Jumlah Pengunjung

Showing posts with label semporna. Show all posts
Showing posts with label semporna. Show all posts

Monday, 1 April 2013

SAH...ANAK KIRAM PENGIKUT SETIA ANWAR !!!




Memang SAH... Jacel Kiram jadi follower twitter Anwar Ibrahim! Musykil kan! Atau secara kebetulan atau sebagai peminat biasa kepada Raja Penipu Dunia Sekelian Alam ini. Mungkin ada yang akan bertanya, mengapa isu jadi follower twiiter mahu dijadikan isu politik ? Banyak sebab! Kadang-kadang sesuatu perkara yang terjadi adalah dirancang. Jarang sekali secara kebetulan. Banyak kaitan antara Anwar dan Sulu yang telah dibongkar sebelum ini. So! Tidakkah isu follower twitter Jacel Kiram - Anwar secara yang dirancang?

Dengan media sosial khususnya twitter yang dimaksudkan, segala perhubungan dan arahan menjadi lebih pantas dan cepat melalui Direct Message (DM). Apa yang berada di dalam isi kandungan DM antara mereka berdua, tidak diketahui! Tak gitu?

Cuba korang baca cerita Gelombang WangsaMaju dibawah,

Mengapa Jacel begitu berminat mengikuti Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR yang sudah semakin galak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Musykil, Musykil dan Musykil ...

Apakah Jacel Kiram mahu mengambil hati Anwar Ibrahim, dan bakal menabalkannya menjadi 'Princess of Sabah' dalam sebuah kerajaan autonomi sekiranya pembangkang berjaya memerintah Malaysia nanti?

Perlu diingat, Anwar Ibrahim adalah MAKHLUK yang menawarkan kerajaan autonomi Sabah kepada pengganas Jamalul Kiram III.

Cukup menghairankan kerana Jacel Kiram mejadikan Anwar Ibrahim, SATU-SATUNYA, ahli politik di dunia ini yang diikuti melalui twitter.

Bukankah ini suatu PETANDA JELAS mereka ini boleh dikaitkan mempunyai matlamat dan perancangan yang sama dalam peristiwa pencerobohan pengganas Jamalul Kiram III di Sabah?

Lebih menarik lagi, Jacel Kiram pernah disiarkan dalam media Filipina menaiki jet peribadi entah milik siapa.

Cukup musykil ... Bagaimana puteri kesayangan pengganas Jamalul Kiram III secara tiba-tiba mampu menaiki dan menyewa sebuah jet peribadi, walhal Jamalul Kiram III mendapatkan rawatan dialisis hasil ehsan Jabatan Kebajikan Filipina.

Monday, 25 March 2013

TERKINI..4 LAGI PENGGANAS BERJAYA DI TEMBAK MATI !!! #rempuh243 #jomsokongbn

ANGGOTA tentera mengangkat mayat individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas Kiram yang ditembak dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu untuk dihantar ke hospital hari ini.



Empat individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram mati ditembak setelah menyerang pasukan keselamatan yang sedang menjalankan operasi penggeledahan dan pembersihan di Kampung Tanjung Batu di sini hari ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, individu yang ditembak terdiri daripada seorang lelaki dan perempuan dewasa serta dua kanak-kanak, masing-masing lelaki dan perempuan.

Beliau bagaimanapun berkata, dalam pertempuran pada pukul 9.45 pagi itu, seorang anggota pasukan keselamatan tercedera di paha kanan akibat terkena tembakan semasa memasuki sebuah rumah tempat kumpulan itu bersembunyi.

"Terdahulu, pasukan keselamatan bertempur dengan dua pengganas Kiram yang berada dalam sebuah rumah di kawasan tersebut sebelum mereka melarikan diri ke sebuah rumah berdekatan.

"Pasukan keselamatan menggempur rumah itu dan hasil pemeriksaan lanjut menemukan empat mayat tersebut. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai kecuali sedikit bekalan makanan yang disimpan dalam rumah berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Zulkifeli berkata, pihaknya juga menemukan seorang lagi kanak-kanak tercedera di tempat kejadian dan dia telah dihantar ke Hospital Sandakan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Jelas beliau, pihaknya percaya kesemua yang ditembak selain daripada pengganas itu adalah individu yang bersubahat dengan kumpulan tersebut.
"Ini berdasarkan arahan pasukan keselamatan sebelum ini kepada penduduk Tanjung Batu supaya keluar dari kawasan operasi semasa kumpulan pengganas Kiram itu menceroboh Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu.

