Jumlah Pengunjung

Friday 31 July 2015

#KekalNajib PAS KUALA KANGSAR FITNAH MB PERAK LAGI !!!


Apa nak jadi dengan Yang dipertua PAS kuala kangsar Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss ni, nama saja mewakili parti islam. Terbaru bila terbaca kenyataan fitnah darinya (Disini) yang kononnya Menteri Besar Perak akan digugurkan oleh kepimpinan UMNO Negeri Perak memang amat menjijikkan sebagai mewakili sebuah Parti Islam.

Ramai yang telah sedia maklum baru-baru ini, mesyuarat perhubungan UMNO negeri Perak telah sebulat suara berpendirian bahawasanya UMNO Perak tetap setia dan teguh berdiri di bawah pentadbiran Najib selaku Presiden UMNO Malaysia. UMNO Perak juga percaya berita-berita yang sedang bermain sekarang adalah bertujuan dan berniat jahat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang sah.

Sepatutnya Raja Ahmad Iskandar perlu membaca kenyataan dari blog Dato Khusairi selaku Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak (Klik Sini) berkenaan isu ini bagi memastikan kenyaataannya tidak menjadi satu fitnah yang akan dijawabnya nanti di akhirat kelak. 

Berkenaan dengan fitnahnya terhadap hubungan akrab Zambry Abdul kadir dan bekas Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pula memang amat menampakkan kebodohan Dr Raja Ahmad Iskandar sendiri. Mungkin Dr Raja Ahmad Iskandar ini sememangnya tidak mengetahui sejarah hubungan baik di antara Zambry Abdul Kadir dan Zahid Hamidi dari masa zaman pemuda mereka lagi. 

Jadi, nasihat aku kepada pemimpin PAS yang paling bodoh dan bangang ini, cari la isu lain.. jagalah parti sendiri yang sudah berpecah belah sekarang ni.. Atau adakah Dr Raja AHmad ISkandar ini mahu mengalihkan isu Parti baru GHB serpihan dari parti PAS sendiri ?

Atau adakah juga Dr Raja Ahmad Iskandar sekarang sedang menjadi tali barut parti Gerakan Harapan Baru (GHB)  di dalam PAS ?

Lambat laun tembelang anda akan di ketahui ahli PAS juga...

Wassalam...



Tuesday 28 July 2015

SENARAI KABINET BARU 2015 !!!

Kabinet Kerajaan

Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan - YAB DS Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KDN - YAB DS Dr Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan - YB DS Liow Tiong Lai
Timb. Pengangkutan - YB Dato Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan - YB DS Subramaniam
Timbalan - YB DS Dr. Hilmi Yahya

Menteri JPM - YB Dato Mah Siew
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - YB DS Nazri Aziz
Timbalan - YB
Dato Mas Ermyriati

Menteri Pertahanan - YB DS Hishamuddin
Timbalan -YB DW Mohd Johari Baharom

Menteri MITI - YB DS Mustpha Mohamad
Timbalan - YB Dato Ahmad MAslan dan YB Senator Dato Lee Chee Liong

Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan AIr - YB DS Maximus Ongkili
Timbalan - YB Dr James Dawos Mamat

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - YB Dato Amar Douglas
Timbalan - YB Dato Noriah Kasnom

Menteri Pertanian dan Industri Tani - YB DS Shabery Cheek
Timbalan - YB DS Haji Tajuddin Abd Rahman

Menteri KKLW - YB DS Ismail Sabri
Timbalan - YB Dato Alaxender dan YB Dato Ahmad Jazlan

Menteri Kewangan II - YB DS Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan - YB Datuk Johari Abd Ghani dan YB Datuk Chua Tee Yong

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi - YB Datuk Wilfred
Timbalan - YB Datuk Dr Abu Bakar

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - YB DS Hajah Rohani
Timbalan - YB Datuk Hajah Azizah dan YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya - YB DS Fadhilah Yusof
Timbalan - YB Dato Rosnah Rashid Shirlin

Menteri Sumber Manusia - YB DS Richard RIot
Timbalan - YB DS Haji Ismail

Menteri WP - YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan - YB Loga Bala

Menteri Pengajian Tinggi - YB DS Idris Jusoh
Timbalan - YB Datuk Yap Kain

Menteri Luar - YB DS Anifah Aman
Timbalan - YB DS Reezal
Menteri JPM - YB Datuk Joseph Entulu

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - YB Datuk Dr Wan Junaidi
Timbalan - YB Datuk Ir Haji Hamim

Menteri Pendidikan - YB DS Mahadzir Khalid
Timbalan - YB P Kamalanathan

Menteri Belia dan Sukan - YBKhairy Jamalaluddin
Timbalan - YBDatuk Saravanan

Menteri Komunikasi dan Multimedia - YB DS Panglima Dr. Mohd Salleh Keruak
Timbalan - YB Dato Jailani Johari

