Jumlah Pengunjung

Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Monday, 11 July 2016

ASTRO UGUT PELANGGAN ???



“ Astro buat hal lagi. Orang tengah rancak tengok Euro 2016, pelan-pelan dia hantar notis naik RM8 untuk pakej sukan. Saya pun dapat notis yang sama, esoknya jugak 29.6.2016 terus telefon Astro nak tukar pakej. Nak tukar pakej kena caj penalty RM120, dalam 4 tahun lepas RM20 je rasanya. Saya tukar fikiran, nak terminate terus. Lama operator buatkan saya tunggu, lepas tu dimaklumkan kena bayar lebih kurang RM360 untuk terminate. Saya tanya apa detail RM360 tu?

RM120 penalti
RM80 penalti
RM88 bil bulanan
RM70 1 bulan notis.

1 bulan notis pun ada cas jugak? Lepas tu saya kata ini unfair, dalam perjanjian takde pun. Selamba je operator tu jawab dengan gelak2 ramai dah orang komplen benda ni. Kalau encik tak puas hati encik boleh komplen dalam facebook. Ok fine, I take your challenge. Saya bayar RM360 skang saya nak tulis ni dalam facebook.

Jadi soalnya sampai bila kita nak biarkan Astro sentiasa buat hal? Kita plak cuma boleh jadi Pak Pandir. Orang kata bayar, kita pun bayar. Orang kata hari ni takde siaran sebab hujan, kita pun cakap ye lah, kami akur. Mana maruah kita selama ni? Ni bukan sekali dua ye, kalau ikut rekod entah berapa kali dah dia cari pasal. Time nak terminate bukan main susah, time hujan line tak dapat, bayar lambat dia potong, nak sambung balik punya lembap, bila telefon jawab lebih kurang. Apa lagi? Enough is enough la. Cuba pegi tengok dalam fb rasmi Astro tu, berapa ramai yang komplen dan macam mana cara Astro jawab? Irritating. Macam tu ke cara dia layan kita sedangkan dia perlukan duit kita untuk dia sendiri survive. Kenapa dia boleh pijak kepala kita sedangkan sepatutnya kita yang boleh pijak kepala dia? Kenapa? Sebab kita mungkin sudah faham hak pengguna, tapi kita tak pernah bersatu. Cuba kalau kita bersatu, korang tak teringin ke tengok ego Astro ni terjatuh macam Maxis dulu?

Rasanya kalau sebahagian besar pengguna Astro boikot untuk bayar bil Astro selama 3 bulan, katakan la JULAI, OGOS dan SEPTEMBER 2016 saya rasa cashflow diorang mungkin akan terganggu. Bila dah geng kapitalis yang hidup bertuhankan duit ni tak dapat sumber ‘oksigen’ macam biasa, baru la masa tu kau nak tergedik-gedik macam cacing kepanasan. Tak payah tengok contoh jauh2, sebab kita rakyat Malaysia pernah secara tak sengaja ‘memalukan’ Maxis dulu. Ye betul, diorang akan potong line. Anak-anak dan bini kita mungkin komplen boring takde tv, tapi kita kena sabar. Cakap kat diorang yang kita buat ni untuk masa depan semua jugak. Sekali kita tak pernah cuba, sampai bila-bila pun Astro tetap akan buli kita. Jadi selama Astro takde tu layan la youtube ke, tv biasa ke tak pun rival Astro tak kira yang halal atau haram, pandai2 le korang pilih. Katakan dalam tempoh 3 bulan ni Astro degil jugak, sekurang-kurangnya kita dah terbiasa hidup tanpa Astro 3 bulan, so lepas tu dah tak rasa apa-apa. Boleh jugak jimat bil bulan-bulan kalau macam saya ni RM80 sebulan, setahun dah RM960 tu.

Mari kita bersatu. Kalau dulu kita pernah ‘jatuhkan’ Maxis tanpa sengaja, kali ni kita bersatu pulak dengan sengaja untuk jatuhkan Astro. Biar kali ni golongan kapitalis akan sentiasa beringat bahawa kita bukanlah pengguna yang boleh dijadikan seperti lembu untuk dicucuk hidung dan dibawa ke sana sini sesuka hati. Kali ni, kita buat sampai Astro melutut depan kita. Saya dah tutup Astro, skang nak pakai Njoi je. Hati senang, tak payah nak marah2 lagi. “

Apakah nasib ASTRO akan jadi seperti MAXIS ? Aku rasa payah sebab ASTRO je yang ada lesen penyiaran berbayar terbesar setakat ni.. Pesaing cam Hypp Tv di bawah Unifi pon leceh.. kena langgan Unifi yang kena tunggu ada port kosong baru leh celah masuk ! Huhhh.. Aparaa..
Ada satu lagi pilihan.. hehehe.. murah dan jimat ! Siap boleh bawak ke mana mana lagi.. hehehe.. Aku cadang nak guna je tu.. Senang ! Selamat tinggal Asteruk pasni !



SUMBER

Tuesday, 29 March 2016

TUN MAHADHIR BAKAL MENGAMUK LAGI !!!

Tun Mahadhir bakal mengamuk lagi.. Manakan tidak, satu lagi syarikat Kroni beliau (ASTRO) bakal bungkus tidak lama lagi. Semuanya gara-gara usaha Dato Sri Najib yang telah memperkenalkan siaran Televisyen baru yang mempunyai 80 chanel untuk rakyat Malaysia SECARA PERCUMA.. Tidak perlu lagi bayar bulanan...

Bagi aku, cukup-cukuplah ASTRO menipu rakyat malaysia selama ini yang menyiarkan cerita yang sama dan mengambil duit rakyat Malaysia setiap bulan dari tahun ke tahun..

Najib Oh.. Najib... Sudah la kau bagi rakyat Malaysia dengan BR1M setiap tahun.. kini bagi siaran 80 chanel TV percuma pulak... Semoga ALLAH TAALA merahmati Najib dan keluarga hendaknya..



Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.

Menurut sumber SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).


“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.


“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.


Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.


Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.


Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.


Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.


Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.


Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.


Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.



Sunday, 29 September 2013

ASTRO NAK CEKIK DARAH PELANGGAN SETIA LAGI !!!



Rangkaian televisyen Astro kini telah melancarkan saluran baru berjudul A-List (saluran 456) yang menyiarkan filem-filem alternatif yang mendapat pengiktirafan oleh festival-festival filem antarabangsa di serata dunia.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, permintaan masyarakat Malaysia untuk menonton filem-filem berbentuk indie atau alternatif dari seluruh dunia kian meningkat dan saluran A-List bertujuan memenuhi permintaan tersebut.

"Selain daripada filem-filem arus perdana keluaran Hollywood, masih terdapat banyak lagi filem berkualiti lain yang menekankan aspek seni dan budaya dan melalui saluran baru ini, peminat filem sedemikian berpeluang untuk menontonnya," katanya.

Bermula Oktober ini, saluran A-List akan menyiarkan sebanyak lapan buah filem dalam bahasa asal mereka berserta pilihan sarikata bersesuaian dengan kehendak penonton Malaysia.



Member BSK