Jumlah Pengunjung

Saturday 31 August 2013

PEMBANGKANG ANJUR PESTA SEKS MALAM MERDEKA !!!




BERAPA RAMAI YANG JADI 'MANGSA' MALAM TADI ???

 Nampak gayanya malam ambang Merdeka semalam dimeriahkan lagi dengan adegan yang tak mampu untuk kita tonton. Mau termuntah dibuatnya.



Dengar cerita, Si Gay Tua tu anjurkan porgram tertutup dengan memancing anak - anak muda supaya berfikiran 'Terbuka' macam dia.

Sebelum itu, Si Gay Tua tu siap jemput rakan follower dia agar turun ke Dataran Merdeka dengan hidangan sebotol arak melalui laman twitter milik dia....uh! Tak heran la macam mana dikalangan penyokong Pakatan Haramjadah tu tak kisah dengan moraliti pemimpin diorang sendiri.

Kalau dah ada Gay Tua macam ni yang jadi pemimpin, maka rosak la minda anak - anak muda kita dimasa akan datang. Semuanya ikut jejak langkah macam Si Gay Tua ni.

Jadi, tak pelik la kalau dikalangan penyokong Pakatan Haramjadah tu tak ambik pusing bila video seks pemimpin mereka disiarkan dalam internet.

Dapat pemimpin jenis tak de kemaluan, maka pengikut - pengikut pun dua kali lima la jugak!!! Bak kata slogan orang dulu - dulu, 'Kepimpinan Melalui Tauladan'.

Cuma aku tertanya - tanya jugak. Berapa ramai anak muda yang Pro Pakatan ni turun ke Dataran Merdeka menyertai program Si Gay Tua ni? Jangan diorang balik rumah, mengadu kata diorang sakit bontot sudah la!!!



PAS DIAMKAN DIRI BILA MARUAH ISLAM DI PERMAINKAN !!!




Maruah Islam di Pulau Pinang???Tidak habis-habis dengan isu agama Islam dihina dan ia seolah-olah menjadi satu tradisi buat bangsa lain memandang rendah kesucian agama Islam. Malah, tidak ada langsung rasa hormat-menghormati kepada agama lain walhal tinggal di dalam negara yang berbilang bangsa, kaum dan agama.




Kalau dahulu, kita dikejutkan dengan kisah pasangan blogger seks, Alvin dan Vivian yang mencemari kesucian bulan Ramadhan. Seterusnya, ia telah mengguris hati setiap umat Islam yang baru sahaja menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Kali ini, ia dicetuskan pula di negeri di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, iaitu negeri Pulau Pinang.

Satu syarikat hiburan di negara pentadbiran DAP itu telah bertindak di luar nilai hormat-menghormati apabila telah meletakkan gambar masjid di atas ‘banner’ sebagai cara mempromosikan minum arak.



Ini menunjukkan, satu lagi penghinaan terhadap umat Islam bukan sahaja di negeri terbabit, tetapi juga seluruh umat Islam khususnya di negara ini.

Tindakan syarikat hiburan berkenaan umpamanya mahu menimbulkan isu rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam yang seterusnya akan mengheret pula kepada pergaduhan yang besar.

Jika keadaan ini berlaku, akan timbul pula isu di mana umat Islam mudah untuk melatah apabila agama sendiri dihina dan menunjukkan tidak ada nilai sabar dalam setiap peribadi umat Islam.

Dan, akan memberikan gambaran yang ajaran agama Islam adalah sukakan kepada pergaduhan dan gemar mencetuskan pertelingkahan mulut.

Syarikat hiburan berkenaan juga sengaja mencurahkan minyak ke dalam api yang marak bila mana menggantung ‘banner’ berkenaan secara terang-terangan di hadapan sebuah bangunan di Jalan Penang. Ia sudah diletakkan sejak sebulan yang lalu.

Dalam isu ini, yang harus dipersoalkan adalah di mana peranannya kakitangan-kakitangan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi menyelesaikan isu ini? Apakah mereka buta dan terlalu lemah untuk bertindak tegas serta lantang dalam menjaga sensitiviti agama dalam kalangan masyarakat di Pulau Pinang?

Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP sememangnya didominasi oleh rakyat kaum Cina. Tetapi, ia bukanlah satu jalan buat mereka untuk tidak mempunyai nilai hormat kepada kaum lain yang tinggal juga di negeri itu walaupun jumlah mereka adalah sangat kecil.

Seharusnya, MAIPP juga Exco Hal Ehwam Agama negeri Pulau Pinang perlu menjalankan tindakan yang proaktif dalam soal menjaga kesucian agama Islam. Ini kerana, umat Islam di negeri tersebut tidak pernah mencuba untuk menghina agama-agama lain di negeri itu.