Menteri KPDNKK - YB Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan - YB Datuk Paduka Ahmad Bashah

Menteri JPM - YB DS Jamil Kamil Baharoom
Timbalan - YB Senator Dato Dr. Asyraf Wajdi

Menteri JPM - YB DS Azalina , YB Dato Ir. Wee Ka Siong, YB DS Wanid Omar, YB Puan Hajah Nancy, YB DS Shahidan Kassim, YB Senator Paul Lo, YB DS Idris Jala, YB DS Panglima Joseph Kurup, YB Dato Josep Entulu,

Timbalan Menteri JPM - Dato Razali Ibrahim
Timbalan Menteri KDN - Datuk Nur Jazlan dan Tuan Masir Anak Kujat







Monday 27 July 2015

HADI AWANG SAHKAN WALI SYAITAN NIZAR JAMALUDDIN !!!

Makin parah, itu yang semakin penyokong PAS nampak terhadap parti mereka bila Presiden Parti mereka telah mengeluarkan kenyataan sindiran yang pedas kepada ahli-ahli PAS yang menubuhkan Parti baru untuk menggantikan Parti Islam PAS. Adakah ini balasan dari ALLAH TAALA terhadap PAS yang sebelum ini terlalu lantang dan berani menggelarkan UMNO sebagai sebuah Parti yang telah kafir.

Dahulu, PAS terlalu fanatik sehingga sanggup tidur sebantal bersama DAP hanya kerana percaya bahawasanya Parti Komunis DAP itu lebih memahami Islam dari UMNO. Alhamdulillah kini PAS sudah tersedar, walaupun telah terlambat sedikit hingga Parti PAS berpecah akibat dari hasutan DAP dari dalam. Inilah akibatnya bila lebih mempercayai kafir dari sesama islam walaupun berlainan Parti. 

Terdapat juga desakan dari ahli yang mahu pemimpin PAS yang telah berpaling tadah agar mengosongkan kerusi DUN atau Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihanraya kecil untuk memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan sekali lagi. 




Adakah mereka betul-betul berani berbuat demikian ?

Duit punya pasal dan habuan dari DAP pastinya mereka tidak akan mengosongkan kerusi mereka..

Jadi memang tepatlah tanggapan aku terhadap Pemimpin PAS sebelum ini yang mereka sebenarnya telah MELACURKAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK DAN KUASA sahaja... Buanglah nama ISLAM dalam parti.. jangan burukkan lagi perasangka bukan Islam terhadap Agama Islam..





Sunday 26 July 2015

KETAHUI PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU !!!



AM
  1. Peraturan ini diterima pakai untuk ‘Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015’.
  2. Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Jawatankuasa Teknikal yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Keputusan Jawatankuasa Teknikal Pertandingan adalah muktamad.
  3. Jawatankuasa Teknikal Pertandingan mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa.
  4. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori: Kategori Alam Melayu, Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (selepas ini akan dikenali sebagai PAM) dan Kategori Antarabangsa. 

TAFSIRAN

  1. ‘Bahasa Ibunda’ bermaksud bahasa pertama yang dipelajari oleh seorang manusia, iaitu bahasa ibundanya. Dia dipanggil penutur asli bahasa ini.
  2. ‘JPT’ bermaksud Jabatan Pendidikan Tinggi.
  3. ‘PAM’ bermaksud Pelajar Antarabangsa di Malaysia.
  4. ‘Jawatankuasa Teknikal Pertandingan’ ialah individu-individu yang dilantik oleh JPT bagi mengatur selia urusan penghakiman pertandingan.
  5. Kategori Alam Melayu bermaksud kategori yang disertai oleh peserta yang mewakili negara Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura, dan Thailand.
  6. Kategori Antarabangsa bermaksud kategori yang akan disertai oleh peserta yang mewakili negara-negara selain daripada negara-negara kategori Alam Melayu.
  7. Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia bermaksud kategori yang disertai oleh pelajar antarabangsa yang bukan berasal dari negara kategori Alam Melayu yang sedang menyambung pangajian di IPT Malaysia.
  8. ‘MADUM’ bermaksud Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia.
  9. ‘Panel Hakim’ bermaksud individu yang dicadangkan oleh MADUM dan dilantik oleh JPT untuk menghakimi pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu.
  10. ‘Pidato’ bermaksud - ‘Seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dengan penuh keyakinan dengan tujuan untuk memikat atau memukau pendengaran audiens untuk terus mendengar apa yang diperkatakan’.

