Jumlah Pengunjung

Monday 21 September 2015

MYVOC CARI ANAK YATIM MANGSA GEMPA BUMI SAMPAI LUBANG CACING !!!



Padang – SERAMAI 20 orang anak yatim piatu mangsa gempa bumi Padang 2009 melahirkan rasa syukur dan teruja kerana kali pertama menaiki keretapi dan menikmati ayam di KFC. Ini adalah usaha dan inisiatif Malaysia Youth Volunteer Community (MYVOC) menerusi Kembara ASEAN 2015 kerjasama KBS-MBM-Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Seramai 13 orang sukarelawan MYVOC bersama anak-anak yatim dari Panti Asuahn Aisyiyah, Kota Pariaman di bawa menaiki keretapi dari Kota Pariaman ke Padang seterusnya menikmati makan tengahari ayam KFC di Basko Plaza, Padang diketuai oleh Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM.


Turut sama dalam kegiatan ini ialah Saudara Hasnul Hanif Harun (Exco MBM), Puan Farah Hazlini Mohd San (Pegawai Psikologi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMP), Bapak Eka Putra Pernanda (Kepala Sekolah SMK Global Pariaman).

Pelbagai aktiviti di adakan sepanjang dua jam perjalanan pergi dan balik Kota Pariaman-Padang-Kota Pariaman, antaranya nyanyian patriotic, kuiz dan perkongsian pengalaman oleh para sukarelawan yang terdiri dari pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Pahang.


“Mungkin apa yang kita lakukan hari ini terlalu kecil tetapi besar maknanya bagi mereka. Keceriaan mereka adalah hadiah bermakna kepada kami sukarelawan MyVOC”, kata Rizan Hassan yang mengetuai pasukan ini.

Menurut Ibu Kepala Sekolah Panti Asuhan Aisyiyah pula terharu dan melahirkan rasa syukur amat sangat dengan apa yang di sumbangkan oleh sukarelawan MyVoc.


“Semoga Tuhan Yang Maha Berkuasa saja membalasnya. Kasih sayang Tuhan sentiasa ada buat kalian”, katanya berlinangan airmata.
PENERANGAN MBM
KOTA PARIAMAN, SUMATERA BARAT
13 SEPTEMBER 2015
(ORANGMUDA.TV)








No comments:

Post a Comment

Member BSK