Jumlah Pengunjung

Wednesday, 8 June 2016

KEMENANGAN BN SUNGAI BESAR DEMI PEMBANGUNAN SETERUSNYA !!!



SUNGAI BESAR, 7 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Sahadan berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) di pilihanraya kecil Sungai Besar merupakan kayu pengukur bagi membuktikan kawasan ini merupakan kubu kuat UMNO dan BN.
Justeru tambah beliau jentera BN perlu bekerja keras dan menggunakan segala strategi serta kaedah dalam usaha untuk memenangi kerusi parlimen ini.
Menurutnya, kerusi parlimen Sungai Besar  adalah milik BN sebelum ini justeru itu ianya perlu dipertahankan untuk memperlihatkan bahawa BN masih lagi relevan serta lebih dominan berbanding parti-parti lain di Sungai Besar.
“Menjelang dua tahun lagi, kita akan menghadapi pilihanraya umum, jadi PRK di Sungai Besar  ini adalah salah satu kayu pengukur untuk membuktikan bahawa Sungai Besar masih lagi menjadi kubu kuat UMNO. Jadi kita tidak ada pilihan lain selain daripada bekerja keras, menggunakan segala strategi kaedah dan cara untuk memenangi pilihanraya kecil Sungai Besar kali ini.

“Kepada pengundi Sungai Besar, daripada pertandingan tiga penjuru ini kita mestilah melihat kepada calon yang sudah terbukti memberikan jasa dan baktinya kepada rakyat di kawasan ini. Dan bagi saya, calon itu tak lain dan tak bukan ialah calon BN,Budiman Zohdi,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambah Sohaimi lagi, jika mahu dibandingkan antara ketiga-tiga calon yang bertanding di dalam PRK di parlimen ini, nama Budiman begitu sinonim dengan pengalaman dan khidmat sebaik mungkin yang telah beliau berikan kepada rakyat di kawasan ini.
“Budiman hari ini merupakan ADUN Sungai Panjang dan nama bagi saya, nama beliau menjadi begitu sinonim dengan rakyat di Parlimen ini berdasarkan  perkhidmatan baik yang diberikan beliau kepada rakyat di kawasan ini sebagai ADUN.
“Dan sekiranya pengundi memberikan undi kepada beliau dalam PRK ini, maka ianya adalah peluang kepada beliau dalam konteks untuk melebarkan lagi skop perkhidmatan beliau kepada peringkat parlimen pula.
“Jadi ini merupakan peluang bagi beliau boleh melaksanakan dua perkara dalam masa yang sama dan di kawasan yang sama berbanding dengan calon Pas, Dr. Abdul Rani Osman yang  berasal dari Meru, di mana agak sukar bagi seseorang wakil rakyat itu untuk  menjaga dua kawasan yang berjauhan,” tegasnya.
Selain itu kata beliau lagi,  calon Pas itu juga bukanlah merupakan anak tempatan di kawasan ini dan sudah pasti beliau agak kurang memahami  masalah setempat penduduk di Sungai Besar ini.
“Manakala calon PAN pula, biarpun beliau berasal daripada kawasan ini, tetapi masih belum terbukti khidmatnya kepada masyarakat di kawasan ini. Jadi kerana itu saya fikir pada PRK kali ini, penduduk dan rakyat di Sungai Besar ini perlu sekali lagi memberikan undi mereka  kepada calon BN.
“Ini adalah  untuk memastikan segala perancangan pembangunan daripada pelbagai sudut yang telah dirancang oleh wakil rakyat BN sebelum ini, Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon dapat diteruskan di kawasan ini,” katanya.

No comments:

Post a comment

Member BSK