Jumlah Pengunjung

Saturday, 26 August 2017

BIADAP.. INDONESIA BUAT KONSERT DANGDUT DEPAN MASJID!!!


Masjid merupakan tempat ibadah untuk umat Islam dan ianya merupakan satu tempat suci kerana dianggap sebagai 'rumah Allah'. Namun, baru-baru ini viral di media sosial satu konsert dangdut diadakan di perkarangan sebuah masjid di Tasikmalaya di Jawa Barat, Indonesia. 

Beberapa keping gambar konsert dangdut itu menjadi viral dan mengundang kritikan dari netizen Indonesia. 

Menurut Jawa Pos dan myMetro Online, konsert itu diadakan pada Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun ke-385 bandar berkenaan. Selain penyanyi dangdut itu beberapa artis termasuk Mulan Jamela turut membuat persembahan.



Selepas menerima banyak kritikan Datuk Bandar Tasikmalaya, Ruzhanul Ulum meminta maaf kerana menjadikan perkarangan masjid sebagai tapak konsert.

“Saya meminta maaf sekiranya tempat ini dianggap kurang sesuai. Kami terpaksa menggunakan tempat ini kerana tiada lokasi yang sesuai,” jelasnya. 

Alasan tersebut agak tidak masuk akal kerana sudah jelas masjid adalah tempat dimana umat Islam beribadah dan sudah tentu ianya mencemarkan kesucian rumah Allah.

Sumber- Kaki Share

No comments:

Post a comment

Member BSK