Jumlah Pengunjung

Thursday, 9 June 2016

#PrkSungaiBesar BAPA CALON PAN SOKONG BUDIMAN !!!



BAPA kepada calon Parti Amanah Negara atau PAN, Azhar Abdul Shukur berharap agar anaknya berfikir kembali pilihan perjuangan politik yang diambilnya kini.
Semasa menemui Datuk Abdul Shukur Siraj, kami dikejutkan dengan kenyataan bapanya itu yang dilihat tidak sehaluan dengan Azhar.
“Harapan saya sendiri dia boleh berfikir sendiri ikut peredaran zaman yang sesuai…,” katanya semasa ditemubual secara eksklusif semalam.
Bekas Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang itu juga memberi komen baik terhadap calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi yang juga ADUN Sungai Panjang.
Dengan menyifatkan Budiman sebagai seorang wakil rakyat yang bagus, ia sekali gus membuktikan calon BN tersebut tidak mempunyai masalah semasa khidmatnya selaku wakil rakyat di Sungai Panjang.
Sesuatu yang terbukti bagus amatlah rugi sekiranya kita tidak terus memanfaatkannya atau memperluaskan lagi kebolehan tersebut.
Maka sebab itulah pucuk pimpinan parti memilih Budiman sebagai calon mewakili BN agar 42,655 pengundi beserta keluarga masing-masing bakal mendapat manfaat dari bakti seorang wakil rakyat yang disifatkan bagus.
Jika sebelum ini khidmat cemerlang yang ditunjukkan Budiman hanya dimanfaatkan oleh penduduk DUN Sungai Panjang sahaja, apa salahnya pada 18 Jun depan pengundi di seluruh DUN Sungai Panjang dan Sekincan memberi undi kepada calon BN.
Semuanya untuk memastikan kebajikan penduduk kawasan P093 ini akan terbela di bawah seorang wakil rakyat yang terbukti ‘kelas A’.
Andai bapa kepada calon lawan sendiri mengesahkan bahawa calon BN seorang yang bagus, apakah lagi yang harus dinafikan dan diharapkan? SUMBER



No comments:

Post a comment

Member BSK