Jumlah Pengunjung

Friday 18 November 2016

TUN MAHATHIR KENCING PESERTA BERSIH 5 ESOK!!! #Bersih5 #Merah


Memali & Bersih 5, Kali Ini Mahathir Betul Betul Lari

Esok, 19 November, adalah ulang tahun ke 31 tahun tragedi berdarah Memali di Baling, Kedah.

Tragedi yang mengorbankan 14 orang itu berlaku semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketika kejadian, rakyat dimaklumkan bahawa Dr. Mahathir berada di China dan menyerahkan kepada timbalannya, Tun Musa Hitam untuk menyelesaikan perkara itu hingga menyebabkan Musa dipersalahkan kerana gagal mengawal pertumpahan darah.

Malah wujud spekulasi mendakwa Musa memberi arahan untuk menembak mati dua penduduk kampung itu.

Namun selepas memendam rasa selama 30 tahun, Musa akhirnya membongkarkan apa yang berlaku termasuk mengakui bahawa beliau sudah penat menjadi kambing hitam kepada peristiwa Memali.

Selepas hampir tiga dekad peristiwa itu berlaku, Musa mendedahkan bahawa Dr Mahathir sebenarnya berada di ibu negara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Akhirnya terbongkar bahawa pada hari kejadian, Musa bukanlah pemangku Perdana Menteri kerana Dr. Mahathir sebenarnya berada di dalam negara.

Ironinya, pada tarikh yang sama esok, perhimpunan haram Bersih 5 akan diadakan di Dataran Merdeka. Pada mulanya Dr. Mahathir menyatakan beliau akan menghadiri demonstrasi jalanan itu dan turut menggesa orang ramai turun bersama-sama ke jalanan, kononnya untuk menyelamatkan Malaysia.

Namun tidak sampai 24 jam selepas menggesa rakyat turun ke jalanan, Dr. Mahathir memberitahu beliau tidak akan hadir Bersih 5 kerana berada di luar negara pada tempoh tersebut. Kali ini beliau dikatakan berada di negara Afrika.

Jika pada tragedi Memali dulu Mahathir sebenarnya berada di dalam negara, namun kali ini nampaknya beliau benar-benar melarikan diri.

Tatkala beliau dilihat sebagai ikon rakyat menentang kerajaan namun pada masa sama, tangan Dr. Mahathir dibasahi dengan darah Memali, yang berlaku ketika pemerintahannya.

Apatah lagi tragedi Memali itu merupakan kemuncak penentangan PAS terhadap penindasan Akta Kesalamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilaksanakan pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir.

ISA hanya dimansuhkan pada 15 September 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peristiwa Memali itu mengingatkan ramai terutama ahli-ahli PAS akan kezaliman yang dilakukan dan sehingga kini PAS masih menuntut Dr. Mahathir memohon maaf terhadap perkara berkenaan.

Beliau bertanggungjawab kerana ketika itu Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri.

Justeru itu, kepada penyokong PAS (jika masih ada) yang menyokong perjuangan Dr. Mahathir ketika ini, ingatlah akan kezaliman yang dilakukan oleh beliau sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Tulisan :
BB141, Jumaat
18 November 2016

Thursday 10 November 2016

WANGGEI JANJI TAK NAIK HARGA!!! #KPDNKK #CaringMinistry


PUTRAJAYA: Pengusaha restoran memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menaikkan harga makanan susulan pemansuhan subsidi minyak masak sejak awal bulan ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata jika terdapat ahlinya yang melanggar jaminan berkenaan, mereka patut dihukum kerana mengaut keuntungan berlebihan.

“Terdapat khabar angin bahawa kedai mamak telah menaikkan harga makanan selepas pemansuhan subsidi minyak masak. Saya berharap orang ramai tidak percaya kepada khabar angin ini.

“Ahli-ahli kami berjanji tidak akan menaikkan harga. Kami akan bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk melaporkan jika terdapat pengendali restoran yang tidak mematuhi perkara ini,” kata Noorul Hassan kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan ke-13 Presma pada Khamis.

