Jumlah Pengunjung

Wednesday 29 April 2015

DENDAM PENGUNDI PERMATANG PAUH DI LUAHKAN !!!


Sebelum ini ada yang berkata bahawasanya Parlimen Permatang Pauh sampai bila pun tidak akan dapat dimenangi oleh Barisan Nasional, namun bagi aku mungkin juga tidak, kerana sampai bilakah penderitaan penduduk-penduduk Permatang Pauh akan berterusan begitu. 

Ramai yang tidak tahu hal sebenarnya di Permatang Pauh, adakah Anwar sebelum ini selalu menjenguk penduduk disana atau pun isterinya sendiri menjenguk penduduk disana semasa isterinya sendiri memegang jawatan ahli parlimen disana. 

Namun kini, setelah Wan Azizah sebelum ini yang pernah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding dengan alasan mahu menjaga cucu, kini Wan Azizah kembali dengan episod yang baru pula. Inilah matlamat untuk menghalalkan cara, asalkan setiap tipu helah mereka tidak akan dapat di hidu oleh mangsa. 

Aku akui, memang kelicikan dan penipuan keluarga Anwar sukar untuk menjadi benci atau kemarahan pada orang ramai kerana mereka memang cukup-cukup pandai meraih simpati orang ramai hingga mampu membuatkan rakyat menjadi taksub pada mereka. Aku percaya, ada sebab ALLAH S.W.T. mengizinkan setiap perbuatan mereka, untuk setiap orang dapat menilai perbezaan yang buruk dan dapat melihat dengan mata kepala sendiri setiap perbuatan dan tingkah laku Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Untuk mengetahui sendiri luahan isi hati penduduk Permatang Pauh dan apa yang mereka mahukan selepas ini anda semua boleh baca lebih lagi cerita dibawah...




BUKIT MERTAJAM: "Anwar atau isterinya (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) masa jadi wakil rakyat di sini tak pernah jenguk pakcik. Dia pun jarang turun padang dan tak tolong rakyat biasa di Permatang Pauh."

Demikian luahan perasaan Zulkifli Hamid, 79, seorang daripada antara pengundi tertua pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.

Zulkifli berkata sejak pertama kali menjadi wakil rakyat kawasan itu pada tahun 1982, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menziarahi golongan warga emas termasuk dirinya sendiri yang tinggal di Tanah Liat di sini.

Dia menyifatkan PKR hanya mahukan undi daripada rakyat tetapi tidak pernah mempedulikan nasib golongan miskin dan warga emas di kawasan parlimen Permatang Pauh.

"Pakcik sekali pun tak pernah tak mengundi...pakcik tetap akan mengundi BN (Barisan Nasional) kerana parti itu yang banyak membantu kami di sini (Permatang Pauh)," katanya kepada Bernama di sini.

Siti Nuraina Mohd Aman, 31, yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, iaitu satu daripada tiga DUN di Parlimen berkenaan, pula berpendapat Parlimen Permatang Pauh seharusnya lebih pesat dan sudah lama membangun jika pengundi memilih wakil rakyat yang berjiwa rakyat.

Pekerja di sebuah kilang di Perai ini memberi contoh Parlimen Tasek Gelugor dan Kepala Batas iaitu jiran Permatang Pauh yang semakin membangun di bawah wakil rakyat daripada BN dan banyak menawarkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

"Maksudnya, wakil rakyat yang memahami masalah setempat dan memberi tumpuan serta berusaha menyelesaikannya. Tiga DUN di kawasan Permatang Pauh adalah daripada pakatan pembangkang yang ada peluang terbaik memajukan parlimen ini kerana kerajaan Pulau Pinang juga di bawah parti yang sama tetapi lihatlah apa yang ada...Penanti dan Permatang Pasir masih jauh ketinggalan," katanya.

Khairul Anas Ismail, 47, berkata sebagai pengundi di kawasan Permatang Pauh, beliau kecewa dengan wakil rakyat kerana tidak membawa pembangunan dan pembaharuan kepada penduduk di situ.

