Jumlah Pengunjung
Showing posts with label LIWAT. Show all posts
Showing posts with label LIWAT. Show all posts
Friday, 26 August 2016
LIWAT PELAJAR FITNAH JATUHKAN MARUAH USTAZ KAZIM!!!
IPOH – Pendakwah yang juga pemilik Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias, akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung isu pencabulan seksual yang didakwa berlaku melibatkan pelajarnya.
Tegasnya, beliau sedia menyerahkan kepada pihak berkuasa sesiapa sahaja yang terlibat, termasuk darah dagingnya sendiri, jika benar kejadian seperti dakwaan ibubapa pelajar itu.
“Kami berikrar untuk tidak berkompromi dalam apa jua, sekiranya benar insiden berkenaan berlaku.
“Kami akan menyerahkan siapa jua, sekiranya berlaku, pihak yang terlibat kepada pihak berkuasa, mengikut lunas negara, walaupun beliau adalah darah daging saya sendiri.
“Tanggungjawab kami sebagai seorang Muslim dan seorang warganegara Malaysia yang baik,” katanya yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Kazim, pada satu sidang media di sekolah tahfiz tersebut hari ini.
Bagaimanapun, beliau sekali lagi menafikan wujud kejadian liwat seperti didakwa itu di maahad tahfiz tersebut dan melibatkan seorang bekas pelajarnya.
“Saya juga ingin menegaskan bahawa kejadian liwat tersebut tidak berlaku sama sekali sepertimana yang didakwa pada peringkat awalnya.
“Dan saya menegaskan bahawa, bila siasatan dalaman kita buat, tidak berlaku kes liwat. Aduan yang datang kepada saya adalah, aduan kononnya anaknya diliwat. Dan bila kita buat siasatan, tidak berlaku seperti didakwa,” jelasnya.
Pada masa sama, Ustaz Kazim menegaskan, beliau tidak pernah melakukan ugutan terhadap bapa mangsa dengan mengatakan bahawa beliau dilindungi individu dikenali.
“Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa perkataan yang didakwa konon ada ugutan daripada saya kepada bapa mangsa. Ini merupakan satu fitnah.
“Dan saya tidak pernah katakan bahawa jangan main-main dengan saya, ada orang besar di belakang saya. Ini adalah fitnah yang sangat besar yang dilontarkan kepada saya,” kata beliau lagi.
Selain itu, beliau menjelaskan, bekas pelajar yang membuat aduan berkenaan tidak pernah dibuang sekolah, sebaliknya berhenti dari maahad tahfiz berkenaan atas pilihan ibu bapanya.
“Pelajar tersebut yang kononnya diganggu, diseksa dan sebagainya, tidak pernah dibuang daripada sekolah.
“Sebaliknya, beliau berhenti daripada sekolah kami atas pilihan ibu bapanya sendiri, dan tidak langsung dia sebut dia dicabul dan sebagainya,” kata Ustaz Kazim.
Malah, tegasnya, beliau dan pihak sekolah mempunyai bukti yang kukuh bagi menyangkal tuduhan jenayah.
“Jika ada yang mengatakan bahawa anaknya dibuang selepas dicabul, ini adalah fitnah. Dan beliau berhenti atas kehendak ibu bapanya sendiri. Kami mempunyai dokumen-dokumen yang berpaksikan kepada saksi,” ujarnya. – Awani
Tuesday, 10 March 2015
PESERTA DEMO SOGO KENCING MUKA NURUL IZZAH !!!
Ramai sedia maklum tentang himpunan di Sogo pada 7hb lepas yang telah dianjurkan oleh parti pembangkang. Keseluruhan rakyat malaysia memang tidak bersetuju sama sekali tentang perhimpunan bodoh ini. Mengapa aku berkata BODOH ?
Kerana tujuan himpunan adalah untuk mendesak Perdana Menteri Malaysia meletak jawatan. Adakah dengan cara himpunan begini dapat membuatkan Perdana Menteri meletak jawatan ? bagi aku memang tidak la.. malahan bagi aku himpunan ini memang sesuatu himpunan yang sangat kelakar dimata dunia..
Ok lah, nak dipendekkan cerita, himpunan ini memang tidak mendapat sambutan seperti himpunan sebelum-sebelum ini, kerana apa ? Kajian yang telah aku buat bersama rakan-rakan terhadap rakyat malaysia adalah kerana mereka sudah bosan dengan himpunan yang telah banyak membuang masa orang ramai.
Jadi untuk membuktikan himpunan kali ini juga pakatan amat terdesak untuk mendapat sokongan dari rakyat, mereka sanggup mengeluarkan duit untuk membayar pada anak muda agar mereka dapat bersama bagi menampakkan kononnya sokongan anak muda terhadap mereka sentiasa kuat.