Malah, apakah tindakan kerajaan negeri dalam membendung gejala rakyat menghina agama lain? Kebenarannya, kerajaan negeri Pulau Pinang hanya menutup mata dalam isu ini.

DAP sentiasa berkuasa di Pulau Pinang dan impian pemimpin-pemimpin tertinggi adalah mahu menubuhkan negeri itu bebas dari perlaksanaan agama Islam. Seterusnya, merealisasikan impian mereka menjadikan Malaysia sebuah negara sekular seperti Singapura.

Jadi, apabila timbul isu agama Islam dihina berbentuk tulisan ‘banner’ ini, menunjukkan seolah-olah exco MAIPP berada di bawah telunjuk DAP dan tidak berani untuk mengambil sebarang tindakan yang mengejut. Mungkin juga mereka khuatir punca pendapatan mereka juga akan turut lingkup sekiranya mengingkari arahan dari pemimpin DAP.

Lama-kelamaan menjadikan orang Melayu dan agama Islam di Pulau Pinang dibelakangkan oleh pimpinan politik negeri.

Dalam isu ini juga, di mana pendirian parti PAS Pulau Pinang dalam menegakkan tindakan sedemikian adalah salah kerana satu bentuk penghinaan telah berlaku.
Percayalah, paling ‘hebat’ yang mampu PAS lakukan adalah hanya mengatakan perkara itu tidak harus diperbesarkan serta perlu memaafkan kesilapan syarikat hiburan berkenaan. Inilah sikap dan tabiat parti lemah seperti PAS. PAS juga sudah dikunci dan duduk di bawah telunjuk parti DAP.

Tidak mustahil, isu menghina agama Islam akan menjadi satu tradisi dan mampu memberikan kesan serta mempengaruhi pemikiran dan akidah umat Islam.


Friday 30 August 2013

AHLI DAP HARAM JADAHKAN LIM GUAN ENG !!!



Harapan menggunung ahli-ahli DAP untuk melihat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu dilaksanakan secara telus dan bersih mungkin tidak kesampaian.

Ini kerana sesi dialog yang diadakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih meminggirkan kalangan perwakilan yang dilihat tidak sehaluan dengan kepemimpinan tertinggi DAP.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, satu sesi dialog dengan perwakilan negeri ini telah diadakan Ahad lalu di sebuah hotel di sini.
Bagaimanapun katanya, perwakilan dari cawangannya tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut.

"Saya hanya menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada seorang rakan dua hari lalu yang memberitahu mengenai perjumpaan tersebut.

"Belum pernah ada pertemuan diadakan dengan para perwakilan sebelum berlangsung sesuatu pemilihan," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis; Naib Pengerusi DAP Cawangan Nilai Perdana, S. Rajashegher dan bekas ahli DAP, S. Vijayan.

Ketiga-tiga pemimpin DAP cawangan itu turut mengakui cawangan mereka tidak menerima jemputan untuk menghadiri pertemuan tersebut.

Menurut Rajashegher, Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook perlu tampil menjelaskan mengapa gagal membuat makluman tersebut sedangkan mereka adalah perwakilan DAP yang sah.

"Saya difahamkan SMS yang dihantar kepada perwakilan adalah dalam bahasa Melayu dan Cina dan tidak ada bahasa Tamil.

"Ia seolah-olah disengajakan dengan tujuan untuk meminggirkan kaum India daripada program penting yang berlaku dalam parti," ujarnya.
Berdasarkan kepada insiden Ahad lalu, kesemua mereka mengesyaki program pertemuan dengan para perwakilan di negeri-negeri mempunyai agenda tersembunyi kerana hanya perwakilan tertentu sahaja diajak untuk menyertainya



Thursday 29 August 2013

HARAMKAN TANDA PUTERA... KERAJAAN PULAU PINANG BAKAL DI SAMAN !!!



Kerajaan akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara berhubung tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di negeri itu.

Perkara itu dinyatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika ditemui selepas menghadiri raptai sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, di sini hari ini.








DAP JEMPUT 100 ANAK HARAM SAHAJA ???





Hati siapa yang tidak gundah gulana apabila 500 yang dijemput, tiba-tiba yang hadir hanyalah sekitar 100 orang saja? Sudahlah terpaksa menghabiskan wang yang banyak ekoran majlis yang diadakan di sebuah hotel yang terletak di pusat peranginan terkenal, orang tak datang pula…Sekiranya sayalah yang menjadi penganjur, sudah pasti saya akan malu besar. Mana nak diletakkan muka? Hanya 20 peratus dari jemputan yang hadir? Sangat memalukan!

Begitulah halnya yang terjadi pada DAP baru-baru ini. Lebih mengaibkan, perkara tersebut baca seterusnya...



