Antara yang bakal menjadi mangsa sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di
Putrajaya ialah bidang pendidikan khususnya bagi anak-anak Melayu.
Secara ringkas kewujudan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil
sumbangan besar melalui Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960 yang
menyusuli Penyata Razak sebelum merdeka pada 1956.
Penyata Razak kemudiannya telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957
yang antara lain menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
sekaligus berperanan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di
sekolah.
Ia juga bertujuan mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan
India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu di samping
mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat
dikurangkan.
Semua ini adalah dengan objektif untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, bertoleransi, terlatih, liberal dan progresif.
Kemudian bidang pendidikan melalui satu lagi fasa baru apabila Laporan
Jemaah Menteri 1979 dibentangkan dengan tujuan utama untuk mengkaji
semula matlama-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang
diamalkan bagi memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam
jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem
pendidikan memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyrakat yang
bersatu berdisiplin dan terlatih.
Pada tahun 1996 Akta Pendidikan digubal yang merupakan lanjutan dan
pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 serta berpaksi kepada
perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar
pendidikan kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dilancarkan pada 1983 menjadi
mencetus kepada penggubalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010) dan terakhir Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak pada September 2012.
Ia menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem
pendidikan negara berdasarkan keberhasilan pada lima aspek iaitu akses,
kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.
Dalam semua dasar, program serta perancangan yang telah dilaksanakan
sepanjang tempoh 55 tahun sejak merdeka, matlamat memperkasakan
pendidikan anak-anak Melayu sentiasa menjadi asas yang kukuh di bawah
pentadbiran Barisan Nasional.
Atas dasar pendidikan pro-Melayu inilah berpuluh ribu anak-anak Melayu
mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di luas negara di atas
biasiswa kerajaa.
Ini tidak termasuk ratusan ribu lagi graduan Melayu yang berjaya dihasilkan melalui institusi-institusi awam tempatan.
Institut Teknolgi MARA telah dinaiktaraf kepada universiti dan kampusnya
dibina di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang telah membantu
puluhan ribu anak-anak Melayu dari kampung, desa dan luar bandar.
Diperingkat sekolah menengah kerajaan telah membina beratus-ratus
sekolah sains dan Maktab Rendah Sains MARA berasrama penuh yang juga
menyediakan pendidikan kepada jumlah anak-anak Melayu yang mencapai
keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Dasar pendidikan pro-Melayu ini bakal terancam dan terhakis angkara
seorang yang bernama Anwar Ibrahim yang cita-cita hidupnya hanya untuk
menjadi Perdana Menteri.
Perbuatan beliau menyambut dengan penuh kemesraan kira-kira 500 ahli
pertubuhan pendidikan Cina yang ekstrim yang bernama Dong Zhong di
Parlimen pada 28 September lalu dianggap satu pengkhianatan amat besar
kepada umat Islam.
Apatah lagi tindakan itu seakan dirancang kira-kira dua minggu setelah pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2035).
Mengapa Anwar sanggup berpeluk dengan pemimpin Dong Zhong yang bersikap
ekstrimis dan hanya mementingkan agenda pendidikan Cina tidak susuh
untuk dianalisa.
Anwar perlukan sokongan DAP untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri sementara Dong Zhong
adalah dahan daripada pokok parti rasis Cina itu.
Ketua Pembangkang itu rela Dong Zhong mempertikaikan Akta Pendidikan
1996 yang mana Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pernah
mempertahankan bermati-matian.
Kini Anwar sudah bertukar angin kerana sanggup melayan tuntutan-tuntutan Dong Zhong yang melampaui batas.
cerita asal klik kt sini...
cerita asal klik kt sini...
No comments:
Post a Comment