Jumlah Pengunjung

Showing posts with label najib. Show all posts
Showing posts with label najib. Show all posts

Tuesday, 24 October 2017

BAJET 2018 HANCURKAN HARAPAN MAHADHIR DAN PAKATAN!!!


Jumaat ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2018. Sudah pasti ia menjadi tumpuan dan dinantikan oleh rakyat yang ingin mengetahui khabar gembira buat mereka.

#Bajet2018 kali ini akan memfokuskan kepada strategi untuk meningkatkan pendapatan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40). Selama ini kita mendengar rungutan mengenai beban kenaikan kos hidup namun tahukah anda bahawa jumlah pendapatan rakyat semakin meningkat?

Tidak ramai yang mengetahuinya. Pekerja-pekerja di negara ini telah menikmati purata kenaikan gaji sebanyak 7.3 peratus sejak 42 tahun lalu berbanding purata inflasi 3.7 peratus dalam tempoh itu.

Ia adalah dapatan daripada hasil kajian yang dijalankan dua tahun lalu dan dalam tempoh dua tahun lalu, purata kenaikan gaji meningkat kepada 9.0 peratus.

Bukan itu sahaja, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun ini diunjurkan sebanyak dua kali. Kali ini pada 5.1 peratus berbanding 4.9 peratus sebelum ini berdasarkan beberapa faktor yang mendorong kepada prestasi yang lebih baik terutama dalam aktiviti perdagangan.

Menurut MIDF Research, semakan unjuran itu dibuat setelah menyaksikan dagangan global antara Januari hingga April yang kukuh dengan trend yang positif dan dijangka kekal sepanjang tahun ini dengan eksport merekodkan pertumbuhan dua digit bagi lima bulan berturut-turut.

Faktor-faktor inilah yang bakal menjadikan Bajet 2018 sebagai bajet yang menarik. Walaupun pembangkang menyatakan ia adalah gula-gula menjelang pilihan raya umum (PRU) namun harus diingat, rakyat mahu tahu setiap sen wang yang dibelanjakan kerajaan.

Setiap sen yang dibelanjakan oleh kerajaan adalah penting. Tidak seperti Pakatan Harapan di mana bajet alternatif mereka langsung tidak memberikan keyakinan kepada rakyat dan tidak realistik.

Ia lebih kepada "copy paste" daripada bajet-bajet alternatif yang mereka rangka pada tahun-tahun sebelumnya. Sebagai contoh lihat sahaja kepada isu cukai perkhidmatan dan barangan (GST), Pakatan Harapan pada mulanya mahu memansuhkan cukai itu tetapi akhirnya mahu menjadikan GST sifar.

Malah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sendiri menyatakan Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan GST jika menang pilihan raya umum akan datang sebaliknya mengenakan sifar cukai untuk GST.

Manakala Pengerusi Pakatan Harapan pula, Mahathir Mohamad, menyatakan GST tidak akan dihapuskan kerana "itu mungkin menyebabkan beberapa masalah dengan pembiayaan kerajaan" dan mahu menaikkan cukai korporat menggantikan GST.

Kenyatan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang ini sebenarnya cuba mengelirukan rakyat dan menguji kebijaksaan rakyat.

Apa yang pasti bajet alternatif Pakatan Harapan hanya bersifat populis semata-mata untuk menarik perhatian rakyat tetapi berbeza dengan Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.

Ia adalah realistik bagi membangunkan negara selain mensejahterakan rakyat. Inilah senjata utama Barisan Nasional (BN) dalam berdepan dengan Pakatan Harapan, iaitu gabungan pembangkang yang hanya bercakap retorik dan suka memburukkan pemimpin sahaja.

Hari Jumaat ini "pintu gua" terbuka luas buat semua pemimpin dan penyokong pembangkang. Bawalah bekal siap siap bila berada dalam gua nanti. Ini kerana Bajet 2018 ini akan buat pembangkang hancur lebur sepenuhnya.

Habis modal lah pembangkang Jumaat ini. Bila rakyat sambut baik Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib, apa lagi ruang dan modal yang mahu pembangkang hentam lagi. Bertapalah dalam gua nanti.

Tulisan :
Beruang Biru
BB628, Selasa

#Bajet2018
24 Oktober 2017

Sunday, 30 October 2016

RAHSIA UGUTAN TUN MAHADHIR DAN RAHSIA GERAKAN KERJA NAJIB UNTUK RAKYAT!!!


DS Najib menubuhkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah untuk membebaskan industri tenaga daripada cengkaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan taikun2 IPP yang menjadi tuan besar kepada Tenaga Nasional Berhad.