CONTOH SIKAP PEMIMPIN PAS TELAH DI CERITAKAN DI ZAMAN NABI ADAM !!!



APABILA Adam a.s dan isterinya dihalau keluar dari syurga kerana memakan buah larangan, kedua-duanya mengakui kesalahan masing-masing dan menyalahkan diri sendiri terhadap kesalahan yang dilakukan. Mereka tidak menyalahkan iblis kerana merancang komplot yang mendorong mereka melakukan kesalahan itu, dan Adam tidak menyalahkan isterinya kerana mengheretnya ke dalam masalah itu.

Sebaliknya, kedua-duanya mengakui bahawa mereka telah menzalimi diri sendiri kerana membiarkan hawa nafsu menguasai pertimbangan mereka sehingga akhirnya mereka melanggar batas yang ditetapkan Allah SWT.

Kisah Adam dan Hawa disebut dalam al-Quran sebagai pengajaran kepada manusia keseluruhannya. Setiap anak Adam pasti akan melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pesalah adalah yang banyak bertaubat. Perbezaan antara Adam dengan iblis adalah iblis enggan bertaubat terhadap kesalahan dirinya bahkan enggan mengakui kesalahannya. Dengan sebab kesombongannya itu maka tertutuplah kepadanya pintu kebaikan dan jadilah ia makhluk terkutuk.

Taubat adalah asas kepada perubahan, sama ada perubahan yang kita maksudkan itu menyentuh soal perubahan diri peribadi seorang manusia ataupun perubahan masyarakat, bangsa dan negara secara keseluruhannya.

Sekiranya kita mahu melakukan islah terhadap masyarakat, bangsa dan negara kita, perkara pertama yang mesti dilakukan adalah bertaubat, iaitu masyarakat, bangsa dan negara itu hendaklah mengenalpasti kesalahan diri, mengakuinya, menyesalinya dan mengambil tindakan-tindakan yang wajar agar tidak mengulanginya lagi. Semua itu memerlukan kebijaksanaan, keberanian dan tawaduk.

Kesemua sifat yang disebutkan itu, walaubagaimanapun, sudah hampir tiada lagi dalam diri kaum Muslimin hari ini yang begitu parah dilanda krisis makna diri.
Justeru, sudah menjadi kebiasaan mereka untuk menyalahkan orang lain terhadap masalah dan krisis yang melanda dunia Islam. Amerika Syarikat, Israel dan negara-negara Barat kebiasaannya menjadi sasaran kecaman mereka apabila berlaku sesuatu krisis dalam negara-negara Islam.

Yang tidak pernah kita dengar adalah kecaman terhadap diri sendiri. Ia adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan. Lebih mudah mengecam anasir-anasir luar sebagai punca segala masalah dan krisis, namun tiada apa yang dapat diselesaikan dengan cara itu.

Memang tidak dinafikan kemungkinan ada pihak luar yang menghasut dan mengadu-domba sehingga berlaku permusuhan dan pertumpahan darah sesama Islam. 
Namun begitu, bukankah kesalahan sebenar tetap terletak kepada diri sendiri? Kenapakah begitu mudah untuk kita mendengar hasutan dan fitnah orang lain? Tidakkah itu menunjukkan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan diri kita sendiri, dan dengan cara kita memahami dan menangani masalah yang kita hadapi?

Islah hanya boleh berlaku apabila ada perubahan dalaman, iaitu perubahan yang berpunca dari kehendak sendiri, kerana kita tidak boleh mengubah orang lain agar tidak berkomplot dan menimbulkan masalah kepada kita. 
Yang kita boleh lakukan adalah mengubah diri, dan dengan cara itu secara perlahan-lahan masyarakat keseluruhannya akan turut berubah sedikit demi sedikit. Perubahan yang kita maksudkan itu merujuk kepada keinsafan dan kefahaman yang mendalam terhadap hakikat diri, kehidupan dunia dan nasib akhir di akhirat.

Perubahan diperlukan hanya kerana perkara-perkara berkenaan telah dikelirukan makna dan pengertiannya sehingga membawa kepada pensekularan dan kecintaan melulu terhadap kehidupan dunia. Perubahan sebenar hanya akan berlaku melalui pendidikan yang dirancang dengan baik sehingga berupaya menyampaikan ilmu yang benar, yang seterusnya mengeluarkan manusia dari kejahilan makna diri.

Perubahan secara perlahan-lahan, berhemah dan terancang, walaubagaimanapun, tidak begitu menarik untuk dibincangkan, apatah lagi diusahakan. Para aktivis politik mahukan perubahan segera, dan yang mereka maksudkan adalah perubahan pucuk pimpinan negara, tidak kira apa caranya sama ada secara demokrasi mahupun secara revolusi. Mungkin yang mereka andaikan bahawa pemimpin negara itulah punca segala masalah dan kezaliman, maka harapan mereka adalah pemimpin baru yang dilantik akan berupaya menyelesaikan segala masalah yang mereka hadapi.