Syarat-syarat penyertaan

  1. Bagi Kategori Alam Melayu setiap negara dibenarkan menghantar maksima DUA (2) orang peserta sahaja.
  2. Peserta hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.
  3. Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu sebanyak TIGA (3) kali sahaja. Peserta yang pernah mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri terdahulu TIDAK dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  4. Pihak Penganjur berhak mengadakan sesi saringan sebelum Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu untuk memastikan hanya peserta yang benar-benar layak sahaja menyertai Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu.
  5. Bagi peserta yang sedang mengikuti pengajian ijazah pertama, hendaklah mencapai sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 2.5 atau yang setaraf dengannya atau yang diperakui oleh Penganjur. Salinan keputusan peperiksaan hendaklah disertakan bersama borang penyertaan.
  6. Peserta mestilah warganegara kepada negara yang diwakilinya dan mereka mestilah pelajar yang berdaftar di mana-mana IPT Malaysia. Hanya penyertaan yang dihantar melalui pihak IPT sahaja akan diterima oleh Penganjur.
  7. Pihak penganjur berhak untuk menukar kategori yang disertai oleh seseorang peserta antarabangsa jika pihak penganjur berpendapat Bahasa Melayu adalah ‘bahasa ibunda’ peserta tersebut.

Sistem pertandingan

  1. Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri akan diadakan dalam tiga kategori iaitu Kategori Antarabangsa, Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) dan Kategori Alam Melayu.
  2. Bagi kategori Antarabangsa pertandingan akan diadakan dalam EMPAT (4) pusingan iaitu pusingan awal, pusingan suku akhir, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir.
  3. Bagi kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) dan kategori Alam Melayu pertandingan akan diadakan dalam TIGA (3) pusingan iaitu pusingan awal, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir.
  4. Jumlah peserta untuk kategori Alam Melayu tidak melebihi SEPULUH (10) orang, jumlah peserta untuk kategori Antarabangsa dan Kategori PAM tidak melebihi EMPAT PULUH (40) orang bagi setiap kategori yang tersebut.
  5. Dua puluh (20) orang peserta terbaik dari kategori Antarabangsa di pusingan awal layak ke pusingan suku akhir.
  6. Sepuluh (10) orang peserta terbaik daripada kategori Antarabangsa di pusingan suku akhir layak ke pusingan separuh akhir.
  7. Sepuluh (10) orang peserta terbaik daripada kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) dan lima (5) orang peserta terbaik daripada kategori Alam Melayu di pusingan awal layak ke pusingan separuh akhir.
  8. Tiga (3) orang peserta terbaik dari kategori Antarabangsa, Kategori PAM dan Kategori Alam Melayu di pusingan separuh akhir layak ke pusingan akhir.
  9. Seandainya ada peserta yang menarik diri di pusingan suku, separuh atau akhir, peserta yang berada di kedudukan berikutnya akan menggantikan tempat peserta yang menarik diri.
  10. Panel hakim tidak dibenarkan berbincang dalam membuat keputusan dan menentukan kedudukan peserta.
  11. Kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan peserta adalah seperti yang berikut:
    • Jumlah mata mengikut kedudukan.
    • Jumlah purata markah keseluruhan.
    • Jumlah purata markah isi.
    • Jumlah purata markah bahasa.
    • Jumlah purata markah gaya dan persembahan.

Kaedah pertandingan

  1. Pidato hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu.
  2. Bagi kategori Antarabangsa, masa yang diperuntukkan untuk berucap di pusingan awal ialah LIMA (5) minit. Masa yang diperuntukkan untuk berucap di pusingan suku akhir ialah ENAM (6) minit. Masa yang diperuntukkan di pusingan separuh akhir dan pusingan akhir bagi semua kategori ialah TUJUH (7) minit.
  3. Bagi kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) dan kategori Alam Melayu, masa yang diperuntukkan ialah ENAM (6) minit untuk pusingan awal. Masa yang diperuntukkan untuk pusingan separuh akhir dan pusingan akhir ialah TUJUH (7) minit.
  4. Loceng akan dibunyikan sekali pada awal minit pertama sebagai menandakan peserta sudah boleh memulakan pidato dan pada permulaan minit terakhir menandakan peserta mempunyai SATU (1) minit lagi untuk berpidato. Loceng akan dibunyikan dua kali bagi menandakan masa untuk berpidato sudah tamat.
  5. Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan markah.
  6. Para peserta hendaklah berada di tempat pertandingan tiga puluh (30) minit lebih awal untuk tujuan pengesahan penyertaan.
  7. Giliran pemidato adalah berdasarkan cabutan undi yang akan diadakan sehari sebelum pertandingan bermula.

Etika pertandingan

  1. Peserta diwajibkan berpakaian kemas semasa pertandingan.
  2. Peserta hendaklah sentiasa bersopan santun semasa berpidato. Sebarang aksi kurang sopan, misalnya menggunakan perkataan yang kasar dan kurang manis adalah tidak dibenarkan.
  3. Peserta tidak dibenarkan menyentuh perkara sensitif yang boleh menjejaskan maruah dan integriti seseorang individu, agama, masyarakat dan sesebuah negara.

