Jumlah Pengunjung

Showing posts with label belia. Show all posts
Showing posts with label belia. Show all posts

Saturday, 25 April 2015

FESTIVAL BELIA PERAK KASI GEMPAK BANDAR IPOH !!!


Alhamdulillah, sempat aku bertemu Presiden Majlis Belia Negeri Perak saudara Hasnul Fairuz semperna Festival Belia Perak 2015 yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Bola Sepak Perak. Dibawah merupakan ucapan ringkas darinya dan harapan untuk Festival yang sedang berlangsung sekarang.


Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-nya dapat saya dan semua yang terlibat melaksanakan Program Festival Belia Perak 2015 pada tahun ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi pernghargaan dan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak dalam menganjurkan Festival Belia Perak 2015. Sekalung syabas dan tahniah juga kepada gerak kerja dalam memastikan pelancaran program ini dengan jayanya. 

Sambutan Hari Belia yang diadakan pada setiap tahun merupakan platform kepada perpaduan, keharmonian dan keamanan sejagat khususnya golongan belia bagi memastikan suara belia didengari hingga ke akar umbi.

Program ini telah bermula pada 23 April 2015 sehingga 26 April 2015. Program pertama telah diadakan “Malam Indahnya Munajat  pada 23 April 2015 pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam yang telah dihadiri seramai 900 orang. Antara artis jemputan yang kami jemput kumpulan “In Team”, Ustaz Khairil Al-Gayauwi,  Al-Ansori dan Al-Ridhuani. YB Datuk Shahrul Zaman Bin Datuk Hj. Yahya telah hadir sebagai tetamu VIP pada malam tersebut bersama En Azahari (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak).





Program selama tiga hari ini akan banyak menonjolkan bakat belia dari seluruh Negeri Perak untuk kami ketengahkan keperingkat kebangsaan di Festival Belia Putrajaya yang akan berlangsung di Putrajaya pada 21 Mei 2015 sehingga 24 Mei 2015. Banyak bakat-bakat akan ditonjolkan sepanjang program ini berlansung dan antara aktiviti-akviti tersebut  

(1)    Qiamulai
(2)    PameranButik Pengantin
(3)    Karnival Pendidikan dan Kerjaya
(4)    Pameran Pertanian Kerjaya Pilihan
(5)    Pameran Motorsikal Berkuasa Tinggi
(6)    Pameran Kereta Klasik / Moden
(7)    Pameran Buku
(8)    Pameran Perumahan Belia
(9)    Pameran Agensi Kerajaan
(10)Majlis Perasmian dan Anugerah Belia
(11)Pertandinga Muay Thai
(12)Pertandingan Futsal (Lelaki dan Wanita)
(13)Booth Belia Berniaga
(14)Mentor Rakan Muda
(15)Silveryourth Ride
(16)Senamrobik
(17)Sukan Tradisional
(18)Zumba
(19)RC Buggy Car Race
(20)Mini RC Car Race
(21)Xgame (Wall Climbing / BMX / Skateboard )
(22)Battle Of The Band
(23)Drum Festival
(24)PORT
(25)Selfie Wefie Challenge
(26)Cabutan Bertuah
(27)Hi Tea
(28)Wall Of Fame (Photo Booth)
(29)Perkhemahan ARP (Anugerah Remaja Perdana)
(30)Pertandingan Masakan dan Gubahan
(31)Pertandingan mewarna Kanak-kanak
(32)Pertandingan Uji Bakat
(33)Puisi dan Tarian (Warna-warni)
(34)Radio Amatur (ASTRA)

Adalah menjadi harapan saya agar semua pengunjung dan semua belia yang hadir akan mendapat manfaat sepanjang program ini berlansung dan secara tidak langsung ini adalah merupakan cara kami mendekatkan diri kami kepada belia dari akar umbi. 

Suka saya katakan bahawa aspek penting dalam memperkasakan sinergi iaitu dengan mencari titik-titik persamaan bukan titik=titik perbezaan  di samping peranan setiap pihak dalam apa jua bidang sekalipun. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’la sentiasa memudahkan serta mengurniakan kejayaan terhadap segala usaha yang telah kita lakukan.

Akhir kata, sekali lagi ucapan terima kasih saya kepada semua pihak yang telah mencurahkan segala cetusan idea dan keringat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Festival Belia Perak 2015 ini. 
“CECAH KEBUMI MENYANTUMI HATI BELIA”
















Wednesday, 29 October 2014

CALON PARLIMEN BELIA TERBAIK PULAU PINANG UNTUK GENERASI MUDA !!!



