Jumlah Pengunjung

Showing posts with label 226. Show all posts
Showing posts with label 226. Show all posts

Monday, 24 June 2013

TINGGAL BERAPA KERAT JE YANG TIDUR DALAM KHEMAH !!! KESIAN...




Sebahagian kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di sini bersurai setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis dua jam untuk mengosongkan kawasan tersebut manakala selebihnya masih berdegil dan tidak berganjak.
 
Kira-kira 150 orang yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk meninggalkan kawasan itu, hanya bertindak menurunkan struktur khemah sahaja.
Seorang daripada kalangan yang berkhemah di situ yang hanya ingin dikenali sebagai Hashim, 49, berkata dia mengambil keputusan untuk bersama dengan penyokong lain walaupun keadaan cuaca berjerebu.

Tinjauan Bernama sehingga 4.30 petang semalam mendapati masih terdapat kira-kira 30 buah struktur khemah ditempatkan di kawasan Padang Merbok.
Pada pukul 3.50 petang kelihatan beberapa buah kenderaan DBKL bersama anggota penguatkuasa tiba di padang itu bagi mengambil tindakan dan memantau keadaan di kawasan sekitar.

DBKL mengeluarkan notis dua jam pada 10.15 pagi semalam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok untuk mengosongkan kawasan itu.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard berkata kira-kira 100 buah khemah didirikan di kawasan Padang Merbok selepas perhimpunan Black 505 semalam.
Katanya seramai 246 orang bermalam di Padang Merbok itu. - BERNAMA






Sunday, 23 June 2013

PERHIMPUNAN NIAT BUNUH ANGGOTA POLIS GAGAL !!!




Perhimpunan haram anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diuar-uarkan sebagai kebangkitan rakyat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PR-13) ternyata gagal apabila dihadiri hanya kira-kira 20,000 orang.

Jumlah kehadiran peserta yang berhimpun di tujuh lokasi sebelum berarak ke Padang Merbok ternyata jauh daripada sasaran pemimpin pembangkang iaitu 500,000 orang.

Berikutan keadaan itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa memberi alasan bahawa ia berlaku kerana masalah jerebu yang melanda ibu negara.

Bagaimanapun alasan Anwar itu ternyata sekadar untuk menutupi kegagalan pakatan pembangkang semata-mata kerana sebahagian besar peserta mula meninggalkan lokasi utama di Padang Merbok seawal pukul 4 petang iaitu sebelum beliau berucap.

Kegagalan untuk menarik lebih ramai peserta menyertai perhimpunan itu dikatakan berlaku berikutan perasaan kecewa penyokong-penyokong pembangkang yang berasa dipermainkan apabila pemimpin-pemimpin mereka membuat keputusan untuk menghadiri majlis angkat sumpah anggota Parlimen.

Tindakan itu dilihat bertentangan dengan kenyataan mereka sebelum ini bahawa PRU-13 dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) melalui penipuan.

Kekecewaan itu diluahkan oleh sesetengah peserta yang berkhemah di padang berkenaan apabila mereka memaparkan tulis mengkritik sikap hipokrit pemimpin-pemimpin pembangkang.

Berikutan itu juga ia memungkinkan jumlah kehadiran peserta di tujuh lokasi yang ditetapkan oleh penganjur mengecewakan mereka.

Sebagai contoh, tinjauan Mingguan Malaysia di pekarangan Universiti Malaya (UM) yang tersenarai sebagai salah satu lokasi berhimpun peserta hanya disertai kurang daripada 300 penyokong mahasiswa dan golongan muda.

Keadaan itu jelas menunjukkan mahasiswa tidak termakan pujuk rayu dan provokasi pembangkang diketuai Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin supaya mereka menyertai perhimpunan berkenaan.

Di enam lagi lokasi, situasi juga sama biar pun ia dimulai dengan ucapan oleh beberapa pemimpin pembangkang termasuk Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Selain itu, kebijaksanaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keadaan dengan menempatkan jumlah minimum anggotanya memungkinkan hasrat sesetengah peserta untuk melakukan provokasi dengan tujuan mencetuskan huru-hara terbantut.

Bagaimanapun perhimpunan itu tetap menyaksikan sikap biadab sesetengah peserta apabila mereka bukan sahaja membawa sepanduk memaki hamun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi juga pemimpin negara dan media arus perdana.







POLIS SEDANG GIAT MENCARI KUMPULAN YANG MEMUKUL PEGAWAI DBKL !!!




Polis sedang memburu kumpulan yang terlibat mencederakan dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa perhimpunan haram di Padang Merbok di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, sekumpulan peserta dipercayai daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia menyerang dua anggota terbabit ketika cuba menghalang kumpulan itu untuk mendirikan beberapa buah khemah.

"Keadaan menjadi kecoh dan anggota DBKL itu telah dikasari dan dipukul," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menasihatkan orang ramai tidak menyertai perhimpunan hari ini setelah pihaknya mendapat maklumat yang pihak penganjur mengarahkan semua peserta perhimpunan mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa.










PAS PERBODOHKAN HUKUM HUDUD PADA ANAK MUDA !!!





Ramai org pas menuduh umno tolak hudud.. Menolak hudud umpama menjatuhkan diri menjadi kafir atau murtad !

Mereka juga menuduh umno mengatakan hudud itu kejam dan tidak adil.. Tapi mereka lupa bahawasanya umno maksudkan hudud ala pas bukan hudud islam yang adil..

Tiada sesiapa pun blh menolak hudud islam. Umat islam wajib brusaha melaksanakan tanpa ragu2.. Usahakan supaya suasana menjadi kondusif, usahakan supaya dap mca mic gerakan menerima hudud secara bsama..

Hudud dizaman rasullullah saw adalah plaksanaan hudud contoh org kristian, yahudi menerima hukum hudud. Ini adalah kerana taurat dan injil hukum adalah lebih kurang sama dgn hudud. Maka akan muncul lah keadilan dlm pelaksanaan hudud pada ketika itu..

Tapi adakah plaksanaan hudud di malaysia dpt dilaksanakan dgn adil.. Org kafir x menerima hudud. Hanya umat islam menerima hudud. Adakah sama hukuman nya diatas plaksanaan dua2 undang ? Adakah manusia mendapat keadilan ?

Inilah yang dikatakan hudud ala pas yang kejam dan zalim..

Nasihat aku marilah kita bersatu. Tunjuk kan tauladan yang baik. Majukan lah majoriti umat islam. Disaat itu isyallah semua akan terima hudud dan barulah keadilan islam tercapai. Isyallah..













Member BSK