TAJUK PIDATO

  1. Peserta dikehendaki menentukan sendiri tajuk pidato masing-masing untuk dipertandingkan berdasarkan kepada tema-tema yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan. Peserta dibenarkan memilih tajuk dan tema yang berbeza untuk setiap pusingan yang disertainya atau menggunakan tajuk dan tema yang sama dalam setiap pusingan yang disertainya.

Tatacara pemarkahan

  1. Setiap pemidato akan diberikan markah maksimum seratus (100) markah berdasarkan kriteria yang berikut:
    • Isi - 40 markah
    • Gaya Persembahan - 20 markah
    • Bahasa - 35 markah
    • Etika - 5 markah
  2. Markah isi akan diadili dari segi definisi tajuk pidato, kesesuaian hujah dengan tajuk pidato, pengembangan dan huraian hujah yang bernas, fakta-fakta, bukti dan contoh yang bersesuaian dengan hujah.
  3. Markah bahasa akan diadili berdasarkan bahasa yang jelas (struktur dan sebutan), pertautan bahasa, santun dan tatabahasa yang bersesuaian serta gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
  4. Markah gaya dan penyampaian akan diadili berdasarkan persembahan pemidato yang lancar, tiada bergantung sepenuhnya kepada nota, kesesuaian nada suara serta persembahan yang menyakinkan, gaya persembahan yang menarik, nilai bujukan yang tinggi dan penyampaian hujah yang tertib tanpa bergantung kepada teks.
  5. Markah etika akan diadili berdasarkan kepada pakaian yang kemas dan sopan, tingkah laku yang beradab sewaktu berpidato dan kemampuan berpidato dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Keputusan

  1. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah yang dicatatkan adalah sulit dan rahsia. Sebarang bantahan boleh dikemukakan kepada Urus Setia Pertandingan untuk tujuan penambahbaikan pada pertandingan akan datang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu ini, sila KLIK DISINI untuk lebih maklumat..


Friday 24 July 2015

HARGA JATUHKAN NAJIB UNTUK BODOHKAN RAKYAT MALAYSIA DIDEDAH !!!




Sejak dari awal lagi isu melibatkan 1MDB dilihat sebagai usaha terdesak pihak-pihak tertentu yang punya kepentingan untuk menyerang kredibiliti dan integriti kepimpinan YAB Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.
Kerana itu tumpuan lebih diarahkan kepada usaha yang dibuat oleh kerajaan dalam mendepani masalah ini.Ringkasnya apa jua tuduhan mestilah berdasarkan bukti bukan sekadar persepsi dan spekulasi yang diwujudkan.
Apa pun serangan demi serangan yang dilakukan terhadap 1MDB akhirnya mula memakan diri apabila seorang bekas kakitangan PetroSaudi di tangkap oleh polis negara Thailand.Serentak dengan itu pelbagai maklumat mula muncul mendedahkan sesuatu yang amat mengejutkan iaitu gerakan terancang anasir-anasir bangsat sama ada dari dalam mahupun luar negara yang mahu menjahanamkan negara yang kita cintai.
"Semasa soal siasat, Justo mengatakan nama beberapa rakyat Malaysia yang dikatakannya meminta untuk memanipulasikan fakta daripada maklumat yang dimuat turun daripada sistem komunikasi PetroSaudi," seterusnya 
Hakikatnya Malaysia sedang diserang dan kita sebagai rakyat seharusnya sedar betapa kritikalnya situasi ini jika kita turut sama terpesong dan terpukau dengan permainan licik mereka-mereka ini.
Perkembangan terkini pula amat mengejutkan sekali apabila Justo mendedahkan harga yang sanggup di bayar kepada beliau oleh pihak terlibat dalam usaha untuk MENJATUHKAN KERAJAAN MALAYSIA !