Mungkin juga anak muda sekarang sudah tidak sebodoh dahulu, kali ini anak muda pula telah memperbodohkan pemimpin pakatan. Buktinya adalah Printscreen wasssap dibawah menunjukkan mereka memang dibayar..
Ha Ha Ha... untuk mengesahkan cerita ini cuba korang telefon no yang tertera dalam printscreen tersebut...
Wednesday, 4 March 2015
PENDEDAHAN BEKAS SUAMI NURUL IZZAH DI LIWAT ANWAR MEMBALAS DENDAM PAS ???
Panas sejak semalam bila banyak group wassap pembangkang mula bercerita tentang punca kisah perceraian anak anwar ibrahim. Wassap yang kami terima seolah-olah menceritakan bekas suami nurul izzah ini seperti pernah diliwat oleh anwar ibrahim sebelum ini. Aku tak pasti sama ada betul atau tidak, yang pastinya sama-sama kita nantikan sambungan cerita ini nanti...
Jeng...jeng...jeng..... Sejak malam tadi sudah mula tersebar bisik bisik, soksek soksek kununnya dalam tempoh terdekat ini akan ada BOM nak MeleTOP!
Kununnya akan dibongkarkan kisah sebenar punca perceraian Nurul Izzah dengan bekas suaminya!
Sejauh mana kisah ini akan menjadi kenyataan sama samalah kita tunggu dan lihat. Sementara itu jika kita baca daripada apa yang tertulis dalam perbualan Whatsapp group salah satu team PKR sepertimana pada imej screen capture di atas, anda pasti tidak sabar ingin tahu punca pasangan itu bercerai....
Monday, 2 June 2014
AHLI PKR SUNGAI PETANI DI LIWAT TANPA BELAS KASIHAN ???
Proses pemilihan bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Cabang Sungai Petani sekali lagi kecoh apabila salah seorang calon bagi
jawatan itu meminta proses pemilihan yang berlangsung hari ini
dibatalkan.
Calon tersebut, Mohd. Sharmizi Nizam Abdul Rahim berkata, dia tidak
berpuas hati dengan proses pemilihan jawatan itu hari ini kerana
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tidak memaklumkan kepadanya bahawa
dia layak untuk bertanding bagi jawatan tersebut walaupun sebelum ini
dikatakan sebaliknya.
"Sebelum ini, pada 3 Mei lalu ketika proses pemilihan berlangsung di
Taman Sri Wang, saya dimaklumkan bahawa saya tidak layak bertanding
kerana masalah teknikal dan saya terima keputusan tersebut.
"Saya juga telah menghantar bantahan kepada JPP berhubung penolakan
pencalonan saya pada pemilihan 3 Mei lalu namun tiada apa-apa jawapan
daripada mereka.
Bekas Timbalan Ketua PKR Cabang Sungai Petani, Ishak Man (tengah), Mohd.
Sharmizi Nizam Abdul Rahim (kanan) dan bekas Ketua Penerangan AMK
Kedah, Mohd. Zaidi Osman menunjukkan borang bantahan bagi proses
pemilihan Ketua AMK di Dewan Serbaguna Taman Sejati Indah, Sungai
Petani, Kedah, semalam. - UTUSAN/SAFRIZAL AZMI
"Tiba-tiba hari ini nama saya layak untuk bertanding tanpa
pengetahuan saya dan saya tuntut proses pemilihan hari ini dibatalkan
serta diadakan semula," katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna di
Taman Sejati Indah di sini hari ini.
Pada 3 Mei lalu, proses pemilihan Ketua AMK Cabang Sungai Petani yang
berlangsung di Taman Seri Wang ditangguhkan dan dilakukan semula hari
ini di Dewan Serbaguna Taman Sejati Indah di sini kerana seorang calon
S. Arvind Kumar mengemukakan bantahan.
Bantahan itu kerana Arvind Kumar mendakwa dia hanya mengetahui
namanya tiada di dalam kertas undi bagi jawatan Ketua AMK Cabang Sungai
Petani kira-kira pukul 11 pagi apabila tiba di pusat pengundian di Dewan
Orang Ramai, Taman Sri Wang di sini.
Dalam pemilihan hari ini tiga calon layak bertanding iaitu Simon Ooi, S. Arvind Kumar dan Mohd. Sharmizi.
Menurut Mohd. Sharmizi, selepas namanya dikatakan tidak layak untuk
bertanding kerana masalah teknikal dia telah membantu kempen seorang
calon lain iaitu Arvind Kumar.
"Saya langsung tidak berkempen untuk diri sendiri bagi merebut
jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani ini sebab saya tidak fikir saya
akan bertanding semula hari ini.
"Saya hanya mengetahui pagi ini melalui seorang rakan bahawa nama saya ada di dalam kertas undi.