Noorul Hassan berkata pengusaha restoran tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga kerana subsidi minyak masak hanya terpakai kepada isi rumah.

“Subsidi ini sejak dari dahulu dikhususkan untuk isi rumah dan bukan perniagaan. Oleh itu kita tak boleh terima jika pemilik perniagaan mengatakan mereka terkesan dengan pemansuhan subsidi itu,” katanya.-MS

MINYAK MASAK 42.25 TAN METRIK DIRAMPAS!!! #KPDNKK #CaringMinistry


KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Sebanyak 22,498 premis diperiksa manakala 42.25 tan metrik minyak masak bernilai kira-kira RM120,000 dirampas sejak 21 Okt sehingga semalam.

Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd Roslan Mahayudin berkata daripada kesemua premis yang diperiksa, pihaknya mengesan 25 kesalahan.

"Antaranya menyorok minyak masak (10 kes), gagal selenggara buku stok (lima), dan menjual tanpa lesen (empat)," katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam tempoh sama, 269 aduan diterima dari seluruh negara, dengan 144 daripadanya dapat diselesaikan dan 125 lagi dalam siasatan, kata Mohd Roslan.

"Selangor mencatat jumlah aduan tertinggi iaitu sebanyak 75, diikuti Johor (43) dan Kuala Lumpur (24)," katanya.

Mohd Roslan berkata aduan itu meliputi antara lain ketiadaan bekalan minyak masak dan harga yang tinggi.

Pada 26 Okt lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan harga minyak masak paket 1kg kekal RM2.50 manakala minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov.

Sementara itu di Ipoh, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta membuat pemeriksaan bagi memastikan harga minyak masak botol di pasaran kini setara dengan kos yang tanggung pihak industri.

Exco Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Masyarakat Sivil negeri Datuk Samsudin Abu Hassan berkata ini kerana harga jualan minyak masak botol di pasaran dilihat tidak munasabah selepas Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) dilaksanakan mulai 1 Nov lalu.

"Sebagai contoh kalau dulu harga minyak masak botol untuk 5 kilogram (kg) adalah RM13.35 kini dijual sehingga RM21, kenaikan harga seperti itu tidak relevan.

"Oleh itu saya cadang kerajaan dan kementerian berkaitan melihat semula adakah harga berkenaan memang harga yang sepatutnya dijual selepas mengambil kira semua kos yang terlibat atau pihak industri sengaja mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan COSS," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Penyampaian Anugerah Kedai Harga Patut 2016 Perak di Bangunan Persekutuan di sini, hari ini.

Samsudin berkata kerajaan pastinya mempunyai mekanisme tertentu untuk menangani masalah berkaitan dan meminta supaya ia dapat dipercepatkan agar rakyat tidak terus terbeban.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Penyampaian Anugerah Kedai Harga Patut 2016 Perak di Bangunan Persekutuan di sini, hari ini.

Samsudin berkata kerajaan pastinya mempunyai mekanisme tertentu untuk menangani masalah berkaitan dan meminta supaya ia dapat dipercepatkan agar rakyat tidak terus terbeban.

Di Kuantan, Pengarah KPDNKK Pahang Sharuddin Jali tidak menafikan minyak masak paket 1kg cepat kehabisan stok di pasar raya mahupun kedai runcit kerana peniaga makanan yang sepatutnya membeli minyak masak botol mengambil kesempatan membeli minyak paket.

"Minyak masak paket 1kg bersubsidi ini hanya untuk kegunaan isi rumah dan bukan untuk berniaga kerana sudah ada kuota ditetapkan setiap 1.5 kilogram minyak ini untuk setiap orang isi rumah.

"Tetapi peniaga yang membeli minyak bersubsidi ini bagi tujuan berniaga dan ia telah mengambil hak golongan sasar isi rumah. Keadaan ini adalah salah satu faktor minyak ini kurang dalam pasaran," katanya.

Sehubungan itu, katanya jika mana-mana peniaga didapati membeli minyak masak paket 1kg dengan kuantiti yang terlampau banyak, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana memiliki barangan terkawal tanpa lesen.