Sekiranya pemimpin itu juga gagal, dia juga akan dijatuhkan dan pemimpin baru dinaikkan sehinggalah bertemu pemimpin yang sesuai. Yang mungkin tidak mereka sedari adalah kerugian jangka panjang akibat krisis politik yang tidak sudah-sudah. Tanpa kestabilan politik tidak mungkin dapat dirancang pembangunan ekonomi dan diselenggarakan pendidikan. Bahkan nyawa, harta benda dan kedaulatan negara pun mungkin terancam. Pendek kata maslahah umat menjadi pertaruhan pihak-pihak yang berkepentingan.

Di Mesir perubahan pucuk pimpinan negara diusahakan melalui peti undi manakala di Syria jalannya adalah melalui muncung senjata. Walau apa pun alasan yang diberikan, ternyata kepada yang melihat dan berfikir bahawa di kedua-dua negara berkenaan, perubahan yang berlaku adalah perubahan ke arah yang membinasakan (fasad), bukan ke arah kebaikan seperti yang dikehendaki dari islah.

Seperti biasa, apabila demokrasi tidak menjadi, manakala revolusi membawa kepada pertumpahan darah yang tak sudah, yang disalahkan adalah 'musuh Islam', yang tidak mahu melihat Islam ditegakkan! Itulah retorik yang dimainkan di seluruh dunia Islam bagi meraih simpati terhadap apa yang kononnya adalah perjuangan Islam.

Sampai bilakah kita akan terus memperbodohkan diri sendiri dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain? Sejahat-jahat musuh, menurut sebuah hadis, adalah hawa nafsu yang berada dalam diri seseorang itu. Hawa nafsu inilah yang menjadi punca segala kejahatan, maksiat dan kerosakan. Melalui hawa nafsu inilah iblis memperdaya manusia dengan berbagai-bagai cara yang pada zahirnya kelihatan baik tetapi hakikatnya keji dan menjijikkan






Wednesday 28 August 2013

49 NAMA KONGSI GELAP AKAN DI UMUMKAN !!!



Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan maklumat 49 pertubuhan haram termasuk kongsi-kongsi gelap yang telah diwartakan selewat-lewatnya pada esok.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, senarai pertubuhan haram itu akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Katanya, maklumat yang diumumkan itu akan meliputi nama pertubuhan dan lokasi utama kegiatan pertubuhan haram berkenaan.

"Saya telah menandatangani (dokumen berkenaan) pewartaan pertubuhan haram ini, kesemuanya ada 49 buah organisasi.

"Setelah diwartakan, nama dan lambang pertubuhan itu akan diharamkan. Mereka juga tidak dibenar menggunakan premis atau bergerak atas nama dan simbol berkenaan.

"Jika bersalah, mereka boleh dikenakan denda maksimum termasuk penjara lima tahun dan denda RM15,000," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Poland, Adam Waclaw Jelonek di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, sebarang perubahan pada nama dan logo pertubuhan haram berkenaan akan dipantau oleh polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS). -








PANAS... DAP PULAU PINANG MAIN BANGSAT !!!





Kerajaan DAP Pulau Pinang mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, surat rasmi akan dihantar kepada semua pemilik pawagam yang diberi lesen peniagaan oleh pihak berkuasa tempatan hari ini supaya tidak menayangkan filem berkenaan






ZAMBRY BUKTIKAN KEBODOHAN NIZAR JAMALUDIN !!!




Beberapa pemimpin pembangkang hari ini dibidas kerana menjadikan persidangan Dun sebagai platform untuk meluahkan perasaan kecewa dan tidak puas hati berhubung petisyen pilihan raya yang ditolak dengan kos.
   
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata semua kes yang menjadi tanggungjawab badan kehakiman tidak wajar dibahas semasa persidangan Dun kerana terdapat dasar pemisahan antara legislatif, kehakiman dan eksekutif.
   
"Saya pun tidak faham, apakah ini mungkin luahan perasaan dalaman mereka yang tidak dapat dibendung menyebabkan mereka tidak ingat bahawa perkara itu tidak sewajarnya (dibawa semasa persidangan Dun) kerana kes melibatkan mahkamah," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dun di sini hari ini.
   
Sementara itu, Speaker Dun Perak Datuk S.K Devamany berkata perkara dalam urusan dan keputusan mahkamah perlu didengar serta dibicarakan di institusi kehakiman.
   
"Anggota Dun perlu guna sidang ini untuk membahaskan isu berkaitan rakyat, menggubal undang-undang dan membawa usul yang ada kepentingan rakyat tetapi apabila satu proses yang berada atau dibicarakan di mahkamah dibahaskan, dipersoalkan dan dicabar di sini, ini tidak kena," katanya.