The TRUTH !
Kali pertama bercakap dengan media... Warga Swiss Xavier Andre Justo - yang kini ditahan di penjara di Thailand kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi, mendedahkan bahawa dia dijanjikan RM7.6juta (USD2juta) sebagai pertukaran untuk data diambilnya dari bekas majikannya.
Dalam interbiu di penjara Thailand dengan akhbar Singapura The Straits Times Justo bagaimanapun mendakwa beliau tidak pernah menerima bayaran yang dijanjikan oleh ahli perniagaan terkenal dari Malaysia itu.
Justo mendakwa perjanjian itu dipersetujui di Singapura pada Februari lalu berhubung penjualan dokumen, yang diikuti dengan perbincangan panjang tentang bagaimana beliau akan dibayar.
Semua individu yang ditemuinya di Singapura untuk berunding penjualan data telah dinamakan dalam pengakuan 22 muka surat Justo dibuat kepada polis Thailand.
Dia menunjukkan salinan pengakuan kepada The Straits Times.
"Saya cuba untuk membuka akaun di Singapura, supaya wang yang dibayar secara terus dari akaun (pembeli)," kata Justo.
"DBS Bank menolak, saya tidak tahu mengapa. Selepas itu saya membuka akaun di Abu Dhabi dalam nama peribadi saya sendiri tetapi ditolak oleh (pembeli) kerana menggunakan nama saya di atasnya."
"Kemudian saya cuba menggunakan akaun syarikat saya di Hong Kong dan beliau (pembeli) menolak, selepas itu melalui syarikat Luxembourg dan sekali lagi (pembeli) enggan," katanya.
Justo mendakwa pembeli tersebut "menawarkan untuk membayar saya dengan wang tunai".
Beliau berkata: "Saya sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu untuk menerima sampul surat dengan beberapa ribu atau berpuluh-puluh ribu, dan mengulangi proses tersebut selama berbulan-bulan sehingga selesai dan saya menolak. . "
Justo berkata, bahawa pengakuan itu disokong oleh dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli.
"Semua apa yang ditulis dalam pengakuan saya, sebahagian besar terbukti dengan perbualan e-mel, WhatsApp saya telah dengan (mereka)."
Kemudiannya Justo mendakwa Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bersetuju untuk menerima USD2juta daripada pembeli dan menghantar kepadanya USD250,000 (RM952,000) sebulan untuk perkhidmatan perundingan.
"Saya tidak tahu sama ada beliau menerima wang atau tidak, (kerana) saya ditahan," katanya.
Menurut The Straits Times, mereka mewawancara Justo, di sebuah pejabat kecil di dalam penjara Bangkok, juga mendakwa bahawa kumpulan yang telah bertemu dengannya di Singapura - termasuk editor Sarawak Report- telah 'mengubah' data yang diberikan kepada mereka.
"Saya beri dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan," dakwa beliau. "Saya boleh mengatakan bahawa saya beri dokumen kepada dua kumpulan," katanya. Satu adalah Rewcastle-Brown dan "lelaki IT beliau" dan satu lagi ialah ahli perniagaan Malaysia dan rakannya.
Jelas akhbar harian Singapura itu mereka tidak menamakan ahli perniagaan dan juga rakan sekerja sementara menunggu jawapan mereka kepada dakwaan tersebut.
Justo mendakwa bahawa orang-orang yang ditemuinya bercakap mahu menggunakan dokumen tersebut "untuk cuba menjatuhkan kerajaan Malaysia", sambil menambah bahawa mereka juga merujuk kepada rancangan untuk "mengubah suai dokumen".
Justo, 48, bercukur licin, kelihatan dijaga dengan baik dan tenang. Dia berpakaian penjara berwarna biru dan seluar pendek biru gelap. Bercermin mata membaca, dia menunjukkan The Straits Times pengakuannya, yang ditulis padat dalam huruf besar lebih daripada 22 muka surat. Menurutnya, pangakuan itu sukarela.
Justo berdepan hukuman sehingga tujuh tahun penjara dan denda jika didapati bersalah memeras ugut. Beliau mengharapkan hukuman penjara ringan memandangkan telah bekerjasama, kata peguamnya Pranot Kalanuson kepada The Straits Times.
Jurucakap polis Thai, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri, berkata pada hari Rabu bahawa Justo mesti dibicarakan dulu di mahkamah Thailand atas tuduhan memeras ugut sebelum dia boleh diekstradisi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tiba di Bangkok Khamis untuk cuba untuk menemubual Justo. -AgendaDaily 
Pendedahan oleh Justo itu merupakan sesuatu yang cukup berbahaya kerana ia melibatkan bukan satu atau dua individu tetapi lebih daripada itu malah mungkin punya pasukan sokongan yang besar.Kerja-kerja sabotaj dan usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui tindakan yang langsung tidak beretika itu juga perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.
Siapa mereka ? Siapa orang hubungan dari dalam negara ? Apa tujuan dan motif mereka untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia ? Dari mana sumber kewangan mereka ?
Banyak perkara kini mula berlingkar dan mencetuskan persoalan-persoalan baru dan sesuatu yang pasti ada lebih dari satu DALANG dan BARUA yang terlibat dalam gerakan ini !!

SUMBER

COUPLE SEAT.. GILIRAN PAS PERAK BABIKAN PERMINTAAN DAP PERAK !!!




PAS Perak memalukan DAP dengan menolak gesaan parti itu agar larangan pasangan kekasih menonton wayang di pawagam menggunakan kerusi berkembar dibatalkan dan ditarik balik.
 