"Saya sangat kecewa dengan proses pemilihan hari ini dan tidak akan
mengiktiraf Ketua AMK Cabang Sungai Petani jika JPP tidak menangguhkan
proses pemilihan ini," tegasnya.
Dalam pada itu, Ketua Pengawas Pemilih Sungai Petani, Zainal Abidin
Samat berkata, dia akan mengemukakan bantahan yang dibuat oleh Mohd.
Sharmizi itu kepada JPP.
"Proses pemilihan yang berlangsung hari ini diteruskan kerana saya
tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan proses ini kerana ia tertakluk
di bawah bidang kuasa JPP," jelasnya.
Sementara itu, proses pengundian bagi jawatan Ketua AMK Cabang Sungai
Petani yang bermula pukul 10 pagi ditutup kira-kira pukul 5 petang ini.
Jumlah pengundi yang keluar mengundi untuk memilih jawatan itu ialah
62 orang dan Simon Ooi mendapat 52 undi manakala Arvind Kumar pula tujuh
undi.
Simon ketika ditemui berkata, kekecohan yang ditimbulkan oleh Mohd.
Sharmizi tidak sepatutnya berlaku kerana JPP telah mengumumkan mengenai
pemilihan semula yang akan dijalankan hari ini.
Thursday, 19 September 2013
TERBARU KES LIWAT... BONTOT ANWAR MAKIN PANAS !!!
Peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan pendakwa raya bagi kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan pihak pembelaan.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh berpuas hati pelantikan beliau selaku pendakwa raya bagi mengendalikan rayuan itu adalah sah di sisi undang-undang.
Mahkamah menetapkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, didengar pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Pendaftar.
Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan memberitahu pemberita di luar mahkamah sejurus selepas prosiding, pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.
Terdahulu, Hakim Ramly ketika membacakan keputusan itu menyatakan, pelantikan Muhammad Shafee telah dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 di bawah Kanun Keseksaan serta Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menyatakan, pelantikan itu sah kerana Seksyen 379 yang antara lain memberi kuasa kepada pendakwa raya melantik seorang peguam mengendalikan kes jenayah, masih merupakan undang-undang yang baik.
Mahkamah berpendapat, Seksyen 376(3) yang menyatakan pendakwa raya boleh melantik mereka yang layak sebagai timbalan pendakwa raya, perlu dibaca secara harmoni dengan Seksyen 378 kerana kedua-duanya konsisten di antara satu sama lain.
Seksyen 378 pula menyebut hanya pendakwa raya, timbalan pendakwa raya kanan atau timbalan pendakwa raya boleh bertindak dalam rayuan jenayah, bukan pihak lain.
Kuorum itu turut berpendapat, tiada bukti material yang mencukupi bagi menyokong hujahan peguam bela bahawa Muhammad Shafee merupakan saksi yang berpotensi dalam kes itu.
Hakim Ramly menyatakan, Muhammad Shafee memang pernah direkodkan keterangannya dan ditawarkan sebagai saksi pembelaan ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, mahkamah berpuas hati bahawa beliau tidak dipanggil sebagai saksi walaupun pernah ditawarkan sebagai saksi pembelaan. Perbicaraan pula selesai dan keputusan telah diumumkan.
Sehubungan itu, Hakim Ramly berkata, konflik kepentingan melibatkan Muhammad Shafee atas dakwaan melanggar Akta Profesion Guaman kerana bertindak selaku pendakwa raya dalam kes itu, tidak timbul.
Pada sebelah pagi, Karpal berhujah, Muhammad Shafee merupakan saksi material dalam kes liwat kerana beliau berada di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Mohd. Saiful Bukhari datang menemui Perdana Menteri (ketika itu Timbalan Perdana Menteri).
Sehubungan itu, Karpal menghujahkan, Muhammad Shafee seharusnya dilarang daripada mewakili pihak pendakwaan dalam rayuan itu kerana kehadirannya boleh menimbulkan persepsi yang tidak menyenangkan.
Karpal selanjutnya menghujahkan, Seksyen 379 tidak konsisten dengan Seksyen 378 yang telah dipinda berkuat kuasa pada 1 April 1998 yang jelas melarang pengamal undang-undang persendirian bertindak bagi pihak pendakwa raya dalam rayuan jenayah.
Sementara itu, Muhammad Shafee berhujah, Peguam Negara boleh melantik sesiapa yang layak dan sesuai selaku pendakwa raya asalkan mereka berkebolehan, tidak mengalami masalah disiplin dan tidak diisytiharkan muflis bagi mengelakkan konflik kepentingan.
Muhammad Shafee menyatakan, beliau tidak pernah dipanggil sebagai saksi walaupun keterangannya telah direkodkan dan pada peringkat ini, perbicaraan telah selesai dan tiada kemungkinan keterangan baharu dikemukakan.
