Jumlah Pengunjung

Showing posts with label anak nik aziz. Show all posts
Showing posts with label anak nik aziz. Show all posts

Monday, 25 March 2013

MAKIN RAMAI PENGUNDI MUDA KELANTAN LUDAH GAMBAR NIK AZIZ !!! #rempuh243 #jomsokongbn




Ekoran terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas. Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta. 

Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Nik Aziz yang dianggap ‘ulama’ bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis. 

Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu. 

Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama Pas Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu. 

Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan pimpinan Pas yang kononnya diterajui oleh ‘ulama’ tidak menghalang mereka dari bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh Pas di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi mekah itu? 

Yang menjadi persoalanya ialah, bagaimanakah kerajaan negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada syarikat asing? 

Sedangkan mengikut logik akal mereka yang telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar dipertimbangkan terlebih dahulu. Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi rakyat miskin??? 

Kalau itulah pendekatkan yang diguna pakai, maka dakwaan yang mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat Kelantan telah dipimpin oleh ‘Ular Dalam Semak’ yang hanya menunggu dan ketika yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat. 

Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang mengangap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik sebagai jaminan masa depan. Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan selari dengan perumpamaan Melayu ‘kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan’. 

Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan “Padey doh mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh” namun ia seharusnya dijadikan pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya. Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan ‘Tok Guru’ pernah memajakkan tanah seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura. 

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min. 

Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan kepada Pas yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu. Buat rakyat Kelantan – Bo La Weiiii!!!


Friday, 22 March 2013

NIK AZIZ SESAK NAFAS BILA DAPAT BERITA SASARAN GTP & ETP TERCAPAI !!! #JANJI DITEPATI





Ketika ini pasti ramai yang sedang meneliti laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa hari yang lalu.


Tidak kurang juga pasti ada dikalangan pimpinan pembangkang yang sedang mengkaji angka-angka yang diberikan bagi memastikan semua maklumat yang diberikan adalah fakta dan bukan sekadar omong kosong bagi mengelaburi mata rakyat. Ini kerana ia adalah merupakan peluang terbaik yang akan digunakan mereka, untuk terus menghentam kerajaan bagi membolehkan rakyat memilih pakatan dalam pilihanraya akan datang.


Namun apa yang penting, walau apapun yang cuba dilakukan, masakan mereka mampu menipu angka dan fakta yang dibentang kerajaan. Kerana rakyat ketika ini semakin bijak dan cerdik dalam menilai kerana ternyata usaha kerajaan ketika memperkenalkan GTP dan ETP pada tahun 2010 dan 2011 yang diwujudkan bersama-sama dengan Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial telah membuahkan hasil. 


Usaha kerajaan untuk membentuk Dasar Transformasi Nasional juga telah memberikan kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat menjadi semakin baik, ekonomi negara menjadi semakin berkembang manakala kewangan negara terus kukuh hari demi hari.


Yang lebih membanggakan kesemua insiatif yang diperkenalkan sebelum ini untuk memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 semakin berjaya. Tambahan pula ia merupakan satu eksperimen paling berani kerajaan pimpinan Perdana Menteri dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat.


Malah semua sikap sinikal dna prejudis yang ditunjukkan oleh pimpinan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu terhadap Dasar Transformasi Nasional nyata tidak berasas dan bakal kehilangan punca.


Tambah menarik perhatian, apabila portal pembangkang seperti Malaysian Insider turut memberikan laporan yang positif berhubung laporan yang dibentangkan itu walaupun sebelum ini mereka boleh dikatakan seperti media rasmi pembangkang yang hanya tahu menyalahkan kerajaan dalam semua hal.


http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/muhyiddin-says-could-hit-etp-gtp-targets-before-2020/
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/20/nation/12863149&sec=nation


Antara yang paling menarik perhatian ialah, kecemerlangan prestasi kerajaan boleh disaksikan melalui peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) perkapita sebanyak 4,000 peratus iaitu daripada hanya AS$257 (RM802) pada 1957 kepada AS$9,970 (RM31,111) tahun lalu. Malah kadar kemiskinan negara yang berada pada kadar hanya 1.7 peratus pada 2012 berbanding 60 peratus di awal tempoh kemerdekaan sebelum ini. Kadar inflasi negara juga terus kekal berada pada paras 1.2 peratus iaitu yang terendah di rantau ini.