Ketua Pembangkang Dun Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, mendakwa beliau terpaksa membawa isu petisyen pilihan raya ke sidang Dun selepas ia ditolak oleh mahkamah.
   
Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) turut membangkitkan keputusan mahkamah yang menolak petisyen DUN Lubuk Merbau sebelum petisyen itu dibicarakan.
   
Persidangan Dun bersambung esok. - Bernama



SINGAPURA DI TANDUK SELADANG !!! WAKAKAWAKAKA....



JARINGAN tunggal Azlan Ismail m-10 memastikan Perak mengungguli Kumpulan D sekali gus merencatkan impian Lions XII yang ingin mencipta gelaran double selepas mendakap Liga Super.

Manakala, Kedah dan Sarawak berkongsi mata walaupun Baddrol Bakhtiar memecah kebuntuan gol namun dibatalkan penjaga garisan kerana di dakwa offside.

Pasukan Selangor dan Lions XII sudah boleh mengucapkan selamat jalan bagi kempen Piala Malaysia 2013 apabila tewas dalam aksi ketiga peringkat kumpulan malam tadi.

Tiga gol Sime Darby menerusi Karlo Primorac (22 dan 29) dan Fazrul Hazli (72) kian meranapkan Misi 33 yang dicanang Persatuan Bola Sepak Selangor manakala enam gol terhasil di Pasir Gudang apabila Johor dan Angkatan Tentera Malaysia seri 3-3 pada aksi Kumpulan A.

Johor memperoleh jaringan menerusi Ezaidy Khadar (42), Farid Ideris (48), Fitri Omar (80, gol sendiri) manakala Shukor Adan (53) dan Marlon Alex James (73 dan 79) untuk ATM.

Aksi Kumpulan B menyaksikan PKNS semakin menghampiri slot suku akhir selepas mudah membenam Felda United 2-0 hasil sentuhan gol Patrick Wleh Ronaldinho m-35 dan m-51.

Sementara, Johor Darul Takzim mencipta kemenangan kedua mengalahkan T-Team 3-2 di Kuala Terengganu.

Gol T-Team dihasilkan Ahmad Syamim Yahya m-49 dan Fazuan Abdullah m-79 manakala Johor DT Muhd Hadin Azman (25), Safee Sali (29) dan Norshahrul Idlan Talaha (61).

Kelantan mensia-siakan kelebihan awal gol Dickson Nwaekame m-40 apabila Leandro Barbosa Fabio menyamakan kedudukan m-60 untuk Negeri Sembilan di Paroi bagi saingan Kumpulan C.

Keputusan seri juga berlaku dengan Pahang mengikat Terengganu 1-1 di Kuantan dengan Mathias Conti memadamkan jaringan pendahuluan Ashaari Samsuddin.



Tuesday 27 August 2013

PETUNJUK DARI ALLAH UNTUK AHLI PAS !!!



Sikap pemimpin Pas khususnya golongan ulama yang sehingga kini tidak mahu bertegas dalam isu penyalahgunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini amat mendukacitakan.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, sikap tersebut sekali gus akan mengelirukan banyak pihak dan bakal menjerumuskan umat Islam ke lembah syirik serta murtad.

''Biarlah pemimpin Pas bersikap seperti 'anai-anai' menyokong pihak gereja tetapi pemimpin dalam kalangan ulama mesti membuat penjelasan.
''Mereka hendaklah membuat satu kenyataan yang tegas, dalam masa sama memanggil semua ketua dewan ulama negeri-negeri untuk diberikan penjelasan agar mereka boleh bertindak menerangkannya kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Hafiz yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang berkata, merujuk kepada kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sebelum ini, perkara itu boleh membawa kepada syirik.
''Ertinya ini perkara besar dan urusan fiqhul akbar. Oleh itu, segala kekeliruan dalam kalangan umat Islam mesti dirungkai segera oleh pemimpin ulama di dalam Pas,'' katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Hafiz meminta pemimpin Pas, khususnya golongan ulama segera membuat pencerahan terhadap isu kalimah Allah supaya tidak timbul kekeliruan.

''Asasnya hendaklah merujuk kepada keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan,'' katanya.








BANTUAN CARI PENYANGAK INI...




Salam semua, aku terbaca dari satu post di facebook milik KLIK SINI   untuk menangkap budak lelaki diatas. Sila baca di bawah...