"Keempat-empat mayat itu dibawa keluar dari kawasan operasi bagi tujuan bedah siasat. Termasuk yang ini (ditembak hari ini), jumlah mayat yang ditemukan sehingga kini adalah 67 orang," katanya.


PENEMBAK TEPAT SULTAN SULU DI TEMBAK MATI !!! #rempuh243 #jomsokongbn




Pihak keselamatan negara yakin tiada lagi penembak tepat dalam kalangan pengganas Kiram di kawasan pencerobohan di daerah ini.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, tentera terlatih daripada pihak musuh itu dipercayai telah mati ditembak atau melarikan diri.

Sementara itu katanya, dalam operasi di Tanjung Batu, pihak keselamatan menembak mati empat individu, dua dewasa lelaki dan wanita, serta dua kanak-kanak.
Tambahnya, seorang anggota tentera mengalami kecederaan di paha.



Thursday, 21 March 2013

PENGAKUAN PENGGANAS TENTANG PENGLIBATAN ANWAR IBRAHEM DI LAHAD DATU !!!




Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.
Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.

Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.
Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.

Sementara itu, Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.

Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.

Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.

Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan straight jacket seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk.

Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.
Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.

Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.
Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan nothing to say (tiada apa yang hendak dicakapkan).
Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.

Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.
Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin.

Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.
Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.

Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.
Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi. - BERNAMA


KOMANDO 69 MALAYSIA DATANG RUMAH JAMALUL KIRAM III ???



Dakwaan Jacel Kiram kononnya sepasukan komando tentera Malaysia kini berada di Filipina untuk membunuh bapanya, Jamalul Kiram III disifatkan sebagai cerita dongeng.

Sambil menafikan tuduhan itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, dakwaan tersebut hanya dibuat bagi mensensasikan isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Sabah.

Malah, katanya, tindakan Jacel itu disifatkan amat tidak bertamadun, terdesak dan berniat jahat bertujuan menimbulkan kebencian rakyat Filipina terhadap Malaysia.Menurut beliau, dakwaan kononnya seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat kolonel bernama Sunny Ng, mengakui merancang membunuh Jamalul juga tidak berasas kerana individu berkenaan tidak wujud dalam perkhidmatan ATM.

"Dalam sejarah Malaysia yang penuh berliku seperti menghadapi zaman konfrontasi dan pengganas komunis, kita sebagai sebuah negara berdaulat dan bertamadun tidak pernah sekali pun menjalankan 'operasi gelap' seperti itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Jacel kononnya seorang peguam Filipina, Mario Lozada memfailkan afidavit mengenai rancangan pembunuhan itu di Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) negara tersebut hari ini seperti disiarkan portal Global Nation Inquirer.

Menurut Jacel, Lozada telah bertemu Sunny Ng di Restoran Genting Palace, kompleks kasino Resorts World Pasay City Isnin lalu dan Sunny memaklumkan Lozada mengenai rancangan pembunuhan itu.

Abdul Latiff memberitahu, Malaysia turut menunggu hasil siasatan NBI Filipina mengenai perkara itu dan sekiranya dakwaan tersebut benar, Jacel dan Lozada perlu tampil dengan fakta kukuh bagi membuktikan dakwaan tersebut.

"Tetapi Jacel harus ingat, segala dakwaan atau cerita dongeng yang disampaikannya kepada media Filipina tidak akan sesekali merencatkan Ops Daulat yang dijalankan Malaysia untuk membersihkan saki-baki pengganas kumpulan Kiram di Sabah" tegasnya 



TERKINI...ANWAR ARAH ORANG UPAHANNYA BUNUH AZZUMUDIE ???




Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri.

Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya.

Kepungan oleh pasukan Perajurit Negara telah membunuh semangat mereka. Semangat pengawal elit Azumudie jatuh menjunam kerana perancangan awal mereka semuanya tidak menjadi.

Sebelum kematian Azumudie, diberitakan kepada kami bahawa pengawal elit Azumudie terlebih dahulu menembak mati anggota-anggota mereka yang belot dan ingin menyerah diri. 

Terdapat banyak kubur-kubur besar dan sederhana besar dipenuhi mayat-mayat mereka, sama ada mati semasa pertempuran atau mati kerana dibunuh oleh mereka sendiri.

Segala Mitos kononnya Azumudie boleh berjalan di atas air laut menyeberangi lautan ke pulau-pulau di selatan Filipina hanya kepercayaan kurafat. Semuanya tidak menjadi.