Inisiatif yang diperkenalkan kerajaan juga dilihat berkesan apabila mampu mengeluarkan kira-kira 100,000 rakyat daripada belenggu kemiskinan. Tidak ketinggalan sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik juga didirikan supaya setiap rakyat berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. 


Menurut Datuk Seri Najib, dengan kecemerlangan prestasi negara itu,  rakyat diharapkan dapat terus bersama-sama memberi sokongan kepada kerajaan supaya setiap apa yang dirancangkan demi masa depan negara tersebut dapat dilaksanakan.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk blog YAB Datuk Seri @Najib Razak yang disiarkan dalam blog 1Malaysia, 


http://www.1malaysia.com.my/blog/dasar-transformasi-negara-berjaya/


Wednesday, 13 March 2013

PEMUDA PAS Kecam HARAKAH DAILY !!! Bukti HARAKAH Tepat Menyebar FITNAH...




Awas Permainan Harakah Lindungi SuaraPakatanRakyat.com

Walaupun pernah dikecam hebat oleh perwakilan Pemuda Pas di dalam Muktamar Tahunan yang diadakan tidak lama dahulu, Harakah Daily yang merupakan portal berita dan lidah rasmi parti itu nyata tidak serik dan bermuhasabah. Perwakilan Pemuda Pas sebelum ini mengecam hebat peranan yang dimainkan oleh Harakah Daily kerana dilihat sebagai gedung fitnah serta menjadi alat dalam melaga-lagakan pimpinan Pas.


Ekoran daripada itu, Muktamar Dewan Pemuda Pas yang bersidang telah meluluskan dengan sebulat suara usul mendesak agar pimpinan pusat menstrukturkan semula sidang editorial parti itu. Malah mereka juga turut mendesak agar sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menapis dan mengawal kandungan serta pemberitaan Harakah.


Namun setelah hampir sekian lama, usul yang diluluskan itu hanya dipandang sepi oleh kepimpinan Pas pusat yang merasakan ia bukan satu isu yang mendesak. Malah lebih mengecewakan kepimpinan pemuda Pas bila mana, Hadi Awang selaku Presiden parti telah mengeluarkan kenyataan menyokong penuh dan berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh Harakah selama ini.


Mengikut sumber, ekoran pendirian yang dikeluarkan oleh Hadi itu, ramai ahli dan penyokong Pas khususnya ‘orang muda’ telah mula memboikot portal tersebut sebagai satu pendekatan bagi menyuarakan bantahan. Mereka merasakan kredibiliti dan kandungan berita yang dilaporkan lebih menjurus untuk kepentingan sesetengah pihak demi survival politik sempit.


Peralihan minat pembaca setia lidah rasmi Pas ke portal-portal yang dilihat lebih ‘neutral’ telah menyebabkan ‘hits’ harakah merudum jatuh, dan perkembangan itu telah menyebabkan sidang editorial gusar dan tidak senang duduk.


Pelbagai cara telah dilakukan bagi mengembalikan semula kredibiliti dan minat pembaca agar terus menjadikan Harakah sebagai medium rujukan utama. Oleh yang demikian saban hari, mereka mengunapakai strategi untuk ‘membunuh’ portal-portal pembangkang lain yang dilihat tidak sehaluan dan cuba melawan arus.


Terbaru, mereka berusaha untuk cuba menyakinkan pembaca kononnya, pengendali portal suarapakatanrakyat.com adalah milik Bn/Umno. Ia secara tidak langsung akan menimbulkan keraguaan di kalangan pembaca dan kembali menjadikan harakahdaily sebagai sumber rujukan.


Pendekatan menyerang mana-mana portal pembangkang yang ‘tidak sehaluan’ itu juga secara tidak langsung bertujuan untuk memastikan peranan Harakah terus relevan dalam berdepan dengan media arus perdana dan portal-portal pro-kerajaan. 



