Jumlah Pengunjung

Sunday 15 May 2016

ZAHID SALUR 500 JUTA TABUNG USAHAWAN BELIA !!!



Serdang – Semperna perasmian Hari Belia Negara di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, telah hadir Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi merasmikan Hari Belia Negara 2016. Turut hadir semasa perasmian tersebut, Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato M Saravanan, Persiden Majlis Belia Malaysia Saudara Muaammar Ghadafi, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan Duta Besar Malaysia Ke Cambodia Datuk Seri Hassan Malek yang juga mantan Presiden MBM.

Berucap dihadapan lima ribu belia di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia(UPM) sempena Hari Belia Negara, Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 Juta untuk Tabung Usahawan Belia yang akan diletakkan dibawah Kementerian Belia dan Sukan.

Sementara itu, Zahid turut memuji Menteri Belia dan Sukan,Khairy Jamaluddin serta Presiden MBM Muammar Gadafi Jamal dalam usaha menggerakan belia termasuklah di peringkat akar umbi melalui program yang benar-benar mengikut kehendak belia masa kini.

Beliau juga turut mengumumkan Hari Belia Negara 2017 akan kembali di Putrajaya dengan lebih banyak program akan disusun kerana baginya Hari Belia Negara sangat mendapat perhatian dari belia seluruh Negara. Dalam pada itu, Presiden MBM , Muammar Gadafi melahirkan rasa Syukur kerana MBM sebagai badan induk belia terus mendapat kepercayaan dalam pembangunan belia di negara ini.


Kami akan pastikan peruntukan berkenaan akan turun tepat ke golongan sasar seperti golongan belia kreatif dan berkemahiran dan juga akan disalurkan kepada pertubuhan belia untuk menguruskan organisasi mereka masing-masing,” Muammar Gadafi Jamal.
























No comments:

Post a Comment

Member BSK