Kepada semua rakan-raka FB, kalau ada sesiapa yang pernah melihat atau mengenali budak ini, sila hubungi saya 0127218166 atau balai polis yang terdekat. Buat pengetahuan rakan2 FB sekelian, budak ini telah memecah masuk rumah saya satu hari sebelum raya dan melarikan motosikal (Honda Wave100) milik suami saya dan barang2 kemas saya. 2 rakan subahatnya telah ditangkap polis Kulai. Dari maklumat yang saya dapat budak ini sekarang ada d area Kulai, Kluang & Pontian. Beliau mengunakan motosikal milik suami saya dan telah ditukar cover set (Hitam). Dikenali dikalangan kawan2nya dengan pangilan "MAMAT" nama sebenar Mohd Yakob B. Razman. Saya berharap rakan2 FB semua dapat "SHARE" gambar ini bersama. 



ANAK KELANTAN UGUT IBU DENGAN PISAU !!! TERIMA KASIH NIK AZIZ...



Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan mengugut ibunya menggunakan sebilah pisau pada Jumaat lalu.

Tertuduh, Ariff Affendi Kamarul Zaman, 29, membuat pengakuan tersebut ketika dihadapkan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan sebilah pisau kepada ibunya, Hasmah Hussain, 62, dengan niat hendak menyebabkan ketakutan yang mendatangkan cedera atau kematian kepada mangsa di rumah mereka di Kampung Surau Kota, di sini, pada 2.15 petang, Jumaat lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.







SAMPAIKAN AMARAN INI UNTUK KANAK-KANAK BERAGAMA ISLAM !!!






MINTA BANTUAN. TOLONG SEBARKAN! 

Hati hati ! buku kartun ini didapati disebarkan secara percuma di sekitar KL, 

jika dilihat isinya mungkin boleh merosakkan akidah. Mohon perhatian dan 

jaga anak-anak anda !

Pihak berkenaan mohon bertindak!




6 LAGI GENG 08 DI TANGKAP !!!



Polis Pahang berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah menerusi Op Cantas dengan tertangkapnya lima lelaki dan seorang wanita dipercayai geng kongsi gelap 08 dalam dua serbuan berasingan di daerah ini dan Temerloh, Khamis lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah pasar raya di daerah ini pada pukul 12 tengah hari dan berjaya menahan tiga lelaki serta merampas dadah jenis heroin seberat 9,090 gram yang akan diedarkan di negeri ini.

"Ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 20-30 tahun berasal dari utara tanah air cuba bertindak agresif apabila ditahan.

"Polis menemui dadah berkenaan di dalam salah sebuah kereta yang dinaiki suspek dan salah seorang daripada mereka turut positif dadah," katanya kepada pemberita di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurut Sharifuddin, rentetan daripada itu, sepasang suami isteri turut ditahan di rumah mereka di Temerloh dan pemeriksaan dijalankan turut menemui dadah jenis heroin seberat 171.6 gram.

"Kedua-dua mereka berasal dari Pahang dan wanita berusia 21 tahun itu bekerja sebagai jurujual.
"Manakala suaminya berusia 27 tahun dan tidak bekerja turut positif dadah jenis meth," ujarnya sambil memberitahu jumlah keseluruhan dadah seberat 9,261.6 gram mengikut harga pasaran bernilai RM268, 586.

Tambahnya, selain dadah, polis turut merampas dua buah kereta yang digunakan dalam aktiviti tersebut iaitu Perodua Myvi dan Honda Accord.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum gantung jika sabit kesalahan.

"Semua suspek direman selama seminggu dari tarikh tangkap dengan ditempatkan dilokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan Temerloh untuk siasatan lanjut," jelasnya.








Monday 26 August 2013

AMARAN UNTUK SEMUA GENG KONGSI GELAP !!!



Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat.

"Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

"Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah," katanya.
Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.

"Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak," katanya.
Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang.

"Tumpuan turut diberikan di seluruh negara dan polis sudah bersiap sedia untuk bertindak kerana telah menghidu beberapa lagi jenayah terancang yang akan dilakukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan keseluruhan rakyat lebih penting daripada menjaga jumlah mereka yang akan dikenakan pemakaian peranti pengawasan elektronik (EMD).

"Dalam hal ini bukan soal hak asasi manusia tetapi bagaimana identifikasi untuk menentukan keamanan itu dapat dilaksanakan di negara kita," katanya.
Beliau mengulas mengenai EMD yang akan digunakan ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menerima kritikan pihak tertentu.

EMD bertujuan mengesan suspek jenayah terancang dan kejam bagi memastikan mereka tidak melakukan jenayah lain semasa dalam jaminan. - BERNAMA







BUKTI LIM GUAN ENG BACUL !!!



Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membelakangkan perlembagaan parti apabila tergesa-gesa menjalankan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) menunjukkan beliau takut musuh-musuh politiknya mengumpulkan tenaga untuk menjatuhkannya.
Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan berkata, ini kerana sebagai pemimpin, Guan Eng bukanlah seorang pemimpin yang berpengaruh dalam parti tersebut dan perkara berkenaan terbukti apabila beliau pernah kalah teruk dalam pemilihan peringkat cawangan di Melaka sebelum ini.