Tuesday, 17 September 2013
KES LIWAT ANWAR... SEORANG CABUT LARI !!!
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan agar salah seorang ahli panel bersidang, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sunday, 8 September 2013
DI LIWAT GENG KONGSI GELAP SAMPAI PENGSAN !!!
Empat lelaki yang terbabit mengurung seorang wanita di sebuah hotel di Brickfields, di sini, antara 262 orang yang ditahan dalam Op Cantas Khas Polis Kuala Lumpur sejak 17 Ogos lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, tangkapan itu dibuat setelah mangsa, 19, yang dikurung di bilik hotel berkenaan selama beberapa hari dapat meloloskan diri dan membuat laporan polis minggu lepas.
"Daripada laporan itu, polis menahan empat lelaki terbabit dan didapati tiga daripada mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur.
Datuk Dr. Chai Khin Chung, yang bertukar ke negeri asalnya di Sarawak sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Sarawak, menyerahkan tugasnya kepada Datuk Aidi Ismail, yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Logistik II Bukit Aman.
Mohmad berkata, 262 orang yang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah, ditangkap di sekitar Brickfields, Cheras, Sentul dan Dang Wangi serta kesemua mereka berumur antara 20 hingga 30 tahun.
Mohmad berkata, daripada jumlah itu, 14 orang adalah ketua dan anggota kumpulan kongsi gelap 08, 36 dan 77, iaitu antara 49 pertubuhan diharamkan kerajaan pada 29 Ogos lalu mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Daripada 262 itu juga, 163 orang masih ditahan, 47 individu dibawa ke mahkamah, 25 orang dibebaskan dengan jaminan polis dan 27 dibebaskan tanpa syarat kerana tiada kesalahan.
Daripada tangkapan itu, polis turut merampas sembilan bilah parang, tiga bilah pisau, sebilah sabit, dua batang besi panjang, sembilan jam tangan, tiga topi keledar, lima kamera, dua buku bank, dua plat nombor kenderaan dan dua pasport.
Beliau berkata, pihaknya turut mendapati satu daripada pasport Malaysia yang dipercayai dipalsukan apabila menggunakan gambar lelaki berbangsa India tetapi namanya adalah berbangsa Cina yang dikenali sebagai Yap Kian Lee.
Dalam Ops Cantas Khas yang bermula tiga minggu lalu di seluruh negara, PDRM menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, sebutir bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya. - BERNAMA
Sunday, 19 May 2013
PANAS... ADAM ADLI DI LIWAT DALAM LOKAP !!!
Perh... Adam adli dh kena tangkap dgn polis... buat lagi huru hara, gamaknya korang tahu ke apa adam adli kena kt dalam lokap skrg ? Dengan wajah yg jambu yg sentiasa menjadi pujaan Anwar ni agak2 korang org kt dlm lokap tu nk tengok saja ke muka dia kt dlm lokap ? Memang rezeki mat2 lokap la mlm ni jawabnyer..
Sekarang adam adli berada di dalam lokap Balai Polis Jinjang, memang jadi lauk la mamat ni kt dlm lokap jinjang. Apa yg aku boleh katakan sekiranya Anwar belom rasmi mamat ni jawabnya lepas ni Anwar akan dpt rasa Adam adli ni dlm keadaan tiada DARA@TERUNA la jawabnya... Tapi apa Anwar kisah tentang itu semua.. Asalkan Anwar dpt yg kemut keliling sudah mencukupi..
Aku tak nak komen byk, nnti makin bebulu je puak pembangkang baca cerita aku ni.. Apa2 pon kita tengok la lepas Adam adli keluar lokap nnti samada Adam adli ni akan jalan mengengkang atau tidak.. sama2 kita saksikan nanti... arios... wakakawakaka....
Friday, 22 March 2013
RAHIM TAMBY CHIK HAMPIR DI BUNUH !!!
Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang terlibat dalam pendedahan rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China mendakwa diekori dan dipujuk dengan sejumlah wang untuk menandatangani akuan bersumpah supaya membuat 'pusingan U' mengenai pendedahan tersebut.
Tan Sri Rahim Tamby Chik yang juga terlibat dalam pendedahan video seks itu bersama-sama Datuk Shuaib Lazim dan menggelarkan diri mereka trio "Datuk T" itu berkata, Shazryl Eskay cuma perlu menandatangani akuan berkanun yang telah disiapkan.
"Saya telah diberitahu oleh Shazryl Eskay bahawa jika beliau bersetuju (membuat pusingan U), dia akan diberi ganjaran wang dengan jumlah yang ditentukan sendiri oleh beliau," kata Rahim dalam sidang akhbar di ibu pejabat RISDA di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata Pengerusi Gagasan Ekonomi Melayu (Gabem) itu, ketika ini hanya Shazryl Eskay yang diekori dan dipujuk dengan ganjaran tersebut oleh individu yang tidak dikenali.