"Saya sudah tidak larat hendak berpilihan raya lagi kerana masuk kali ini sudah dekat lima kali mengundi dan balik balik dia dan keluarganya sahaja..keadaan di Permatang Pauh masih sama jugak. Kami pengundi di sini kecewa dengan prestasi wakil rakyat sebelum ini.

"Bagi golongan muda seperti saya, kami mahu wakil rakyat daripada orang muda pula untuk bela nasib kami terutama berkaitan peluang pekerjaan di sini," katanya.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Wan Azizah (PKR), Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan calon Bebas Salleh Isahak.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar, anggota Parlimen kawasan itu melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

NAMA PEMUDA UMNO JADI MANGSA DI PRK ROMPIN !!!



PRK ROMPIN, mungkin tidak banyak sangat isu yang ada disana, tiba-tiba nama Pemuda UMNO menjadi mangsa fitnah dan dikatakan langsung tidak turun membantu kempen disana. Aku cuba menghubungi kawan-kawan aku disana untuk mendapatkan kepastian, ternyata pertanyaan aku memang mengejutkan mereka.

Kata mereka, pemuda UMNO disini sentiasa bekerja keras membantu kempen disana dan kawan aku juga sertakan bukti bergambar. Agak pelik mengapa tiba-tiba isu begini timbul, adakah ada pihak yang sakit hati dengan pemuda UMNO disana ? 

Namun persoalan aku mula terjawab bila maklumat yang aku terima bahawasa sebenarnya wujud pihak yang mahu mengucar-kacirkan jentera UMNO disana. Mereka tahu bahawasanya Parlimen Rompin terlalu sukar untuk di menangi oleh PAS disebabkan rekod arwah sbelum ini yang amat disenangi rakyat terutama dari golongan muda hinggalah ke golongan tua. 

Dan untuk mensahihkan cerita sebenar disana anda boleh membaca cerita selanjutnya dibawah yang ceritakan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin...




Tindakan pihak tertentu yang sengaja memainkan isu kononnya jentera Pemuda UMNO tidak turun padang untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dilihat hanyalah mainan politik semata-mata.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin Datuk Mohd Johari Hussain menganggap dakwaan itu sengaja ditimbulkan bagi mengucar kacirkan hubungan baik dalam kalangan anggota parti di kawasan itu.


"Kita dengar orang bercakap (jentera) Pemuda amat perlahan, tidak aktif dan agresif. Itu semua hanya di peringkat permulaan.


"Kini kita boleh lihat Pemuda UMNO terus memainkan peranan sebagai jentera utama dalam memastikan segala gerak kerja berjalan lancar," katanya kepada Bernama selepas merasmikan majlis penutup program Selangkah ke Menara Gading bersama Universiti Malaysia Pahang di SMK Pontian Jaya, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman berkata selepas hari penamaan calon, 22 April lepas, Pemuda terus menggerakkan lebih 1,500 jenteranya daripada 14 bahagian untuk berkempen mendekati rakyat.

Mereka telah dikerahkan untuk memasang poster dan bendera di kesemua kawasan di daerah Rompin selain memasuki kawasan pedalaman bagi mendekati masyarakat di kawasan itu.

"Kita guna pendekatan lebih mendekati pemuda di dalam kawasan pedalaman untuk memujuk mereka keluar mengundi pada 5 Mei nanti dalam dalam memastikan majoriti meningkat dan kerusi Parlimen itu terus menjadi milik Barisan Nasional.

"Sehingga kini, lebih 70 peratus kawasan telah berjaya kita masuk untuk berkempen termasuk di Bukit Ibam dan Bandar Muadzam dan tumpuan kini tinggal hanya bahagian Tioman," katanya.

Ahad lepas, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyangkal dakwaan jentera Pemuda parti itu tidak turun padang untuk berkempen kerana tidak kelihatan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kebanyakan kawasan Parlimen Rompin.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dijadualkan akan turun ke Rompin bagi membantu jentera BN khususnya pemuda. Sabtu lalu, Khairy telah turun ke Permatang Pauh untuk melancarkan Jentera Pemuda BN yang disempurnakan oleh DS Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN bagi PRK Permatang Pauh.