Menurut Ramanan, kekalahan Guan Eng dengan hanya meraih tempat ke-17 daripada 19 calon yang bertanding itu memaksa bapanya, Lim Kit Siang ‘memapah’ beliau ke Pulau Pinang bagi menyelamatkan karier politik Ahli Parlimen Bagan berkenaan.

“Namun begitu, dalam keadaan Guan Eng tidak berpengaruh dalam kalangan ahli DAP kini, dia boleh juga meneruskan lakonannya di hadapan rakyat negara ini. Mungkin selepas ini jika Guan Eng kalah, dia boleh bekerja dengan pelakon Hollywood, Tom Cruise di Amerika Syarikat.

“Kini Guan Eng hanya berlindung di Pulau Pinang. Dia takut memberi ahli DAP hak mereka untuk terlibat dalam pemilihan yang adil dan bebas seperti termaktub dalam Klausa 8 Artikel 13 Perlembagaan DAP," katanya di sini hari ini.

Menurut Ramanan, dalam perlembagaan itu jelas menyebut bahawa semua ahli yang menang di cawangan boleh bertanding di posisi CEC dalam pemilihan parti, namun Guan Eng membelakangkan fakta tersebut.
Walau bagaimanapun katanya, tindakan tidak membenarkan pemimpin DAP lain seperti Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass; Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asogan dan bekas ADUN Teratai, Jenice Lee bertanding pada CEC jelas bertentangan dengan perlembagaan tersebut.

Tegasnya, perkara itu serius memandangkan kesemua pemimpin DAP itu juga mempunyai hak untuk bertanding berikutan kesediaan beberapa cawangan mencalonkan mereka untuk CEC kali ini.

“Ironinya, setelah bertahun-tahun menabur penipuan bahawa kononnya Barisan Nasional (BN) tidak adil sambil melaungkan DAP sebagai parti paling demokratik, hari ini ramai ahli sudah sedar siapa Guan Eng sebenarnya.
“Dinasti Lim ingat mereka boleh mempergunakan ahli-ahli dengan menggunakan kaedah pecah dan perintah, namun hakikatnya pengaruh dinasti ini tidak sebesar mana. 

Mereka tidak mempunyai aura kepimpinan seperti yang dimiliki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.









Sunday 25 August 2013

MALAYSIA GUNA ALAT PENGESAN PENJENAYAH !!! TAHNIAH PDRM...



Kerajaan meluluskan pemasangan peranti pengawasan elektronik (EMD) ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pemasangan alat yang dijangka dilaksana hujung bulan depan itu dapat memantau pergerakan penjenayah terutama membabitkan jenayah berat.

"Kita hanya mencadangkannya dan bukannya meluluskan, ia diluluskan kerajaan sebagai sebahagian undang-undang ketika SOSMA diperkenalkan. Lebih cepat pelaksanaannya lebih baik dan dijangka pada September ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Forum 'Pandangan Terhadap Undang-undang Semasa dan Pendekatan Lain Ke Arah Memerangi Jenayah Berat Secara Berkesan' di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Abdul Gani mengulas pembentangan wakil Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Farah Intan Burhanudin dalam forum berkenan yang memaklumkan EMD sedia dilaksana hujung bulan depan.
Beliau yang juga Penganalisis Kanan PEMANDU berkata, pemakaian alat itu sudah dilaksana di banyak negara termasuk Amerika Syarikat (AS) sejak 1994 dan berjaya mengurangkan risiko penjenayah yang diberi jaminan polis kembali mengulangi aktiviti sama.

Sementara itu, ketika berucap dalam forum tersebut, Abdul Gani berkata, negara tidak memerlukan undang-undang pencegahan untuk menangani jenayah serius kerana memiliki pasukan polis yang mampu bertindak dengan baik.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, perkara itu akan diperhalusi dan diperbincang secara serius membabitkan semua pihak sekiranya negara benar-benar memerlukan undang-undang terbabit bagi menjamin keselamatan negara.

"Dalam kes penjenayah ganas Botak Chin, ketika itu peguam negara mampu menyelesaikan kes bukan di bawah mana-mana undang-undang pencegahan (Ordinan Darurat mahupun Akta Keselamatan Dalam Negeri) sebaliknya di bawah perundangan biasa," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abdul Gani berkata, pihaknya sedang memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan hukuman gantung atas dakwaan membunuh model sambilan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Saya telah bercakap perkara ini. Saya sedang memfailkan rayuan. Saya tidak akan mengulas lanjut kerana saya telah membuat kenyataan sebelum ini," katanya kepada pemberita dalam Forum 'Pengenalan Kepada Permasalahan Isu-isu Melibatkan Jantina dan Mengapa Wanita' di sini.