Mereka sedar sekiranya perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berjaya, ia akan menyebabkan kawalan mereka terhadap industri tenaga berakhir. Oleh itu mereka mula melakukan sabo­taj terhadap 1MDB, mula-mula dengan mensabotaj tawaran per­­mulaan awam (IPO) dan kemudian me­­­­nyebarkan kisah bahawa 1MDB mengalami kerugian RM42 bilion.

Nilai aset 1MDB melebihi liabiliti sebanyak RM9 bilion dan apa yang dikatakan ke­rugian RM42 bilion itu adalah jumlah pinjaman.

DS Najib tahu mengapa Dr. Mahathir menyerang 1MDB sejak Disember 2014 dan ia tidak mempunyai kaitan dengan gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri itu.

Perdana Menteri juga tahu matlamat Dr. Mahathir sejak 1990 adalah untuk me­nguasai industri tenaga yang menya­lurkan kira-kira RM20 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

Apabila DS Najib men­jadi Perdana Menteri, industri tenaga dikuasai oleh proksi dan kroni Dr. Mahathir.

DS Najib tidak boleh me­miliknegarakan agensi yang telah diswastakan, maka pengambil­alihan IPP perlu dilakukan secara komersial melalui sebuah GLC.

Selepas kontrak berpuluh2 tahun IPP tamat, 1MDB telah membeli dan mengambilalih beberapa IPP milik taikun besar yang juga kroni2 Dr. Mahathir. Maka berakhirlah era 'kegemilangan dan kemewahan' IPP yang selama berpuluh2 tahun mencerut leher TNB dan mengikis kekayaan negara melalui pemberian subsidi dan penjualan tenaga kepada secara 'paksa'. Yang menjadi mangsa adalah pengguna tenaga.

Kempen 'SELAMATKAN MALAYSIA' bukanlah hakikat sebenar untuk menyelamatkan Malaysia dari dirosakkan oleh DS Najib tetapi adalah untuk menyelamatkan INDUSTRI TENAGA swasta yang dikuasai taikun2 besar yang selama berpuluh tahun mengaut keuntungan yang kini semakin runtuh akibat tindakan DS Najib yang membeli IPP yang telah tamat kontrak melalui 1MDB.

Monday, 18 July 2016

BUKTI SEBAB MAHADHIR MARAHKAN NAJIB !!!




Baru-baru ini TNB mencabar keputusan Suruhanjaya Tenaga yang mengarahkan TNB supaya menyambung perjanjian IPP dengan YTL Power. Umum mengetahui YTL adalah kroni Mahathir. Perjanjian berat sebelah yang dimeterai ketika Mahathir menjawat jawatan PM menyebabkan YTL untung berbilion ringgit. Keengganan TNB itu membuatkan YTL panas punggung.

Dulu Mahathir jadi tukang tekan, ketika arwah Ani Arope mengetuai TNB tidak mahu memeterai Perjanjian IPP. Beliau kemudian meletak jawatan dari menjadi pak turut Mahathir.

Sekarang Mahathir buat perkara yang sama, tapi beliau bukan PM, TNB tidak akan dengar cakap Mahathir. Jadi, Mahathir sendiri sekarang akan bentuk gabungan baru untuk cabar terus PM. Pembangkang pula jadi kuda tunggangan dia. Nampak?

Mahathir bukan mahu selamatkan malaysia. Dia mahu selamatkan lubuk duit dia dan kroni.
Mahathir tersilap satu perkara, kami tidak pernah lupa!



Tuesday, 29 March 2016

TUN MAHADHIR BAKAL MENGAMUK LAGI !!!

Tun Mahadhir bakal mengamuk lagi.. Manakan tidak, satu lagi syarikat Kroni beliau (ASTRO) bakal bungkus tidak lama lagi. Semuanya gara-gara usaha Dato Sri Najib yang telah memperkenalkan siaran Televisyen baru yang mempunyai 80 chanel untuk rakyat Malaysia SECARA PERCUMA.. Tidak perlu lagi bayar bulanan...

Bagi aku, cukup-cukuplah ASTRO menipu rakyat malaysia selama ini yang menyiarkan cerita yang sama dan mengambil duit rakyat Malaysia setiap bulan dari tahun ke tahun..

Najib Oh.. Najib... Sudah la kau bagi rakyat Malaysia dengan BR1M setiap tahun.. kini bagi siaran 80 chanel TV percuma pulak... Semoga ALLAH TAALA merahmati Najib dan keluarga hendaknya..



Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.

Menurut sumber SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).


“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.


“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.


Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.


Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.


Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.


Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.


Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.


Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.


Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.



Friday, 18 March 2016

WANITA UMNO PULAU PINANG MALUKAN TUN MAHADHIR !!!

Norliza (duduk tiga kanan) bersama ahli Wanita Umno negeri menyokong kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.



BALIK PULAU - Wanita Umno tersinggung dan kesal dengan tindakan tidak wajar beberapa pemimpinnya yang bersekongkol dengan parti lawan.

Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Senator Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan perlu dihormati walaupun keterbukaan itu tertakluk kepada adab dan etika parti terutama apabila melibatkan pemimpin tertinggi parti.

Menurutnya, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta beberapa wakil Umno lain yang bersama-sama parti pembangkang tidak seharusnya berlaku kerana parti lawan itu adalah musuh utama Umno.

"Kami melafazkan ikrar taat setia tanpa berbelah bagi dan menyokong penuh kepimpinan Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Pertukaran Perdana Menteri boleh dilakukan namun ia perlu mengikut lunas undang-undang iaitu Raja Perlembagaan. Negara kita mengamalkan saluran dan ruang demokrasi untuk menukar pemimpin secara bersistem dan terhormat," katanya kepada media semalam.

Oleh itu, beliau berkata, usaha untuk mengguling dan menjatuhkan Perdana Menteri seperti yang dianjurkan parti pembangkang dan beberapa pemimpin Umno lain dalam Deklarasi Rakyat tidak sepatutnya berlaku kerana tidak melambangkan ketamadunan Malaysia.

"Kita sendiri tahu, pihak lawan mempunyai agenda sendiri yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri dan menghuru-harakan negara selain merosakkan kestabilan ekonomi," katanya.
Norliza berkata, tindakan kumpulan yang ingin menjatuhkan Najib dilihat menjengkel dan memuakkan.

"Mereka sengaja mengadakan gerakan ini bagi mengalihkan tumpuan rakyat dari isu sebenar yang membelenggu negara.
"Belajarlah dari sejarah seperti yang disarankan Mahathir iaitu pepecahan dan usaha menggulingkan pemimpin melalui jalan belakang hanya akan merosakkan negara dan membuka pintu kepada anasir luar menakluki negara," katanya.

Sehubungan itu, Wanita Umno Pulau Pinang tetap menyokong kepimpinan Najib dan akan berusaha bersamanya untuk mengatasi pelbagai cabaran termasuk isu ekonomi yang mencengkam poket rakyat Malaysia masa kini.




Friday, 5 February 2016

RUMAH BN UNTUK BELIA HANYA RM300 BULANAN !!!



PUTRAJAYA - Ansuran bayaran bulanan pinjaman perumahan Rumah Bina Negara (BN) yang dibangunkan untuk belia luar bandar tidak akan melebihi RM250, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau berkata kadar ansuran perlu rendah kerana golongan belia di luar bandar kebanyakannya bekerja sendiri. 

“Kalau ansuran berjumlah RM300 atau RM400, golongan belia di luar bandar akan sukar mendapatkan pinjaman perumahan,” katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.


Beliau berkata keutamaan untuk memiliki Rumah BN itu diberikan kepada anak pekebun kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) serta anak peserta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (Felcra). 

Sebanyak 4,000 unit Rumah BN iaitu 2,000 untuk Risda dan 2,000 untuk Felcra akan dibina mulai tahun ini, katanya. 

Pembinaan Rumah BN merupakan satu daripada enam fokus utama pembangunan luar bandar yang dibincangkan dalam mesyuarat Hala Tuju dan Aspirasi.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang berlangsung pada 23-25 Januari lepas.
Dalam ucapannya dalam perhimpunan bulanan tersebut, Ismail Sabri berkata harga jualan Rumah BN perlu ditetapkan dalam lingkungan RM50,000 hingga RM80,000 seunit. 

Dua model Rumah BN sudah dikenal pasti iaitu rumah teres yang dibina secara asas dan rumah yang berjubin dan memiliki sedikit aksesori.
“Pembeli boleh membuat pilihan bergantung kepada kemampuan mereka. Hanya belia yang bekerja di luar bandar yang (boleh) membeli rumah berkenaan. Belia yang bekerja di bandar dan ingin membeli rumah berkenaan untuk disewa tidak akan dibenarkan,” katanya.


Monday, 16 November 2015

RAHSIA BESAR TUN M HAMPIR NAJIB DEDAHKAN !!!



Atas sebab serangan Tun Mahathir terhadap Datuk Seri Najib tidak akan henti bahkan akan di pertingkatkan , maka Ds Najib dikhabarkan akan membuat anjakan kepada tindak balas nya.

