Jumlah Pengunjung

Monday 24 June 2013

TINGGAL BERAPA KERAT JE YANG TIDUR DALAM KHEMAH !!! KESIAN...




Sebahagian kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di sini bersurai setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis dua jam untuk mengosongkan kawasan tersebut manakala selebihnya masih berdegil dan tidak berganjak.
 
Kira-kira 150 orang yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk meninggalkan kawasan itu, hanya bertindak menurunkan struktur khemah sahaja.
Seorang daripada kalangan yang berkhemah di situ yang hanya ingin dikenali sebagai Hashim, 49, berkata dia mengambil keputusan untuk bersama dengan penyokong lain walaupun keadaan cuaca berjerebu.

Tinjauan Bernama sehingga 4.30 petang semalam mendapati masih terdapat kira-kira 30 buah struktur khemah ditempatkan di kawasan Padang Merbok.
Pada pukul 3.50 petang kelihatan beberapa buah kenderaan DBKL bersama anggota penguatkuasa tiba di padang itu bagi mengambil tindakan dan memantau keadaan di kawasan sekitar.

DBKL mengeluarkan notis dua jam pada 10.15 pagi semalam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok untuk mengosongkan kawasan itu.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard berkata kira-kira 100 buah khemah didirikan di kawasan Padang Merbok selepas perhimpunan Black 505 semalam.
Katanya seramai 246 orang bermalam di Padang Merbok itu. - BERNAMA






No comments:

Post a Comment

Member BSK