Bagi PAS negeri arahan pihak berkuasa itu dalam isu ini releven serta tujuannya tidak lain bagi membendung gejala sosial dan membendung maksiat dikalangan umat lslam.

Dengan itu keengganan PAS negeri itu ia dilihat satu tempelak kepada DAP Perak yang merasakan mereka masih boleh mengarah atau memaksa PAS negeri itu ikut telunjuk macam zaman dahulu-dahulu.

Keberanian PAS negeri  dilihat lebih-lebih lagi sejak DAP memutuskan hubungan dengan PAS dan mengistiharkan Pakatan Rakyat, dimana PAS sebagai stakeholder, berkubur.

Peristiwa terbaru ini, dalam  kancah hubungan DAP dan PAS bukan saja menjadi bualan paling panas di negeri ini malah menjadikan DAP bahan ketawa dikalangan umat lslam.

Yang pasti DAP sudah tidak ada taring di Perak dalam isu-isu agama seperti berlaku dalam isu larangan pasangan lslam bukan mahram menggunakan kerusi berkembar ketika menonton wayang di pawagam.

Tak salah jika umum mengira dalam isu membabitkan agama seperti hudud sebagai satu contoh, sejak PAS berpecah dengan DAP, umat lslam di Perak bersatu hati memperjuangkannya.

Perlu juga disebut Pemuda PAS negeri juga menyokong pihak berwajib yang melarang “muslim couple” menggunakan kerusi berkembar ketika menonton di pawagam.

Ketuanya, Akmal Kamaruddin memuji tindakan sebuah pawagam di Seri Iskandar yang menguatkuasakan larangan ke atas pasangan bukan mahram menggunakan kerusi berkembar ketika menonton wayang.

Isu kerusi berkembar menarik perhatian apabila Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) menarik balik arahan kepada Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar yang mahukan peraturan itu dimansuhkan. Dengan itu pawagam ini dilarang  membenarkan pasangan kekasih (bukan mahram)  menggunakan  'couple seat'.

Turut memperjuangkan isu sama termasuklah  Mufti Perak, Tan Sri  Harussani Zakaria yang mendesak pihak berkuasa supaya operasi panggung wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang merosakkan akidah umat Islam.

Untuk rekod, terdapat beberapa buah university dan IPT (termasuk swasta) seperti UTP (Universiti Technology Petronas) dan UiTM di kawasan ini. Para penuntut Melayu secara “coupling” sering menggunakan pawagam untuk “berdating”.

Hal begini menjadikan masyarakat di kawasan Perak Tengah naik bosan dan muak gelagat para remaja ini serta mahu perkara ini diberi perhatian serius. Lebih-lebih lagi ada yang bersikap tidak senonoh ketika menonton bersama-sama pasangan mereka.

Ketika mengulas lanjut, Harussani  berharapa pemberian lesen untuk premis panggung wayang juga harus dipertimbang dan diambil perhatian semua majlis perbandaran.

"Panggung wayang itu sendiri sudah maksiat, apatah lagi duduk di kerusi bersama-sama pula . . .  itu menggalakkan orang untuk buat maksiat di dalam panggung.

"Sepatutnya tidak perlu diberi lesen, mereka bukan hendak tengok wayang tetapi mahu beromen di dalam itu," katanya.

Beliau berharap  pencegah maksiat  mengambil perhatian isu ini dan melihat tumpuan operasi bukan sahaja di panggung-panggung wayang malah banyak lagi lokasi berlainan.

"Pihak pencegahan maksiat perlu lihat bukan sahaja di panggung wayang, di mana-mana pun kalau mereka belum kahwin dan duduk berdua-duaan, tangkap sahajalah," katanya.

"Kita beria-ria habiskan wang untuk tujuan dakwah namun pihak kita sendiri yang galakkan maksiat.

"Sudahlah wayang pun tunjuk cerita beromen, orang yang tengok ini pun hendak beromen di kerusi masing-masing, saya tidak faham kenapa ini semua terjadi,"tanyanya.

Seperti biasa sedang isu ini mendapat perhatian kaum muslim, DAP di Perak (juga di tempat lain) sering dilihat membantah isu-isu yang diperjuangkan umat lslam.

Dulu, isunya hudud dan penggunaan kalimah Allah, kini di Perak, isunya ialah isu kerusi berkembar pula.

Satu kenyataan media Setiausaha Politik kepada Pengerusi DAP Perak, Chong Zhemin dilapor menggesa MDPT supaya menarik balik arahan LFS di Seri Iskandar supaya tidak membenarkan pasangan kekasih menggunakan kerusi berkembar.

Bosan barangkali dengan sikap double standard DAP Perak, PAS negeri membidas DAP kerana saranan dangkal ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria berkata isunya ialah mengenai enforcement undang-undang.