"Apa yang kita perjuangkan untuk menegakkan kebenaran, ini bukan untuk dijual beli... Jangan buang masa (menganggap) bahawa trio Datuk T ini bukan seperti sesetengah orang yang membuat 'pusingan U' dan mudah dibeli," tegas Rahim.
Menurutnya, Shazryl Eskay yang pada awalnya dijadualkan hadir sama pada sidang akhbar itu terpaksa membatalkan hasrat kerana bimbang dengan keselamatannya.
Pendedahan video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang itu dibuat trio Datuk T pada 21 Mac 2011 di Hotel Carcosa Seri Negara.
Malahan Shazryl Eskay turut membuat sumpah laknat di Masjid Amrul Al-as, Bandar Baru Sentul, di sini pada 29 April 2011 bagi membuktikan pendedahan tersebut adalah benar.
Thursday, 14 March 2013
ANWAR Terketar Bila Di SUMPAH !!!
Menanti Anwar Melakukan Sumpah Laknat
Di saat seluruh negara sedang memfokuskan tumpuan kepada isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tak semena-mena PKR cuba mencuri tumpuan umum dengan mengadakan sidang akbar secara tertutup bagi pihak ayah Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim.
Habis sidang akhbar secara tertutup, sehari dua kemudiannya bapa Saiful itu mengumumkan penyertaannya dalam PKR. Hebat sandiwara yang dimainkan, seolah-olah mahu mengabui mata umum bahawa baru kini Azlan terdetik untuk berjuang bersama PKR.
Walhal bukan satu rahsia pun, sedari dulu lagi Azlan merupakan penyokong tegar PKR dan hanya munculkan diri setelah heboh kes liwat II diperkatakan dan sepanjang hampir 5 tahun itu Azlan dilihat cukup bersungguh-sungguh membela nasib anak lelakinya.
Malah dialah yang paling sedih dan marah bila mana Mahkamah terpaksa membebaskan Anwar Ibrahim kerana bukti tidak cukup kuat untuk mengaitkan Ketua Umum PKR itu dengan perlakuan meliwat anaknya, Saiful.
Waima sebelumnya, semasa Saiful mengambil keputusan untuk bersumpah mubahalah (sumpah laknat), si ayah yang sama ini jugalah tanpa sebarang bantahan atau teguran telah bersetuju menemani anaknya untuk melakukan sumpah laknat menyerahkan kesaksian dan pengaduan kepada Allah S.W.T.
Jika dibaca kenyataan media oleh Azlan yang mendakwa dirinya sejak awal lagi langsung tidak pernah mempercayai dakwaan Anwar telah meliwat anaknya, timbul persoalan penting kenapa sebagai seorang bapa, Azlan tidak mengambil inisiatif mencegah Saiful dari bersumpah secara Islam?
Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful pada hari Jumaat 14 Syaaban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur telah disaksikan sendiri oleh Azlan yang menemani anaknya dari awal hingga akhir, dan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful itu sah dan menepati kehendak Islam.
"Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap ALLAH S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH S.W.T sehingga ke kiamat".
Sumpah sedemikian bukannya perkara main-main, jika sumpah yang dilafazkan oleh Saiful adalah palsu bermakna bila-bila masa bermula tarikh itu sehinggalah selewat-lewatnya setahun kemudian pastinya laknat akan menimpanya.
Ibn Hajar Al Salam as Qalani, seorang ulama di zaman silam pernah menceritakan, "Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan."
Manakala seorang ulama dari India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan seorang nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang kemudiannya berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.
Selain Ibn hajar dan Syeikh Abi Al-Wafa, ramai ulama bersepakat bahawa penghukuman dari Allah s.w.t akibat sumpah laknat pasti tiba seawal 40 hari atau pun 2 bulan selepas mubahalah dan paling lama dalam jangka waktu setahun.
Bermula 15 Ogos 2008 sehingga sekarang, sudah lebih 4 tahun berlalu Saiful bersumpah secara Islam dan Alhamdulillah sehingga kini Saiful dalam keadaan sejahtera dan tiada laknat yang menimpanya, ini bermakna jelas sekali sumpah mubahalah yang dilafazkannya benar dan dakwaan yang disebutkannya adalah betul.
Tinggal lagi sekarang, sehingga kini Anwar selaku tertuduh masih enggan melakukan sumpah laknat seolah-olah Ketua Umum PKR itu kurang percaya atau agak meragui keadilan dan kekuasaan Allah s.w.t. Peliknya, akuan bersumpah (SD) yang sering menjadi modal politiknya mudah pula dijadikan kesaksian bisu dalam usahanya menegakkan benang yang basah.
