Jumlah Pengunjung

Wednesday 18 September 2013

KUN FA YA KUN... KUASA ALLAH AKAN MENYATUKAN PAS DAN UMNO !!!



Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas untuk menyatupadukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara yang mustahil.
 
Timbalan Perdana Menteri berkata, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memajukan umat Islam.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO memberitahu, perpaduan umat Islam juga menyumbang kepada kestabilan politik di negara ini.
"Kedengaran banyak seruan meminta pemimpin-pemimpin politik Islam bekerjasama selain timbul pertanyaan mengapa UMNO dan Pas tidak boleh berganding bahu demi kepentingan ummah.

"Di pihak UMNO sendiri, kita tidak mempunyai sebarang masalah berhubung cadangan itu," katanya dalam sesi dialog bersama pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dekat sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Terdahulu, seorang pelajar UIAM bertanya tentang perpaduan orang Melayu dan umat Islam serta mengapa langkah itu sukar direalisasi.
Menurut Muhyiddin, umat Islam berdepan pelbagai cabaran dalam usaha membangunkan negara sejak mencapai kemerdekaan 56 tahun lalu.

"Kita perlu memberi tumpuan terhadap pemerkasaan sektor pendidikan dan jika gagal dilakukan, masalah akan timbul," ujarnya.
Tambah beliau, umat Islam sewajarnya berusaha mencari titik persamaan sesama mereka dan menghargai pandangan yang berbeza.

MUHYIDDIN Yassin yang diiringi Dr. Rais Yatim disambut para pelajar ketika melakukan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor, semalam. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment

Member BSK