Sedangkan semua sedia maklum, mengenai pengakuan yang telah dibuat oleh mantan Ketua Pengarang suarapakatanrakyat tidak berapa lama dahulu yang mendedahkan mengenai penglibatan Anwar secara langsung dengan portal tersebut. Ketua Pengarang tersebut juga dilaporkan berkata, hanya dia dan Anwar sahaja yang tahu mengenai hala tuju dan peranan yang perlu dimainkan oleh portal tersebut.


Penulis tidak berhasrat untuk membela portal tersebut, kerana merasakan kedua-dua portal tersebut (harakahdaily dan suarapakatanrakyat) adalah merupakan ‘sampah’ yang tidak mempunyai sebarang nilai. Laporan berita yang dimuatnaikan juga tidak mempunyai sebarang kredibiliti yang boleh di sandarkan, tambahan pula keduanya sering melemparkan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan.


Cuma apa yang menarik ialah, permainan politik yang digerakkan untuk saling menjatuhkan antara satu sama lain walaupun berkongsi objektif dan motif yang sama. Kesimpulannya kedua-dua portal dan gedung fitnah tajaan pakatan pembangkang ini wajar ditutup diambil tindakan oleh pihak berkuasa.






Friday, 8 March 2013

TERKINI... Nik Aziz Semakin NAZAK !!!





Korang tengok sendirilah ye perangai puak-puak Pas yang tak mensyukuri nikmat yang dikurniakan pada dorang..

Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Najib dan Umno dah di amanahkan oleh Tuhan untuk memakmurkan negara dan menjaga kebajikan rakyat.

Dan selama 55 tahun negara ni aman dan sejahtera dibawah pentadbiran kerajaan yang ada sekarang..

Semua ni bukti bahawa Tuhan redha dan memberkati kerajaan yang sedia ada ni beb..

So apa salahnya kalau kita berterima kasih dan bersyukur dengan nikmat yang Tuhan bagi melalui kerajaan dibawah Najib serta pemimpin- pemimpin terdahulu..

Tapi macai-macai Pas memang biadap beb.. Dorang bukan saja biadap pada pemimpin islam, tapi dorang kurang ajar pada Tuhan yang dah bagi dorang rezeki..

Semua ni ajaran sapa lagi kalau bukan dari setan-setan berserban dalam parti cap bulan tu..

Memang sesat lagi menyesatkan betullah dorang tu semua kannn...





Thursday, 31 January 2013

Nik Aziz Cakap Serupa Orang Mabuk !!!



Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan pernah menghalang hasrat kerajaan persekutuan untuk membina 1,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi faedah rakyat negeri itu.

Kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada kerajaan persekutuan untuk membina projek perumahan itu di mana-mana sahaja kawasan yang dipilih, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Geran Hak Milik Tapak Rumah Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir, di sini, Rabu.

Dekat PRU ni barulah bagi Geran Tanah ....PRU dah dekat ooooiiii.lain kali jangan kata pada BN dan UMNO saja,PAS lagi teruk sikapnya....Bagi ambil tapi pakat pakat pangkoh BN molek sekali lah tu..




Sunday, 27 January 2013

Anak Nik Aziz Dah Berani Mengaku !!!



Pengakuan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa parti itu tidak boleh memaksa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima keputusan Majlis Syura Ulama berhubung isu kalimah Allah membuktikan Pas bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, kata-kata Nik Mohamad Abduh itu cukup menggambarkan kedudukan sebenar Pas di dalam pakatan pembangkang dan tidak hairanlah jika parti tersebut sering tunduk dengan arahan rakan sekutu mereka.
Beliau yang juga pemerhati politik tempatan berkata, sebagai contoh dalam kes garis panduan hiburan di Kedah dan kes salun di Kelantan, Pas akhirnya terpaksa tunduk dengan desakan DAP.
"Mana dakwaan Pas selama ini yang mengatakan bahawa DAP telah faham malah boleh menerima pemerintahan Islam?




Member BSK