PRK Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad, bagi mengisi kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Gambar-gambar dibawah pasti membuka mata pihak-pihak yang membuat tohmahan ke atas jentera Pemuda. Kalau bukan Pemuda, siapa lagi?



Nak Lihat lagi gambar Pemuda UMNO dan pelbagai cerita di PRK Rompin Sila Klik  SINI dan SINI...








Tuesday 28 April 2015

BERMODALKAN GST WAN AZIZAH TIPU UMAT ISLAM DI PRK PERMATANG PAUH !!!


Taktik terbaru calon PKR Wan Azizah meraih simpati pengundi di permatang pauh kini hanya dengan bermodalkan GST. Kononnya kerajaan Barisan Nasional sekarang telah menzalimi rakyat dengan melaksanakan GST, namun cerita disebaliknya ramai juga pengundi di permatang pauh terutamanya anak muda tidak mengetahui bahawasanya sekiranya pembangkang dapat memerintah, mereka juga mahu melaksanakan GST di negara ini. 

Mereka tahu GST sebenarnya banyak menguntungkan rakyat, kita lihat sendiri harga barangan di Tesco, Mydin dan beberapa pasaraya mula menurunkan  harga barangan mereka. Memang pada mulanya pada awal april yang lalu, sedikit kekeliruan dan ketidak fahaman pada peniaga mula berlaku dan nampak sedikit harga barangan telah mereka naikkan. Namun kini setelah sebulan berlalu, kita dapat lihat sendiri perubahan yang mula ketara. 

Aku menyeru semua anak muda, buka mata dan lihatlah sendiri, jangan terpedaya dengan tipu muslihat PKR dan DAP yang rakus hanya mahukan kuasa politik peribadi mereka. Sekiranya mereka benar-benar berjuang untuk rakyat, mengapa Wan Azizah sendiri mereka calonkan sebagai calon Pilihanraya kecil di permatang pauh ? Sedangkan hakikatnya sebelum ini, Wan Azizah telah meletak jawatan dengan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim (Suaminya sendiri) bertanding disitu semula dengan alasan mahu menjaga cucu..

Kini, Wan Azizah bertanding di Dun Kajang Selangor dan menjadi wakil rakyat disana dan dalam masa yang sama telah membiarkan kawasan Kajang tanpa memantau dan melihat sendiri apa yang telah terjadi pada penduduk disana..

Aku menyeru kepada anak muda di permatang pauh untuk menilai sendiri dengan mata kepala, ADAKAH KERUSI PARLIMEN PERMATANG PAUH HANYA UNTUK KELUARGA ANWAR IBRAHIM SAHAJA ?

Renung-renungkan semua...





Undilah Calon Barisan Nasional untuk masa depan anak muda



Monday 27 April 2015

DEMI ISLAM PAS BANGSATKAN WAN AZIZAH DI PRK PERMATANG PAUH !!!



Ramai telah mengetahui, kempen pilihanraya kecil di permatang pauh kali ini PKR tidak akan mendapat bantuan dari PAS untuk membantu kempen di sana. Ini semua atas sebab Wan Azizah sendiri selaku Presiden PKR yang telah mengeluarkan kenyataan tidak akan menyokong perlaksanaan hukum hudud yang akan di bentangkan oleh PAS dalam sidang parlimen tidak lama lagi. 

Ok, sememangnya aku respek dengan tindakan terbaru PAS ini demi untuk agama islam dimasa hadapan. Tetapi adakah dengan tindakan PAS memboikot kempen pilihan raya kecil permatang pauh ini akan menyebabkan kekalahan  PKR kepada Barisan Nasional nanti ? Jawapannya hanya ada pada pengundi-pengundi di permatang pauh.

Sekiranya pengundi-pengundi permatang pauh benar-benar hormatkan dan sayangkan agama islam, maka pendapat aku pengundi-pengundi disana harus membuktikan dengan memberi satu pengajaran kepada PKR dan DAP untuk menghormati agama islam selepas ini. Jangan terpedaya dengan helah PKR dan DAP yang sedang memainkan isu GST membebankan rakyat, sedangkan hakikatnya mereka juga mahu melaksanakan GST sekiranya mereka menjadi kerajaan pusat.