Sumber menyatakan selama serangan Tun Mahathir di lakukan, DS Najib masih lagi berbatas didalam serangan balas nya atas sebab mahu meredakan kepanasan dan atas sebab masih ada rasa hormat lagi.

Namun , dari apa yang kita perolehi dari sumber terdekat dengan Ds Najib, perkara ini tidak akan berterusan kerana Ds Najib tiada lagi mahu dilihat sebagai bertahan dalam menerima fitnah dan keaiban.

Kebenaran akan di dedah kan oleh pihak PM.

Apa yang kita difahamkan adalah terlalu banyak permintaan berdasarkan kehendak peribadi dari pihak mantan PM itu sehingga jika ia dilaksana kan , akan kelihatan seperti ia ada lah keputusan yang di buat oleh Ds Najib sedang kan ia ada lah permintaan Tun Mahathir.

Di andaikan , pasti ramai rakyat akan terkejut kerana selama ini imej mantan PM itu di lihat seperti sorang yang sudah berada di “advance age” dan tidak mungkin dia hendak apa apa lagi melainkan kesejahteraan negara sahaja.

Pendedahan ini akan membutirkan kehendak kehendak Tun Mahathir yang banyak juga pernah di suruh laksanakan ketika zaman Tun Abdullah menjadi PM.

Paling mengejutkan rakyat pasti nya apabila tahu permintaan Tun Mahathir itu kebanyakan juga berbentuk verbal dan tidak bertulis kerana apabila nanti di sampaikan kepada rakyat , maka pasti sekali Tun Mahathir akan berkata “kemuka kan lah bukti ” sebagai pertahanan nya.

 

Namun, sumber terdekat ini menyatakan Ds Najib sudah tidak kisah lagi sama ada dia akan kalah atau tidak , asal kan kebenaran dapat di bongkar kan bahawa Tun menyuruh dia letak jawatan ada lah atas sebab tidak melayan kehendak peribadi Tun Mahathir dan 1MDB itu cuma kaedah atau alat sahaja.

Seperti yang di kata kan oleh Ds Najib di dalam blog nya , bahawa jika tiada isu 1MDB , isu lain akan tetap di cari hanya sebab Tun mahu pengganti yang boleh di arah itu dan ini.

Turut akan di dedah kan juga ada lah tuntutan yang sudah di layani seperti dalam hal Petronas, MB Kedah dan banyak lagi.

Maka rakyat akan di hidang kan dengan 2 tatapan, ia itu permintaan yang belum di layan dan juga yang sudah di layan.
Jadi moral nya pada hal ini ada lah , jika Tun Mahathir sudah hilang hormat kepada Perdana Menteri maka perasaan itu ada lah 2 hala dan bukan sehala.

SUMBER

Monday, 9 November 2015

SEKOR LAGI KOMUNIS BUAT SEDIH DISAMAN KERANA FITNAH NAJIB !!!



Akhirnya didakwa dimahkamah,itulah Ng Wei Aik atau lebih terkenal dengan gelaran gengster tong gas Ahli parlimen Tanjong yang memfitnah Datuk Seri Najib.

Ng Wei Aik orang kuat Lim Guan Eng memang cukup terkenal dengan sikap rasis ultrakiasu chauvanis ,beberapa tindakan beliau di Pulau Pinang mencetuskan kontroversi dengan mengambil tindakan sendiri menghalau para peniaga bukan cina malah beliau juga didapati berbohong beberapa kali.

Ramai pemimpin haprak pakatan perlu didakwa fitnah kerana merekalah punca negara menjadi tidak stabil dan mencetuskan suasana tidak harmoni pelbagai kaum di negara kita.


Georgetown: Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri, Februari lalu.

Ng dituduh mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 berikutan tulisan menerusi kolumnya yang disiarkan akhbar Bahasa Mandarin pada 10 Februari lalu.

Dalam artikel yang diterbit akhbar harian Kwong Wah Yit Poh itu, beliau dilapor menuduh Datuk Seri Najib Razak mempunyai agenda peribadi dalam kes liwat membabitkan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ng yang mengaku tidak bersalah diwakili peguam, Ramkarpal Singh Deo, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani.

Hakim Ibrahim Osman menetapkan 8 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan menetapkan Ng dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan seorang penjamin.

SUMBER

Monday, 6 July 2015

UMNO PERAK MALUKAN TUN M !!!




Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang bermesyuarat pada semalam memandang serius perkembangan muktakhir yang bersifat serangan terancang dan bertali arus kepada kepimpinan parti dan negara. 