Sehingga kini tiada siapa tahu di mana mayat Azumudie. Sama ada dia telah ditanam di mana-mana kawasan hanya diketahui oleh 60 pengawal elitnya yang kini berpecah-pecah menjadi kumpulan kecil 10 dan 15 orang.

Jika sumber kami ini benar, maknanya Perang ke atas pengganas Kiram sudah sampai ke kemuncaknya. Perjuangan mereka sia-sia sahaja.

SALAH PERKIRAAN

Rancangan Pengganas Azumudie ialah, apabila dibubarkan sahaja Parlimen pada 28 Februari 2013 atau 1 Mac 2012, mereka akan melakukan serang hendap ke atas kedudukan strategik seperti Balai Polis Lahad Datu dan Balai Polis Semporna. 

Rancangan asal mereka ialah untuk mencolek seberapa banyak tokoh-tokoh politik untuk dijadikan tebusan dalam tuntutan mereka kelak. 

Pada 19 Februari 2013, mereka mula menaikkan bendera kononnya kerajaan Jamalul Kiram di pesisir Kg. Tandou, Tg. Batu, Tg. Labian dan sekitar Sungai Nyamuk. Mereka mula berlatih berkawad. 

Namun begitu, berlaku kesilapan apabila Parlimen tidak dibubarkan pada masa mereka mendarat.

Di pihak Anwar, kesilapan turut berlaku bila mana Rancangan Anwar mahu melihat Porak-Peranda berlaku di Lahad Datu menjelang Pembubaran Parlimen pada 1 Mac 2013 tidak menjadi.

Anwar mendapat maklumat yang tidak tepat tentang tarikh pembubaran parlimen.

Anwar tahu, untuk berkuasa beliau mesti Menghuru-harakan Sabah kerana Sabah merupakan Fix Deposit BN. Anwar tahu jika PRU13 Digantung di Sabah, Anwar yakin untuk menang di Semenanjung.

Perancangan Anwar semakin parah apabila Presiden Filipina dan Agensi Risikan Filipina menemui Bukti pembabitan Anwar dalam insiden di Lahad Datu. Ianya merupakan proses "give and take" dan "win-win situation" antara pihak ANwar dengan pihak Jamalul Kiram (melalui Nur Misuari).

Kesilapan semakin besar apabila, orang kanannya Tian Chua melakukan Kesilapan awal bilamana memperolok dan memperlekeh insiden di Lahad Datu sebagai "Sandiwara". Malang kepada mereka, apabila hari ini di mana saja Tian Chua pergi Rakyat Bangun menentangnya dan menghalaunya.




Wednesday, 20 March 2013

PENGAKUAN SEMPOI... ADA AHLI PAS HAMPIR DI LIWAT ANWAR !!!




Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menasihati kepimpinan Ulama Pas mengambil keputusan tegas untuk Pas meninggalkan Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, Pas boleh berjuang berseorangan atau berganding dengan badan-badan politik dan bukan politik yang lain yang membawa mesej mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu dalam rangka terus membangunkan negara ini.

“Seperti yang diketahui Pas melalui Majlis Syura Ulama tidak menamakan  Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya PR berkuasa.

“Penolakan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri mungkin pada asasnya adalah berpunca daripada penglibatan beliau secara berterusan dalam beberapa insiden tidak bermoral dan sebahagiannya telah dibawa ke mahkamah dan sudah pun diberikan keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi penyebaran gambar perlakuan intim seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar yang tersebar di internet baru- baru ini. Hasan berkata, masyarakat dan pimpinan komponen parti dalam PR terutama Pas menyuarakan rasa muak terhadap perilaku didakwa Anwar itu.

 “Sebahagian anggota masyarakat merasakan setakat ini adalah lebih bijak bagi Anwar menumpukan tindakan membersihkan masalah peribadinya “Penglibatan beliau dalam politik yang terus menerus menggunakan Pas dan DAP serta konco-konconya untuk membolehkan beliau mencapai hasrat menjadi Perdana Menteri tidak dilihat sebagai sesuatu yang baik untuk diri, keluarga, perjuangan politik beliau dan negara,” katanya.

Malah, katanya, dijangkakan lebih banyak masalah akan timbul sama ada dalam kalangan PR itu sendiri atau rakyat yang menjadi pengundi sekiranya beliau terus aktif memimpin PR. “Beban moral Anwar Ibrahim semakin hari semakin berat untuk dipikul oleh PAS. “Sebelum nasi betul-betul menjadi bubur, eloklah sekiranya Kepimpinan Ulama Pas menimbangkan untuk mengambil satu lagi keputusan tegas untuk parti Islam itu meninggalkan PR,” katanya.




