Jumlah Pengunjung

Wednesday, 7 January 2015

ANAKANDA SULTAN SELANGOR HAMBAKAN DIRI DEMI UNTUK MANGSA BANJIR !!!



Tarikh 2 Januari 2015, bertempat di Pengkalan TUDM, Subang, telah menjadi satu kejutan dan kenangan kepada sukarelawan misi bantuan banjir kendalian Kementerian Belia dan Sukan. 

Semuanya disebabkan kerana Anakanda bongsu kepada baginda Sultan Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah mencemar duli untuk bersama-sama sukarelawan dan mengenepikan kedudukan demi menyumbang tenaga membuat pengagihan dan penyusunan barangan bantuan kepada mangsa banjir. Tengku Amir telah meluangkan masa sekitar lebih 1 jam untuk membuat agihan barangan bantuan serta menyumbangkan makanan buat para sukarelawan.

Sememangnya tiada siapa yang akan menyangka sewaktu semuanya di dalam keadaan  sibuk bersama-sama sukarelawan misi bantuan banjir kendalian Kementerian Belia dan Sukan di Pengkalan TUDM, Subang mereka telah dikejutkan dengan penyertaan "sukarelawan Diraja" 


Anakanda bongsu kepada baginda Sultan Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah mencemar duli untuk bersama-sama sukarelawan dan mengenepikan kedudukan demi menyumbang tenaga membuat pengagihan dan penyusunan barangan bantuan kepada mangsa banjir. Tengku Amir telah meluangkan masa sekitar 1 jam untuk membuat agihan barangan bantuan serta menyumbangkan makanan buat para sukarelawan.

Baginda sangat dikenali sebagai seorang putera yang berjiwa rakyat dan sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat jelata khususnya di Selangor. Malah baginda juga merupakan penaung kepada pertubuhan kebajikan, Selangor Cheshire Home, Make a Wish dan Yayasan Raja Muda Selangor.
 


 

Sehari sebelum itu, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim dan beberapa pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara, menghabiskan masa kira-kira dua jam dalam bergotong royong bersama sukarelawan mengasingkan pakaian terpakai yang diterima di gudang Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia, Subang. Beliau turut terharu dengan sokongan sukarelawan dan berharap akan lebih ramai lagi yang tampil sebagai sukarelawan bagi membantu dalam gerakan pasca banjir dalam masa terdekat.
 



 

KBS telah melanjutkan gerakan sukarelawan di Pengkalan TUDM Subang sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian bagi memenuhi keperluan mendesak pasca banjir. Ayuh! Hulurkan tanganmu anak-anak muda. Mudah-mudahan meringankan beban mangsa dan diberkati Allah hendaknya..

No comments:

Post a comment

Member BSK