Jumlah Pengunjung

Tuesday, 30 June 2015

AHLI PASMA SUDAH BERTUMBUK SESAMA SENDIRI !!!



Apa sudah jadi, belum pun parti baru serpihan PAS tajaan DAP ditubuhkan, mereka sesama ahli sudah mula bergaduh. Cerita di ambil dari blog Dr MiM


Anda baca :
PETALING JAYA : Belumpun tubuh parti baru bagi menggantikan Pas dalam Pakatan 2.0, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan kumpulan G18 (liberal Pas) sudah tidak sefahaman. 
'Pergaduhan’ mula tercetus apabila Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mendakwa PasMa tidak mempunyai daya tarikan yang cukup dengan akar umbi untuk memimpin sebuah parti baru. 
Berang dengan kenyataan itu, Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, sikap G18 yang memandang remeh terhadap orang lain menjadi punca kumpulan itu kalah dalam Pemilihan Pas baru-baru ini.

“Kalau beginilah sikap mereka, patutlah mereka kalah kepada ustaz-ustaz muda dengan ustaz pondok dalam Pemilihan Pas.

“Mereka mengambil remeh tentang keupayaan orang lain sebab itu mereka kalah dengan kumpulan yang tidak berpengalaman.

“Tengoklah natijahnya mereka dah kalah. Mereka kalah sedangkan kumpulan ini orang hebat. 
"Bagaimana mereka kata cukup berpengaruh tetapi tetap kalah? Sepatutnya mereka mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku,” katanya kepada FMT. 
Kumpulan G18 dikenali dengan pelbagai gelaran seperti golongan profesional dan sekarang dilabel golongan progresif dalam Pas. 
Phahrolrazi berkata, kumpulan G18 tidak menghormati orang lain seperti mana mereka tidak menghormati keupayaan ustaz-ustaz muda dan akhirnya menyebabkan mereka kecundang. 
Katanya, beliau menyokong penubuhan Pakatan 2.0 tetapi tidak kepada parti yang ditubuhkan kumpulan G18. seterusnya
Insiden yang memalukan ini perlu diperjelaskan oleh kedua-dua pihak. Dalam masa yang sama, 'pergaduhan' ini secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi pegangan DAP terhadap serpihan PAS tersebut. 

Sebelum ini MiM mengutarakan grand plan DAP apabila parti itu mengutuk dan menghina Presiden PAS tanpa belas kesihan. Malah, DAP bernafsu besar meneruskan tindakan mereka tatkala PAS bakal mengadakan Muktamar PAS yang akan menentukan kepimpinan baru parti tersebut.  

Kita tentu hairan kerana tindakan DAP itu sudah tentu memberi impak dan menjejaskan peluang pemimpin-pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan Abdul Hadi Awang tetapi mesra-DAP.

Abdul Hadi Awang diserang bertali arus hingga wujud sentimen benci DAP dan sekutunya dalam PAS hingga berlaku tsunami politik yang menjatuhkan pemimpin-pemimpin PAS yang mesra-DAP itu.

Ironinya, dengan segala bukti didepan mata, mereka tidak marahkan DAP apabila kalah dan ditendang keluar dari kepimpinan PAS Pusat. Sebaliknya mereka menggunakan teknik lumrah murahan Pembangkang iaitu menyalahkan UMNO padahal mereka sendiri tahu bahawa UMNO tiada kena mengena dengan kekalahan mereka. 

Maka berpecahlah parti PAS kepada 3 puak yang nyata iaitu PAS ulama, PasMa dan G18. Inikah intipati grand plan DAP yang sebenarnya iaitu divide and rule atau pecah dan perintah? 

Dan DAP telah berjaya tanpa PAS tahu mereka telah diperangkap dalam percaturan politik licik rakan politik mereka sendiri. 

MiM telah memberi amaran awal tentang kemungkinan yang bakal berlaku ini. Dan sekarang, pengaruh PAS semakin mengecil manakala PasMa dan G18 tentu akan berebut untuk mendapat perhatian DAP, satu terminologi mudah politik bahawa DAP now is in control.

Dan apabila serpihan PAS ini berada di dalam genggaman DAP, maka mudahlah parti chauvinis ini meluaskan pengaruh politiknya. Terutamanya di kalangan kaum Melayu, satu kaum yang sebelum ini sangat sukar (dan diharapkan tetap sukar) untuk ditembusi DAP kerana sejarah hitam DAP yang bersikap subversif dan sangat kurang ajar menghina teruk Melayu dan hak-haknya.

Sekarang DAP mempunyai 2 puak yang dalamnya terdiri daripada golongan 'islamik' ala-PAS. Bukan 1 tetapi 2! How convenient is that!

Akhirnya, pihak yang mempunyai bargaining power yang kuat sudah tentu parti DAP dan bukan PasMa atau pun G18!

Dan sehingga ke saat ini, 2 puak ini dan PAS masih tidak tahu bahawa mereka sebenarnya hasil percaturan politik DAP? Another….how convenient is that!

Persoalannya, takkan PAS, PKR, PasMa dan G18 tidak dapat menelaah percaturan politik parti DAP ini? Apakah mereka sanggup terjebak dan diperkudakan hanya kerana jawatan dan pangkat?

Dan jika PAS, PKR, PasMa dan G18 dapat mempertimbangkan perkara ini dan berfikir rasional, fokus, logik dan terang, pihak yang sepatutnya menjadi musuh politik mereka sekarang ialah parti DAP. Full stop.

No comments:

Post a comment

Member BSK