“Ini kerana PAS Perak melihat isu itu sebagai satu tindakan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkenaan bagi membendung gejala sosial dan kemaksiatan di kalangan umat Islam yang perlu dipatuhi menurut hukum agama.

 DAP katanya tidak sepatutnya menunjukkan seolah-olah mereka mempunyai kuasa `super power’ untuk mengarahkan pihak MDPT supaya menarik balik arahan itu yang kononnya boleh menjejaskan iklim pelaburan dan kedatangan pelancong di negeri ini.

"PAS Perak tidak menyokong tindakan DAP dalam isu ini kerana ia melibatkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pasangan bukan mahram yang tidak mempunyai ikatan sah menurut hukum agama yang mesti dipatuhi," katanya.

Bagi Pemuda PAS Perak tindakan pihak pengurusan pawagam LFS itu amat dipuji dan diharapkan tindakan seumpama itu dapat diikuti oleh seluruh pawagam di negeri Perak.

Pihaknya menganggap tindakan melarang pasangan bukan mahram menggunakan kerusi berkembar itu merupakan satu permulaan yang amat baik kearah membendung gejala sosial dan maksiat yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

"Kita mengharapkan tindakan larangan ini akan berterusan sehingga kearah `pawagam patuh syariah’ 100 peratus di mana pelaksanaannya meliputi disemua pagawam di seluruh negeri Perak," kata Akmal lagi.

Pihak media difahamkan arahan melarang couple bukan mahram kalangan muslim menggunakan couple seat dikeluarkan pada pertengahan 2014 lagi.

Ahli Majlis Daerah Seri Iskandar, Khairul Shahril Mohamed berkata, arahan itu dikeluarkan  selepas pihak pengurusan pawagam membuat permohonan untuk membuka panggung wayang di kawasan itu.

Katanya satu kajian dan tinjauan telah dibuat oleh wakil Ahli Majlis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk mendapatkan reaksi orang ramai, disamping meninjau beberapa pawagam sekitar Kedah dan Kelantan.
Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, pihak  pawagam LFS diberi tanggungjawab  memastikan agar pelanggan mematuhi syarat yang ditetapkan.


Thursday 23 July 2015

SEKOR LAGI CINA PENIPU KANTOI JUAL FON TIRUAN !!!



Belum lagi reda insiden kekecohan di Plaza Low Yat di sini baru-baru ini, media sosial sekali lagi heboh mengenai kes penipuan membabitkan pembelian telefon pintar yang dipercayai berlaku di sebuah pusat membeli belah di Johor Bahru, Johor.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook, Apa-Apa Aje semalam, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kedai telefon didakwa menjual telefon pintar tiruan buatan China.

Berang dengan tindakan penjual terbabit, mangsa kembali ke kedai berkenaan untuk menuntut ganti rugi, sebelum bertindak mengertak kakitangan kedai tersebut yang dikatakan menipu dalam urusan pembelian.

Berdasarkan rakaman berkenaan, kelihatan seorang lelaki naik angin dengan bertindak mencekak leher baju seorang jurujual berbangsa Cina itu sambil mengangkat kerusi.

Kedengaran suara seorang wanita cuba menghalang lelaki itu daripada memukul jurujual terbabit.

Bagaimanapun, kekecohan dapat diselesaikan apabila jurujual itu setuju untuk menukar telefon lain dan memulangkan baki wang berjumlah RM200.

Susulan insiden tersebut, segelintir pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki itu yang bertindak kasar terhadap jurujual terbabit, namun ada yang beranggapan tindakannya adalah betul sebagai memberi pengajaran kepada peniaga yang suka menipu.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial, Mira Raa yang mendakwa adik kepada mangsa tampil memberi penjelasan selepas abangnya dituduh cuba tunjuk ‘hero’.

“Bukan abg saya nak tunjuk hero . Kalau nk tunjuk hero memang dah kena debik (pukul) awal2 . Masalahnya sape tak sakit hati . kami pakat adik beradik collect duit untuk belikan hp mak .

“Mentality melayu nie hm tak tahu nk cakap ape . Bangsa melayu semua lari . padehal sebelum pergaduhan ramai org2 melayu kat tepi tu tgh survey hp .

“Haih kalau abg saya kena pukul melayu takde back up kot . lagi pon kami dah pesan jgn pukul cina tu . gertak je . and satu lagi kami dah buat report polis . korang tak rasa ape kami rasa,” jelas Mira Raa dalam entri tersebut.

Wednesday 22 July 2015

BALA ALLAH TAALA PADA PAS SEMPERNA AIDILFITRI !!!




