Jumlah Pengunjung

Showing posts with label Ahmad Hurairah. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Hurairah. Show all posts

Wednesday, 13 March 2013

Nik Aziz Menangis Di Rumah Pejuang Yang Telah GUGUR...!!!






Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menziarahi keluarga Allahyarham, Prebet Ahmad Farhan Ruslan, anggota tentera yang terkorban dalam kemalangan jalan raya ketika mengiringi konvoi menghantar bekalan makanan kepada pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah, semalam, Arwah amat berminat menyertai tentera. 

Bapa saudaranya, Mohd Zaki Ghani, 47, berkata Allahyarham menyertai pasukan tentera dua tahun lepas sebagai mewarisi pekerjaan bapanya, Ruslan Hassan, 50, seorang pesara tentera.



"Arwah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang ketenteraan sejak kecil lagi sebab itu dia amat bersemangat menyertai gerakan dalam operasi itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh, di sini malam ini.

Itu yang diceritakan pada Tok Pa semasa kunjungan majlis bacaan yassin serta tahlil untuk arwah. Pada majlis itu Tok Pa turut menyampaikan sumbangan wang ehsan sebanyak RM10,000.



Ramai Orang Bertanya :  dimana Tuan Guru Nik Aziz ? Adakah sibuk menyambut hari jadi Kalpal Singh lagi. Bukan hendak menyalahkan sesiapa akan tetapi Anak Kelantan yang terkorban dan mati Syahid takkan masih sibuk nak berpolitik lagi...






TERKINI... JENAZAH TETERA Yang Telah Gugur Selamat Sampai Di Lapangan Terbang Subang !!!




JENAZAH DUA ANGGOTA TENTERA GUGUR DI LAHAD DATU TIBA DI PANGKALAN TUDM SUBANG.


Petaling Jaya, 13 Mac - Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Operasi Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah.

Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu. 

Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Feb.

Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam yang turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati.- BERNAMA




Member BSK