Ramai kawan-kawan aku berkata bahawasanya Barisan Nasional tidak akan dapat mengalahkan PKR di pilihanraya kecil permatang pauh sekali lagi kali ini, adakah benar atau tidak ? Pendapat aku, tiada yang mustahil dalam dunia ini sekiranya ALLAH S.W.T. mahukan apa yang dimahukan (KUN FA YA KUN).




Untuk melihat sahih atau tidak PAS telah memboikot PKR dalam kempen pilihanraya kali ini, anda semua boleh terus membaca dibawah.. 





PERMATANG PAUH - Niat Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk membantu calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menang di Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh seolah terbantut apabila Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menyerbu bilik gerakan mereka.

Bilik gerakan PasMa yang baru didirikan di Bandar Perda diserbu penguatkuasa SPR yang meminta pihak NGO itu segera menurunkan "banner" kempen yang terpampang di bilik gerakan tersebut.


Arahan menurunkan "banner" tersebut dipercayai kerana tindakan itu menyalahi garis panduan undang-undang kempen pilihanraya di negara ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang arahan dari pihak SPR kepada NGO pro-Pakatan Rakyat itu untuk menutup bilik gerakan berkenaan.

Ketua Penerangan PasMa Pulau Pinang, Nasoruddin Shah Mat yang turut berada di bilik gerakan berkenaan akur dengan arahan tersebut, namun enggan mengulas ketika ditanya Kedahnews.com.

Difahamkan bahawa PasMa telah mengerah kira-kira 1,000 ahli NGO itu ke Permatang Pauh untuk memberi sokongan kepada PKR setelah dikhabarkan tentang tindakan "boikot" penyokong PAS tempatan terhadap Wan Azizah.

Akar umbi PAS, khususnya sayap Pemuda parti itu dilaporkan bertindak memboikot PRK Permatang Pauh ekoran pendirian PKR yang bersekongkol dengan DAP untuk menolak hudud dan enggan meminta maaf pada PAS.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan Adun PAS Pengkalan Kundor semalam memberitahu bahawa PasMa akan memberi jawapan sama ada bertukar menjadi sebuah parti politik atau kekal sebagai sebuah NGO pada Jun ini.


sumber kedah news

Sunday 26 April 2015

BOOTH PALING RARE DALAM KARNIVAL BELIA PERAK 2015 !!!



Semperna Festival Belia Perak 2015 yang berlangsung di perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, P.O.R.T. (PEOPLE OF REMARKABLE TALENT) telah hadir memeriahkan lagi aktiviti di dalam Festival Belia Perak ini. 

P.O.R.T. merupakan hasil inisiatif kerajaan negeri Perak sebagai lokasi atau hub bagi seluruh karyawan dan peminat-peminat bidang seni Negeri Perak. Segala jenis seni seperti tarian, lukisan, grafik, lakonan, pementasan, muzik, suara dan pelbagai lagi merupakan fokus P.O.R.T. untuk menghasilkan dan membantu seluruh rakyat Negeri Perak untuk mendapatkan pendedahan dan mendapat peluang untuk di ketengahkan pada industri masing-masing.
Peranan P.O.R.T. juga untuk memelihara seni dan budaya negeri Perak dan memberi pendedahan kepada belia Perak. Fokus P.O.R.T. ialah untuk 'Penyatuan Melalui Seni' bertujuan menyatupadukan seluruh masyarakat negeri Perak dalam pelbagai kaum dalam bidang seni. Ini akan menjaminkan kemajuan ekonomi dan keunikan tumpuan dan hala tuju Negeri Perak.
Syed Zarul Shah

Menurut Syed Zarul Shah Bin Syed Khairuddin selaku penolong pengurus P.O.R.T., penyertaan P.O.R.T. pada Karnival Belia kali ini adalah untuk memberi fokus kepada pembangunan insan khasnya untuk anak-anak muda yang tinggal di dalam kampung mempelajari seni-seni baru seperti T.Shirt, Printing, Muzik, Kalikatur dan belbagai lagi, agar anak muda mendapat pendedahan yang lebih frofesional. Ini juga merupakan salah satu stok kami yang berada di bawah daerah kinta agar dapat kami memberi ilmu secara percuma kepada anak muda, contohnya bagaimana mereka mahu membuat motor klasik, bagaimana mereka mahu mempelajari muzik dengan lebih teratur dan tersusun tidak kira apa jenis alat muzik yang mereka mainkan.

