Jumlah Pengunjung

Monday, 25 May 2015

#FBP2015 VIDEO KONSERT SEARCH FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA !!!

Yazid, selaku pemain drum kumpulan Search, ramai yang tidak mengetahui tentang kesihatannya sekarang. Pelbagai penyakit yang sedang dihadinya sekarang langsung tidak mematahkan semangatnya untuk bersama Search dalam persembahan penutup Festival Belia Putrajaya 2015 semalam. 

Sayu aku melihat depan mata aku sendiri bila setiap soalan yang wartawan tanyakan hanya dijawab oleh isterinya sahaja, menurut kata isterinya, Yazid tidak mempunyai kekuatan badan dan fikirannya. Namun aku begitu kagum dengan permainan Drum yang Yazid tunjukkan semasa persembahan semalam. 

Bayangkan, selesai sahaja persembahan, Yazid tidak boleh terus bagun begitu sahaja, anak lelakinya perlu mengurut belakang pinggangnya dan Yazid memerlukan masa paling cepat 5 minit untuk bangun dan Yazid juga tidak mampu bangun sendirian, Yazid harus di angkat dan dipapah turun dari pentas drum. Selepas itu, Yazid harus berjalan dengan tongkatnya sambil dipimpin oleh anak lelakinya menuju ke belakang pentas. 

Sebelum Search beraksi Akim and The Majestret juga beraksi di pentas yang sama.

Apa-apa pun aku memang respek dan tabik spring pada Yazid atas semangat jitu yang di pamerkan hanyalah untuk memenuhi permintaan peminat-peminat Search. Di bawah aku sediakan sedikit video semasa konsert berlangsung semlam untuk tatapan yang tidak dapat hadir semalam.

SEARCH... LU MEMANG LEGEND....



PUTRAJAYA- Persembahan kumpulan lagenda rock tanah air , Search di pentas utama malam tadi sememangnya hebat dan bertenaga serta memukau hampir 10 ribu pengunjung yang hadir di Festival Belia 2015.

6 buah lagu yang dinyanyikan ternyata menarik perhatian pengunjung yang dilihat bernyanyi bersama-sama kumpulan yang dianggotai oleh, Din , Kid, Nasir, Yazid dan Amy.

Antara lagu yang memukau pengunjung di pentas utama ialah,Isi dan Kulit, Pawana , Isabella ,Pelesit Kota, Fantasia Bulan Madu, dan Satu Bangsa dan Satu Arah.

Turut mencuri tumpuan ialah kemunculan Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin diatas pentas utama.Rata-rata pengunjung yang hadir memberi maklum balas yang positif tentang konsert serta pengisian Festival Belia kali ini .

Festival Belia Putrajaya berakhir malam tadi, dengan kehadiran ratusan ribu pengunjung sejak Khamis lalu. Pelbagai aktiviti disusun bagi memastikan ianya mengikut kesesuaian dan citarasa anak muda hari ini. 4 zon diwujudkan dengan tema “Showcase Of Talent”, dimana ianya dipecahkan mengikut konsep Rakan Muda yang telah dijenamakan semula mulai tahun ini.

Terima kasih kepada mereka yang hadir dan semua yang terlibat tahun sama ada secara langsung dan tidak langsung, jumpa lagi tahun hadapan.

SUMBER ORANG MUDA TV

AKIM AND THE MAJESTRET









No comments:

Post a comment

Member BSK