Jumlah Pengunjung

Friday 9 November 2012

MENGAPA AHLI PAS TERLALU TAKSUB KEPADA PEMIMPIN PAS ?


Kajian telah dibuat berkenaan isu, 'Mengapa ahli Pas Terlalu Taksub Kepada Pemimpin Pas?' Tahukah kita kenapa ahli-ahli Pas terlalu taksub kepada kepimpinan mereka? Hingga kesalahan pemimpin mereka yang serius boleh dinafikan begitu sahaja.

Mengikut kajian, seseorang ahli Pas yang tegar, hanya akan percaya sesuatu cerita, jika hanya membaca organ rasmi parti itu akhbar Harakah, harakahdaily dan ceramah-ceramah yang dibuat oleh pimpinan parti itu sendiri. Mereka ini tidak akan membaca akhbar harian perdana sama sekali, dan tidak akan percaya pada berita di television kerana telah diajar bahawa akhbar aliran perdana dan berita di television semuanya adalah saluran propaganda UMNO.

Ahli-ahli seperti ini, terlalu taksub dan percaya kepada pimpinan Pas, hingga jika diberitahu apa jua kesalahan yang dilakukan oleh pimpinan Pas, mereka sama sekali tidak akan percaya, malah akan menuduh kita sengaja memburuk-burukkan pimpinan Pas dengan niat tertentu.

Sebenarnya ahli Pas seperti ini, terlalu ramai di kampung, agak kurang di bandar, golongan seperti ini tidak bergaul dengan orang lain, mereka cuma bergaul sesama mereka sahaja. Mereka tidak bermasyarakat dengan orang ramai. Mereka cuma di dunia mereka.

Golongan ini percaya, Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Golongan-golongan inilah yang percaya hingga kemati bahawa orang UMNO ini kafir, sehinggakan mereka tak boleh bersembahyang bersama dengan orang UMNO.

Masih ingat lagi peristiwa 'Amanat Haji Hadi'? Dimana berlakunya pepecahan Melayu Islam, antara Pas dan UMNO? Sembahyang Jumaat berasingan, sembelihan orang UMNO dikatakan haram, tertubuhnya masjid Pas dan masjid UMNO. Semua ini terjadi apabila Hadi Awang memfatwakan UMNO itu kafir. Maka golongan-golongan ini dengan taksub dan dunggunya percaya bulat-bulat apa jua yang dikatakan oleh Hadi Awang.

Halnya di Kelantan sekarang, ramai ahli Pas yang terlalu taksub dengan kepimpinan N.ajis. Walhal N.ajis ini hanya seorang Tok Guru Politik, memang dia seorang ustaz, tapi hakikat yang sebenar N.ajis adalah seorang ahli politik, bertopengkan agama, berjubah dan berserban hinggakan ahli-ahli Pas yang dungu ini percaya bahawa inilah Tok Guru, ulamak Islam yang sebenar, segala cakapnya tak boleh dibantah dan di tegur. Jika ditegur nescaya akan dimaki dan disumpah (seperti kebiasaannya).

Itu sebagai contoh bagaimana rakyat Kelantan (ahli Pas) ditipu oleh pimpinan Pas sehingga menjadi begitu taksub. Golongan-golongan seperti ini, mati dan hidupnya hanya berkiblatkan Pas dan keturunannya hanya percaya kepada Pas hinggalah ke anak cucu.

Ini bukan cerita kosong, cerita ini berdasarkan kajian, cubalah anda pergi ke perkampungan yang ada ahli-ahli Pas yang taksub. Kehidupan mereka hanya di dunia mereka. Jangan disebut pasal UMNO, jangan disebut tentang dunia luar, bagi mereka itu tidak penting, kiblat mereka hanya pada pimpinan Pas.

Untuk menyedarkan golongan-golongan ini bukannya mudah, kerana mereka telah lama diracun oleh akhbar Harakah dan ceramah-ceramah yang selalu mengutuk dan menghentam UMNO/BN. Otak mereka telah di'set'kan bahawa UMNO itu jahat, kafir dan rasuah, apa saja yang UMNO lakukan semuanya tak betul, semuanya salah.

Ini sebenarnya salah kepimpinan Pas, mereka yang mengajar ahli mereka supaya taksub, mereka yang meracun otak ahli mereka supaya percaya apa saja yang mereka katakan dan hanya mereka yang boleh mengubah ahli-ahli Pas yang taksub ini balik ke jalan yang benar.

MctHeory: Jika ada ahli-ahli Pas yang membaca posting ini, topik ini bukan untuk menghina atau mengutuk, cuma mengambarkan kejadian sebenar apa yang telah terjadi pada politik di Malaysia sekarang. Harap sedarlah wahai ahlul-ahlul Pas!

CERITA ASAL DARI SINI... KLIK AJER...

No comments:

Post a Comment

Member BSK