Jumlah Pengunjung

Sunday, 15 May 2016

JELAJAH KAMPUS HARI BELIA NEGARA BERJAYA !!!



SERDANG- Semperna Hari Belia Negara yang telah berlangsung selama tiga (3) hari di Universiti Putra Malaysia, Rakan Muda telah mengambil tempat dalam program Jelajah Kampus sepanjang program disini. Disini juga, Rakan Muda berjaya melaksanakan objektif ‘Showcase Of Talent’ dalam siri jelajah enam (6) kampus pengajian tinggi di seluruh Negara untuk mengenalpasti, mengasah dan menghargai bakat muda belia. Semperna Hari Belia Negara yang berlangsung di UPM Serdang ini, Rakan Muda berharap dengan kehadiran mereka disini dapat memberi inspirasi kepada semua belia untuk menjalankan projek-projek baharu yang dapat memberi impak positif kepada masyarakat sekeliling mereka.

Rakan Muda juga,  berjaya membawa mentor dan penggerak masyarakat hadir dalam program ini. Antara projek-projek yang telah disediakan, robotics dan percetakan 3D, photografi, pertukangan dan kerja kayu, muzik, tokoh politik, usahawan dan sukan, serta artis-artis dalam persembahan muzik. Pelbagai peniaga juga turut terlibat  sama di bazar dan kawasan food truck yang telah disediakan. Antara artis yang telah terlibat dalam persembahan kali ini, MonoloQue, Najwa Latif, Estranged dan OAG.

Semua aktiviti ini dilaksanakan untuk satu tujuan – untuk memperagakan bakat belia berdasarkan konsep ‘Dari Belia Untuk Belia’. Selagi belia tidak sedar apa bakat mereka, selagi belia tidak mengasah bakat mereka dan selagi belia tidak tahu bagaimana untuk menggunakan bakat mereka untuk kebaikan masyarakat sekeliling, selagi itulah pembangunan belia di Malaysia tidak dapat mencapai potensi keseluruhannya.


Ayuh, jangan tunggu lagi, sertailah Jelajah Kampus Rakan Muda berdekatan selepas ini untuk melihat sendiri segala perkhidmatan dan keseronokan yang ditawarkan. Pastinya, anak muda di Malaysia ingin melakukan perubahan positif kepada Agama, Bangsa dan Negara .





















No comments:

Post a comment

Member BSK