Jumlah Pengunjung

Wednesday, 28 November 2012

BUKTI PAS TAKUT BILA KENA SOUND DENGAN KARPAL SINGH !!!



 Kerajaan Pas Kelantan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan semua pihak daripada kalangan bukan Islam bagi mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian isu salon yang melarang wanita daripada mengunting rambut lelaki di Kelantan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS memandang serius kebimbangan masyarakat bukan Islam berhubung isu tersebut di negeri pembangkang itu.
"Pas Pusat telah pun dimaklumkan oleh Kerajaan Kelantan mengenai hasrat mereka membincangkan dan mencari jalan penyelesaian terbaik mengikut konsep hak kebebasan anutan orang bukan Islam," katanya dalam kenyataan yang dibacakan oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub di lobi bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Abdul Hadi berkata, Pas percaya kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.
Beliau berkata ini dibuktikan dengan penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II)) Kelantan 1993 yang tidak terpakai ke atas orang bukan Islam.
"Dalam masa yang sama, kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.
"Sehubungan itu, bagi isu kedai gunting rambut ini Pas percaya bahawa maksud utama peraturan kecil ini adalah bagi tujuan tersebut (kemurnian akhlak rakyat beragama Islam)," katanya.
Nov. - Kerajaan Pas Kelantan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan semua pihak daripada kalangan bukan Islam bagi mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian isu salon yang melarang wanita daripada mengunting rambut lelaki di Kelantan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS memandang serius kebimbangan masyarakat bukan Islam berhubung isu tersebut di negeri pembangkang itu.
"Pas Pusat telah pun dimaklumkan oleh Kerajaan Kelantan mengenai hasrat mereka membincangkan dan mencari jalan penyelesaian terbaik mengikut konsep hak kebebasan anutan orang bukan Islam," katanya dalam kenyataan yang dibacakan oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub di lobi bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Abdul Hadi berkata, Pas percaya kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.
Beliau berkata ini dibuktikan dengan penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II)) Kelantan 1993 yang tidak terpakai ke atas orang bukan Islam.
"Dalam masa yang sama, kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.
"Sehubungan itu, bagi isu kedai gunting rambut ini Pas percaya bahawa maksud utama peraturan kecil ini adalah bagi tujuan tersebut (kemurnian akhlak rakyat beragama Islam)," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121127/po_14/Pas-sedia-berunding-berhubung-isu-salon---Hadi#ixzz2DRUO4LmY
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Member BSK