Tapi jika tiba-tiba Anwar terdetik untuk bersumpah mubahalah, pastikan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" disebut nyata dan tidak diganti dengan ayat lain, kerana syarat dalam Islam menuntut setiap sumpah mubahalah perlu disertai ketiga-tiga kalimah tersebut atau salah satu daripadanya.
Apa pun, sama-sama kita nantikan kejantanan Anwar sama ada masih wujud keyakinannya terhadap kekuasaan Allah S.W.T ataupun sebaliknya.
PAKATAN BERGADUH Isu LAHAD DATU !!!
Lahad Datu: Pendirian PR Bercelaru
Beberapa minggu lalu, negara dikejutkan dengan ancaman kumpulan yang merujuk kepada diri mereka sebagai tentera Sulu yang bertindak menuntut ‘bahagian’ yang dikatakan milik mereka, di bumi Sabah. Pencerobohan yang disangka kecil-kecilan ini kemudian ternyata lebih ‘complicated’ dari yang dijangka.
Risikan pihak Filipina sendiri telah mendedahkan penglibatan pembangkang, khususnya Anwar Ibrahim dalam pencerobohan tersebut. Dalam sekelip mata, apa yang dirujuk sebagai ‘krisis sukar’ ini menjadi satu ‘insiden keganasan yang besar’, malah berpotensi untuk berlarutan menjadi ancaman gerila. Malah, apa yang dikatakan ‘tentera Sulu’ itu turut diragui kerana terdapat bukti jelas penglibatan MNLF yang mempunyai hubungan akrab dengan Anwar.
Rakyat Malaysia yang telah terlalu manja dibuai keamanan, bagaikan terpaku melihat seorang demi seorang anggota keselamatan kita diusung pulang. Bagaikan tidak percaya melihat kekejaman pengganas yang selama ini hanya didengari berlaku di negara orang.
Walaupun begitu, kesedihan kita nampaknya tidak dikongsi oleh pihak pembangkang. Tian Chua, Naib Presiden PKR secara langsung menghina wira-wira negara yang terkorban dengan menyifatkan keseluruhan insiden sebagai sandiwara UMNO.
Bertitik-tolak dari itu, anak-anak muda yang kosong jiwanya yang menjadi penyokong pembangkang juga turut ‘galak’ menghina dan memperlekehkan mereka yang terkorban. Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala membaca komen-komen mereka di laman sosial yang menyifatkan wira kita sebagai ‘mati katak’ dan menghamburkan berbagai-bagai kata-kata kesat.
Seolah-olah dirasuk, nyawa manusia dan kedaulatan negara tidak lagi membawa apa-apa erti kepada mereka. Mungkin kerana mereka benar-benar percaya kepada Tian Chua bahawa ini semua sandiwara UMNO.
Namun, untuk menyatakan mereka percaya kepada Tian Chua tidak patut juga memandangkan Tok Guru Nik Aziz ada mengutuskan takziah, dan turut menghormati wira-wira yang gugur. Jelas, Nik Aziz atau PAS tidak menganggap ianya sandiwara. Bagaimanapun tiada kenyataan mengecam pengganas Sulu yang dikeluarkan oleh PAS melainkan kritikan terhadap pasukan keselamatan negara.
Baru sehari dua lepas, DAP pula menggesa kerajaan untuk mengecam keganasan Sulu, walaupun di awal insiden, DAPlah yang begitu teruja ingin melihat pertumpahan darah dan memperlekeh pihak keselamatan kita sebagai lembab. Nampaknya, DAP juga tidak menganggapnya sandiwara.
Di kala DAP mendesak kerajaan mengecam pengganas Sulu, PKR pula tidak henti-henti mengecam pihak keselamatan, pertahanan dan kerajaan Malaysia. Langsung parti ini tidak ‘menjentik’ pihak Sulu. Walau apapun, tampak jelas dari kenyataan rasmi Anwar bahawa PKR juga tidak menganggapnya sandiwara.
Walaupun kenyataan ketiga-tiga parti seolah-oleh menunjukkan mereka tidak menganggap insiden Lahad Datu sebagai sandiwara, tetapi tidak seorang pun dari mereka menempelak Tian Chua!
Sikap dan tindakan mereka ini menjadikan penyokong-penyokong mereka terus bingung dan keliru. Justeru, kebanyakan penyokong mereka memilih untuk berpegang kepada kata-kata Tian Chua iaitu semuanya hanya sandiwara. Oleh itu, sehingga ke hari ini, kita masih lagi dapat melihat ramai dari penyokong PAS atau PKR yang beragama Islam terus menerus mengutuk dan mencerca jenazah wira-wira negara.