Tuduhan-tuduhan keterlaluan ini bertujuan untuk menjejaskan kepercayaan rakyat kepada parti dan negara serta usaha untuk mensabotaj ekonomi negara dengan memberikan imej negatif kepada kerajaan dan kepimpinan di kalangan para pelabur.

Sehubungan itu Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berpendirian sudah sampai masanya tindakan perundangan diambil terhadap pihak-pihak terbabit yang terus menerus menyebarkan laporan mengelirukan dan berniat jahat. 

Justeru, Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak menyokong pendirian Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang terbabit. 

Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berpendirian, segala tuduhan dan laporan yang diterbitkan perlu disiasat secara terperinci dan telus bagi menjamin kewibawaan dan integriti kepimpinan, kerajaan dan parti. 

Sesuai dengan pendirian Perdana Menteri yang mendukung tinggi ketelusan, siasatan pasukan khas yang melibatkan Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di bawah seliaan Peguam Negara, diharapkan dapat merungkai permasalahan dan menjernihkan suasana. 

Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak turut mendesak (BACA SETERUSNYA)




Wednesday, 27 March 2013

NEW SUNDAY TIMES PON TIBAI ANWAR BERAHIM !!!





Siapa yang tidak kenal dengan Tun Daim Zainuddin? Satu nama yang besar juga merupakan tokoh ekonomi negara, suatu ketika dahulu. Walaupun Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah berkali-kali cuba untuk menjejaskan imej dan kredibiliti beliau namun ternyata mantan Menteri Kewangan itu mempunyai khalayak penyokongnya yang tersendiri.

Malah sehingga kini, beliau dikatakan masih disegani oleh masyarakat dan pendapat yang diberikan sering dijadikan sumber rujukan. Malah Tun Daim juga terkenal dengan polisi ‘pinjam daripada dalam negeri dan biarkan wang itu berkitar semula untuk dalam negeri’.

Atas faktor tersebut, maka bukanlah sesuatu yang mustahil apabila akhbar arus perdana New Sunday Times dan Berita Minggu telah menjemput beliau untuk membicarakan mengenai politik tanah air ketika ini, walaupun telah lama bersara sebagai ahli politik.

Di dalam wawancara tersebut, beliau telah melahirkan rasa bimbangnya tentang keselamatan dan kesejahteraan negara sekiranya Anwar menjadi PM. Ini kerana menurut beliau, Ketua Umum PKR itu dipercayai akan mengucar-kacirkan negara. Ia berdasarkan kepada kemampuan Anwar yang tidak arif dalam bidang ekonomi dan sentiasa memerlukan orang lain untuk memberitahu apa yang perlu difikirkan dan dilakukan.

"Saya percaya beliau (Anwar) akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya.

Apa yang lebih membimbangkan ialah, apabila Tun Daim membayangkan kecenderungan Anwar untuk mengikut telunjuk Amerika Syarikat sekiranya pakatan pembangkang itu memenangi Pilihan Raya 2013 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Malah menurut beliau lagi, ia berdasarkan kepada sikap Anwar sendiri yang suka dikaitkan dengan kuasa-kuasa Barat seperti Eropah, Amerika dan Australia.

“Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia. Beliau cuba dapatkan sokongan Australia untuk mengutuk pilihan raya kita tidak adil. Beliau bercakap tentang Arab Spring tetapi bukan melalui revolusi sebaliknya menerusi peti undi,” jelas Tun Daim.

Ketika ditanya mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tokoh ekonomi itu menegaskan bahawa Najib adalah calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim.

"Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri."



Sunday, 24 March 2013

MAT SABU DI SAMPUK WANITA MISTERI, PM LANCAR KIT #JOMBERTINDAK.. JOM REGISTER!!! #rempuh243 #jomsokongbn






Menarik dan satu pendekatan yang lain dari lain. Itulah antara maklumbalas yang diterima apabila soal selidik yang diadakan secara rambang berhubung kit tindakan ‘Jom Bertindak’ yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman web 1Malaysia.


Kit Tindakan itu adalah merupakan peralatan asas kepada pengundi sebagai persedian untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang dijangkan akan diadakan tidak lama lagi. 



Antara peralatannya ialah sebuah buku berguna yang menyediakan tip-tip mudah tentang panduan mengundi, pin kolar, pen dan beberapa pelekat yang menarik.


Yang paling penting, kit tindakan tersebut diedarkan secara percuma dan pengunjung blog hanya perlu mendaftar di Jom Bertindak.
Ayuh kita war-warkan kepada seluruh masyarakat untuk turut sama mendaftar dan mendapatkan kit tindakan ini.




Member BSK