Dilahirkan di Bagan Belat Teluk Ayer Tawar Pulau Pinang pada 21 Januari 1991
Mendapat Pendidikan awal di SK Teluk Ayer Tawar, SMK Dato Onn Butterworth, Diploma Pengurusan Perhotelan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti ( Perlancongan ) ( Kepujian) di Kolej Universiti Islam Melaka
Terlibat secara langsung dalam dunia politik secara serius seawal umur 18 tahun dan telah menghadiri kem-kem anjuran jabatan kerajaan. Pernah menganggotai unit beruniform Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut ). Mendapat pengiktirafan Latihan Kepimpinan IPTa/s zon Selatan Tahap 1. Menjalani Latihan Khidmat Negara.

Berkeupayaan mengendali majlis formal dan tidak formal. Banyak pendedahan mengenai pengucapan awam. Presiden Belia Generasi Interaksi / Naik Pengerusi Persatuan MukaBuku Pulau Pinang.
Penglibatan aktif di dalam politik adalah melalui arwah ayahanda yg juga merupakan salah seorang dari 5 org penceramah negara yg kini anak beliau menyambung legasi ayahnda tersayang. Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]. Kemana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.



Penyertaan melalui Parlimen Belia merupakan satu langkah atau anjakan profesional yang akan turut membawa satu revolusi bg belia secara khususnya utk melontar suara pandangan serta idea, malah mampu memegang mikrofon dan bercakap demi belia dan negara.

Undilah calon kami Muhammad Yusuf Bin Abdul Ghani dr Teluk Air Tawar bagi mewakili belia2 Negeri Pulau Pinang di pentas negara bermikrofon membawa suara belia Malaysia.

Wednesday, 8 October 2014

CALON PARLIMEN BELIA SELANGOR GEMPARKAN BERNAMA TV !!!


Kuala Lumpur – Calon Parlimen Belia Selangor, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin meminta kerajaan agar memecahkan portfolio belia dan sukan bagi memantapkan dan memperkasakan generasi muda dan kemajuan sukan tanah air.
Beliau yang bercakap ketika program wawancara bersama BernamaTV malam tadi berkata langkah kerajaan menggabungkan belia dan sukan di bawah satu kementerian merupakan satu langkah yang dilihat kurang wajar.
“Kementerian belia dan sukan perlu dipecahkan, kerana pada saya dengan cara itu ia mampu mengembalikan kegemilangan sukan tanah air dan di masa yang sama mampu memperkasakan generasi muda negara.
“Sebagai contoh, sukan badminton dilihat seperti telah ketandusan bakat baru apabila negara dilihat hanya mampu bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei.
“Siapa lagi selepas Chong Wei” soalnya kepada moderator rancangan Bual Bicara, Dahlan Maamor sebentar tadi.
Menurut Zaffarollah, Kementerian Belia Dan Sukan pada ketika ini lebih memberikan tumpuan kepada bidang sukan berbanding meningkatkan daya saing belia yang merupakan tunjang kepada negara.
Beliau turut menegaskan peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Kementerian itu juga dilihat lebih tertumpu kepada pembanggunan sukan berbanding belia dan generasi muda.
“Belia negara seakan tertinggal jauh, dan hilang jati diri berbanding dahulu.
“Pada saya sudah tiba masanya ia dipisahkan atau ditambah baikkan” katanya lagi.
Zaffarollah turut menjelaskan, menurut satu kajian yang dijalankan di peringkat antarabangsa mutu dan kualiti belia negara jauh lebih rendah berbanding negara luar.
“Ia merupakan antara isu yang akan saya bangkitkan, sekiranya terpilih sebagai wakil Parlimen Belia Negeri Selangor kelak” katanya lagi
(SUMBER)

Friday, 28 June 2013

BERITA MENARIK UNTUK BELIA !!!





Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjenama semula semua modul latihan dan program belia di negeri ini selaras dengan perubahan perkembangan sains dan teknologi.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Belia Selangor terdapat banyak modul latihan belia yang sudah lapuk dan perlu ditukar.

"Program belia dan modul latihan pembangunan sahsiah yang ada pada masa ini banyak yang sudah lapuk dan perlu dikemas kini secara berperingkat.

"Di Selangor terdapat kawasan bandar yang luas berbanding luar bandar dan oleh itu, pendekatan program dan modul belia perlu selaras dengan kehendak belia di bandar yang terdedah dengan perkembangan semasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bersama timbalannya, Datuk M. Saravanan ke Jabatan Belia Selangor (JBS) Selangor di Sementa di sini hari ini.