Apa yang berlaku ini adalah kerana tiadanya pendirian bersepadu dan kenyataan tegas di dalam PR mengenai isu Lahad Datu. Selagi tiada kenyataan dan kecaman rasmi dari PR mengenai keganasan puak Sulu, dan selagi Tian Chua tidak diambil tindakan oleh kepimpinan PKR dan PR, selagi itulah penyokong pembangkang akan keliru, sesat dan buntu, merapu-rapu mengutuk wira-wira yang pergi. Dan selagi itulah penyokong mereka akan menjadi manusia tidak patriotik dan tidak punya peri-kemanusiaan.
Saturday, 9 March 2013
Terkini... Pengakuan Bapa Saiful Sebenarnya !!!
Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalau selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.
Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim.
Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:
“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.
“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.
Rakyat pasti peristiwa peguamcara II Mohd Yusuf yang juga dibayar oleh Anwar Ibrahim kembali lagi demi untuk memertabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Dalam keadaan bapa Saiful Azlan Mohd Lazim mengalami masalah Johari Bendul berjaya menangkapnya dan diberikan 'sesuatu' dengan hanya mengaku bahawa Liwat adalah konspirasi sahaja....selesai masalah.
Semalam Ng Lum Yong juga mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim mengarahkan SUARAM membayar kepada pemberontak Sulu supaya membuat kekecohan demi untuk menggugatkan ketenteraman awam.
Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan rakyat meminta jika benar itu adalah konspirasi Azlan Mohd Lazim dicabar bersumpah sambil menjunjung Al-Quran sepertimana yang anaknya Saiful lakukan. Demi duit apa pun boleh jadi sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri.
Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran.
Saiful mengaku bahawa bapanya sebelum ini bergaduh dengan keluarga sehingga keluar dari mulut Azlan, aku akan musnahkan "UMNO dan kau sekali" dan beliau terus keluar. - seterusnya...
Ps: Hah! Amacam? Betul ke tidak apa yang dijelaskan oleh pihak keluarga Si Saiful ini? Atau adakah ini jugak konspirasi UMNO?
Kalau ianya sandiwara UMNO, apa kata Si Ketua Penipu tu ambik tindakan? Opps! Terlupa pulak. 'U Ulang, I Saman U Pulak!!!' Hahaha...
(SUMBER)
Friday, 15 February 2013
Anwar Arah Maki Haron Din !!!
Walaupun Datuk Dr. Haron Din ni kena maki dengan puak - puak Haramjadah tu, rupa dia tetap macam ni. Sentiasa tersenyum. Itu la yang membuatkan diorang menyirap sangat dengan dia!!!
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sekali lagi menyuarakan tentangannya terhadap cadangan rakan komponen DAP untuk menterjemah perkataan 'God' kepada kalimah Allah dalam kitab Bible Kristian di Semenanjung.
Ini merupakan penegasan kali kedua dibuat oleh Haron selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan ketetapan melarang kalimah Allah diterjemah pada 13 Januari lalu.
Dalam ceramahnya di sebuah masjid di Taiping baru-baru ini, Haron berkata beliau menerima ugutan dan maki hamun daripada pihak-pihak tertentu bersabit pendiriannya yang menentang sikap ambil mudah sesetengah umat Islam mempertahankan kalimah Allah.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada konsensus yang membenarkan orang Kristian menterjemah kalimah Allah asalkan ia tidak disalahgunakan.
Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan veteran DAP Lim Kit Siang dan Anwar seminggu sebelum Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan menyanggah pendirian Pakatan Rakyat.
"Ada kesannya kepada masyarakat? Umat Islam masih ada yang menyokong. Saya bertegas sikit, hantar SMS maki saya...tidak mengapa. Tapi macam mana kita boleh terima? Apa tujuannya orang Kristian dan terjemah God kepada Allah?
"Dulu masa tahun 2008, bila timbul isu ini saya panggil wartawan semua datang...saya bawa Bible dan Al-Quran pada ketika itu, saya tidak akan setuju kerana Allah yang orang Islam sembah, (adalah) Allah yang selama-lamanya.Haron berkata belum pun kalimah Allah diterjemah dalam Bible, banyak kes murtad telah dicatatkan di negara ini.
Beliau mendakwa terdapat sesetengah pihak yang tidak berfikir panjang yang hanya ingin memenuhi tuntutan politik semata-mata.
"Kalau kita benar dan kita redha Allah diletakkan kepada God, bermakna kita rela Allah itu disyirikkan oleh manusia. Sebab itu saya mengambil kesempatan untuk menyeru sekali lagi, saya akan mempertahankan kalimah ini sehingga akhir hayat saya. Saya tidak redha Allah dikufurkan," tegas beliau.
Wednesday, 23 January 2013
SAH.. MAT SALLEH PON KATA ANWAR MEMANG SEORANG PELIWAT !!!
Hah! Macam mana? Berani tak Si Ketua Penipu tu nak ambik tindakan terhadap penulis yang bernama Michael Backman ni?
