Jumlah Pengunjung

Wednesday 17 June 2015

PRESIDEN PASMA SANGGUP MATI DEMI SUMPAH SETIA PADA KOMUNIS DAP !!!




ALOR STAR: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan parti baru yang akan ditubuhkan bagi membentuk satu Pakatan Rakyat Baru (PRB) tidak perlu mendapat sokongan daripada PAS.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi berkata ini ekoran PRB yang akan ditubuhkan selepas Hari Raya Aidilfitri sekaligus akan menjelaskan kedudukan PAS yang sebenar.

Sehubungan itu katanya, PAS sendiri akan terkeluar daripada PRB secara automatik.

"Pakatan Rakyat Baru (nanti apabila ditubuhkan) bermakna PAS sudah tiada lagi. Jadi Pakatan Rakyat Baru ini adalah satu pakatan baru.

"PAS tidak ada lagi dalam PRB," katanya kepada Antarapos dalam satu temubual eksklusif yang diadakan di sini hari ini.

Malah tegas bekas Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah itu juga PRB tidak lagi memerlukan kata persetujuan PAS.

Ini kerana katanya PAS tiada kuasa lagi untuk memutuskan menerima parti baru yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

"Tidak perlu lagi PAS membuat pendirian sama ada untuk menerima atau tidak parti baru...dalam PRB ini dianggap sebagai baru, bukan kesinambungan yang lama.

"Pakatan Rakyat yang lama kita anggap sebagai bubar dan diganti dengan yang baru," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor dalam pada itu berkata seramai kira-kira 10,000 ahli PAS secara senyap akan menyokong parti baru yang akan ditubuhkan itu.

Tindakan ahli senyap itu katanya sudah pun diterjermahkan dengan meninggalkan PAS secara perlahan-lahan dan seorang demi seorang.

"Kita sudah lihat ada satu majlis ramai-ramai meninggalkan PAS sudah pun berlaku, contohnya di Jelebu sudah pun berlaku dan ada orang perseorangan sudah pun menulis surat untuk tinggalkan PAS.

"Saya rasa perkara ini akan berlaku kerana golongan yang akan meninggalkan PAS ini bersama parti baru ini lebih diyakini untuk hadapi pilihan raya, jadi sudah tentulah pada satu masa PAS akan menjadi satu parti yang lebih kecil," katanya.

PasMA baru-baru ini mengumumkan mahu menggerakkan usaha menubuhkan sebuah parti baru selepas Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.

Phahrolrazi berkata usaha tersebut dilakukan pihaknya demi memastikan Pakatan Rakyat terus "hidup".

Malah katanya, parti baru berkenaan bakal mengambilalih peranan yang dimainkan PAS dalam pakatan pembangkang sebelum ini.





No comments:

Post a Comment

Member BSK