Jumlah Pengunjung

Sunday, 18 November 2012

KBS TIDAK BAYAR K-POP



Beberapa fakta yang cai² tanak tahu:

1. Paling ketara untuk menilai kejayaan penganjuran Himpunan Jutaan Belia (HJB) pada kali ini dapat diukur dari segi jumlah pengunjung atau penyertaan belia di samping jumlah dan pengisian program/aktiviti serta jumlah tajaan korporat dan swasta yang telah diterima.


2. Strategi Lautan Biru (BOS) yang diterjemahkan dalam pelaksanaan program dan aktiviti dianjurkan bukan sahaja oleh pihak kerajaan, malah oleh pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan, syarikat korporat dan swasta. Selain itu, HJB ini juga berjaya menarik minat dan perhatian belia-belia dari negara jiran untuk turut hadir seperti negara Brunei Darussalam. Terdapat juga belia-belia dari negara luar yang lain turut hadir di HJB. Justeru itu, perkara ini sekali gus berjaya menyangkal perspektif negatif di mata masyarakat dunia mengenai belia Malaysia yang kononnya ganas dan liar.


3. Sumber rasmi KBS mengumumkan kehadiran seramai 2.4 juta (2,480,502) belia dan pengunjung yang mana ia merupakan satu indikator baru yang menunjukkan generasi muda merasai bahawa mereka turut terlibat dan menyumbang dalam agenda pembangunan belia negara.


4. Tema "‘Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan’ bagi Himpunan Jutaan Belia ini turut dilihat sebagai pemangkin hala tuju golongan belia mendepani cabaran terkini dan masa depan dengan menyediakan kepada golongan belia peluang pekerjaan, kemahiran dan keusahawanan melalui pelaksanaan lebih 500 aktiviti dan acara di bawah 46 segmen.


5. “Konsep Dari belia kepada belia”. Program dan aktiviti yang diadakan adalah mengikut acuan, kehendak dan trend masa kini generasi muda termasuklah dalam memperkasakan jati diri insaniah dan sahsiah belia kerana semua program dan aktiviti dianjur dan dilaksanakan sendiri oleh belia.


6. Inisiatif Kerajaan khususnya KBS dipelbagaikan dalam memperkasakan belia-belia Malaysia bagi memberi kesan positif kepada belia itu sendiri untuk jangka masa panjang. Justeru itu, kesan-kesan positif yang dapat dilihat adalah golongan belia lebih berketerampilan, berwawasan, berpandangan jauh, berjati diri tinggi dan terutama sekali lebih berdisiplin untuk mengekspresikan kreativiti, minat, bakat dan kebolehan masing-masing secara positif kepada masyarakat.


7. Keyakinan puluhan syarikat dan perniagaan untuk turut sama menjayakan perhimpunan ini melalui pendekatan Strategi Lautan Biru (BOS) sama ada sebagai penaja, pemberi khidmat dan juga mengambil peluang mempromosikan berbagai-bagai produk mereka di HJB. Kejayaan HJB belia telah berjaya menarik penajaan yang besar (kalau ikut kenyataan media KBS) dalam bentuk tajaan tunai, barangan dan operator program sekali gus melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak RM28juta.


8. Sekaligus memberikan satu keyakinan bahawa pada masa-masa akan datang HJB ini dapat dilaksanakan atas inisiatif swasta dan tidak lagi melibatkan perbelanjaan kerajaan. Inilah hasrat dan semangat penganjuran HJB pada tahun ini yang kesemuanya berpaksikan kepada slogan “Jadikan hari esok lebih baik dari hari ini” .


Sumber: Beliabangkit





KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
SIARAN SEGERA


KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN


PUTRAJAYA, 1 JUN 2012-- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.
Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.
“Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.
“Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.Seterusnya...

No comments:

Post a Comment

Member BSK