Ditanya sama ada beliau akan menunggu alasan penghakiman, katanya: "Saya mendengar alasan penghakiman. Jika saya tidak berpuas hati, saya failkan notis rayuan."

Walau bagaimanapun, Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tersebut menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Mingguan Malaysia hari ini memaklumkan, pihaknya telah memfailkan rayuan berhubung kes tersebut.








DAP BENGANG... 4 GENG KONGSI GELAP LAGI DI TANGKAP !!! TAHNIAH PDRM...



- Empat penjenayah berbahaya yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kes tembakan seorang lelaki di Lebuh 5, Kampung Simee di sini bulan lalu, diberkas setelah berbalas tembakan dengan polis di Medan Bercham Selatan 4, Taman Syukur dekat sini malam tadi.

Dalam operasi selama tiga jam itu, sepasukan polis bertindak mengepung dan menyerbu rumah dua tingkat yang didiami kumpulan suspek terbabit pada pukul 9.30 malam setelah menerima maklumat dan risikan.

Ketika serbuan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen negeri, dua suspek ditangkap di tingkat bawah manakala dua lagi rakannya cuba melarikan diri melalui siling dan bumbung rumah terbabit.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, pasukan polis kemudian mengejar mereka di atas bumbung sebelum menangkap seorang daripadanya setelah terjatuh ketika cuba melompat dua buah rumah bersebelahan.

"Seorang lagi suspek ketika melarikan diri telah melepaskan tujuh hingga lapan das tembakan ke arah polis menyebabkan kita terpaksa membalasnya.
"Suspek itu akhirnya diberkas selepas terjatuh di lantai dapur rumah jiran belakang yang tidak berpenghuni," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 29 Julai lalu, seorang lelaki berusia 25 tahun maut akibat ditembak di leher manakala dua rakannya cedera parah selepas ditembak di sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee di sini.

Dalam insiden pukul 10.15 malam itu, kesemua mangsa sedang minum di luar restoran bersama dua rakan yang lain sebelum muncul dua suspek berkereta lalu melepaskan tembakan dalam jarak dekat.

Paramasivam seterusnya berkata, pemeriksaan di rumah tersebut menemukan beberapa peket dadah jenis Eramin selain polis turut merampas sepucuk pistol jenis Baretta, kelongsong peluru dan dua butir peluru berukuran .9mm daripada suspek keempat.

"Serbuan dilakukan susulan daripada tangkapan melibatkan tiga suspek termasuk seorang wanita minggu lalu. Kita percaya mereka terlibat dalam kes sama (pembunuhan seorang lelaki).








Saturday 24 August 2013

PAS LACURKAN KALIMAH ALLAH !!!



Pucuk pimpinan Pas diminta menyatakan pendirian berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik membatalkan rayuan kerajaan Malaysia berhubung isu melibatkan pengunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, rakyat mahu melihat pendirian Pas dalam memperjuangkan isu kritikal seperti kalimah Allah atau pemimpin parti itu hanya sekadar bersuara demi kepentingan politik masing-masing.

Menurut beliau, desakan itu bagi memastikan parti tersebut masih lagi relevan dalam perjuangan Islam serta tidak tersasar daripada landasan sebenar.
Tambahnya, sebagai sebuah parti berteraskan Islam, pucuk pimpinan Pas sepatutnya hadir menyatakan sokongan semasa perbicaraan berhubung kes penggunaan kalimah Allah di Putrajaya semalam.

"Ketiadaan seorang pun ahli Pas semalam menimbulkan persoalan. Ahli-ahli Pas perlu bertanya kembali sama ada mereka perlu mempertahankan sebuah parti yang secara terang-terangan enggan memperjuangkan penggunaan kalimah Allah.

"Mereka perlukan kepastian sama ada parti itu akan bersama-sama menolak penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian atau sebaliknya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Beliau mengulas kegagalan pucuk pimpinan Pas hadir ketika Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran penggunaan Kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.
Sementara itu, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, umat Islam di negara ini perlu bersatu mempertahankan kalimah Allah seperti mana sokongan yang ditunjukkan masyarakat Islam yang hadir ke mahkamah semalam.

"Saya harapkan 10 September ini akan lebih ramai umat Islam hadir menyatakan sokongan terhadap usaha mempertahan kalimah Allah yang turut mempunyai kaitan dengan isu akidah serta agama Islam sebagai agama Persekutuan.

"Perkara ini perlu dipertahan semua pihak sama ada kerajaan mahupun rakyat. Saya harap momentum hadir di mahkamah ini tetap dikekalkan sehingga keputusan diterima," katanya.






Member BSK