"Kalau kata minyak botol mahal, itu tidak boleh dijadikan alasan sebab harga sekarang merupakan harga pasaran sebenar. Harga sebelum ini adalah harga yang kerajaan tanggung subsidi, maknanya kerajaan juga tanggung peniaga sekali dahulu," katanya.

Rata-rata pengguna yang ditemui Bernama memaklumkan bekalan minyak masak di pasar raya mahupun kedai runcit sering kali cepat kehabisan stok namun minyak masak berasaskan jagung dalam botol yang dijual mahal pula banyak di pasaran.

Peniaga kedai makan Muhamad Akman Mustafa, 43, berkata pada masa ini dia sangat tertekan kerana sukar mendapatkan bekalan minyak masak sehingga terpaksa mencari di beberapa pasar raya.

Seorang lagi peniaga kedai makan Zaini Mat Zain, 50, berkata dia juga tidak terkecuali menghadapi masalah mendapatkan bekalan minyak masak untuk menjalankan perniagaannya.

Sementara itu, KPDNKK Perak merampas 3,000 kilogram minyak masak yang dianggarkan bernilai RM14,000 dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Siput hari ini.

Ketua Unit Anti Pencatutan KPDNKK Perak Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata ketika serbuan pukul 11.30 pagi itu, tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 40 hingga 50-an termasuk pemilik premis menjual peralatan sembahyang itu sedang memunggah kotak mengandungi minyak ke atas lori.

"Mereka sedang memunggah 150 kotak minyak masak dengan setiap kotak berisi 20 paket ke atas lori untuk dihantar ke ladang ternakan khinzir di Tanjung Rambutan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati lesen premis itu hanya boleh menyimpan 500 kilogram minyak masak sahaja tetapi rampasan tersebut telah melebihi jumlah yang sepatutnya.

"Minyak masak bersubsidi untuk kegunaan industri disorokkan dalam premis tersebut," katanya sambil menambah premis itu telah beroperasi sejak 2012.

Menurut Ahmad Ahrazzuddin, pihaknya akan mengambil kenyataan tiga suspek terbabit untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barangan kawalan melebihi had yang ditetapkan. - BERNAMA

Tuesday 8 November 2016

MELAMPAU KERETA PENGUATKUASA KPDNKK DIBAKAR!!!


KUALA LUMPUR – Kereta kepunyaan Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Khairy Jamaluddin hangus terbakar dalam satu kejadian malam tadi.

Laporan awal yang diterima menyebut, kereta yang diletakkan di hadapan rumah mangsa itu telah dibakar oleh individu yang tidak dikenali.

Menurut sumber, kejadian disyaki berpunca dari perbuatan khianat oleh individu yang tidak dikenali.

Siasatan awal turut mendapati, kejadian ini mungkin berkaitan dengan tugas rasmi beliau dalam Operasi Khas Skim Penstabilan Minyak Masak sejak rasionalisasi subsidi minyak masak dikuatkuasakan bermula 1 November yang lalu.

Sebanyak 22,498 premis diperiksa manakala 42.25 tan metrik minyak masak bernilai kira-kira RM120,000 dirampas sejak 21 Okt sehingga semalam.



Monday 7 November 2016

#HakRakyat MINYAK MASAK DISELUDUP KE THAILAND MELALUI BOT HARAM!!!


PASIR PUTEH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta memantau pergerakan lebih 100 bot nelayan asing di Pelabuhan Tok Bali yang disyaki menjalankan kegiatan penyeludupan pelbagai barangan bersubsidi termasuk minyak masak.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman, berkata bot nelayan asing terutama dari Vietnam dan Thailand yang berulang-alik dari pelabuhan Tok Bali ke negara masing-masing, dikhuatiri turut membawa keluar barangan berkenaan.

“Ini menjadi tradisi sejak berpuluh tahun lalu tetapi tiada pemantauan ketat oleh mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita di Kompleks UMNO Uthmaniyah Kampung Pulau Lima di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekurangan minyak masak di Kelantan sejak beberapa minggu lalu.

Zawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, berkata nelayan asing yang beroperasi menggunakan lesen bot laut dalam milik rakyat tempatan, berkemungkinan menyeludup bahan itu dengan alasan bagi keperluan harian mereka ketika berada di laut.

