Jumlah Pengunjung

Showing posts with label tun mahadir. Show all posts
Showing posts with label tun mahadir. Show all posts

Tuesday, 26 March 2013

CUBAAN MEMBUNUH TUN MAHADIR !!! #rempuh243 #jomsokongbn




Sebak bila membaca kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau sanggup memaafkan sesiapa sahaja termasuk bekas ahli Pas seumur hidup yang pernah merancang membunuhnya pada 1988.

Menurutnya, beliau tidak pernah mengetahui rancangan sedemikian ketika menjadi perdana menteri.

"Saya berjalan sana sini tanpa mengetahui ada rancangan untuk membunuh saya, tapi baru sekarang saya tahu ada orang nak bunuh saya.

"Tapi saya tak rasa apa-apalah pada mereka yang merancang perkara itu. Saya sentiasa memaafkan semua orang," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat C.N Al-Afghani yang mahu berjumpa dan meminta maaf kepadanya kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988 kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.

Ini menunjukkan hati Tun Mahathir lebih mulia daripada pemimpin Pas yang bersikap hipokrit dan munafik sehingga sanggup merancang untuk membunuh Tun Mahathir.



Sebelum ini bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.

Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu.

Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

"Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh... dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

"Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.

Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Friday, 22 March 2013

KEMULIAAN TUN MAHADHIR MENJADI TETAMU ALLAH !!!




Saya tak pasti berapa ramai antara kita yang mengetahui mengenai fakta ini. Ya benar, Tun Mahathir adalah antara pemimpin negara yang pernah masuk ke dalam Kaabah. Beruntungnya Tun Mahathir kerana beliau adalah yang dipilih untuk masuk ke dalam dan merasai pengalaman yang hebat berada di dalam Kaabah. Dan kepada anda semua, agaknya apa yang ada di dalam Kaabah, boleh rujuk posting saya: The Interior of The Kaabah yang dibuat September lalu.

Tak ramai yang pernah lihat dan mengetahui mengenai apa yang ada di dalam Kaabah, apatah lagi masuk ke dalam perut Kaabah itu sendiri. Fakta sejarah menyingkap hanya keturunan Banu Syaibah yang memegang dan menjaga kunci pintu Kaabah, dan hanya pemimpin negara Islam tertentu sahaja dibenarkan masuk ke dalamnya.


Tun Mahathir pernah masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1993 semasa beliau mengerjakan  umrah di tanah suci itu. Peristiwa 17 tahun lalu ini telah diceritakan semula oleh Rosme - bekas pegawai waran TUDM ketika bertugas sebagai kuartermaster dalam jet eksekutif Falcon-900 yang dinaiki Tun Mahathir semasa pergi menunaikan umrah di dalam Kosmo (21 November 2010).

"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45 - sumber: Sioloon

Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993. Beliau kini menetap di Langkawi, Kedah. Dan beliau juga adalah antara 14 orang yang bertuah yang dapat mengiringi Tun M masuk ke dalam Kaabah.

"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi. - sumber:Sioloon

Mereka yang dapat masuk segera mengambil kesempatan untuk menunaikan solat sunat di dalam Kaabah.

Kebetulan malam itu - 21 Oktober 2002 - ialah malam Nisfu Syaaban. Kira-kira pukul 11 malam, rombongan Dr. Mahathir dibawa masuk ke dalam Kaabah. Lama juga beliau berada di dalamnya sehingga sempatlah beliau menunaikan sembahyang sunat pada empat penjuru Kaabah itu. - sumber: Pakcikim; ditulis oleh Datuk Dusuki Ahmad - mantan Setiausaha Politik kepada Tun M. Beliau adalah cucunda kepada ulama terkenal Kelantan, Tok Selehor

Merakamkan gambar di dalam Kaabah adalah dilarang, jadi anda tidak akan menemui gambar sebenar keadaan di dalam Kaabah. Namun menurut Rosme, keadaan dalam Kaabah agak gelap dan terdapat satu sudut yang cantik bercahaya dengan sinaran perak di dinding - di sinilah tempat Tun M menunaikan solat sunatnya.

Menurut Rosme lagi, keadaan di dalam Kaabah adalah tidak 'sama' seperti dilihat dari luar. Dari luar jika dilihat, ia kelihatan seperti kecil. Tetapi bila masuk ke dalam, terasa lapang dan sangat luas. Untuk fakta, saiz Kaabah adalah 12 x 10x 15 meter dan menurut ahli sejarah, Kaabah telah dibina semula antara 5 hingga 12 kali.

Antara pengalaman lain yang dikongsi oleh Rosme ialah bagaimana dia merasakan terlanggar sesuatu ketika menuju ke bahagian tengah Kaabah yang menghalang dia meneruskan lalu membelok. Dia pasti ia bukan tiang sebab ketinggiannya kurang lebih dari paras lutut.




(SUMBER)

Member BSK