Tuesday, 19 March 2013

TERKINI...AMARAN UNTUK MEMBUNUH TIAN CHUA DI KELUARKAN !!!




Sandiwara Sulu:  Tian Chua Perlu Jelaskan Pada Penduduk Lahad Datu

Menuduh sesuatu sebagai ‘sandiwara UMNO’ merupakan ayat ‘standard’ Pakatan Rakyat bagi melepaskan diri apabila terbelit perangkap sendiri.   Ayat ini digunakan tanpa mengira tempat dan keadaan, termasuk dalam isu kedaulatan negara serta nyawa manusia.  Seolah-olah, seluruh kejadian alam ini adalah berkisar kepada politik sempit UMNO-PAS atau BN-PR semata-mata.  

Tragedi berdarah Sauk suatu ketika dahulu yang menyaksikan kumpulan pengganas AlMaunah yang termakan hasutan pembangkang bahawa kerajaan adalah kafir dan wajib ditentang, turut dituduh sebagai sandiwara semata-mata kerana enggan mengaku bahawa ia berpunca dari doktrin mereka.  

Dan kini, pencerobohan Sulu pula dituduh yang sama.  Walaupun pasukan keselamatan kita telah terkorban, malah dibunuh kejam dan disiksa oleh pengganas Sulu, tetapi puak pembangkang tetap berdegil menyifatkannya sebagai sandiwara.   

Tian Chua, Naib Presiden PKR yang menjuarai tuduhan sandiwara ini telah pun didakwa kerana beliau tetap enggan menarik balik tuduhannya dan enggan meminta maaf.   Apa yang dikesalkan lagi ialah tiada seorang pun dari pemimpin PR lain yang menempelaknya, sekali gus bermakan mereka merestui tindakannya.  

Ini menyebabkan penyokong-penyokong PR terus menggila menuduh semuanya sandiwara sambil menghina dan mengetawakan anggota keselamatan negara, termasuk yang telah terkorban di dalam laman-laman sosial mereka. 

Kita akur bahawa mereka-mereka ini adalah tergolong dalam golongan yang mabuk politik dan bingung sehingga tidak mampu melihat apa-apa lagi di luar konteks politik.  Politik sudah menjadi makanan rohani bagi mereka sehingga nyawa juga sudah tidak punya harga.  Manakalah, Putrajaya yang ingin dilelong mereka dahulu, adalah matlamat hidup dan mati.   Syurga dan neraka pula, bagi mereka, adalah terletak pada parti mana yang disokong, dan bukan lagi kepada amalan. 

Untuk kita menghilangkan mabuk dan menyedarkan mereka dari kebingungan merupakan  sesuatu yang hampir mustahil.  Justeru, kita tiada banyak pilihan selain dari terus memberikan penjelasan selain berdoa agar suatu hari nanti mereka kembali waras dan melihat kebenaran.  

Namun, PR, khasnya, Tian Chua tidak boleh mengambil sikap lepas tangan dalam hal ini.  Tian Chua bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat Sabah, khususnya di Lahad Datu tentang apa yang dikatakannya sandiwara.  

Jika Dato’ Seri Najib telah pun turun menemui penduduk dan anggota keselamatan kita di sana, malah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir juga berusaha menjejakkan kaki ke sana demi untuk memberi semangat kepada wira-wira kita atas dasar prihatin, maka Tian Chua lebih lagi wajib ke sana bagi memberi gambaran ‘sebenar’ mengikut teorinya.  

Kita ingin Tian Chua berjumpa dengan penduduk yang terpaksa berpindah dan yang telah berhadapan dengan keganasan serta masih lagi trauma untuk memberitahu mereka bahawa ini hanya sandiwara.   Dan lebih penting, kita ingin Tian Chua berjumpa dengan pasukan keselamatan dan pertahanan negara dan beritahu mereka bahawa mereka di sana hanya untuk bersandiwara serta rakan mereka sebenarnya masih hidup.  

Jika benar ini sandiwara, Tian Chua tidak harus punya masalah untuk ke sana kerana tiada apa yang perlu ditakutkan.   Dan jika benar ini sandiwara, bukankah lebih berkesan dan memberi keuntungan kepada pembangkang sekiranya Tian Chua sendiri turun ke sana seperti yang disarankan?  

Bukankah itu yang pembangkang inginkan?  