“Kita bimbang mereka mengambil kesempatan untuk mendapatkan bekalan itu berlebihan dengan tujuan membawa pulang dan menjualnya di negara masing-masing,” katanya.-BH.

Sunday 6 November 2016

TIPU HAK RAKYAT, 1,400 KG MINYAK MASAK DIRAMPAS!!!


PADANG BESAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis merampas 1,400 kilogram (kg) minyak masak dalam serbuan di sebuah kedai runcit di Chuping, dekat sini, pagi tadi.

Pengarah KPDNKK Perlis, Khairul Amin Talib, berkata semua minyak masak terbabit dirampas selepas siasatan mendapati stok yang disimpan itu melebihi lesen runcit dibenarkan untuk premis berkenaan.

“Kita dapati sejumlah besar minyak masak yang disimpan di premis itu melebihi had lesen runcit iaitu maksimum 500kg pada satu-satu masa.

“Justeru KPDNKK terpaksa menyita minyak masak berkenaan membabitkan 1,162kg dalam bentuk paket sekilogram, 84 bungkus bersaiz dua kilogram dan 14 botol bersaiz lima kilogram,” katanya.

Khairul Amin berkata, siasatan awal bagaimanapun menolak kemungkinan premis berkenaan cuba menyembunyikan stok minyak masak kerana semua bahan itu diletakkan di tempat terbuka.

Bagaimanapun, katanya KPDNKK akan melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif premis itu menyimpan stok berlebihan walaupun alasan diberikan semua bekalan terbabit dihantar terus daripada ibu pejabat syarikat induk perniagaan itu.

Khairul Amin berkata, selain minyak masak pihaknya turut merampas 1,300kg gula bernilai RM3,705 kerana melanggar kebenaran permit runcit berkaitan had maksimum penyimpanan stok juga di premis sama.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10(1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM1 juta atau penjara tiga tahun. -BH.

Friday 4 November 2016

TIADA PENIPUAN MINYAK MASAK PEK 1KG SUBSIDI SETAKAT INI - KPDNKK


Kuala Lumpur – Pengguna dinasihatkan supaya tidak panik dengan bekalan minyak masak yang dikatakan berkurang dikebanyakan pasar raya di negara ini.

Hal ini kerana, hasil daripada tinjauan yang dijalankan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong mendapati, bekalan minyak masak yang dikeluarkan kilang pemprosesan dan pembungkusan adalah mencukupi.

Pengurangan sementara bekalan baru-baru ini adalah dipercayai akibat pembelian panik yang disebabkan oleh maklumat palsu tentang penghapusan keseluruhan subsisdi minyak masak baru-baru ini.

Maklumat palsu tersebut juga telah menyebabkan segelintir peniaga mengambil tindakan menyorokkan bekalan minyak masak dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang lebih jika benar maklumat penghapusan keseluruhan subsidi tersebut.

Bercakap dalam sesi sidang media selepas melakukan lawatan mengejut ke kilang memproses minyak di sini pagi tadi, menegaskan bahawa mana-mana pihak yang didapati menyorokkan bekalan, tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ujarnya lagi, pengguna perlu membantu pihak kerajaan untuk menyalurkan sebarang maklumat dengan membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang menaikkan harga dengan kadar yang tidak munasabah.

Turut serta dalam tinjauan tersebut Ketua Pengarah Penguatkuasa, Mohd Roslan Mahayudin bersama-sama pegawai-pegawai penguatkuasa Ibupejabat Putrajaya dan Cawangan Klang.

Sementara itu, hasil tinjauan yang dilakukan oleh KSU KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh bersama Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Dato’ Iskandar Halim serta pegawainya ke kilang Golden Palm Oil Industries Sdn Bhd yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras di sini hari ini mendapati bekalan minyak masih terkawal.

Katanya pengguna perlu membantu pihak kerajaan dengan membuat laporan jika terdapat ada peniaga yang menaikkan harga dengan kadar yang tidak munasabah bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka.




Member BSK