Atau adakah dia sekadar berani ambik tindaka terhadap media kata Malaysia je? Dengar cerita, buku yang ditulis oleh Backman ni dapat sambutan hangat.
Bermakna, sekarang ni bukan di Malaysia je yang orang tau cerita pasal Si Ketua Penipu tu seorang Kaki Liwat. Habis satu dunia pun dah tau. Pun dia masih ada hati nak jadi Perdana Menteri jugak ke? Buat malu Negara je dia ni!!!
MICHAEL BACKMAN mendedahkan keputusan persidangan tiga hakim Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 mengesahkan Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti homoseksual di Tivoli Villa, pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993, tetapi Anwar dibebaskan kerana percanggahan dari segi â€Ëœtarikh sebenar kejadianâۉ„¢ tersebut.Secara kritis, majoriti hakim berkata, “Kami menemui bukti yang perayu-perayu iaitu Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual” dan kenyataan penting ini telah terlepas pandang oleh pengamal media khususnya di luar Malaysia.Apa yang hakim-hakim tidak dapat menemui bukti adalah ‘tarikh-tarikh’ kejadian sebenar aktiviti homoseksual itu kata penulis dari Australia ini dalam bukunya, “Inside Knowledge: Streetwise in Asia’ yang diterbitkan oleh Palgrave-Macmillan, 2005.Michael Backman selain penulis buku terlaris di dunia juga pernah diiktiraf sebagai penulis yang cemerlang dalam strategi-strategi perniagaan serantau oleh Rowan Callick, Australian Financial Review itu, telah melakukan satu penyelidikan khusus berkenaan dengan pembebasan Anwar pada tahun 2004, dan menulis di bukunya di dalam bab ketujuh yang bertajuk "Anwar Ibrahim: Awan Gelap di Malaysia”(Anwar Ibrahim : Malaysia Dark Cloud)Bagi beliau kenyataan hakim yang berbunyi “we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities” (kami menemui bukti yang perayu-perayu telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual] amat penting kerana hakim-hakim sendiri mengesahkan mereka mempercayai aktiviti homoseksual di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku seperti didakwa.Di dalam penghakiman ini, Anwar Ibrahim dirujuk untuk sebagai `perayu pertama' (the first appellant) manakala Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dirujuk untuk sebagai `perayu kedua'(the second appellant)."Walaupun Keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia pada tahun 2004, menterbalikkan hukuman bersalah melakukan aktiviti homoseksual, yang membolehkan Anwar keluar daripada penjara, tetapi keputusan hakim itu tidak dapat membersihkan dirinya daripada melakukan aktiviti homoseksual itu”"Kebanyakan penganalisis dan wartawan yang melaporkan tentang keputusan hakim Mahkamah Persekutuan, tidak membaca keseluruhan keputusan hakim-hakim yang setebal 36 muka surat itu,” kata Michael Backman yang kini menetap di London.Maksud ‘menterbalikkan hukuman’ adalah Mahkamah Persekutuan menterbalikkan hukuman bersalah yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kepada tidak bersalah.Pada 8 Ogos 2000, Datuk Arifin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar bersalah meliwat Azizan Abu Bakar dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan yang didakwa sebagai rakan subahat turut didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun dan sebatan empat kali.Pada 21 Januari 2004, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi 8 Ogos 2000 serta menolak ikat jamin supaya dibebaskan yang dipohon oleh Anwar dan Sukma.Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Pajan Singh Gill, bersama dengan Hakim Datuk Richard dan Hakim Datuk Hashim Yusoff.Kemudian, Mahkamah Persekutuan bersidang pada 2 September 2004 yang diketuai oleh Datuk Abdul Hamid Mohamad (Hakim Mahkamah Persekutuan) bersama dengan Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud (Hakim Mahkamah Rayuan) dan Datin Paduka Rahmah Hussain (Hakim Mahkamah Persekutuan) untuk meneliti semula rayuan Anwar dan Sukma itu.Michael Backman adalah seorang penulis dan penceramah yang terkenal berkenaan isu Asia berkaitan dengan ekonomi dan politik serta pandangannya menjadi rujukan kepada golongan korporat dan pelabur yang berminat berbisnes di Asia.Beliau merupakan penulis Asian Eclipse: Exposing the Dark Side of Business in Asia (Kejatuhan Asia: Pendedahan Sisi Gelap Bisnes di Asia) yang merupakan buku paling laris di dunia dan dinamakan oleh Majalah The Economist sebagai salah satu buku yang ‘paling hebat’ serta disenaraikan oleh Perdana Menteri Thailand ketika itu Thaksin Shinawatra sebagai suatu buku yang harus dibaca oleh semua orang Thailand. Buku tersebut kini dimasukkan dalam senarai bacaan di London School of Economics dan Wharton Business School.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