GEORGE TOWN: DAP sedia menjalin kerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) berikutan parti baharu itu berbeza dengan PAS, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan perjuangan kepimpinan jawatankuasa penaja parti baharu itu lebih bersifat progresif dan Islam sederhana yang jauh berbeza dengan perjuangan bekas rakan sekutunya itu.

"Kami (DAP) rasa bahawa kami boleh bekerja dengan kumpulan Muslim progresif dan sederhana memandangkan objektif mereka mahu membina Malaysia yang lebih inklusif," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Isnin lepas, penubuhan GHB yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang diumumkan dan ia dipengerusikan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. - BERNAMA 




Saturday 11 July 2015

TAHUKAH ANDA.. SELEPAS IRAQ KINI WSJ FOKUS MENGHANCURKAN MALAYSIA !!!



Pernahkah anda semua ingat bagaimana negara saudara islam kita IRAQ di serang dan di hancurkan oleh Amerika ? Pasti ramai yang masih ingat dan ramai yang mengetahui apa yang terjadi pada negara itu sekarang ini. Presiden mereka SADDAM HUSSIEN di bunuh dengan kejam dan rakyat negara IRAQ menderita hingga sekarang dan yang menyedihkan lagi, sumber hasil minyak negara tersebut di rampas begitu sahaja oleh Amerika hingga kini.


Kejadian itu adalah antara salah satu kejayaan YAHUDI menghancurkan negara ISLAM hanya bermula dengan fitnah di WALL STREET JOURNAL yang dipercayai oleh dunia. 

Kini, WALL STREET JOURNAL fokus mahu menyerang negara kita MALAYSIA dengan fitnah yang mereka reka untuk menghasut rakyat MALAYSIA kononnya Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Abdul Razak menubuhkan 1MDB untuk melingkupkan negara Malaysia. 

Hebat serangan yang mereka atur, sehingga setiap hari ada sahaja cerita yang tidak betul di keluarkan untuk memastikan rakyat Malaysia mempercayai cerita mereka sebagaimana kejayaan mereka menghasut rakyat Iraq mempercayai mereka sebelum ini.

Apakah kita harus terpedaya dengan cerita dari WALL STREET JOURNAL sebagaimana ratyat Iraq mempercayai mereka sebelum ini ?

Aku sekadar berkongsi cerita dan berita dari pengalaman rakyat Iraq yang terus menderita sehingga kini. Jika kita juga mahu menjadi seperti Iraq terpulang pada diri kita sendiri...






PERKEMBANGAN muktakhir dalam soal fitnah Wall Street Journal (WSJ) ke atas Perdana Menteri, peguam beliau telah memulakan tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut hari ini.

Laporan itu bukan setakat palsu malah cuba membodoh-bodohkan seorang Perdana Menteri Malaysia. Apa cikai sangat ke Perdana Menteri kita nak masuk ‘duit songlap’ dalam akaun sendiri – kalau betullah Perdana Menteri ada songlap duit?

Bodoh betul siapa yang percaya kepada laporan itu.

Cakap pasal percaya, penulis hairan kenapa WSJ dengan reputasi buruk ini menjadi kitab rujukan penyokong pembangkang, terutama yang beragama Islam. Asal ada kait-kait dengan Perdana Menteri saja, cepat dah angkat dakwaan itu betul padahal, apa pun tak terbukti lagi.

Satu lagi, rakyat Malaysia jangan lupa bahawa dosa WSJ ini kepada rakyat Iraq dan ketamadunan manusia keseluruhannya adalah begitu besar sekali.

Dek kerana satu laporan akhbar tersebut pada tahun 2003 kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran (WMD), menjadi antara punca negara itu terjebak ke kancah huru hara sehingga sekarang.

Artikel yang ditulis oleh Judith Miller itu turut menjadi bahan propaganda paling berkesan oleh pentadbiran George Bush pada waktu itu untuk mewajarkan serangan ke atas Iraq kerana kononnya Saddam akan menggunakan WMD ini untuk membahayakan dunia.

Di akhirnya, beratus ribu rakyat Iraq mati, negara itu berpecah belah sehingga kini, Saddam pun digantung sampai mati tapi WMDnya tidak dujumpai juga!! Hujah WSJ untuk mempertahankan dakwaan mengenai wujudnya WMD di Iraq pada ketika itu sama macam sekarang – kononnya ada maklumat dari sumber yang sahih, walhal apa pun takdak.

Oleh itu berhentilah mempercayai laporan WSJ ni. Tak payah tunggu lama, dokumen yang mereka dedahkan semalam, satu pun tak menunjukkan dengan bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat sebab tak terdapat nama beliau dimana-mana, belum pertikai sahih ke tidak lagi dokumennya tu.

Lagipun tindakan undang-undang dan siasatan oleh pasukan petugas khas sedang berjalan, tunggu sajalah keputusan..-SUMBER


Member BSK