Iaitu agar rakyat percaya bahawa kerajaan Barisan Nasional telah dengan sengaja menjemput rakan lama Anwar Ibrahim untuk menyerang negara kita bagi membolehkan PR membangkitkan isu kad pengenalan di Sabah?   Dan kononnya, kad pengenalan itu diberi kepada puak Sulu sebagai syarat untuk membolehkan BN menang di Sabah, tetapi entah kenapa BN juga tiba-tiba menyerang balas dan menghapuskan puak Sulu sebelum sempat mereka mengundi?   

Bukankah ini yang dijaja oleh penyokong pembangkang di laman-laman sosial mereka?  Bukankah ini yang Tian Chua sogokkan ke kepala mereka?  Bahawa kerajaan bersandiwara?

Justeru, kita ingin Tian Chua tunjukkan kepada dunia bagaimana puak Sulu tidak akan memenggal dan mencungkil biji mata Tian Chua walaupun beliau turun berceramah di sana kerana semua yang ditunjukkan oleh media kerajaan hanyalah sandiwara.  

Jika tidak, bagaimana Tian Chua boleh membuktikan yang beliau bercakap benar?  





SAH... KEGANASAN LAHAD DATU ANGKARA MNLF !!! Terima Kasih ANWAR BIN IBRAHIM...





Benarlah kata orang, bahawa untuk menilai seseorang kita perlu melihat kepada rakan-rakannya.   Maka, tidak hairanlah apabila Nur Misuari, Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro merujuk kepada Anwar Ibrahim sebagai ‘sahabat lama’  kerana ternyata mereka mempunyai perwatakan yang sama iaitu suka berbohong.  

Di awal kejadian pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu, dan ketika rakyat Malaysia masih terpinga-pinga, media Filipina dan agensi berita antarabangsa pantas melaporkan sumber risikan yang menunjuk kepada pembangkang Malaysia,  sebagai dalangnya.   Bertitik-tolak dari itu, kita menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim yang telah terasa cili begitu ‘bersungguh-sungguh’ menafikan laporan tersebut sehingga membawa kepada ‘parody’ “You ulang, I saman” yang menjadi popular di laman-laman sosial.  

Pendedahan tersebut dikuatkan dengan laporan risikan termasuk gambar yang menunjukkan Anwar telah membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari beberapa kali.   

Untuk itu, Anwar menjelaskan bahawa pendedahan itu tidak wajar dianggap bukti kerana bukan MNLF yang menceroboh Lahad Datu tetapi ‘tentera Sulu’.   Tidak lama kemudian, Nur Misuari sendiri membuat kenyataan  menawarkan bantuan untuk membantu kerajaan Malaysia berunding dengan pihak Sulu dan ditolak oleh Malaysia.  

Namun, perkembangan seterusnya telah membuktikan bahawa kedua-dua sahabat lama ini telah berbohong apabila ramai di antara pengganas yang ditangkap atau terbunuh telah dikenalpasti sebagai anggota MNLF.  Sebenarnya, siapapun mereka tiada bezanya iaitu pengganas kejam yang ingin merampas negeri Sabah.  

Dan hari ini kita melihat bagaimana Nur Misuari menyerlahkan warnanya yang sebenar apabila menuduh Malaysia sebagai memperalatkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), menjadi penghalang kepada usaha penyatuan bangsa Moro serta tuntutan kemerdekaan wilayah selatan Filipina.  Beliau juga turut menuduh Malaysia sebagai telah menjajah Sabah dan Sarawak.   

Beliau seterusnya mencabar Malaysia membuktikan hak ke atas kedua negeri itu melalui dokumen undang-undang.  



Justeru, siapakah sebenarnya yang menuntut Sabah?  Pihak Sulu atau MNLF?  Kenapa Nur Misuari berbohong pada mulanya?  Apakah cakap seorang pembohong dan pengganas kejam yang tidak bertamadun perlu dilayan secara diplomasi?    

Seharusnya, Nur Misuari bersyukur kerana atas usaha Malaysia akhirnya 15 juta penduduk Islam di selatan Filipina kini mampu merasai keamanan dan mendapat hak ke atas bumi yang mereka pijak dan usahakan selama ini iaitu sejak penjajahan Sepanyol pada kurun ke-17.   Perjanjian Damai tersebut telah memastikan tiada pihak yang teraniaya dan atau dipinggirkan tanpa menafikan terus kuasa kerajaan Filipina.   10 prinsip utama telah digariskan dengan intipati penting iaitu mengiktiraf Bangsamoro serta mewujudkan entiti autonomi politik di Mindanao yang membolehkan Bangsamoro mentadbir sendiri melalui sistem demokrasi dengan menggunapakai Undang-undang Asas Bangsamoro seiring dengan undang-undang negeri.    