Antara aktiviti yang P.O.R.T. sediakan dalam Festival Belia kali ini, pada 25 April semalam P.O.R.T. telah membawa dua group Buskins dari Kuala Lumpur MBC (Malaysian Buskins Conner) dan telah membuat persembahan di Booth P.O.R.T. dan telah berjaya memeriahkan lagi suasana di Booth P.O.R.T. Di Booth P.O.R.T. juga kami menyediakan Kalikatur dari Boy PJ dan Gie dari PPP membuat lukisan muka, Sadat membuat live inai, dari pekan kartun juga hadir menjual buku-buku kartun yang sangat popular sebelum ini hingga sekarang. Terdapat juga kedai gunting rambut yang dikendalikan oleh anak muda disini.

Harapan P.O.R.T., dapatlah sekiranya anak muda terus menyokong P.O.R.T., kerana P.O.R.T. adalah satu-satunya tempat anak muda Perak belajar dan mempamirkan bakat mereka kerana P.O.R.T. sememangnya sentiasa fokus pada pembangunan seni anak muda Perak.

Untuk anak-anak muda, sekiranya anda mempunyai idea dan cadangan untuk diketengahkan, anda digalakkan untuk hadir ke pejabat P.O.R.T. di alamat, No 9 & 11, Jalan Sultan Azlan Shah 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. No telefon 05-2412287 Faks 05-2412394  Email :  portipoh9@gmail.com

















Anda juga boleh melawati lawan web P.O.R.T. disini..   (P.O.R.T.)


KEPUTUSAN WARNA WARNI BELIA PERAK BUKA MATA PEMUZIK FROFESIONAL !!!



Telah berlangsung satu program warna warni belia Malaysia peringkat negeri perak di Festival Belia Perak 2015 di pentas utama karnival. Pertandingan telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan telah tamat pada pukul 12.30 tengahari.  Menurut penyelaras program tersebut Mohd Rozidi Bin Abdul Kadir, tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih peserta yang benar-benar berbakat untuk di pilih mewakili negeri Perak membuat persembahan di perkampungan warna warni Belia Malaysia  di Festival Belia Putrajaya yang akan berlangsung pada 21 Mei 2015 hingga 24 Mei 2015 di Putrajaya akan datang.



Sememangnya peluang ini kami bukakan khas untuk seluruh belia negeri perak agar bakat-bakat terpendam mereka selama ini dapat kami tonjolkan di peringkat pusat. Kami tahu banyak bakat anak muda negeri Perak yang terpendam selama ini di biarkan begitu sahaja tanpa mendapat pendedahan di peringkat yang lebih tinggi. Adalah menjadi harapan kami pada masa akan datang agar lebih ramai lagi anak muda dapat mempamirkan bakat mereka kepada kami.

Majlis telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran KSU belia dan Sukan Malaysia Dato Jamil.

Dibawah merupakan keputusan yang telah diumumkan oleh pihak juri.
TARIAN

Tempat Pertama  (PERSATUAN SENI BUDAYA DATO’ HJ MOHAMAD TAIB)
Tempat Kedua   (KUMPULAN WARISAN JELAPANG JAYA)
Tempat Ketiga  (KELAB KEBUDAYAAN SMK BERCHAM)

NYANYIAN LAGU PUSISI
Tempat Pertama  (SENANDUNG SUARA LAYAR)
Tempat Kedua   (SENIMAN ANAK PERAK)

Tempat Ketiga  (EDA FAZILAH)





























Member BSK