Jumlah Pengunjung

Showing posts with label MBN. Show all posts
Showing posts with label MBN. Show all posts

Monday, 14 September 2015

MyVOC BANTU MANGSA BANJIR LUMPUR CAMERON HIGHLAND !!!




Sekali lagi, pasukan MyVOC membuat percaturan yang bijak dengan menghantar misi bantuan kepada penduduk Kg Raja Cameron Highland yang telah ditimpa banjir lumpur baru-baru ini. Misi bantuan yang diketuai oleh exco Majlis Belia Malaysia (Eric Chu) bersama-sama sukarelawan dari negeri Pahang memulakan perjalanan seperti berikut :
 6.45 pagi * Berkumpul di Kolej Instech, Taman Cemerlang, Gombak.

7.15 pagi * Berlepas ke Cameron Highland

11.00 pagi * Berkumpul di Shell, Ringlet

11.15 pagi * Berlepas di ke Kg. Raja

12.30 tengahari * Taklimat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Cameron Highland

1.00 petang * Penyampaian Sumbangan kepada mangsa banjir lumpur dan taklimat pemakanan sihat

4.00 petang * Bergerak balik ke Kolej Instech

7.00 petang * Bersurai
 


Sebanyak 33 buah rumah telah ditimpa musibah banjir lumpur termasuk dengan kedai-kedai didalam kawasan Kg Raja Cameron Highland Pahang. Alhamdulillah, sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang mereka tanggung akibat bencana dan dapat juga mereka merencanakan  kehidupan keluarga mereka semula untuk kehidupan seterusnya.

Exco Majlis Belia Malaysia
Mengulas tentang program ini, Eric Chu selaku Exco Majlis Belia Malaysia dan selaku ketua misi bantuan,” Majlis Belia Malaysia bersama pasukan MyVOC dan sukarelawan telah Berjaya sampai ke Kg Raja Cameron Highland pada hari ini (13 september 2015) untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir disini yang ditimpa musibah pada baru-baru ini.  

Pasukan MyVOC ini ditubuhkan adalah untuk membantu pihak kerajaan untuk meringankan sedikit bebanan yang mangsa banjir alami dengan serta merta. Pasukan MyVOC ini terdiri dari kalangan golongan-golongan professional dan akan membantu seiapa sahaja yang ditimpa musibah tidak kira dari apa bangsa, agama dan kaum di seluruh Malaysia. 

Program sebegini akan diteruskan untuk masa akan datang melalui Maljlis Belia Malaysia untuk mangsa bencana dan golongan kurang mampu dan pasukan MyVOC ini juga telah bersedia untuk memberi bantuan dimana sahaja sekiranya terjadi sekali lagi kejadian banjir besar yang berlaku sebelum ini di negeri Kelantan”

Exco Majlis Belia Negeri Pahang
Dalam masa yang sama, En. Khairul Irwan Bin Abdul Khalid selaku Exco Majlis Belia Negeri Pahang dan selaku Setiausaha  Majlis Belia Daerah Lipis memberitahu, “ Pada konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC ini, kami dari rakan-rakan dari Majlis Belia Negeri Pahang telah menghantar wakil seramai 32 orang untuk bersama-sama Majlis Belia Malaysia bagi menyampaikan sumbangan dari segi bentuk keperluan harian seperti bantal, selimut dan dapur pada penduduk kampung melayu Kg Raja Cameron Highland yang dilanda musibah banjir pada baru2 ini. 

Usaha ini adalah usahasama yang mana jentera kami akan sentiasa membantu Majlis Belia Malaysia dalam apa jua cara berbentuk kesukarelaan  yang mana sekarang ini sukarelawan adalah sesuatu yang penting dalam keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu terutama di Cameron Highland.

Majlis belia Pahang akan terus bersama majlis belia Malaysia untuk terus membentuk sukarelawan dari kalangan belia terutama di negeri Pahang dan gabungan sukarelawan negeri Pahang yang telah dibentuk dan diterajui oleh” Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang” yang menggabungkan seluruh sukarelawan disetiap daerah negeri Pahang. Misi bantuan ini akan berterusan tidak kira dalam misi bantuan banjir atau apa sekali pun, sekiranya diperlukan mereka akan sentiasa bersama.










