tidak berkisar tentang politik, tapi apa cerita sebenarnya ? Nak Tahu cerita penuh (KLIK SINI)





Member BSK