Jelaslah bahawa Nur Misuari tidak suka kepada keamanan.  Maka tidak hairanlah beliau mengkritik perjanjian tersebut dan terus mengasak untuk menimbulkan huru-hara di mana saja peluang yang ada.  Dan Sabah adalah peluang yang terbaik baginya.  

Perjanjian British North Borneo 22 Januari 1878, menjelaskan dengan terperinci penyerahan oleh Sultan Sulu iaitu Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Jamal Al Alam Bin Sri Paduka Al Marhom Al Sultan Mohamet Fathlon, wilayah dan jajahan di Borneo daripada Sg. Pandassan di pantai barat sehingga ke pantai timur Sibuko di selatan  termasuk negeri-negeri seperti Paitan, Sugut, Bangaya, Labuk, Sandakan, Kina Batangan, Mumiang dan semua jajahan dan negeri di selatannya bersempadan dengan Teluk Farvel sehingga Sungai Sibuko dan juga semua pulau-pulau di tiga marina di sepanjang pantai dengan harga RM5,000 setahun, kini ditambah menjadi RM5,300 .   

Pada 22 Januari 1978, Sultan Sulu telah melepaskan kuasanya ke atas wilayah dan jajahan seperti yang tersebut di atas secara rasmi.   Pada 22 April 1903, satu lagi dokumen telah ditandatangani bagi menambahkan beberapa lagi wilayah yang telah tidak disebut atau tertinggal di dalam perjanjian terdahulu.  

Setelah Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada 1963, dengan persetujuan rakyatnya, maka Malaysia meneruskan pembayaran wang ‘pajakan’ terhadap Sultan Sulu sepertimana yang termeterai dalam perjanjian-perjanjian dahulu.   

Justeru, bagi Nur Misuari untuk bersuara bagi pihak Sulu dilihat sebagai sikap seorang yang gila kuasa.   Dengan percanggahan kenyataan dari pihak Sulu ditambah dengan kekeliruan mengenai waris sebenar kesultanan tersebut maka, apa yang dituntut atau disuarakan oleh Nur Misuari tidak membawa apa-apa makna kerana beliau bercakap tanpa asas dan tanpa hak yang pasti.  

Apatah lagi dengan terbuktinya kewujudan tangan-tangan asing yang menaja keganasan yang dibawa oleh Nur Misuari ke Sabah.  Ini menunjukkan bahawa tuntutan yang dibuat adalah tidak ikhlas dan mempunyai tujuan yang jauh lebih besar dari sekadar ingin merampas kembali Sabah.  

Malaysia tidak sebodoh itu untuk melihat semua ini sebagai agenda sempit sepasukan pengganas MNLF.  Tetapi, kita dapat membaca akan agenda kuasa asing untuk menguasai rantau ini melalui pihak pembangkang sama ada di Filipina mahupun di Malaysia.  

Jika benar, demokrasi yang dijulang maka, pihak yang menaja Nur Misuari pastinya bukanlah pihak yang layak bercakap tentang demokrasi.   Dan pihak mana lagi yang mempunyai begitu banyak dana untuk dilabur dan dilebur begitu saja demi cita-cita untuk menakluk dunia, jika bukan pihak yang mempunyai kaitan dengan kuasa besar dunia?   

Oleh itu, kesimpulan yang kita dapati dari episod Lahad Datu ini ialah Nur Misuari adalah alat Amerika, seperti juga sahabatnya, Anwar Ibrahim.  





Monday, 18 March 2013

Terkini !!! #LahadDatu - Pasukan Keselamatan Bertempur Dengan Pengganas Di Felda Sahabat Pagi Ini #PrayForSabah



Pasukan keselamatan sekali lagi bertempur dengan saki baki pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu, FELDA Sahabat 22, dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata dipercayai ada musuh cedera atau gugur tetapi beliau belum menerima laporan awal mengenainya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di FELDA Sahabat, di sini, sebentar tadi.




(SUMBER)

LAGI BUKTI PEMBANGKANG TERLIBAT DI LAHAD DATU !!!




Kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Gazmin dalam pertemuan itu turut menyatakan komitmen Manila untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Kuala Lumpur mengenal pasti dalang sama ada di Filipina, Malaysia atau pihak ketiga yang terlibat dalam pencerobohan tersebut.

“Beliau (Gazmin) menyatakan Filipina akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan ini. Mereka juga sedang mengumpul bukti-bukti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kem Rejimen Ketiga Artileri Diraja, Kamunting di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe; Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan Panglima Dua Briged, Brig. Jeneral Datuk Md. Dzahir Abd. Rashid.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan maklumat perisikan Filipina, aktiviti Jamalul Kiram III dibiayai pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Menurutnya, dengan keadaan kesihatan dan ketidakmampuan dalam segi kewangan, ketua kumpulan pengganas itu tidak mungkin dapat menggerakkan bala tenteranya untuk melakukan pencerobohan bersenjata di Sabah.

“Persoalannya, siapa yang membiayai senjata, penghantaran dan pembelian aset lain sehingga mengizinkan pencerobohan militan di Sabah? Bukti-bukti sedang dikumpulkan termasuklah penglibatan anak Jamalul Kiram, Jacel yang cergas bergerak berulang-alik menggunakan jet peribadi.

“Kita diberitahu bahawa ada tokoh pembangkang di negara itu yang membiayai kos perjalanan itu. Ini dipercayai mempunyai kaitan dengan usaha pembangkang yang sedang bergerak cergas dengan menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu sebagai modal politik menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Ditanya sama ada perbincangan dengan Gazmin ada menyentuh kemungkinan Jamalul Kiram III akan didakwa di Malaysia, Ahmad Zahid berkata, walaupun tiada perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara, beliau yakin, Manila akan bekerjasama memastikan pemimpin militan itu diheret ke muka pengadilan.

Pada masa sama, jelas beliau, Filipina akan mengambil tindakan undang-undang ke atas semua anggota pengganas Sulu termasuk 35 orang yang ditahan ketika cuba kembali ke Filipina dari Sabah semalam.

Portal berita Filipina, Inquirer News sebelum ini memetik sumber perisikan bahawa terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan Sabah sejak 12 Februari lalu yang akhirnya membawa kepada tragedi berdarah.

Pada 14 Februari lalu pula, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.


(SUMBER)

Sunday, 17 March 2013

Apa Salah Masyarat SIAM Terhadap Nik Aziz Ni...!!!



Kira-kira 300 orang masyarakat keturunan Siam termasuk 63 sami Buddha dari seluruh Kelantan malam tadi, mengadakan majlis doa selamat untuk kesejahteraan Malaysia berikutan pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.

Acara selama satu jam 40 minit di Wat Siam, Kampung Bunohan di sini, diketuai Pengerusi Majlis Sangkha (Sami) Negeri Kelantan Phark Vicharn Vitthukhun turut mendoakan keselamatan wira negara yang sedang berjuang mempertahan negara susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu itu.
Upacara itu dianjurkan Persatuan Wanita Siam Negeri Kelantan. - BERNAMA


TERKINI...Keluarga Jamalul Kiram antara ditahan di bawah Akta Kesalahan Kesalamatan !!!




LAHAD DATU 17 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain... di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Lt. Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Februari lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.

Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata, individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Dalam pada itu, Hamza berkata, keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan. - BERNAMA






TERKINI...Seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati !!!




LAHAD DATU 17 Mac - Seorang lagi pengganas Sulu terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, tiada anggota keselamatan tercedera dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu.


TERKINI...Pemimpin pembangkang Filipina terlibat pencerobohan Sabah ???



Kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Gazmin dalam pertemuan itu turut menyatakan komitmen Manila untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Kuala Lumpur mengenal pasti dalang sama ada di Filipina, Malaysia atau pihak ketiga yang terlibat dalam pencerobohan tersebut.

"Beliau (Gazmin) menyatakan Filipina akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan ini. Mereka juga sedang mengumpul bukti-bukti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kem Rejimen Ketiga Artileri Diraja, Kamunting di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe; Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan Panglima Dua Briged, Brig. Jeneral Datuk Md. Dzahir Abd. Rashid.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan maklumat perisikan Filipina, aktiviti Jamalul Kiram III dibiayai pihak tertentu untuk kepentingan politik.
Menurutnya, dengan keadaan kesihatan dan ketidakmampuan di segi kewangan, ketua kumpulan pengganas itu tidak mungkin dapat menggerakkan bala tenteranya untuk melakukan pencerobohan bersenjata di Sabah.