Semoga misi bantuan sebegini akan diteruskan oleh generasi kegenerasi akan datang..

Sunday, 26 April 2015

BOOTH PALING RARE DALAM KARNIVAL BELIA PERAK 2015 !!!



Semperna Festival Belia Perak 2015 yang berlangsung di perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, P.O.R.T. (PEOPLE OF REMARKABLE TALENT) telah hadir memeriahkan lagi aktiviti di dalam Festival Belia Perak ini. 

P.O.R.T. merupakan hasil inisiatif kerajaan negeri Perak sebagai lokasi atau hub bagi seluruh karyawan dan peminat-peminat bidang seni Negeri Perak. Segala jenis seni seperti tarian, lukisan, grafik, lakonan, pementasan, muzik, suara dan pelbagai lagi merupakan fokus P.O.R.T. untuk menghasilkan dan membantu seluruh rakyat Negeri Perak untuk mendapatkan pendedahan dan mendapat peluang untuk di ketengahkan pada industri masing-masing.
Peranan P.O.R.T. juga untuk memelihara seni dan budaya negeri Perak dan memberi pendedahan kepada belia Perak. Fokus P.O.R.T. ialah untuk 'Penyatuan Melalui Seni' bertujuan menyatupadukan seluruh masyarakat negeri Perak dalam pelbagai kaum dalam bidang seni. Ini akan menjaminkan kemajuan ekonomi dan keunikan tumpuan dan hala tuju Negeri Perak.
Syed Zarul Shah

Menurut Syed Zarul Shah Bin Syed Khairuddin selaku penolong pengurus P.O.R.T., penyertaan P.O.R.T. pada Karnival Belia kali ini adalah untuk memberi fokus kepada pembangunan insan khasnya untuk anak-anak muda yang tinggal di dalam kampung mempelajari seni-seni baru seperti T.Shirt, Printing, Muzik, Kalikatur dan belbagai lagi, agar anak muda mendapat pendedahan yang lebih frofesional. Ini juga merupakan salah satu stok kami yang berada di bawah daerah kinta agar dapat kami memberi ilmu secara percuma kepada anak muda, contohnya bagaimana mereka mahu membuat motor klasik, bagaimana mereka mahu mempelajari muzik dengan lebih teratur dan tersusun tidak kira apa jenis alat muzik yang mereka mainkan.

Antara aktiviti yang P.O.R.T. sediakan dalam Festival Belia kali ini, pada 25 April semalam P.O.R.T. telah membawa dua group Buskins dari Kuala Lumpur MBC (Malaysian Buskins Conner) dan telah membuat persembahan di Booth P.O.R.T. dan telah berjaya memeriahkan lagi suasana di Booth P.O.R.T. Di Booth P.O.R.T. juga kami menyediakan Kalikatur dari Boy PJ dan Gie dari PPP membuat lukisan muka, Sadat membuat live inai, dari pekan kartun juga hadir menjual buku-buku kartun yang sangat popular sebelum ini hingga sekarang. Terdapat juga kedai gunting rambut yang dikendalikan oleh anak muda disini.

Harapan P.O.R.T., dapatlah sekiranya anak muda terus menyokong P.O.R.T., kerana P.O.R.T. adalah satu-satunya tempat anak muda Perak belajar dan mempamirkan bakat mereka kerana P.O.R.T. sememangnya sentiasa fokus pada pembangunan seni anak muda Perak.

Untuk anak-anak muda, sekiranya anda mempunyai idea dan cadangan untuk diketengahkan, anda digalakkan untuk hadir ke pejabat P.O.R.T. di alamat, No 9 & 11, Jalan Sultan Azlan Shah 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. No telefon 05-2412287 Faks 05-2412394  Email :  portipoh9@gmail.com

















Anda juga boleh melawati lawan web P.O.R.T. disini..   (P.O.R.T.)


Saturday, 25 April 2015

FESTIVAL BELIA PERAK KASI GEMPAK BANDAR IPOH !!!