Khairy berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh kementerian, belia hari ini berminat dengan program baru bersifat intelektual dan program kerohanian berbentuk hiburan.

"Kementerian akan membuat pendekatan baharu dalam menyediakan program untuk belia seperti mengadakan aktiviti debat yang membicarakan isu-isu semasa agar kita dapat gambaran lebih jelas terhadap minat dan kehendak golongan tersebut.

"Hari ini anak-anak muda amat berminat dengan program ceramah agama oleh tokoh agama selebriti. Kita akan cari jalan bagaimana kementerian boleh bekerjasama dengan personaliti-personaliti terlibat," katanya.

Mengenai tabung keusahawanan belia, Khairy berkata, buat masa ini kementeriannya memperuntukkan tabung untuk usahawan belia di peringkat asas.
"Dengan pasaran perniagaan yang luas di negeri ini, para belia memerlukan dana yang sesuai untuk mengembangkan perniagaan mereka," katanya.





Wednesday, 13 March 2013

Buat Maksiat Dalam Gelanggang FUTSAL ???

1-Copy


AYER KEROH – Di Gelanggang Futsal 1Malaysia Taman Tasek Utama telah diadakan Program Futsal Mesra Belia dan Ekspresi Anak Muda DUN Ayer Keroh semalam.
Program ini telah berjaya mengumpulkan 24 buah pasukan futsal yang telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Perlawanan yang dijalankan secara liga ini dibahagikan kepada 8 kumpulan kecil dan dimulakan jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang.
Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah, Saudara Razak Abu Hassan telah hadir merasmikan program yang khusus untuk anak muda ini.
Turut sama hadir, Saudara Salleh Daud, Ketua Penduduk Taman Tasek Utama; Saudara Parasuraman, Naib Pengerusi KRT Taman tasek Utama dan Saudara Syed Mohamad Zulhemi Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
Melihatkan sokongan yang baik dari golongan muda kepada program futsal pada hari itu, Razak berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Selain dapat mengelakkan anak muda dari melakukan dan terjebak ke arah (BACA SETERUSNYA)



KERAJAAN Zalim Pada BELIA ???



Sebanyak 2,600 golongan muda berumur 21 tahun ke atas menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan di sini hari ini.
Majlis penyerahan BR1M itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya.

Shabudin berkata, golongan muda yang menerima BR1M 2.0 untuk DUN Permatang Berangan adalah yang paling ramai berbanding kawasan lain.
"Kita terpaksa buat dua sesi iaitu 1,300 orang untuk terima BR1M pada sebelah pagi dan bakinya diberikan pada sebelah petang bagi memastikan perjalanan pemberian bantuan ini berjalan dengan lancar.

"Pemberian ini juga membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin tanpa meminggirkan mana-mana pihak termasuklah generasi muda yang berumur 21 tahun ke atas dan yang masih belum berkahwin," katanya dalam sidang akhbar sempena majlis itu di Kompleks Komersial Tasek Gelugor di sini hari ini.

Menurut Shabudin, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi mendekati golongan itu melalui beberapa saluran termasuk bantuan keusahawanan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

"Sekarang ini orang muda yang ingin terlibat dalam perniagaan sama ada berniaga burger, atau bundle sekalipun tidak perlu bimbang kerana kita sediakan platform keusahawanan dengan pemberian pinjaman TEKUN kepada mereka yang berminat.

"Di DUN Permatang Berangan sendiri, kita kenal pasti lebih daripada 70 peratus permohonan terlibat dalam bidang keusahawanan terdiri daripada mereka yang berumur 37 tahun ke bawah," jelasnya.

Tambah beliau, peratusan itu menunjukkan gerakan keusahawanan dalam kalangan generasi muda di kawasan itu semakin berkembang dan pihaknya sangat menggalakkan budaya tersebut.

Dalam pada itu, Shabudin berkata, bantuan juga diberikan kepada masyarakat yang kesempitan hidup dan tidak mampu bekerja kerana sakit atau mengalami kecacatan fizikal kekal.

"Bagi golongan yang mempunyai masalah kesempitan hidup kita ada peruntukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Lebih daripada 600 orang sudah menerima bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun barangan dan peralatan.

"Kita juga mendapat peruntukan daripada Zakat Pulau Pinang dan sebab itu saya minta sesiapa yang mempunyai masalah supaya tampil beritahu kita, jangan diam sahaja kerana kalau kita tidak dapat maklumat, macam mana kita nak membantu," katanya.


Member BSK