"Persoalannya, siapa yang membiayai senjata, penghantaran dan pembelian aset lain sehingga mengizinkan pencerobohan militan di Sabah? Bukti-bukti sedang dikumpulkan termasuklah penglibatan anak Jamalul Kiram, Jacel yang cergas bergerak berulang-alik menggunakan jet peribadi.

"Kita diberitahu bahawa ada tokoh pembangkang di negara itu yang membiayai kos perjalanan itu. Ini dipercayai mempunyai kaitan dengan usaha pembangkang yang sedang bergerak cergas dengan menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu sebagai modal politik menjatuhkan kerajaan," katanya.

Ditanya sama ada perbincangan dengan Gazmin ada menyentuh kemungkinan Jamalul Kiram III akan didakwa di Malaysia, Ahmad Zahid berkata, walaupun tiada perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara, beliau yakin, Manila akan bekerjasama memastikan pemimpin militan itu diheret ke muka pengadilan.

Pada masa sama, jelas beliau, Filipina akan mengambil tindakan undang-undang ke atas semua anggota pengganas Sulu termasuk 35 orang yang ditahan ketika cuba kembali ke Filipina dari Sabah semalam.

Portal berita Filipina, Inquirer News sebelum ini memetik sumber perisikan bahawa terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan Sabah sejak 12 Februari lalu yang akhirnya membawa kepada tragedi berdarah.

Selain itu, agensi perisikan Filipina secara terbuka mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendedahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah yang rapat dengannya mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan.

Pada 14 Februari lalu pula, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.




Saturday, 16 March 2013

MATI SYHID DI LAHAD DATU... PENDIRIAN PAS SEMAKIN PELIK !!!




Seorang bekas ahli Pas, Ramli Abdullah mempersoalkan keikhlasan dan pendirian parti itu yang berubah-ubah berkaitan mati syahid dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu yang sehingga kini telah mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan.

Ramli, 54, yang baru sahaja menyertai UMNO bersama-sama 80 lagi bekas ahli Pas pada 4 Februari lalu berkata, beliau pelik dengan sikap 'keluk-kelik' Pas yang sebelum ini menyokong kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua kononnya insiden di Sabah itu sandiwara kerajaan dan UMNO.

Menurutnya, pada masa sama parti berkenaan turut mempertikaikan pengorbanan kesemua pegawai dan anggota pasukan keselamatan Malaysia yang terbunuh dalam insiden itu, sekali gus menolaknya sebagai mati syahid.
Bagaimanapun, katanya, pendirian Pas itu tiba-tiba berubah apabila dua mangsa terbaharu membabitkan dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden itu kelmarin, disifatkan sebagai mati syahid.

"Sebelum ini Tian Chua kata insiden pencerobohan di Sabah adalah satu sandiwara kerajaan dan UMNO, dan Pas pula sokong kerana mereka berada dalam satu pakatan.

"Tetapi kenapa pula Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan berkata dua anggota tentera dari Kelantan yang terkorban dalam insiden itu sebagai syahid serta jihad ke jalan Allah.

"Apabila kena pada orang Kelantan sendiri, boleh pula kata mati syahid. Sebelum itu, lapan anggota keselamatan kita gugur dalam insiden serupa tidak pula kata syahid," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jerong Seberang dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas itu sebelum ini bahawa dua anggota tentera Malaysia yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah sebagai mati syahid.

Ramli yang sebelum ini bersama Pas selama lebih 30 tahun dan pernah menganggotai Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) ketika sepenggal pemerintahan Pas di Terengganu (1999-2004) kini beralih kepada UMNO setelah tidak lagi selari dengan dasar dan perjuangan Pas.

Pada 4 Februari lalu, beliau bersama-sama 80 lagi ahli Pas di Kampung Bukit Chempedak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkalan Berangan mula menyertai UMNO dan kini dilantik sebagai Ketua Penaja Cawangan UMNO Bukit Chempedak.

Ramli seterusnya berkata, Pas perlu memandang serius perkara berkaitan syahid atau jihad ke jalan Allah demi kepentingan dan perpaduan umat Islam serta mengelak timbul kekeliruan.

"Ini jelas, Pas sanggup main politik murahan dalam insiden yang berlaku di Sabah ini. Sebelum ini, pakatan kata kejadian itu sandiwara UMNO sedangkan apa yang berlaku jelas memperlihatkan Pas sebenarnya yang lebih bersandiwara terutama dalam hubungannya dengan DAP dan PKR," ujarnya.







Member BSK