Alhamdulillah, sempat aku bertemu Presiden Majlis Belia Negeri Perak saudara Hasnul Fairuz semperna Festival Belia Perak 2015 yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Bola Sepak Perak. Dibawah merupakan ucapan ringkas darinya dan harapan untuk Festival yang sedang berlangsung sekarang.


Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-nya dapat saya dan semua yang terlibat melaksanakan Program Festival Belia Perak 2015 pada tahun ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi pernghargaan dan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak dalam menganjurkan Festival Belia Perak 2015. Sekalung syabas dan tahniah juga kepada gerak kerja dalam memastikan pelancaran program ini dengan jayanya. 

Sambutan Hari Belia yang diadakan pada setiap tahun merupakan platform kepada perpaduan, keharmonian dan keamanan sejagat khususnya golongan belia bagi memastikan suara belia didengari hingga ke akar umbi.

Program ini telah bermula pada 23 April 2015 sehingga 26 April 2015. Program pertama telah diadakan “Malam Indahnya Munajat  pada 23 April 2015 pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam yang telah dihadiri seramai 900 orang. Antara artis jemputan yang kami jemput kumpulan “In Team”, Ustaz Khairil Al-Gayauwi,  Al-Ansori dan Al-Ridhuani. YB Datuk Shahrul Zaman Bin Datuk Hj. Yahya telah hadir sebagai tetamu VIP pada malam tersebut bersama En Azahari (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak).





Program selama tiga hari ini akan banyak menonjolkan bakat belia dari seluruh Negeri Perak untuk kami ketengahkan keperingkat kebangsaan di Festival Belia Putrajaya yang akan berlangsung di Putrajaya pada 21 Mei 2015 sehingga 24 Mei 2015. Banyak bakat-bakat akan ditonjolkan sepanjang program ini berlansung dan antara aktiviti-akviti tersebut  

(1)    Qiamulai
(2)    PameranButik Pengantin
(3)    Karnival Pendidikan dan Kerjaya
(4)    Pameran Pertanian Kerjaya Pilihan
(5)    Pameran Motorsikal Berkuasa Tinggi
(6)    Pameran Kereta Klasik / Moden
(7)    Pameran Buku
(8)    Pameran Perumahan Belia
(9)    Pameran Agensi Kerajaan
(10)Majlis Perasmian dan Anugerah Belia
(11)Pertandinga Muay Thai
(12)Pertandingan Futsal (Lelaki dan Wanita)
(13)Booth Belia Berniaga
(14)Mentor Rakan Muda
(15)Silveryourth Ride
(16)Senamrobik
(17)Sukan Tradisional
(18)Zumba
(19)RC Buggy Car Race
(20)Mini RC Car Race
(21)Xgame (Wall Climbing / BMX / Skateboard )
(22)Battle Of The Band
(23)Drum Festival
(24)PORT
(25)Selfie Wefie Challenge
(26)Cabutan Bertuah
(27)Hi Tea
(28)Wall Of Fame (Photo Booth)
(29)Perkhemahan ARP (Anugerah Remaja Perdana)
(30)Pertandingan Masakan dan Gubahan
(31)Pertandingan mewarna Kanak-kanak
(32)Pertandingan Uji Bakat
(33)Puisi dan Tarian (Warna-warni)
(34)Radio Amatur (ASTRA)

Adalah menjadi harapan saya agar semua pengunjung dan semua belia yang hadir akan mendapat manfaat sepanjang program ini berlansung dan secara tidak langsung ini adalah merupakan cara kami mendekatkan diri kami kepada belia dari akar umbi. 

Suka saya katakan bahawa aspek penting dalam memperkasakan sinergi iaitu dengan mencari titik-titik persamaan bukan titik=titik perbezaan  di samping peranan setiap pihak dalam apa jua bidang sekalipun. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’la sentiasa memudahkan serta mengurniakan kejayaan terhadap segala usaha yang telah kita lakukan.

Akhir kata, sekali lagi ucapan terima kasih saya kepada semua pihak yang telah mencurahkan segala cetusan idea dan keringat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Festival Belia Perak 2015 ini. 
“CECAH KEBUMI MENYANTUMI HATI BELIA”
















Member BSK