Jumlah Pengunjung

Showing posts with label #KAJANG. Show all posts
Showing posts with label #KAJANG. Show all posts

Friday, 14 March 2014

PANAS... PERTEMUAN SULIT PEMIMPIN PKR TERDEDAH ???



KUALA LUMPUR – Satu pertemuan sulit antara beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli mereka didakwa diadakan di Sandakan, Sabah beberapa hari lalu bagi menjatuhkan reputasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pertemuan tersebut didakwa bertujuan menarik sokongan ahli-ahli PKR Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu diyakini akan mengambil alih jawatan Abdul Khalid selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Menurut sumber, pertemuan tertutup yang diadakan di sebuah hotel sehari sebelum Anwar dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan kerana kes liwat itu juga adalah untuk memastikan ahli PKR memberi sokongan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika berceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Kampung Sri Jambu, Kajang di sini malam ini berkata, pertemuan tersebut dijadikan medan untuk pemimpin PKR yang hadir menghentam Abdul Khalid secara habis-habisan.

“Mereka memburuk-burukkan (Abdul) Khalid walaupun dia masih lagi Menteri Besar mereka yang sah.

“Pada saya, apa yang berlaku ini adalah satu masalah besar dalam PKR dan pimpinan pakatan rakyat, mereka sanggup datang ke Sandakan untuk melakukan perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Musa yang ditemui selepas ceramah itu enggan mengulas lebih lanjut, namun mengesahkan berlaku pertemuan tersebut. (baca seterusnya)




Thursday, 13 March 2014

DALANG BOMOH MH 370 TELAH DI KENAL PASTI !!!



Macam-macam hal sekarang ni sejak kehilangan kapal terbang MAS MH370. Yang nak membantu ada pelbagai cara dan halnye, dan yang aku pelik baru-baru ni ada la pulak bomoh datang di KLIA. Memang cerita bomoh ni nampak bodoh, tapi bagi aku bukan saja nampak bodoh, malahan bagi aku memang bodoh pon. 

Kita sedia tahu di KLIA sekarang sudah menjadi tempat tumpuan dunia dan ada pelbagai wartawan dari seluruh dunia sedang berkumpul disana untuk menanti maklumat terkini tentang kehilangan misteri kapal MAS. 

Dari kesempatan yang ada inilah tiba-tiba muncul mangkuk ayun yang mengaku raja bomoh dunia kononnya dia mampu membantu mengesan dimana kedudukan kapal tersebut. Daripada cerita sedih sekarang ni dah jadi cerita lawak pulak, semuanya di sebabkan oleh sketsa bodoh yang telah di pamerkan oleh bomoh penipu ni.

Memang sedari awal lagi aku mensyaki ada sesuatu yang cuba di sembunyikan oleh bomoh bangang ni, dan ternyata jangkaan aku tepat. Siapa yang nak buat kerja bodoh ni melainkan ada tujuan yang tersembunyi. Selepas saja kelakuan bodoh dari bomoh tersebut tiba-tiba sahaja kita di kejutkan dengan cerita yang mengatakan bahawasanya bomoh tersebut di hantar oleh pemimpin UMNO. Gila punya tuduhan bagi aku yang di terima oleh kerajaan sekarang ni, ternyata ada muslihat politik di sebalik peristiwa bodoh tersebut.

Kini UMNO yang dipersalahkan oleh pihak pembangkang. Aku dan kawan-kawan aku rasa terpanggil untuk mencari siapa sebenarnya bomoh penipu ini, dan jawapannya telah kami temui... jawapannya ada pada gambar di bawah....






Dibawah ini aku lampirkan komen tentang perbuatan bodoh bomoh ini dari Exco Pemuda UMNO Malaysia Ustaz Fathul Bari.


PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius pembabitan bomoh dalam usaha mencari pesawat MAS yang hilang sejak Sabtu lalu.

"Mohon Jakim memandang serius isu penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370 pelbagai versi.

"Ada tikar terbang zam-zam ala kazam, labu, kelapa, teropong, bubu dan sebagainya," katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) gempar seketika dengan kemunculan seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MAS penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.

Terbaru, KLIA lagi sekali digemparkan dengan penyebaran gambar dengan kehadiran sekumpulan tiga lelaki memakai sut lengkap untuk memulakan ritual mengesan pesawat tersebut.  (SUMBER)





Wednesday, 26 February 2014

PADAN MUKA PRESIDEN PAS DARI ANWAR IBRAHIM !!!



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan menghadapi tekanan pihak tertentu bagi menjatuhkan maruah dan merosakkan imejnya.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa, ada pihak mengambil kesempatan berikutan notis penghakiman ingkar yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu terhadap Abdul Hadi semalam.
"Saya percaya keperibadian beliau kental dan tidak tergugat dengan tekanan seperti ini.

"Namun saya menyarankan agar semua anggota parti mengadakan solat dan munajat memohon dimudahkan urusan dan Pas serta Presidennya terhindar daripada perancangan tidak bertanggungjawab pihak tertentu dan sikap jahat mereka," katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Exco Dewan Pemuda Pas, Mohamad Zawawi Abu Hasan menerusi laman sosial Facebooknya secara ringkas menyifatkan tindakan saman terhadap Abdul Hadi sebagai 'fitnah besar'.






SEKOLAH PONDOK ISLAM HARAMKAN MENGUNDI ANWAR !!!



KOTA BHARU 25 Feb. - Suara Ulama Pondok Kelantan (Suara Pondok) meminta pengundi Dewan Undangan Negeri Kajang memilih pemimpin atau wakil rakyat yang berdedikasi, mempunyai integriti, telus, adil serta amanah dalam menunaikan mandat rakyat berdasarkan syariat agama.

Ketua Penerangannya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff (gambar) menegaskan, sehubungan itu pihaknya membuat ketetapan melarang pengundi DUN itu daripada mengundi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang 23 Mac ini.

"Adakah Anwar menepati ciri-ciri itu? Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berasa bimbang jika sekiranya memilih orang yang tidak mempunyai ciri-ciri sedemikian menjadi pemimpin," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

PRK DUN Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Chin Cheh mendapat 19,571 undi untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Lee Ban Seng yang menerima 12,747 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 23 Mac ini manakala penamaan calon pada 11 Mac.
Tambah Mohd. Syamsul, dalam konteks perjuangan politik, Anwar tidak pernah menyediakan kemudahan yang sepatutnya, sebaliknya hanya mengelirukan rakyat menerusi janji-janji tidak mampu ditunaikan.

"Malah, dalam perkara menyentuh sensitiviti agama terutama dalam isu kalimah Allah, beliau hanya mengambil sikap berdiam diri, tidak pernah menunjukkan ketegasannya bagi mempertahankan isu tersebut," katanya.





SUMBER


Member BSK